"Sudah sekian lama, sudah berpuluh tahun, di mana logik di sebalik peristiwa ini??"
Padaku, adalah sangat mustahil untuk dia bahkan melangkah masuk ke negeri ini.
Bahkan pasportnya juga sepanjang pengetahuanku tidak pernah dibuat.
Dan hasil risikanku tak pernah tersasar..
"It is now or never", bisikku
Sambil membetulkan waistcoat ku, aku mengambil sepasang cermin mata hitamku, lalu mula memakainya sambil melangkah..
Melangkah ke arahnya, orang yang paling ku takuti suatu masa dulu..
Pada jarak kurang 2 meter darinya, saat dia masih tak mampu mengesan kehadiranku..
"Harry, mana kau nak pergi??"
Tersentakku, namun berasa lega..
Tetapi kerana dia memanggilku dengan nama samaranku, bukan nama yang diberi di tempat asalku..
"Oh, kau rupanya Hong, aku fikir siapa tadi..", jawabku
"Tak adalah, aku nampak kau berjalan macam tak cukup tanah, ingatkan kau nak lari dari dinner ni, hahaha", kata Hong dengan ketawa hambarnya..
"Eh Hong, kau tahu ke siapa yang pakai baju coklat kat meja 2 tu??", bisikku pada Hong.
"Yang mana, perempuan bertudung tu ke??", jawab Hong.
Ya, kedudukan ku terlalu hampir dengan dia...
Aku tidak pasti apakah dia mengesan kehadiranku di sini...
Sesuatu harus ku lakukan segera...sebelum terlambat..
Cadangku sambil menunjukkan ke arah satu sudut dewan yang agak privacy..
"Yeah, sure," jawab Hong..
Lantas aku menarik tangannya ke tempat tersebut..
"Soalan aku tadi, kau tahu tak?"
"Perempuan tu? The one yang pakai baju coklat, tudung hitam tu?", ujar Hong untuk mendapatkan kepastian,
"Yes, that woman,"
"Seriously Hong, kita ajak delegate luar eh untuk dinner ni?" Terkejut ku bukan kepalang,
"Tu lah, suka sangat mute group WhatsApp, kan dah tak tahu info," sindirnya dengan muka yang sinis..
"Habistu, Malaysia bukan negara luar ke?" balas Hong
"Alright my bad, almost forgot about that,"
"Why, do you know her?" soal Hong..
"Wait..what, hahaha no lah..that's why i'm asking you," balasku sambil ketawa, bagi mengelakkan lagi keraguan di malam ini...
"If you say so,"
Lalu kami mula melangkah kembali ke tempat yang disediakan tadi,
Menikmati malam yang gemilang, dan dipenuhi dengan kegembiraan..
2.30 pagi,
"Satu, lima, sembilan, sembilan, sembilan"
"Ting! Clack!" Pintu dibuka..
"Phew, what a tiring day," bisikku.
Aku mula menanggalkan baju kot & tali leherku, dan mula melangkah ke arah balkoni..
Menghadap ke arah pusat bandar sambil memegang secangkir minuman...
Yang terjamu di mataku, hanyalah pemandangan sebuah kota yang tak pernah tidur..
Kota yang menjadi kediamanku selama ini...
"Hell of a sight, ain't it?" bisikku,
Pada saat itu, sudut fikiranku mula menerawang kembali..setelah sekian lama menyimpan...
Cuba untuk melepaskan diri dari belenggu pemikiran yang dihasilkan dek kerana peristiwa yang berlaku sebentar tadi...
"Goddamn I should go to sleep, forget all about this..it's impossible"
"Boleh jadi tu pelanduk dua serupa, yelah, dalam dunia ni kan ada 7 orang muka sama,"
"Dia tak perasan aku ada kat sana tadi kan? Kenapa aku harus berperasaan begini?"
Tak ubah seperti hangatnya suasana Parlimen di kala berlangsungnya perdebatan yang genting..
