My Authors
Read all threads
Perempuan itu wajahnya sangat hodoh mula tersenyum pada Farid

Farid sudah ketakutan.

Adaptasi dari kisah benar.

Rt guys sebarkan keseraman ini.

Ini adalah thread. Image
Aku start malam ni. Thread ni sambungan dari thread yang aku buat semalam, jadi korang boleh baca thread yang tu kat sini dulu.
Farid dan Syiha dalam perjalanan ke rumah keluarga Syiha.

Tapi sekarang mereka terperangkap di kawasan perkuburan.

Farid cuba keluar dari kawasan perkuburan tapi gagal.

"Mana jalan keluar ni?"
"Abang kita kat mana ni?"

"Abang tak tahu, tadi abang kat jalan raya, macammana boleh ada kat kubur pulak ni?"

"Abang cuba lah buat sesuatu!!" Rayu Syiha sambil menangis.
Kereta Farid bertemu jalan buntu, dia tidak menemui jalan keluar.

Farid semakin cemas. "Aduh!!"

"Abang macammana ni?"

Kawasan perkuburan yang sangat gelap menyukarkan lagi keadaan.
Farid memberhentikan kereta dan ingin keluar dari kereta.

"Abang nak pergi mana?" Syiha cuba menahan suaminya.

"Abang pergi cari jalan keluar dulu, awak duduk dalam ni kunci semua pintu."

"Saya nak ikut abang."
"Tak payah, lagi bahaya kat luar ni, Abang keluar sekejap je."

"Hurm okay." Jawab Syiha akur.

Farid meninggalkan keretanya. Syiha mengunci kereta.
Farid berjalan tanpa arah, dia menyuluh cahaya menggunakan lampu di telefon bimbitnya mencari jalan keluar sambil melintasi batu nisan yang ada disekelilingnya.

Pelbagai bunyi binatang aneh muncul, Farid rasa tidak selesa dan jantungnya berdebar-debar.
Dia memberhentikan langkahnya kerana ternampak sesuatu.

"Betul ke apa yang aku nampak ni??"

Ada kubur yang berasap. Dia terpaku melihat kejadian aneh itu.
Dia menyuluh ke arah kubur yang berasap.

Rupanya bukan asap tapi perempuan rambut panjang berbaju putih yang sedang terapung di atas kubur.

Dalam gelap, dari jauh, ianya kelihatan seperti asap.
Farid tergamam, tangannya mula menggigil.

Perempuan itu mula sedar yang Farid melihatnya. Dia memandang ke arah Farid.

Farid tersentak.
Tiba-tiba bahunya dipegang oleh seseorang.

Farid berpusing ke belakang lalu jatuh terduduk kerana terkejut.

Dia yang sedang duduk di tanah memandang ke arah orang yang memegang bahunya tadi.
Seorang pak cik tua memakai baju putih. "Apa kamu buat kat sini malam-malam?"

"Saya sesat saya cuba cari jalan keluar."

"Oh, kamu sesat. Ke kamu ada buat kesalahan."

Farid rasa hairan. "Kesalahan apa?"
Syiha yang masih ada di dalam kereta sudah mula rasa seram sejuk di dalam kereta seorang diri.

Dia melihat ke arah kiri dan kanan. Dia rasa seperti ada benda yang memerhatikannya.

Permandangan kawasan perkuburan menambahkan lagi perasaan seram dalam dirinya.
Tiba-tiba muncul suara yang menyeramkan dari arah belakangnya.

"Syihaaaa....." Suara seperti nafas memanggil namanya dari arah belakang.

Syiha bertindak balas pantas memandang ke arah belakang. Tiada orang.
Apabila Syiha pandang ke hadapan semula, dia menjerit dengan sangat kuat ketakutan.

Makhluk aneh yang mukanya sangat hodoh, kurus kering, sedang cangkung di atas cermin hadapan keretanya sambil tepat matanya bulat terbeliak memandang ke arah Syiha.
Farid yang sedang berjalan dengan pak cik tua tadi, seakan-akan terdengar suara jeritan sayup-sayup.

"Macam ada bunyi jeritan?"

"Kamu jangan tegur, kat tempat ni, macam-macam benda boleh kamu dengar."

"Pak cik ni siapa sebenarnya?"
"Siapa aku tak penting, yang penting sekarang, aku kena bantu kau keluar dari sini." Kata pak cik tua itu dengan yakin.

"Saya tak faham, kenapa saya boleh ada kat sini?"

