My Authors
Read all threads
Hati-hati memandu sorang-sorang pada waktu malam.

Risau ada dia di tempat duduk belakang .

Adaptasi dari kisah benar.

Rt supaya bukan korang je yang rasa seram dengan cerita ni.

Ini adalah thread. Image
Aku akan start 11.30 malam ni, sebelum tu korang boleh baca thread yang aku dah tulis kat sini
Btw buku Dunia plot twist dah ada kat POPULAR!!

Cepat dapatkan di kedai buku POPULAR berdekatan dengan anda.

Tolong Rt rezeki saya ini, mungkin dalam rezeki saya, ada rezeki anda semua juga.

Buku ini mendapat banyak review positif dari beribu naskah yang telah terjual. Image
Maaf start lewat sikit, ada hal.
Cerita ni agak panjang lah kot dan mungkin akan habis lewat pagi. Aku akan tulis slow-slow.
Farid dan Syiha sudah 5 tahun berkahwin. Akhirnya baru-baru ni Syiha mengandung anak pertama mereka.

Mereka berkahwin tidak direstui ahli keluarga Syiha, oleh sebab itu, Farid tidak pernah bertemu dengan keluarga Syiha.
5 tahun lepas, Syiha dipaksa untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak dicintainya. Masa itu, Syiha sudah ada teman lelaki iaitu Farid. Jadi mereka membuat keputusan untuk kahwin lari.

Sejak tu, keluarga Syiha menyisihkan Farid dan Syiha.
Tapi selepas berita yang Syiha mengandung diketahui oleh ahli keluarga Syiha. Ayah dan mak Syiha akhirnya merestui hubungan mereka dan mengajak mereka untuk datang ke rumah.
Tepat pukul 9 malam, mereka memulakan perjalanan dari rumah untuk ke rumah keluarga Syiha yang mengambil masa 6 jam untuk sampai.

"Tak sabar nak jumpa ayah dengan mak, dah 5 tahun tak jumpa." Luah Syiha pada suaminya.
"Akhirnya diorang restu hubungan kita, tak sangka hari macamni akan sampai."

Syiha tersenyum ceria.

Setelah 1 jam memandu, Farid memberhentikan keretanya di stesyen minyak untuk membuang air kecil.
Dia lihat isterinya sudah tertidur di dalam kereta.

Apabila selesai membuang air kecil, dia bertembung dengan seorang mak cik. "Tu kereta kamu ke?"

"Aah mak cik, kenapa?"
"Isteri kamu mengandung ke tu? Anak pertama?"

"Ye anak pertama, kenapa?"

"Hati-hari ye, jalan malam-malam ni, isteri kamu tu mengandung anak pertama hehe." Kata mak cik tu berlalu pergi.
"Aik pehal mak cik ni." Farid rasa pelik dengan nasihat mak cik tu.

Farid masuk semula ke dalam kereta.
"Eh abang dari mana?" Soal isterinya yang baru tersadar dari mimpi.
"Toilet, tadi ada mak cik nasihatkan abang sesuatu, abang pelik la."

"Dia nasihat apa?"

"Hurm..entahlah, abang tak dengar sangat tadi." Farid menipu kerana tidak mahu isterinya risau.
Dalam perjalanan, tiba-tiba air hujan turun dengan lebat.

Menyukarkan Farid untuk memandu, isterinya sedang nyenyak tidur di sebelah.

Dia memperlahankan kereta ke kiri jalan.
Tiba-tiba Farid terperasan di dalam hujang yang lebat, ada seorang mak cik yang berjalan seorang diri dalam keadaan basah di tepi jalan.

"Uish, berani mak cik ni jalan sorang-sorang dalam gelap, hujan lebat lak tu."
Farid mula rasa kesian dengan mak cik itu.

Dia memberhentikan kereta. Lalu langkah mak cik itu berhenti.

Jelas kelihatan mak cik yang rambutnya sudah berwarna putih, memakai baju kurung dan kain batik kebasahan terkena hujan.
Mak cik itu memandang ke arah Farid dengan pantas. Farid tersentak sedikit kerana mata mak cik itu terbeliak.

"Mak cik, meh tumpang saya, saya hantar pergi rumah mak cik." Ajak Farid.
"Takpe lah, rumah mak cik jauh lagi." Kata mak cik itu.

"Takpe naiklah mak cik, harini saya tolong mak cik, lain kali orang tolong saya pula."

Mak cik itu hanya tersenyum dengan matanya masih terbeliak.

"Mari lah." Ajak Farid.
Mak cik itu berjalan membuka pintu belakang. Lalu masuk ke dalam kereta.

Kereta Farid mula bergerak ke hadapan.

"Kat mana rumah mak cik?"

"Tak pe kamu terus je, nanti kalau ada belok, mak cik bagitahu."
Dalam perjalan itu, isterinya masih nyenyak tidur.

"Tidur mati isteri aku ni." Kata Farid di dalam hati.

Mata Farid mula memandang cermin pandang belakang, dia terkejut mak cik itu dengan mata terbeliak tengah tersenyum melihat ke arahnya.
"Mak cik, terkejut saya."

"Maaf kan mak cik, muka mak cik memang macamni, penyakit keturunan."

"Owh, jauh lagi ke rumah mak cik?"

"Ye jauh lagi, kamu terus je."
Hujan makin lebat, pergerakan kereta Farid makin perlahan.

Tiang lampu kiri kanan mula hilang dari pandangan.

Jalan menjadi gelap, kiri dan kanan menjadi permandangan hutan.

Kereta sudah tidak banyak lalu.
"Kamu pernah nampak hantu masa memandu macamni?" Soal mak cik itu dengan nada yang agak menyeramkan.

