My Authors
Read all threads
Ada bunyi pelik kat bawah katil, jantungnya berdegup laju, Perlahan-lahan dia cuba lihat di bawah katil. Dia tersentak!

benda tu tengah senyum kat dia dengan senyuman yang amat menyeramkan.

Rt supaya bukan korang je yg rasa seram dengan cerita ni.

Ini adalah thread.
Nak bagitahu yang buku Dunia plot twist dah ada di kedai buku Mph (senarai kedai dalam gambar).

Tolong Rt supaya pembaca abstrakim dapat tahu info ini.

Terima kasih support. I will do my best untuk cipta karya yang lebih baik lagi pada masa hadapan.
Buku ini overall dapat review positif.

Semua sukakan buku ini. Jadi tak rugi kalau nak dapatkannya.

Buku ini sesuai untuk orang yang ingin berjinak-jinak dalam dunia buku. Buku ini boleh menarik minat anda untuk membaca. Anda pasti akan menyukainya.😁
Saya akan start malam ni sebab apa jadahnya cerita hantu di petang hari yang tenang ni. Macam biasa 11.30 malam ni🐈
Actually ini just cerita teaser untuk buku dunia plot twist. Jadi yang dah baca buku dunia plot twist tak perlu lah baca, korang dah tahu apa yang jadi😂
Kisah ini berlaku di sebuah universiti. Kisah kawan aku sendiri.
Masa daftar universiti, dia takda roommate. Bilik dia tu untuk dua orang tapi dia tinggal sorang je.
habis sahaja orientasi, dia balik kat bilik, dia tengok ada beg. Melompat-lompat dia happy sebab akhirnya dapat roommate.
Dia ni penakut, setiap malam sebelum dia takda roommate, dia tak berani tidur dalam gelap. Jadi dia tidur bertemankan cahaya lampu bilik.
Dia pun baring atas katil sambil leka bermain phone. Lama dia main phone, roommate dia masih tak muncul-muncul.
"Kena culik ke roommate aku ni?" Soal dia dalam hati. Tiba-tiba dia dengar macam ada bunyi benda pelik dari katil kosong yang tak berpenghuni tu. Dia pun pandang ke arah katil tu secara spontan.
Dia tersentak terkejut kerana bawah katil tu ada benda tengah senyum kat dia dengan senyuman yang amat menyeramkan. Dia yang penakut menutup wajahnya dengan selimut.
Menggigil tanggan dia tutup muka dengan selimut. Selang berapa minit, dia cuba beranikan diri untuk membuka selimut di muka, dia tersentak lagi sebab benda tu dah ada sebelah katil tengah tersenyum creepy nampak gigi.
Dia mula sedar tu manusia bukan hantu. "Oi kau siapa?" Soal kawan aku tu dengan nada marah pada benda tu.
"Heheh saya roommate awak." Kata benda tu dengan nada yang amat menyeramkan.

"Creepynya dia ni." Kata kawan aku dalam hati.

Dia cuba bersalam dengan benda tu, tapi benda tu tak sahut salam just berlalu duduk ke tempatnya.
"Tak guna juga dia ni, tak belajar sivik ke masa sekolah!!" Marah kawan aku dalam hati.

MALAM TIBA!!
Katil kawan aku ni tepi tingkap, malam tu dia tanya benda tu. "Kau tak solat ke?"

Benda tu jawab. "Malu lah nak solat, ramai kawan saya tengok kat luar tingkap."
Terus naik bulu roma kawan aku, berpeluh terus, rasa seram dan tak tenteram sebab dia tinggal kat tingkat 4.

Kawan apa kat luar tingkap kat tingkat 4!!!!
Dia tutup lampu sebab dah tak takut sangat dah ada roommate. Dia malas pedulikan benda tu. Dia main phone.

TIBA-TIBA

terdengar suara tangisan yang nyaring~~~
Suara tangisan itu amat menyeramkan. Suara itu datang dari katil roomate dia.

Dia perlahan-lahan memandang ke arah katil roommate dia.
Dia lihat benda tu berbungkus dalam selimut warna putih yang macam kain kafan dah. Menangis dalam selimut.

CReepy!!
Kawan aku makin tak tenteram, dia pun amik earphone untuk tidak mengendahkan benda tu.

Tapi sambil dia leka dengar lagu, tanpa sengaja matanya terpandang ke arah katil roommate dia lagi sekali.

DIA TERKEJUT!!!
BENDA TU YANG MASIH BERSELUBUNG DALAM SELIMUT PUTIH TENGAH BERDIRI SAMBIL MASIH MENANGIS!!

kawan aku makin tak tenteram, dia baring ke arah lain supaya tidak menghadap benda tu.
Akhirnya dia tertidur. Bangun sahaja tidur dia mula pelik.

Sebab katil sempit. Dia memandang sebelahnya, DIA TERSENTAK!!

Benda tu berselubung dalam selimut putih tidur di sebelahnya.
Kawan aku yang ketakutan, tanpa fikir panjang berlari ke pejabat asrama.

"Saya nak tukar bilik?"
"Apa alasan kamu?"

"Roommate saya, dia pelik, saya tak tahan dengan dia."
"Maafkan saya, saya tak boleh bagi kamu tukar bilik sebab alasan kamu tak kukuh?"

"Apa yang tak kukuh?"
"Mengikut data kami, kamu takda roommate."

Kawan aku tergamam mendengar kata-kata pegawai asrama tu.

Dia balik bilik check betul katil lagi satu tu kosong.
"Habis siapa yang tidur dengan aku dalam bilik ni malam tadi?"

"Dia hantu ke?"

Tamat.
Sambungan kisah ini ada dalam buku dunia plot twist. Ini aku tulis secara ringkas je.

Terima kasih yang sudi baca. Sorry bukan thread baru. Mungkin lain kali, ni untuk pembaca baru yang belum beli buku dunia plot twist.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Hakim

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!