, 50 tweets, 12 min read
My Authors
Read all threads
Pendedahan mengejut Azilah terhadap kes pembunuhan Altantuya yang mendakwa bahawa bekas Perdana Menteri Malaysia ke-6 Dato Seri Najib Razak terlibat dalam mengarahkan pembunuhan.
1. Kes bermula dengan satu laporan kes orang hilang, Altantuya pada 20 Oktober 2006.

2. Hasil siasatan awal, PDRM mendapati Altantuya didapati telah membuat satu laporan polis sebelum kehilanganya.
3. Laporan polis itu menyatakan bahawa dia diugut (harrasment) oleh teman lelakinya. Di dalam laporan itu Altantuya menyebut nama Razak Baginda sebagai individu yang bertangunjawab sekiranya berlaku apa-apa kepada dirinya.
4. Hasil siasatan seterusnya PDRM berjaya mengenalpasti dua individu UTK Polis terlibat dan ditangkap. Dua individu itu ialah Azilah dan Sirul.
5. Azilah dan Sirul pada masa itu berada di luar negara atas tugas mengescort PM Tun Abdullah Ahmad Badawi. Mereka dipanggil pulang dan sebaik sampai di Kuala Lumpur mereka terus ditahan.
6. Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi dimaklumkan mengenai kejadian ini oleh Ketua Polis negara, Tan Sri Musa Hassan dan menyatakan bahawa pihak polis akan membuat tangkapan terhadap Razak Baginda.
7. Tun Abdullah kemudiannya mengarahkan TS Musa Hassan supaya perkara ini dimaklumkan juga kepada Timbalan Perdana Menteri, iaitu Dato' Seri Najib Tun Razak. Setelah dimaklumkan, DS Najib Razak turut menyatakan supaya teruskan tangkapan itu.
8. Siasatan lanjut polis mendapati Altantuya dibunuh dengan diletupkan mayatnya.

9. Mereka bertiga; Azilah, Sirul dan Razak Baginda telah dituduh di bawah 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diatas pembunuhan Altantuya.
10. Polis berjaya membuktikan bahawa Razak Baginda mempunyai hubungan dengan Azilah dan Sirul melalui "sms" dan ini dijadikan bahan keterangan di mahkamah.
11. Razak Baginda adalah pegawai khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak yang juga merangkap Menteri Pertahanan ketika itu.
12. Polis tiada sebarang bukti 'no evidences' mengaitkan kes ini dengan TPM, DS Najib Tun Razak.
13. Walaubagaimanapun tular konspirasi politik yang mengaitkan bahawa DS Najib telibat dalam pembunuhan Altantunya seperti penularan gambarnya makan malam bersama Altantuya dan Razak Baginda.
14. Mahkamah Tinggi di peringkat pendakwaan mendapati bahawa Razak Baginda tiada 'prima facie' dan beliau dibebaskan.
15. Mahkamah mendapati terdapat 'prima facie' terhadap Azilah dan Sirul. Mahkamah menjatuhkan hukuman 302 Kanun Keseksaan gantung sampai mati.
16. Pada tahun 2013, Azilah dan Sirul dibebaskan dan didapati tidak bersalah selepas membuat rayuan di Mahkamah Rayuan.
Alasan penghakiman:

i. pendakwaraya tidak memanggil DSP Musaada pencanggah yang konsisten;

ii. tidak mengemukakan diari balai;

iii. gagal mengaitkan pemilikan bahan letupan dengan Azilah dan Sirul.
17. Pendakwaraya tidak berpuas hati dan merayu keputusan di Mahkamah Persekutuan.
18. Pada tahun 2014, Mahkamah Persekutuan mendapati bahawa Azilah dan Sirul bersalah kerana mereka mempunyai niat yang sama (common intention). Azilah dan Sirul gagal membuktikan keraguan munasabah (Beyond Reasonable Doubt).
19. Keduanya telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati tetapi Sirul berjaya lari ke Australia sebelum keputusan keluar.

20. Azilah kini di Penjara Kajang menunggu hukuman gantung dan memohon pegampunan Sultan Selangor manakala Sirul berada dalam tahanan di Australia.
21. Selepas 5 tahun, pada tahun 2019 Azilah kini membuat akuan bersumpah (SD) mengatakan bahawa DS Najib tu Razak terlibat dalam kes ini.
22. Persoalannya bagaimana banduan akhir yang telah dihukum gantung sampai mati lima tahun lalu secara tiba-tiba terdetik nak buat pengakuan bersumpah? Ada nasihat atau cadangan dari pihak luar? Akuan bersumpah kena buat di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.
So bagaimana seorang banduan akhir boleh dapatkannya kalau bukan melalui pihak lain?
23. Dalam SD itu Azilah ada megatakan bahawa Najib telah mengarahkan pembunuhan ini.

Dalam surat tersebut Azilah telah mengatakan bahawa Najib mengarahkannya untuk "shoot to kill” dan "isyarat potong leher"
24. Diarahkan untuk "shoot to kill" ditunjukkan pula adalah “isyarat potong leher” and then she was blown up with explosives.

Tidak konsisten langsung.
25. Razak Baginda bagitahu bahawa Azilah akan mudah mengenali Altantuya kerana wanita itu berwajah Cina. Soalan, Cina kat KL ada dua orang ke?
26. Arahan diberi oleh DSN kepada Azilah secara face to face untuk membunuh Altantuya. Kenapa DSN nak kotorkan tangan sedangkan beliau boleh bagi arahan melalui 3rd party (DSP Musa) yang sudahpun sedia maklum?
27. Arahan diberi agar Altantuya dibunuh secara sulit dan senyap. Dah tu kenapa pakai bahan letupan?