Farid terkejut dengan soalan mak cik itu, dia menelan air liur.
"Oh saya tak pernah nampak hantu lah masa memandu ni, tapi kawan saya pernah."
Tiba-tiba kepala mak cik itu sudah ada di bahu Farid dengan mata terbeliak sambil tersenyum apabila mendengar jawapan Farid. "Kawan kau pernah? Cerita lah?"

Farid terkejut sedikit. "Saya kena cerita ke?"

"Ceritalah, mak cik suka dengar cerita hantu."
Farid mula bercerita.

Jamal ialah kawan Farid.
Malam itu, Jamal memandu grab.

Semasa dia memandu grab, dia dapat order dan order tu datang dari hospital.
Dia pun bergerak ke hospital. Apabila sampai di hospital, dia menunggu customernya masuk kereta.

Selang beberapa minit, customernya muncul iaitu seorang perempuan.

Perempuan itu duduk di tempat duduk belakang. Jamal memulakan perjalanan.
Untung dapat customer yang sangat bising di waktu malam, keadaan di dalam kereta tidak lah sunyi.

Perempuan itu berbual dengan Jamal. Lama mereka berbual, akhirnya perempuan tu tercakap sesuatu yang membuatkan Jamal Terkejut.
"Abang ni baguslah, bawak grab pun bawak isteri."

Jamal terdiam sekejap lalu menyambung bicara. "Isteri? Aik biar betul kamu ni?"
"Eh ni sebelah abang yang pakai baju putih ni, dia baring je kat tingkap, dia tidur ke tu?"

Jamal tergamam, dia lihat disebelahnya tiada orang. Bulu romanya mula naik.

Perasaan takut mula menyelubungi diri.
Jamal rasa meremang tiba-tiba

"Entah-entah budak ni nak kenakan aku kot." Kata Jamal di dalam hati ingin positif.

Lalu Jamal hanya menjawab. "Aah dia penat sebabtu dia tidur."
Sampai di rumah perempuan itu.

Selepas perempuan itu pergi, tinggal Jamal seorang diri di dalam kereta.

Jamal rasa meremang, dia rasa macam ada sesuatu di sebelahnya.
Dia mula rancang untuk pulang ke rumah tapi dia dapat notifikasi yang ada lagi satu customer.

"Okey ni customer last lah." kata Jamal

Dia memulakan perjalanan semula untuk mengambil customernya di sebuah apartment.
Sampai di hadapan gate sebuah apartment yang dikawal oleh pengawal keselamatan, Jamal diminta untuk turun untuk mengisi buku kemasukan pelawat.

Security apartment itu sangat ketat, Jamal turun menulis buku pelawat tersebut.
Pengawal keselamatan itu menghampiri Jamal yang sedang menulis. "Berani ye drive malam-malam macamni bawak perempuan lak tu."

Jamal terberhenti menulis dan dia memandang ke arah pengawal keselematan itu. "Perempuan mana?"

"Tu kat seat depan tu."
Jamal tergamam, dia lihat tiada orang di seat depan.

Tiba-tiba pengawal keselamatan itu berkata lagi. "Uish dia pandang sini, uish hodohnya muka, muka macam kena simbah asid."

Jamal sudah mula menggigil. Dia mula keliru.
Jamal pandang semula ke keretanya.

Dia menjerit kerana kelihatan seorang perempuan berambut panjang dengan muka yang sangat hodoh sedang tersenyum ke arahnya.
Lalu Jamal yang ketakutan mula berlari tanpa arah meninggalkan kawasan itu dan keretanya.

"Itu lah kisah kawan saya, dia sendiri cerita kat saya. Tak tahu lah betul ke tak." Tamat cerita Farid.
"Wah seram jugak ye cerita kamu tu." Mak cik itu bersuara.

"Mak cik ada cerita seram ke?"

"Ada, banyak, hehehehe."

Farid terdiam dengan jawapan mak cik itu, Farid mula tidak selesa.
Selang beberapa minit Farid memandang ke sebelah, dia terkejut kepala mak cik itu muncul di bahunya dengan mata terbeliak. "Kamu nak dengar ke?"

Farid mula berang. "Aish mak cik, jangan buat macamni, terkejut saya."

"Hehehe kamu nak dengar tak?"
"Cerita la." Balas Farid redha.

Mak cik itu bercerita.

"Dulu aku ada kembar, kami lahir sama-sama. Tapi dia mati dulu masa kecil. Tapi.."

"Tapi apa mak cik?"
"Tapi sampai sekarang aku boleh nampak dia.. hehehe"

Baru mukadimah, Farid dah meremang dan rasa seram.

Riak wajah Farid jelas kelihatan serba tak kena.
Mak cik itu menyambung.

"Tapi kau jangan risau, dia takda dalam kereta ni."

"Huh lega."

"Sebab dia boleh terapung terbang, hehe."

Farid terdiam.
"Tu dia tengah terbang ikut kita. Hehehehe."

Tahap ketakutan dalam diri Farid sudah menebal.

"Mak cik nak takutkan saya kan ni?" Soal Farid sudah mula tak tahan.
"Eh abang bercakap dengan siapa ni?" Soal isterinya yang tersedar dari tidur.

"Dengan mak cik kat belakang tu, abang kasi dia tumpang."

Isterinya memandang kebelakang.
"Abang!! apa abang cakap ni? kat belakang mana ada orang!?" Tanya Syiha cemas.

Farid melihat kebelakang. Memang tiada orang. Farid terkejut. "Eh tadi ada orang?"

"Abang, jangan main-main bang, kita kat mana ni?"
Kelihatan permandangan di luar kereta ialah kawasan perkuburan.

Syiha mula menangis ketakutan. "Abang apa ni, jom kita pergi dari sini."

"Ye, ye abang reverse kereta."

Tamat Part 1.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Hakim

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!