"Alright Amri....no, I mean Harry, you should contain yourself"
Just walk away, and just go to the goddamn bed"
Lantas, aku mengambil headphone & menghempaskan diriku di katil,
"Search...Metallica..Nothing Else Matters"
Sejurus intro lagu menerjah ke telinga, jari jemariku mula menari mengikut gaya petikan Kirk Hammett,
"So close, no matter how far..
Couldn't gain much more from the heart..
Forever, trusting who we are,
And nothing else matters"
Mataku terpejam, sambil bibir menyanyi dengan suara yang hanya boleh didengari dari hatiku sahaja..
Never care for what they know,
But I know.."
Diriku makin tenggelam di dalam irama dan lagu,
Atau lebih tepat, sengaja ditenggelamkan,
Demi melupakan segalanya,
Dah diharapkan bahawa esok, semuanya hilang bagaikan mimpi...
Dari satu lagu, ke lagu yang lain..
Dari lagu thrash metal Metallica kepada Scorpions,
Dari lagu Inggeris, ke lagu malar segar Melayu..
Kumpulan Illusi, Damasutra, Fotograf, Alleycats..
You name it...
Dan tanpa sedar diriku hanyut ke alam mimpi...
Ahad, 6.30 pagi:
Dengan lemah longai ku usap mataku yang kuyu ekoran kurangnya tidur yang ku raih,
Sementelah mematikan penggera dan melihat dengan samar samar waktu yang terpampang..
"Astargfirullah, aku dah lambat!!"
Seusai memberi salam yang kedua, daku hanya mengalas perut sekadar yang perlu,
"Damn, aku patut gerak lagi awal tadi. Dah lah plan hari ni nak buat 40km,"
"Come, let's do this again dude," sahutku pada basikal kebangganku..
Kerana 'dialah' yang selalu menjadi penawar, yang membolehkan aku lari..
"Again, here comes the hectic sight,"
"Yelah, weekend kan, what should I expect?" bisikku,
Sebuah telefon pintar dikeluarkan dari saku belakang jersiku, sambil memeriksa jarak perjalanan yang sudah ditempuh,
"28km je...Aduh, jauh lagi ni," keluhku, kesah..
Basikal lalu ku kunci di tempat yang tersedia, lalu mula mengambil gambar pemandangan di sekitar dataran tersebut,
Termasuk patung singa berbadan ikan yang entah berapa kali sudah diambil sebelum ini,
Sesudah beberapa gambar diambil, aku mengambil kembali basikal & meneruskan kayuhan...
.
.
.
"DISINI KASIH PERNAH BERBUNGA,
TIADA HARUM, TIADA WARNA..."
Kayuhanku terganggu dengan deringan lagu Ekamatra yang menjadi nada deringku...
Aku menghentikan kayuhan ku dan bergerak ke bahu jalan, lalu membuka skrin telefon...
Air mukaku mulai berubah saat melihat nama yang terpapar di skrin tersebut,
"Alamak...urgent call ni,"
Butang jawab terus ku tekan tanpa banyak bicara
"Waalaikumussalam bang, mak dan yang lain sihat je, kamu tu tengah buat apa?? Ngayuh ke?" mak membalas,
"Haah mak, macam biasa. Weekend ni takde apa hal awok ngayuh je la,"
"Tak jauh mana mak, hat Merlion tu je,"
.
.
"Kamu ada plan nak balik Perak tak bila bila ke dalam bulan ni?" tanya mak, menyampaikan maksudnya yang sebenar,
..cuti tu dah lulus dah, tiket flight semua dah siap. Kalau ada rezeki in sha Allah awok balik time tu le," jelasku,
Aku mula merasakan sesuatu yang tak kena,
"Kenapa mak, ada apa apa jadi ke kat sana??" tanyaku, inginkan penjelasan,
"Allahu, awok pun tak perasan, minta maaf mak,"
"Takpe, mak faham je. Cuma jangan push sangat kerja tu ea...
"Kawan sekolah mana mak? Sekolah rendah ke menengah?"
