, 25 tweets, 3 min read
My Authors
Read all threads
Suka betul dengan tajuk khutbah tadi.

“Syafaat Nabi Muhammad s.a.w kepada Ummatnya”
Jap lagi saya sambung thread. Tengah susun ayat lagi ni.
“Syafaat : Peluang Terakhir Di Akhirat”
Dari Abu Hurairah r.a

Sabda Nabi s.a.w :
لِكُلّ نَبِي دَعْوَة مُسْتَجَابَة يَدْعُوا بِهَا وَاُرِيد اَن اَخْتَبِئَ دَعْوَتِي شَفَاعَة لِاُمّتِي في الآخِرَة
“Setiap para Nabi mempunyai satu doa yang mustajab, aku ingin menyimpan doa itu untuk memberikan syafaat kepada umatku pada hari kiamat nanti” (HR Bukhari)
Para Ulama menyimpulkan ‘Syafaat’ terbahagi kepada dua.

1. Syafaat Umum : syaafat yg dikurniakan kepada para Nabi, Ulama dan Syuhada.

2. Syafaat Khusus : syaafat yg hanya dikurniakan kepada Nabi kita Rasulullah s.a.w
Syafaat khusus juga dikenali sebagai الشَّفَاعَة الْعُظْمَى Syafaat yg paling agung.

Syafaat yg paling agung ini adalah permintaan khusus daripada Baginda Nabi s.a.w kpd Allah s.w.t supaya disegerakan sesi perbicaraan & pengadilan setelah lama sengsara menunggu di padang Mahsyar
Hadis daripada Aisyah r.a , Rasulullah s.a.w bersabda :

تُحْشَرُون حُفَاةً عُرَاةً غُرْلاً

“Kamu akan dihimpunkan (di padang Mahsyar) dalam keadaan tiada berpakaian" (HR Bukhari)
Jelasnya, semua manusia tidak tahan dengan kesengsaraan yg dialami di Mahsyar, akhirnya mereka beramai-ramai pergi berjumpa Nabi Adam, Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa عليهم الصلاة والسلام supaya dipercepatkan proses perbicaraan dan pengadilan.
Kesemua Nabi tersebut enggan menolong malah ada yang mengatakan bahawa kami dapati hari ini Allah sedang murka yg amat sangat tidak pernah Allah murka sebegitu rupa. Lalu mereka mengatakan نَفْسِي نَفْسِي diriku diriku, dirimu dirimu, selamatkanlah diri masing-masing.
Akhirnya manusia yg sangat ramai jumlahnya tadi sepakat untuk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w untuk meminta syafaat, Baginda Nabi bersetuju lantas bermunajat kepada Allah di bawah ‘Arasy, permohonan Nabi s.a.w itu dikabulkan dan pengadilan pun dimulakan.
Selain Syafaat yg paling Agung, ada lagi syafaat yg lain yg dianugerahkan kepada Nabi s.a.w seperti berikut :
1. Syafaat yg diberi kepada para Aulia dan Solihin untuk meninggikan kedudukan mereka di dalam syurga.

2. Syafaat untuk menjemput orang yg masih ada saki baki iman dalam diri mereka walau sebesar gandum, mereka dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
Al-Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis melalui Ibnu Umar r.a bahawa Nabi Muhammad s.a.w melihat ummatnya diazab di dalam neraka lalu Baginda menangis sambil berkata “ummatku! Ummatku! (mereka masih berada di dalam neraka)”
Permintaan Nabi s.a.w dikabulkan Allah dengan firmannya:

إِنَّا سَنُرْضِيك في أُمَّتِك وَلَا نَسُوءُك

“Kami sesungguhnya redha terhadap ummatmu dan kami tidak akan meyakitimu (maksudnya mereka dikeluarkan dari neraka)”
3. Syafaat yg diberi kepada Nabi s.a.w untuk membantu orang yg timbangan amal kebaikan dan kejahatannya sama berat. Maka dgn pertolongan tersebut akhirnya orang itu berjaya memasuki syurga.
4. Syafaat yg diberi kepada Nabi s.a.w untuk memasukkan orang-orang tertentu ke dalam syurga tanpa hisab dan azab. Mereka yg bernasib baik ini akan masuk ke dalam syurga melalui laluan khas yg telah ditentukan.
5. Syafaat yg dikurniakan kepada Nabi s.a.w untuk menyelamatkan orang yg telah melakukan dosa besar dari seksaan neraka.
Hadis daripada Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda :
شَفَاعَتِي لِأَهْلِ الْكَبَائِر مِنْ أُمَّتِي

“Syafaatku untuk orang yg melakukan dosa besar dalam kalangan ummatku.” (HR Ahmad)
اللهم صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّد

Akhir sekali, mari sama sama kita bisikkan dalam hati kita
Adakah kita layak untuk mendapat syafaat Baginda Nabi s.a.w ?
Adakah kita cukup amalan dan cukup berselawat kepada Baginda sehingga Baginda mampu mengenali kita di akhirat nanti?
Adakah kita telah menjadi penyokong setia ajaran & sunnah Nabi s.a.w hingga Baginda mampu mengenali kita?
Bisik pada hati sendiri.
Adakah kita layak?

Moga-moga kita tergolong dalam kalangan ummat yg berhak mendapat Syafaat Terakhir daripada Rasulullah s.a.w
Baca ni paling kurang 10 kali setiap hari

اللهم صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّد
Allahumma solli ‘ala Muhammad wa’ala aali Muhammad

Wajib share ilmu ini,
Moga yg lain dapat manfaat.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with -

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!