"Tak semua benda kau kena faham, ada benda yang kau harus ikut sahaja."
Farid mula menghalang pak cik itu. "Saya takkan ikut pak cik selagi pak cik tak beritahu saya, apa semua ni."

"Kau cuba ugut aku, kalau macamni, sampai bila-bila kau takkan dapat keluar dari sini."

Farid terdiam.
"Boleh ke aku percaya dengan pak cik tua ni?" Farid berfikir.

Syiha yang di dalam kereta sedang menangis tanpa henti sambil menutup matanya dengan tangan.

Masih kedengaran suara memanggil-manggil namanya dengan suara yang amat menyeramkan.
"Syihaaa...bukalah mata tu, meh lah tengok saya.. hehehe."

Syiha menjerit lagi. "Abang!! balik lah!!"

Farid dapat rasa kan ada suara jeritan memanggilnya. Dia memandang ke arah suara itu.

"Kau lihat apa?" Soal pak cik itu.
"Takda pape." Farid memandang ke arah pak cik tua itu.

Pak cik tua itu mula berjalan. "Mari aku tunjuk jalan keluar dari sini."

Farid tiada pilihan, dalam keadaan ini, dia harus mempercayai pak cik tua itu.
"Kenapa pak cik nak tolong saya?"

"Tolong menolong itu kan amalan mulia dalam agama kita."

"Tapi kenapa saya yang terperangkap disini."

"Pak cik tak tahu, tapi selalunya orang terperangkap disini selalunya ada buat kesalahan. Kamu jangan risau, pak cik akan bantu kamu."
Dalam perjalanan. Jalan mereka di halang oleh orang-orang yang semuanya berselubung dengan kain putih sedang mengelilingi satu kubur.

Farid dan pak cik tua itu terpaku.

Tiba-tiba semua yang berselubung itu mengoyangkan kepala mereka ke kiri dan kanan.
"Apa ni pak cik?"

"Kamu diam, hati-hati mereka ini bahaya." Kata pak cik tua itu dan mulutnya mula terkumat-kamit membaca sesuatu.

Kepala semua yang berselubung itu berhenti dan seperti memandang ke arah Farid dan pak cik tua itu.
Jantung Farid sudah tidak menentu.

Secara pantas, semua yang berselubung mula berlari ke arah pak cik tua itu seperti ingin menyerangnya.

Farid yang ketakutan, mula menjerit.
Pak cik tua itu menghalakan tangannya ke hadapan.

Semua yang berselubung terpaku dan mula baring seperti pengsan.

"Wow hebatnya pak cik ."
Mereka berdua berjalan melintasi semua yang berselubung putih yang terbaring.

"Kau bayangkan kalau kau jalan seorang diri tadi."

"Apa maksud pak cik?"
"Ramai diorang ni ada kat tempat ni, mereka akan menyerang kau, selamat ada aku. Kalau tak, Kau takkan berjaya selamat keluar dari sini. Mereka ada di mana-mana kat tempat ni."

Farid hanya tersenyum setuju, mereka berdua meneruskan perjalanan.
Syiha di dalam kereta masih lagi tidak tenang.

Suara itu masih kedengaran. Syiha mula sedar yang suara itu sudah ada di dalam keretanya.

Sangat kuat seperti sudah ada di telingnya.
Syiha menjerit lagi dengan sangat kuat.

Dengan terlalu kuat.

Farid memandang ke arah belakang. "Isteri saya."

"Kamu pasti, dalam hutan ni macam-macam bunyi ada."
"Saya takkan tinggalkan isteri saya." Luah Farid.

"Jalan keluar dah nak dekat dah, lepas keluar dari sini, baru kita cari isteri kau."

Farid berdegil. "Aku yakin tu isteri aku."

Farid berlari ke arah suara jeritan itu meninggalkan pak cik tua itu.
Akhirnya dia sampai ke keretanya semula, dia mengetuk tingkap kereta.

Kelihatan isterinya sedang menutup muka dengan tangan kerana ketakutan.

"Syiha, ni abang kat luar kereta." Panggil Farid.
Syiha melihat ke arah Farid dengan mata berkaca.

"Abang!!" Syiha membuka kunci kereta.

Farid masuk ke dalam kereta dan Syiha memeluknya.

"Mana abang pergi, kata tak lama."
"Jangan risau, kita akan keluar dari sini."

Farid menghidupkan semula kereta.
Dia mula menggerakkan keretanya mencari jalan keluar.

Isterinya mencari sesuatu di dashboard.

"Awak cari apa tu?"
"Okey dah jumpa." Isterinya menunjukkan Cd bacaan ayat Al-Quran.