"Aiman?? Oh...Aiman yang badan tegap sikit tu kan?? Kenal kenal, tu sekolah kat Penang tu,"
"Haah, betul lah tu. Mak ingat dia salah orang tadi, cakap dia pun macam orang utara sikit,"
"Ok, nanti mak hantar kad invitation dia sekali,"
"Baik mak, awok nak sambung kayuh ni. Assalamualaikum," balas ku
Panggilan telefon dimatikan,
"Seriously, tak pernah pernah deme ajak aku sampai macam ni sekali," bisik ku
Sambil menghadam kembali apa yang mak baru ceritakan sebentar tadi,
"TING!!,"
Bunyi notifikasi WhatsApp muncul melenyapkan khayalanku
Lalu membaca butirannya sedikit demi sedikit,
"Mega Reunion Batch 99, SMK XXX XXXXX,"
.
.
"Tempat: Dewan Besar Sekolah"
"Tarikh & Masa: 15 Mac 2025"
.
"Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Aiman: 01X-XXXXXXX
Lantas aku menutup kembali telefonku & meneruskan kayuhan pulang ke rumah...
"Aku nak pergi ke tak kali ni??"
Soalan yang berlegar di mindaku sepanjang perjalanan pulang,
"Fuh, habis pun berkayuh,"
Seusai membersihkan badan, aku merebahkan diriku di atas sofa, sambil telefon pintar di tangan,
Lalu aku membuka kembali gambar kad jemputan ke majlis reunion sebentar tadi,
Lalu aku merenung kad itu dengan penuh tekun,
Cuma apa yang menarik perhatianku, ialah latar belakangnya merupakan pemandangan ikonik sekolah yang pernah menjadi persinggahan ku,
"Should I stepped my foot again on that place??"
Persoalan yang bermain di fikiranku,
Taiping, Perak,
"KRING!!!" bunyi deringan panggilan WhatsApp mula menerjah suasana,
Lalu disambut oleh seorang lelaki yang kebetulan baru sahaja keluar dari bilik air,
"Siapa ni??...+65XXXXXXX??"
getus lelaki itu,
Panggilan tersebut dijawab
"Waalaikumusslam, siapa ni?" tanya lelaki itu, atau lebih tepat, Aiman,
"Ish, dia ni, miker yang jemput oghang miker yang lupa??"
"Jap, aku pernah dengar suara ni, jap jap..," Aiman cuba menangkap sesuatu,
"Lah...ni mesti hang, Amri Husaini kan? Patutlah macam pernah dengaq loghat Perak hang tu," sambung Aiman,
"Hahahaha, yelah aku ni, Amri. Kau ni still blurr macam dulu kan," balas ku,
"Weh, lama gila tak dengaq pasal hang. Hang sihat ka?" sambung Aiman,
"Hang ada kat mana sekarang. Ni nombor baru hang ka? Awat nampak semacam ja?" tanya Aiman,
"Nombor tu, yelah. Aku kan tinggal kat Singapura, memanglah tu lah nombornya di sini,"
"Singapura, fuh...padu boh," balas Aiman,
"Eh, biasa saja ma,"
"Haah, aku yang hantar. Awat, hang jadi nak pi ka?"
"Hmm...," keluhku..berat..
"Sebenarnya, aku memang nak pergi. Dah lama sangat aku nak jumpa korang...
"Laa, macam tu. Takpe, aku faham je Amri, bukan senang bila kita duduk jauh ni,"
"Cuma apa Amri?"
"Cuma aku terfikir, since aku tak boleh datang. Aku still rasa bersalah, lagi lagi bila aku tahu kau sanggup approach mak aku semata mata untuk ni. Just if there's something I can do for the event at least," tambahku
"Maksud aku, kalau aku tak dapat pergi. At least mungkin ada sesuatu yang aku boleh tolong ke?
Like kalau korang nak tambah bajet ke?" jelasku,
"Oh, pasal bajet takde masalah pun, sebab masing masing bayar RM 100 untuk kali ni," terang Aiman,
"Eh, takpe ke??" tanya Aiman, terkejut..
