Wartawan itu duduk di meja makan di dalam hotel itu sambil menunggu kedatangan novelis itu.
Wartawan itu menoleh ke arah wanita itu, lalu berdiri.
"Eh takpa puan, sila kan duduk, saya baru je sampai." Kata wartawan itu dengan senyuman.
"Ye."
Syamira seorang pelajar di sebuah universiti.
Cerita ini bermula di sebuah restoran.
"Yang mana?"
"Tu belakang kau."
Syamira cuba pandang ke belakang.
"Wey janganlah pandang, nanti dia perasan."
"Hai, order?" Tanya pelayan lelaki itu pada Syamira dan kawannya.
"Order... saya order awak bole?" Kata kawan Syamira cuba mengorat.
"Makan?.." Tanya lelaki itu.
Selesai mengambil order, lelaki itu berlalu pergi.
"Haish sombong betullah lelaki tu." Rungut kawan Syamira.
Syamira hanya senyum.
Syamira mula rasa ganjil yang lelaki itu tidak melayan kawannya.
Kawannya seorang perempuan yang sangat cantik.
Syamira mula rasa berminat untuk mengenalinya dengan lebih dekat.
Ramai lelaki yang minat pada Syamira tapi kerana pernah dikecewakan pada masa dahulu, dia sudah mula kurang mempercayai lelaki.
Syamira mula keliru dengan perasaannya.
Adakah dia sudah jatuh cinta?
Dia selalu memperhatikan lelaki itu secara senyap.
Tapi masih tidak berani menegur lelaki itu.
"Awak gay ea?" Soalan pertama yang kurang tepat.
Lelaki itu ketawa.
"Hahahaha, setiap hari awak datang sini sebab nak tanya soalan ni ke?."
"By the way, nama saya Afiq, nama awak?"
"Nama saya Syamira."
"Sedap nama tu, saya pergi buat kerja dulu ye." Kata Afiq sambil tersenyum.
Benarlah yang dia mempunyai perasaan pada Afiq.
Apabila dia pejam mata, dia akan teringat senyuman Afiq.
Dia mula senyum sorang-sorang di atas katil.
Mereka semakin rapat.
Tapi Syamira tak pernah memberitahu perasaannya pada Afiq.
"Mana Afiq?"
"Dia dah berhenti, dia ada tinggalkan surat untuk kau."
Apabila selesai, Afiq akan kembali mencari Syamira.
Syamira selalu datang ke restoran itu, tapi Afiq tidak muncul-muncul.
Dia mahu meluahkan perasaannya pada Afiq.
Tapi semua itu hanya impian yang tidak pasti menjadi kenyataan.
Syamira berasal dari keluarga yang kaya. Ibunya sudah meninggal dunia. Dia ada seorang adik perempuan yang bernama Syahira.
Hubungannya dengan adiknya sangat rapat.
"Adik ada cerita nak cerita dekat kakak." Kata Syahirah.
"Cerita apa?"
"Jom ikut adik."
Mereka berdua masuk ke bilik Syahirah.
"Wah serius lah?"
"Seriuslah, tapi."
"Tapi apa?"
"Ayah mesti tak suka dia."
"Lelaki tu driver ayah."
"Kau jatuh cinta ngan pak cik Junaidi!!"
"Hahahha, bukan pak cik Junaidi. Ayah ada driver baru."
Nasib cintanya sahaja yang tidak berapa baik.
Ayahnya pulang bersama driver baru.
Syamira terkejut melihat wajah driver baru ayahnya.
Driver baru ayahnya ialah Afiq.
Rupanya Syahirah jatuh cinta pada Afiq.
Syamira mula keliru, dia sangat sayangkan adiknya.
Dia buat keputusan untuk menyerah kalah.
"Hensem kan driver baru ayah, tapi adik takut yang ayah tak suka dia." Ngadu Syahira.
Pagi itu, Afiq menegur Syamira.
"Hai Syamira." Sambil Afiq tersenyum.
"Saya tak pernah lupa pasal awak." Jelas Afiq.
Tiba-tiba Syahira muncul.
"Hai berbual apa tu?"
"Eh adik, takda apa-apa." Balas Syamira.
Afiq bersetuju.
