, 15 tweets, 5 min read Read on Twitter
Ini thread kisah Adiwira Cikgu Samuel Isaiah. Cikgu Sam mengajar di sekolah orang asli, SK Runchang, Muadzam Shah, Pahang. Saat menjejakkan kaki kali pertama ke sekolah, guru senior berkata, "Cikgu tak perlu cuba apa-apa sangat. Mereka cuma murid orang asli."

Beliau terkejut...
Seolah-olah orang asli tak boleh berjaya. Dari situ beliau mencabar diri untuk mengubah persepsi orang sekeliling akan murid orang asli. Apa yang beliau buat?

Beliau jadikan kelasnya menarik. Walau beliau mengajar English, beliau juga handal bermain ukulele.
Jadi, beliau gunakan kepakaran itu untuk cari dana. Akhirnya, setiap dari muridnya memdapat satu ukulele. Belajar Bahasa Inggeris sambil bermain muzik.

Cikgu Samuel mengimpikan kemudahan yang terbaik untuk murid orang asli, setaraf sekolah bandar dan international.

Maka...
Maka, beliau mencari dana lebih besar dgn menubuhkan give.my & mewujudkan kelas Bahasa Inggeris Abad ke-21 pd tahun 2015.

Hasil dana, beliau membina kemudahan teknologi terkini dlm kelas, dimana setiap murid dibekalkan tablet & komputer, membeli PA system & LCD.
Projek ini telah mendapat perhatian @altimet hingga beliau menjadi duta untuk mempromosikannya.

Cuma, tablet hanya boleh guna kat sekolah jelah. Tak boleh bawa balik. Hehe.
Ini keadaan dalam kelas Cikgu Samuel. Seronok murid-murid. Kelas ceria, susunan kerusi cantik dan setiap dari mereka ralit menggunakan tablet. Bukan layan youtube ya, tapi tujuan pembelajaran.

Power!
Antara projek lain yang Cikgu Sam laksanakan adalah projek pertukaran emel antarabangsa yang dipanggil 'Asli E-Pal'. Murid-murid ini akan berkomunikasi dengan sukarelawan dewasa di seluruh dunia dengan Bahasa Inggeris.

Hebat kan?
Keciciran dikalangan murid orang asli masih tinggi. Walau pelbagai usaha dibuat untuk tarik mereka ke sekolah, masih ramai yang tak hadir, terutama musim kahwin (musim buah tembikai'.

Jadi, Cikgu Sam usahakan pula projek terbaru yang diberi nama Sekolah Pondok.
Projek apa tu? Begini, awalnya beliau membuat hebahan dengan memasang banner di ceruk-ceruk kampung orang asli. Kemudian, mencari pokok rimbun yang teduh untuk dijadikan tempat belajar.

Beliau korbankan cuti hujung minggu untuk mengajar murid orang asli yang tercicir belajar.
Mula-mula yang datang tak ramai. Dalam 10 orang je. Lama-lama makin ramai. Apatah lagi cara penyampaian beliau yang begitu menarik. Akhirnya, Sekolah Pondok beliau dihadiri lebih dari 50 orang pelajar.
Kelas Bahasa Inggeris beliau penuh dengan keriangan, muzik, aktiviti, puisi, gelak ketawa, kemudahan teknologi dan membuat anak-anak orang asli cintakan pembelajaran.

Moto Cikgu Samuel, "I believe we need pedagogy to teach, I believe in the pedagogy of the heart."
Dan kini, peratusan lulus Bahasa Inggeris dikalangan murid meningkat dengan drastik. Ada dikalangan muridnya yang mendapat A dalam UPSR.

Tahniah Cikgu Samuel! Kau memang layak dibobatkan sebagai Adiwira mewakili Negeri Pahang.

Hats off!
Ini adalah salah satu kisah guru yang dipilih menjadi adiwira. Ada 15 lagi cerita guru yang lain yang boleh kita ambil inspirasi darinya.

Stori inipun aku perolehi dari fb Cikgu Mohd Fadli Salleh. Beliau benarkan untuk aku panjangkan ke twitter.

Semoga bermanfaat untuk semua.
Pembetulan *Sekolah Pokok
Pembetulan, hujung minggu berkenaan, Cikgu @samuel_isaiah87 anjurkan kelas yang bernama Sekolah Pokok. Silap saya tertulis Sekolah Pondok. Haha

Dan yang kedua, Cikgu Sam tinggal di Kuantan. Jadi, setiap hari beliau akan drive sejauh 100km untuk ke sekolah.

Respect!
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Akhi Fairuz Al-Jengkawi
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!