Dia memainkan cd tersebut, lalu kedengaran dengan kuat bacaan tersebut di dalam kereta.

Akhirnya dia jumpa jalan keluar, kelihatan ada papan tertulis. "Kawasan perkuburan..."
"Macammana kita boleh sampai sini?" Soal Syiha.

Belum sempat mereka keluar dari kawasan itu. 2-3 buah kereta polis muncul menghalang perjalanan mereka.

Turun beberapa anggota polis menghampiri mereka berdua.
"Isteri encik mengandung ye?" Tanya salah sorang anggota polis itu.

"Ye, kenapa ni ?"

"Anak pertama?"

"Ye anak pertama, mana encik tahu?"
Polis itu tidak menjawab, lalu dia memandang ke arah anggota-anggota yang lain.
"Confirm, cepat sebelum mereka terlepas."

Semua anggota polis keluar dari kereta dan masuk ke dalam kawasan perkuburan.

Kereta Farid tidak dibenarkan pergi.
Farid mula keliru dengan apa yang berlaku.

Beberapa anggota polis keluar dari kawasan perkuburan membawa seseorang yang telah digari.

Farid terkejut melihat wajahnya. "Eh pak cik tadi?"
Muncul sorang-sorang keluar serta yang berselubung tadi.

"Eh diorang ni manusia?"

Yang terakhir ialah seorang wanita, Farid terkejut melihat wajah wanita itu.

Wanita itu ialah mak cik itu yang dia jumpa dan menasihatinya di stesyen minyak .

Farid makin keliru
Farid dan Syiha dibawa ke balai polis untuk beri keterangan.

Rupanya pak cik dan mak cik itu ialah seorang bomoh yang mempunyai kumpulan ajaran sesat. Semua yang berselubung dan yang mengganggunya tadi ialah pengikutnya.
Semasa Farid berjumpa dengan mak cik itu di stesyen minyak, mak cik itu telah memukau Farid dan Syiha dengan isteri supaya pandangan mereka dikaburkan ke jalan yang betul.

Target mereka ialah mencari seorang perempuan yang mengandung anak pertama untuk dijadikan korban.
Pak cik tua itu akan berpura-pura menyelamatkan Farid dari tempat itu. Dan selepas Farid lepas, Syiha akan ditangkap dan akan dijadikan korban.
Pak cik itu akan memperdaya Farid mengatakan yang dia boleh bantu Farid dapatkan isterinya yang kononnya sudah terperangkap di dunia lain.

Syaratnya Farid harus masuk ke dalam kumpulan ajaran sesatnya.
Modus operandi mereka yang sama hampir setiap tahun membuatkan polis dapat menghidu aktiviti jenayah itu.

Akhirnya mereka tumpas, Farid dan Syiha bertuah kerana tidak menjadi mangsa.
Farid mula berfikir lagi. "Habis mak cik yang aku bagi tumpang tu manusia ke hantu? Macammana dia boleh tiba-tiba hilang dari dalam kereta?"

Selepas semua urusan selesai. Mereka berdua meneruskan perjalanan ke rumah keluarga Syiha.
Akhirnya mereka sampai, Farid dan Syiha turun dari kereta. Kelihatan rumah kampung yang sudah gelap di kelilingi pokok-pokok yang agak tinggi. Tiada jiran di sekeliling.

"Seram juga rumah keluarga isteri aku ni." Kata Farid di dalam hati.
Syiha memberi salam.

Kelihatan seorang lelaki tua menjawab salam dan membuka pintu rumah. Mata Syiha sudah berkaca.

"Kau balik akhirnya." Mata ayah Syiha juga berkaca.

Syiha mencium tangan ayahnya dan memeluk ayahnya. "Maafkan Syiha."
"Takpa ayah dah maafkan."

"Mana mak?"

"Mak kamu tak sehat dan sakitnya dah teruk. Selamat kamu dah balik."

"Syiha nak jumpa mak."
"Esok pagi je la kamu jumpa dia, dia dah tidur."

Syiha setuju. Syiha menarik Farid. "Ayah ni suami saya."

Farid salam dan mencium tangan ayah mertuanya.

Ayah syiha memegang bahu Farid. "Terima kasih dah jaga Syiha dengan baik, dah jom kita masuk."
Mereka masuk ke dalam rumah, Syiha berjalan ingin melihat bilik lamanya.

Farid melihat-lihat gambar yang ada di dinding.

Farid terkejut, ada gambar ayah mertuanya bersama Mak cik yang dia beri tumpang tadi.

"Mak cik tadi tu mak mertua aku!!"

Tamat Part 2.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Hakim

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!