"Alah, RM100 apalah sangat, aku pakai SGD kot, hahaha,"
"Wah, mentang mentang lah dah loaded,
Nanti aku pm nombor akaun,"
2.30 petang,
"TING!"
" 1 Message from Aiman"
"Weh, orang suruh kau bagi RM 100, asal kau bagi sampai SGD 100?? Banyak tu," mesej dari Aiman,
"Alah, orang dah bagi lebih, banyak kira pula. Ambil je, lebih kurang tu kira halal lah," balasku
"My pleasure, kirim salam & gambar sekali kat reunion tu,"
"No problem," balas Aiman,
.
.
8.30 malam,
"Hello, assalamualaikum ayah.."
"Waalaikumussalam, kenapa abang?"
"Mak dengan ayah ada apa apa hal ke, dalam 12 sampai 18 haribulan 3 nanti?"
"Tidak, awok ingat nak balik kejap waktu tu, saja sebab dah lama beno tak balik rasanya,"
"Tak apa ke? Nanti nak mintak cuti, tiket flight lagi semua, boleh kamu nak balik time tu?" balas ayah,
"Ok le kalau kamu kata macam tu. Eh, tadi mak ada kabo yang ada kawan kamu jemput ke reunion eh?"
"Haah, ada tadi, tu pun salah satu sebab juga nak balik tu," jawab ku
"Haah ayah, udoh lama beno rasanya tak ke sana. Dalam 10 tahun juga tu,"
"Hmm, bagus le tu, boleh jumpa cikgu cikgu sekali, cakap terima kasih apa semua. Masa kamu ambik result SPM dulu pun kamu balik ghope itu je...
"Baik ayah, awok paham," balasku,
"Haa, lagi satu kereta awok elok lagi kan? Sebab awok balik naik flight kan, nanti nak pakai kereta tu," tambahku
"Hmm,"
Ayah terdiam sejenak,
"Ayah??"
"Ayah, jangan le cakap yang kereta tu dah jual.." aku hampir menitiskan air mata,
"Ish, kamu ni bukan bukan je, elok je lagi kereta tu. Takde koje kume nak jual, kalau jual pun siapa je nak beli?" jawab ayah,
Aduh, saspen betul,
"Nanti pasal tiket balik bila semua tu macam mana awok inform kemudian," tambahku lagi,
"Hmm..ok," jawab ayah,
"Waalaikumussalam, in sha Allah," jawab ayah,
.
.
Panggilan telefon dimatikan,
"Done, it's finished. Now just two more things to do," bisik ku,
"But for now, let's catch a good sleep,"
Di sebuah gerai laksa, Katong.
.
.
"Dengar kau nak ambil cuti 5 hari, betul?"
"Yup," aku mengangguk,
"But, why??"
"Release stress lah, what, is it too awkward?" sambung aku sambil menghirup kuah laksa yang baru sampai,
"Hahaha, kau ni lah, apa salahnya sesekali Supervisa pula nak cuti. Asyik anak buah je duk mintak cuti, kali ni my turn pula,"
"Supervisor, right. Not Supervisa,"
"Yalah, supervisor.
Damn, how can you didn't have sense of humour? Dah dah, makan lekas. Nanti nak masuk lab balik,"
Aku mula menjamah makanan yang tersedia,
Di dalam sebuah bilik,
.
.
"TAP..TAP,"
Jari jemariku sedang gigih menekan papan kekunci pada komputer peribadiku,
"Compose email....
Send,"
"Phew," aku menarik lafaz lega,
"Siap pun report minggu ni,"
"TING," mesej baru menerjah telefonku,
"Abang, betul ke abang balik 12 haribulan ni?" Tanya Haziqah,
"Haah dik, abang balik sampai 18 haribulan," balasku,
"Oh..ye ke," Haziqah terus senyap,
"Duit kamu cukup tak bulan ni?" Tanya ku,
"Haah," jawabnya ringkas,
"Hmm..."