28. Operasi ini sulit dan penuh kerahsiaan. Tetapi Azilah boleh pula jumpa dan bersembang dengan Sirul (ketika itu bertugas sebagai pemandu pengiring) dan ajak beliau join sekali
29. Operasi sulit dan rahsia. Tetapi Azilah boleh call DSN bagitahu Sirul nak join bunuh Altantuya dan DSN setuju tanpa sebarang due diligence atau marah sebab Azilah bocorkan tugasan sulit.
30. Kalau siapa baca SD Azilah sampai habis mesti tahu pasal Zulkifli Nordin. Zulkifli Nordin adalah peguam Azilah. Ini kenyataan dia mengenai kes ini.

31. Ini pendedahan oleh Raja Petra Kamarudin katanya ada konspirasi nak kaitkan Najib.

Link penuh boleh tengok kat sini: fbwat.ch/1D4wTjXkA8ZztO…
32. Sirul telah mengaku bahawa kes ini langsung tiada kaitan dengan DS Najib Tun Razak.
33. Ini pula penjelasan Tan Sri Musa Hassan bekas ketua polis negara mengenai kes ini.

Video penuh boleh lihat dekat sini:
fbwat.ch/1ryxNeUmi2cCwR…
***Pembetulan:
2. Hasil siasatan awal, PDRM mendapati Altantuya telah membuat satu laporan polis sebelum kehilanganya.
***Pembetulan:
Alasan penghakiman:

i. Pendakwaraya tidak memanggil DSP Musa;
ii. Terdapat percanggahan yang konsisten;
iii. Tidak mengemukakan diari balai;
iv. Gagal mengaitkan pemilikan bahan letupan dengan Azilah dan Sirul.
34. Gambar makan malam DS Najib, Altantuya dan Razak Baginda tu memang edit. Dulu mana ada phone canggih pastu photoshop crack pun susah nak dapat. Hehee.

Ni bukan deepfake macam Zol Alipin ya anak-anak.

35. SD ni bukan kes baru. Pada tahun 2009, Raja Petra ada buat SD yang kononnya DS Rosmah sendiri letopkan Altantuya. Namun fakta kes mahkamah dah nafikan.

Link: malaysia-today.net/2009/05/06/rpk…
36. Kemudian PI Bala pulak buat SD. SD beliau ini berbeza dengan kenyataan mahkamah beliau di mahkamah. Ini pun cuba mengaitkan dengan DS Najib Razak.

Link: m.malaysiakini.com/news/85556
37. Kali ini, muncul lagi SD kononnya Azilah dapat arahan direct dari DS Najib untuk bunuh Altantuya.

Malangnya, fakta kes serta bukti (SMS Azilah dan Sirol), tak ada sedikit pun perkataan "Najib" dalam komunikasi mereka.
38. Cuba anda fikirkan secara logik. Kenapa selepas 10 tahun baru Azilah dedahkan?

Itu pun ketika menghitung hari ke tali gantung. Orang nak lemas ni, taik pun dia capai.
39. Dua point kes Altantuya yang ramai tak tahu:

i. Bahan letupan bukan C4. Bukan diambil dari stor tentera.

ii. Peguam pembelaan sendiri yang memilih untuk tidak memanggil DSP Musa sebagai saksi.
40. Timb Peguam Cara II, Tun Majid berkata UTK tidak pernah menggunakan bahan letupan C4.

Bercakap kepada pemberita kemudian Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup yang membantu Tun Majid berkata bahan yang ditemui di tempat kejadian adalah bahan letupan PETN dan RDX.
41. Beliau berkata pihak pendakwa juga menawarkan Musa sebagai saksi pembelaan tetapi tidak diterima, sambil menambah bahawa Mahkamah Rayuan telah terkhilaf dalam memutuskan isu pihak pendakwaan tidak memanggil Musa sebagai saksi pada peringkat perbicaraan
mstar.com.my/lokal/semasa/2…
42. Ini kenyataan Azilah di Mahkamah Persekutuan pada tahun 2015:

'The first respondent [Azilah Hadri] in his reply reiterated his non-involvement with the murder and repeated his defence as submitted at the High Court.
43. He submitted that he only took the deceased [Altantuya] to Bukit Aman, and after handing over the deceased to the second respondent [Sirul Azhar], his involvement in this case ended.' - Para 32 Judgment of the Federal Court (2015)
44. Dalam kata lain, Azilah memberi kenyataan bersumpah dalam Mahkamah bahawa dia tidak berada tempat kejadian dan tidak melakukan pembunuhan. Ini dipanggil defence of alibi.
45. Sekarang dia bersumpah dalam SD bahawa dia telah membunuh Altantuya tetapi atas arahan rasmi. Ini dipanggil defence of superior orders atau pun Nuremberg Defence.

Pembelaan ini diterima di Malaysia dan dinyatakan di dalam seksyen 76 Kanun Keseksaan.
46. Sangat bercanggah. Sekiranya dia membunuh Altantuya atas arahan rasmi, kenapa dia tidak membangkitkan pembelaan ini lebih awal?

Pembelaan ini juga tidak dibangkitkan selepas Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman mati.
47. Arahan melakukan tugasan hanya boleh datang dari pegawai atasan Azilah, dan TPM bukan pegawai atasannya.

Kalau betul TPM telah memberi arahan tersebut, Azilah masih boleh check dengan pegawai atasannya. Kenapa tak buat?
48. Ertinya Azilah adalah contract killer. Dia tau apa dia buat itu salah. Apa motif dia bunuh, sama ada DS Najib suruh atau sesiapa pun suruh itu isu untuk polis siasat.
49. Tapi fakta yang tidak dipertikaikan adalah Azilah telah membunuh Altantuya. Oleh itu, tiada keperluan untuk menyemak semula sabitan Azilah.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with شافيق زيكري

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!