Profile picture
, 20 tweets, 3 min read Read on Twitter
[KES POLIS SPECIAL BRANCH DIPENJARA] Semasa sedang menjual ikan, informer polis nampak kelibat lebih 1500 lelaki berkumpul dengan berpakaian ala-ala tentera. Informer polis merasakan ada sesuatu yang luar biasa akan berlaku. 'Jangan abaikan hal ini, kasi tau orang atasan'....
1. Itulah kata-kata informer polis kepada suspek, seorang anggota polis cawangan khas (special branch) PDRM berpangkat koperal yang didakwa atas kesalahan membelot dan merahsiakan adanya info pengganas menceroboh masuk Sabah pada 2013.
2. Informer polis tersebut dengan jelas dapat melihat sekumpulan lelaki dalam jumlah yang luar biasa berpakaian askar tertulis 'Royal Sulu Force' pada uniform mereka. Yang pasti mereka bukan daripada mana2 unit tentera Malaysia.
3. Perbualan antara penceroboh dapat didengar dan mereka merancang untuk menawan Sabah. Informer polis kemudian terus memaklumkan hal ini kepada suspek untuk membolehkan suspek melaporkan hal ini kepada ketua polis cawangan khas. Malangnya, suspek tidak berbuat apa-apa.
4. 3 hari kemudian, informer polis yang sama dapat melihat 4 bot kecil memasuki Bangkuran, Lahad Datu. Info ini kemudian diberikan kepada suspek untuk dilaporkan kepada ketua polis special branch tetapi suspek sekali lagi tidak berbuat apa-apa. Apa sebenarnya motif suspek?
5. Kemudiannya, suspek dikesan berkomunikasi dengan lelaki tidak dikenali. Pada jam 7.37 malam 2 Mac 2013, satu panggilan telefon dapat dipintas oleh informer polis kedua, seorang pembantu tadbir yang bertugas di ibu pejabat polis Bukit Aman. Suspek diberitahu 400 askar
6. akan memasuki Sabah sebagai 'back-up' kepada askar Sulu. Suspek yang mengetahui hal ini tidak melaporkan kepada ketua polis special branch.
7. Panggilan telefon kedua antara suspek dan kumpulan penceroboh kemudian dapat dipintas informer polis yang mendengar satu serangan ala gerila akan dilakukan oleh kumpulan penceroboh. Informer polis ini memahami perbualan disebabkan mahir dalam bahasa Bajau dan Sulu.
8. Info serangan gerila yang akan dibuat diterima suspek, tetapi sekali lagi info ini tidak dilaporkan kepada ketua suspek, ketua polis special branch. Atas kelalaian suspek inilah, suspek ditahan dan didakwa.
9. Pada 2014, suspek didakwa atas kesalahan gagal mendedahkan maklumat mengenai tindakan pengganas di bawah seksyen 130M Kanun Keseksaan. Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menjatuhkan hukuman penjara 7 tahun kepada suspek.V
10. Suspek didapati bersalah atas kesalahan jenayah tersebut. Suspek kemudian membuat rayuan atas sabitan dan hukuman penjara yang dikenakan Mahkamah Tinggi.
11. Peguam suspek berhujah maklumat yang diberikan oleh kedua-dua informer polis adalah tidak sah dan tidak boleh digunapakai.
12. Peguam suspek juga berhujah suspek dijadikan kambing hitam oleh cawangan khas PDRM dan dijadikan penyebab berlakunya insiden pencerobohan pengganas di lahad datu.
13. Hujahan peguam suspek ditolak Mahkamah Rayuan pada Februari 2018. Panel hakim Mahkamah Rayuan YAA Lim Yee Lan, Abdul Rahman Seblj dan Zaleha Yusof memutuskan suspek bersalah atas kesalahan gagal mendedahkan info keganasan kepada ketua polis special branch.
14. Mahkamah Rayuan memutuskan info yang diberikan informer polis adalah info yang sahih dan boleh digunapakai. Info pengganas dalam panggilan telefon adalah sah disebabkan keterangan yang diperoleh secara tidak sah adalah boleh diterima jika ia relevan dengan isu (sec 24 SOSMA).
14. Informer-informer polis telah diarahkan untuk memberi segala maklumat tentang pengganas kepada suspek. Kegagalan suspek melaporkan maklumat pengganas membawa padah kerana insiden pencerobohan benar-benar terjadi.
15. Suspek tahu dia perlu melaporkan info tentang pengganas dan ianya memang dalam skop tugasan suspek. Sekiranya suspek gagal melakukannya, ianya dikira sebagai satu kesalahan (keputusan kes Chung Kok Yeang v PP).
16. Insiden keganasan lahad datu telah meragut nyawa antaranya Koperal Sabaruddin Daud dan Inspektor Zulkifli Mamat, anggota unit Komando VAT69. Insiden ini boleh dielakkan sekiranya suspek bertindak sebaliknya dan tidak menjadi pembelot (perenggan 28 penghakiman kes).
17. Disebabkan kesalahan gagal mendedahkan info pengganas dengan sengaja, suspek dikenakan hukuman penjara 7 tahun. Hukuman penjara ke atas suspek dikekalkan oleh panel hakim Mahkamah Rayuan pada Februari 2018.
18. Penghakiman penuh kes ini boleh dirujuk dalam kes Hassan bin Hj Ali Basari v Public Prosecutor [2019] 1 MLJ 390 -Mahkamah Rayuan Putrajaya.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Kamarul
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!