Prinsip ku mudah, nak enjoy silakan asalkan yang wajib jangan tertinggal,
"Ada kejap, 14 sampai 16 haribulan ni,"
"Lah, ada dalam 2 minggu lagi tu. Takpe lah, abang masukkan 150 dulu, jangan boros sangat," sambungku,
"Ok bang, terima kasih,"
.
.
12.35 pagi, 4 Mac
"Transfer Success",
"Biarlah, bagi dia have fun sikit, bukan orang lain, adik sendiri," bisik hatiku,
.
.
"It's over, nighty night, my dear self," aku menutup lampu di katil ku dan mula melelapkan mata,
Menanti rutin yang serupa, diulang setiap hari,
11.45 pm,
Di ruang tamu,
.
.
"Syncing one activity,"
"Your ride is ready to view," notifikasi dari Strava, menandakan kayuhan ku sebentar tadi berjaya direkodkan,
"48km, not bad," bisikku,
Sementara aku sedang asyik menelaah aplikasi tersebut,
"TING!!"
"Eh, group apa pula ni?" aku kehairanan,
"Group Mega Reunion 15/3,"
"Hmm, patutlah, dah agak dah," aku membuka group tersebut,
Keluar satu mesej dalam group tersebut, dari nombor yang tidak dikenali,
"Welcome, Amri Husaini," balas Aiman, ringkas,
Namun jawapannya itu seolah-olah mengundang suatu kejutan yang amat besar dalam group chat tersebut,
"+6011XXXXXX is typing,"
"+6014XXXXXXX is typing,"
"+6018XXXXXXX is typing,"
.
.
Tak sampai seminit, telahanku terbukti benar,
Berpusu pusu mesej mula menerjah group chat tersebut,
"Welcome Amri,"
"Weh, seriuslah ni Amri weyh,"
"Betul ke ni, asal dp nampak lain doh,"
"Our Bullet Train is back, hahaha,"
.
.
Tak sampai 5 minit, lebih 100 mesej dari group yang sama masuk ke telefon ku,
"Mark as read,"
"Mute notification...for 1 year,"
"Done, selesai pun,"
Mungkin ego, mungkin,
.
.
Aku mengambil keputusan menghantar mesej pada Aiman,
"Weh, asal kau masukkan aku dalam group tu? Aku kan tak jadi pergi,"
Dan jawapan Aiman, macam biasa,
"Pastu haritu hang suruh aku kirim gambar masa reunion tu sekali kan, so dalam group tu nanti hang dapatlah gambar yang hang nak," sambung Aiman,
"Hahaha, takpe lek lek je bro, kang lepas habis reunion tu kang nak left left je lah," jawab Aiman,
"Hmm, iyolah. Nanti apa apa roger aku baliklah" jawab aku menamatkan perbualan,
Lapangan Terbang Antarabangsa Changi,
.
.
.
Telefonku berdering, kali ini dengan nada dari lagu Amuk- Hakikat,
"Assalamualaikum, abang dah sampai airport belum?" tanya mak,
"Baru sampai airport Changi mak, flight awok pukul 2 nanti, lambat lagi tu,"
"Mak, itu cerita lama tu, masa awok baru pindah sini memanglah. In sha Allah awok tak apa-apa," balasku,
"Mak sekarang kat mana? Dah gerak ke KLIA ke?" sambungku,
"Elok le tu, nanti kalau awok dah naik flight awok bagitahu," jawabku,
"Ok, jaga diri kamu tu baik baik,"
"Baik mak, assalamualaikum,"
"Waalaikumussalam," panggilan telefon ditamatkan,
Aku menoleh ke jam tanganku, 9.10 pagi
Lalu aku memasang earphone ku di telefon, dan mula mencari lagu yang sesuai,
"Lagu mana eh, Backstreet Boys? Westlife? Hotel California? Scorpions? The Beatles?"
Aku masih lagi lihat mencari,
"Wings & Search-. Gemuruh"
"Play"
.
.
"Di dalam kelambu, penuh ungu, dia kesali,
Hilang bayangan, pedoman, ikhtiar dan arah,
Persis si buta mengangankan, hidup sederhana,
Menjamahi hari-hari,
Mimpi-mimpinya.."