"Kakak, jomlah ikut sekali." Ajak Syahira.
Syamira pun duduk di tempat duduk belakang kereta.
Dia sedar yang hatinya terluka.
Dia tidak sanggup melihat semua itu.
Dalam diam, dia membuat keputusan untuk melupakan Afiq dan perasaan yang ada dalam dirinya.
Semakin hari, Afiq mula sedar yang Syamira cuba menjauhkan dirinya.
Pada suatu hari.
"Syamira?"
"Awak nak pergi mana?"
"Balik bilik saya."
"Tak, awak cuba nak lari dari saya kan?"
"Mana ada, tu perasaan awak je."
"Awak faham ke perasaan saya?" Soal Afiq.
"Perasaan apa?"
"Perasaan sayang saya pada awak."
Syamira terdiam kaku mendengar luahan Afiq.
"Afiq, kita boleh jadi kawan je." Kata Syamira nak berjalan berlalu pergi.
"Ni sebab adik awak kan. Dah lama awak tunggu saya, awak nak lepaskan semua ni macamtu je." Kata Afiq dari belakang Syamira.
"Kenapa awak yakin sangat yang saya tunggu awak!! Awak tu hilang ke mana entah!! Sekarang datang semula, awak cakap sayang saya." Tanpa sengaja air mata syamira mula mengalir.
"Maafkan saya, dulu saya ada hal yang perlu diselesaikan, saya dah janji akan cari awak, saya dah cuba cari tapi saya tak jumpa. Sekarang kita dah berjumpa, takkan kita nak sia-siakan semua ni." Kata Afiq.
Mereka kerap keluar bersama.
"Aku nampak kakak kau keluar dengan driver ayah kau." Ngadu kawan Syahirah.
Syahira pada mulanya tidak mempercayai kata-kata kawannya.
Akhirnya hubungan mereka terbongkar di hadapan mata Syahirah.
"Tak guna punya kakak, kalau aku tak dapat dia, kau pun tak boleh dapat dia." Kata Syahirah dalam hati yang penuh dendam.
Ayah Syamira sudah ada di luar rumah.
"Apa yang kau dah buat??!!!" Tengking ayah Syamira.
Jelas Afiq yang risau hubungannya sudah terbongkar.
Tapi sebenarnya Afiq telah dituduh mencuri.
Di dalam beg Afiq ada banyak barang berharga dari rumah itu.
Syamira yang terdengar suara ayahnya. Mula datang di hadapan rumah dan cuba mempertahankan Afiq.
Tapi Syahirah muncul menjadi batu api.
"Ayah, adik pernah nampak dia mencuri."
"Afiq, aku beri kau peluang kau keluar dari rumah ni sekarang. Kalau
tak, aku akan call police." Ugut Ayah Syamira.
Syamira cuba merayu pada Ayahnya tapi tidak diendahkan.
sehingga koma di hospital.
Syamira telah dihalang untuk melawat Afiq di hospital kerana hubungan rahsianya sudah terbongkar.
Ayah Syamira mengurungnya di dalam bilik.
Syamira mula menangis tidak berhenti kerana tidak dapat berjumpa dengan Afiq buat kali terakhir.
Syamira cuba membunuh diri dengan meminum racun.
Syahira menghubungi doktor dengan segera.
Syahirah mula menangis.
"Peluang untuk kakak kamu hidup sangat tipis." Jelas Doktor.
Syahira mendekati Syamira.
Dia meminta maaf dan menceritakan segala-galanya.
Dia yang menuduh Afiq mencuri dan mengupah orang untuk memukul Afiq sehingga koma di hospital.
Dia berkata "Teruk mana pun kesalahan adik, adik tetap adik kakak." Syahira menangis mendengar kata-kata kakaknya.
Dia menghampiri Syamira.
"Afiq!!"
Rupanya Afiq masih hidup.
Syahira menipu yang Afiq sudah meninggal dunia.
Akhirnya selepas beberapa hari mendapatkan rawatan.
Syamira berjaya sembuh.
Afiq dan Syamira berkahwin dan hidup bahagia untuk selama-lamanya.
Tamat sesi temubual itu.
Novelis itu masih menangis.
Mereka berdua tidak dapat hidup bersama.
Tamat.