Profile picture
The Patriots @thepatriotsasia
, 19 tweets, 4 min read Read on Twitter
Terbaca cadangan bernas ini yang sedang menular di FB dan disukai oleh ramai generasi "I’m not XXX, I’m Malaysian". (sumber: facebook.com/psychdragon/po…)

#thread #Malaysia
Dah baca 50 kali pun masih tak dapat hadam. Kalau Bahasa Melayu tak boleh dipanggil Bahasa Melayu disebabkan ia "no longer reserved for Malays", rasanya Bahasa Inggeris ("English") pun kena tukar nama kot memandangkan ia bukan lagi hak eksklusif orang England ("English people").
Kena tukar jadi "United Kingdom Language" sebab takut orang Wales, Scotland dan Northern Ireland terasa. Tapi kalau buat macam itu kang USA, Canada, Australia pula yang terasa.
Bahasa sememangnya dinamakan mengikut kaum penutur asal: Hindi is Hindi, bukan "Indian Language". Arabic is Arabic, bukan "Saudian Language" atau "Yemeni Language". Orang Iran pun masih bertutur dalam "Persian" bukannya "Iranian".
Austria tetap guna "German" sebagai bahasa kebangsaan, tak ada nak tukar jadi "Austrian" sebab merajuk dengan Nazi Germany. Bahasa tak perlu ikut prinsip Westphalia.
Kemudian katanya kalau tak guna Inggeris, pendidikan kita tak bertaraf dunia, tak berdaya saing. Dalam senarai top 10 PISA untuk subjek matematik, 7 negara (Finland, Norway, Ireland, Estonia, Korea Selatan, Jepun dan Hong Kong) guna bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar.
Yang selebihnya itu (Canada dan New Zealand) guna Bahasa Inggeris kerana bahasa kebangsaan mereka sememangnya Bahasa Inggeris.
Takkanlah terdapat satu negara iaitu Singapura yang mengagungkan Bahasa Inggeris lebih daripada bahasa kebangsaan yang lain (Singapura mempunyai 4 bahasa kebangsaan), terus kita nak ikut?
Kenapa tak ikut majoriti negara yang mencapai kejayaan dalam pendidikan berbahasa pengantar bahasa kebangsaan?
Akhir sekali apa jadahnya elektif "advanced Malay"? Adakah maksudnya majoriti orang Malaysia hanya perlu cakap basic Malay ("how basic is basic"?), sementara itu hanya minoriti yang ambil kelas elektif je yang boleh berbahasa Melayu "advanced"?
Saya pernah jumpa pekerja Bangladesh yang memulakan ayat dengan "sayugia…", adakah itu kira "basic" atau "advanced"?
Sebenarnya, apa masalah sekiranya kedudukan Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan kita dikekalkan? Apa yang susah sangat untuk memartabatkan Bahasa Melayu dalam kehidupan seharian? Apa yang susah sangat untuk mengguna Bahasa Melayu dalam apa-apa urusan?
Apa yang susah? Bak kata Winston Churchill, "want thousand powers, don’t want thousand excuses".
Sebelum kita nak meremehkan Bahasa Melayu seolah-olah ia tidak "international" atau tidak "commercial", cuba tanya diri kita apakah usaha yang telah kita lakukan untuk mengantarabangsakan Bahasa Melayu?
Adakah kita mengemaskini media sosial dalam Bahasa Melayu? Adakah kita berkomunikasi dengan kawan non-Malay dalam Bahasa Melayu? Atau kebanyakan masa kita sendiri pula yang merasa malu dan "inferior" dengan bahasa kita?
Bila kita mempertahankan perkara ini, terus kita dicop "chauvinist", "Melayu Ultra" bagai (kalau saya spesial sikit, dicop Melayu celup). Padahal kita cuma tak nak identiti kenegaraan kita hilang. Tak nak jadi orang yang tak kenang budi.
Dan tak nak mengkhianati warisan nenek moyang yang diamanahkan kepada kita.
Saya pening dah dengan orang Malaysia sekarang, lagi-lagi di era "so-called" Malaysia Baharu ini. Baik jadi orang Korea, tak ada isu tak nak belajar dalam Bahasa Korea atau timbul rasa malu dengan Bahasa Korea.

Kredit kepada: Ayman Rashdan Wong.

#thread #untaian #Malaysia
Link kepada post asal: facebook.com/ayman.rashdan.…
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to The Patriots
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!