.
.
"Now, let's window shopping," getus ku,
5.00 petang,
.
.
"Just as usual," bisikku mengenangkan suasana di ruang legar lapangan terbang tersebut,
Tidak terlalu sesak, namun tidak juga terlalu lapang,
Cuma biasa saja,
Sambil di telingaku masih disumbat dengan earphone. Langkahku diisi dengan iringan lagu Meniti Titian Usang versi M. Nasir,
Setelah tiba di sudut yang kuingin kan,
"Abang, mak baru sampai Klang, kalau dah sampai KLIA bagitahu lah.." mesej mak,
"4.00pm, so rasanya by now deme dah sampai sini rasanya ni," getus hatiku,
Aku mula mendail mak & ayah,
"Hello.... assalamualaikum mak, abang dah sampai KLIA ni,"
"Okay mak, kejap lagi awok sampai,"
Panggilan telefon dimatikan,
Aku mula bergerak menuju mencari direktori lapangan terbang,
Kebiasaannya kalau aku tidak memandu sendiri, aku cuma menaiki tren ETS terus dari Woodlands ke Ipoh, semenjak landasan berkembar tu siap dibina pada awal 2024,
Saat aku tiba di restoran tersebut,
Lalu, telefonku berdering sekali lagi,
"Abang, mak dah nampak kamu dah, kami kat meja 3 ni, nampak tak kume yang tengah lambai tu,"
Lalu serentak dengan itu kelibat mereka kulihat dengan jelas,
"Hahaha, ye mak, Assalamualaikum," aku mencium tangan ibuku,
"Ayah mana mak?"
"Ayah tengah order makanan tu, kamu pergi le ke sana, boleh order sekali," jawab mak,
"Ayah datang ni pakai kereta mana?" tanya aku,
"Kereta kamu lah, sedap sikit nak bawak," jawab ayah,
"Kalau balik ni awok nak drive boleh? Dah lama tak drive kat Malaysia," sambungku,
"Takpe, saman sini murah, hehe,"
"Kereta parking kat mana tadi," sambungku,
"Jap, tadi ayah ada ambik gambo nombor petak tadi...ni haa," ayah menghulurkan telefon pintarnya,
Ayah memulakan bicara,
"Bila kamu nak bertolak pergi reunion tu?",
" Kalau ikutkan hari Jumaat nak ke sana kejap, awok dah tempah hotel satu malam, sebab program nya Sabtu kan," jelasku,
"Ooo, kamu pergi sendiri le ni,"
"Haah, kenapa ayah nak ikut ke?",
"Baik, ayah,"
.
.
.
Kereta Proton Waja yang dinaiki meluncur laju, memasuki simpang ke arah Bota Kiri,
.
.
.
Setelah selesai menyusun segala kelengkapan ku di bonet kereta,
"Mak, abang pergi dulu ye, nanti besok awok balik,"
"Yelah, hati hati bawak kereta, jauh nak jalan ni," balas mak,
"Kamu nanti solat Jumaat kat mana?" Tanya ayah,
"Hmm, bawak leklok," balas ayah,
"Baik, awok pergi dulu, assalamualaikum," ujar ku,
"Waalaikumussalam,"
.
.
Aku menyandarkan diriku di atas katil sesudah mengemas barangan ku di hotel tersebut,
"Sempat lagi tak nak singgah kejap," aku memandang jam tanganku,
"Boleh kot, singgah kejap jumpa cikgu, kasi trailer sikit.."
Aku bingkas bangun, mencapai kunci kereta ku dan terus bergegas ke lokasi yang ingin ku tuju,
.
.
Lewat petang,
Kereta ku memasuki pagar sekolah,
"Hmm..not bad, banyak juga benda dah berubah," bisikku,
Destinasi ku: Bilik guru
Masih sama tempatnya seperti dulu,
"Assalamualaikum," ujarku,
Masa seolah-olah terhenti, semua mata menatap ke arahku..
--------------
TAMAT... BAHAGIAN 1 (mungkin)