My Authors
Read all threads
Semalam kita semua rasa cemas lepas baca The Italian Lesson. Terus rasa macam Malaysia is heading that way too, COVID-19 apocalypse di negara kita. Tenang anak muda. Kita masih ada harapan untuk sembuhkan Malaysia. Ada cara yang kita boleh copy dari jiran Asia kita, South Korea.
Ada 3 articles aku refer sebelum aku buat thread ini. Link akan diletak di hujung thread.

1. How South Korea flattened the curve
2. Which country has flattened the curve for the coronavirus
3. Proselytizing Robots : Inside South Korean Church at Outbreak’s Center
Kalau masih ingat, few weeks ago, South Korea melaporkan kes positive COVID-19 yang teruk. Dari single digit naik ke double digit, kemudian ke triple digit dan terus meningkat ke quadruple digit. Dari sa, menjadi puluh dan ribu.
Macam mana South Korea boleh dapat virus ini? Pada awalnya, kes di South Korea dah jadi stagnant - 30 kes sahaja. Tiba-tiba, datang Patient 31, seorang warga emas berusia 61 tahun yang aktif berkecimpung dalam kelas keagamaan di daerah Daegu.
Additional info, kat sana macam ada satu ajaran yang ala-ala ajaran Ayah Pin. Famous, siap ada gereja-gereja khas untuk penganut dia. Bukan kerajaan langit, tapi mampu menyebarkan fahaman mereka dan menarik ribuan penganut baru.
Patient 31 ini pergi hospital on 7/2 sebab mengadu sakit kepala lepas terbabit dalam satu kemalangan kecil. Dia adalah penduduk tetap di sana, tak ada sejarah travel mahupun close contact dengan mana-mana pesakit COVID-19. Just a regular ajumma.
Hanya sakit kepala, tak ada symptoms lain. No fever, no coughing, no breathing difficulties. Hari ke-3 di hospital, Patient 31 mula demam. Bila buat flu test, negative.
Hari ke-4, dia keluar kejap dari hospital dan pergi ke church dia untuk sembahyang sikit, cuci dosa sikit. Just a normal routine for this cult followers. 2 jam sahaja dia keluar untuk pergi ke gereja tersebut.

**It's common for Koreans to come and go even dah hospitalised
Lepas pergi gereja, dia balik semula, then keluar makan dengan kawan on 15/3 kat sebuah hotel dan pergi gereja sekali lagi on 16/3. Aktif betul ya ajumma ini, tak padan kena warded, tapi masih lagi membawang sana sini.
On 17/3, tiba-tiba keadaan Patient 31 menjadi teruk. Daripada mampu membawang sana sini, dia jatuh sakit dan menunjukkan signs of pneumonia (one of COVID-19 symptoms). Selepas 10 hari hospitalised, baru results dia keluar as positive COVID-19.

Nampak tak? After 10 days!
Staff hospital kat sana buntu, sebab tak tahu Patient 31 ini dapat virus dari mana, siapa, bila. Hanya secara tiba-tiba, dia jatuh sakit dan positive COVID-19.

Mereka terus membuat andaian, it could be from the church.
Fun fact tentang church dan ajaran ini, mereka akan duduk di lantai, ramai-ramai, bahu ke bahu, siku ke siku, lutut ke lutut, ala-ala rapatkan saf. Aku tak pasti mereka buat apa, maybe bertafakur ramai-ramai and this could last up to 2 hours. Lama bukan?
Dengan cara itu, ada kemungkinan yang sangat tinggi, virus ini disebarkan dalam kalangan penganut ajaran tersebut. Close contact. Maybe ada perkongsian air liur (minum air, makan) and boom! Ramai-ramai jadi carrier tanpa sedar.
Fun fact kedua pula, penganut mereka diajar untuk tidak takut pada penyakit dan kematian. Mereka tetap akan berkunjung ke church mereka even tak sihat, sakit. Because of this attitude, Patient 31 tetap pergi ke church even dia tengah tak sihat, dalam hospital.
South Korea ada sejarah hitam masa 2009, where 250 Koreans died disebabkan swine flu. So bila kawasan Daegu mula mencatatkan outbreak yang membimbangkan, kerajaan mereka terus ambil tindakan untuk stop the spreading of the disease.
Ada ralat kat sini

15/2
16/2
Ralat kat sini pula 17/2

Maaf 🙇🏽‍♀️
Ada 4 cara yang kita boleh apply kat Malaysia berdasarkan apa yang Koreans buat :

1. Fast intervention sebelum keadaan jadi makin teruk
2. Jalankan ujian saringan dengan cepat, kerap dan berhemah
3. Contact tracing (cari balik close contact dengan patients) -
- asingkan mereka yang dalam saringan dan positive, pantau keadaan semasa
4. Bantuan dari rakyat dan pihak-pihak yang boleh membantu
Cara pertama

Right after South Korea mencatat kes pertama, after one week kerajaan mereka membuat mesyuarat tergempar dengan beberapa medical companies di sana untuk membincangkan what to do, how to do it, when can we do it. Very proactive.
Kerajaan mereka menggesa these medical companies to start developing and producing covid test kits dan dihasilkan secara besar-besaran. Mass production. They need the testing kits ASAP. Mereka menggunakan model yang digunakan oleh negara China untuk produce their own.
From there, South Korea dah mula mencatat kes positive COVID-19 beratus-ratus, tapi beratus ribu testing kits dihantar ke kawasan-kawasan yang memerlukan. Setiap hari. Mereka mampu hasilkan 100,000 testing kits setiap hari, dan deliver ke serata negara setiap hari.
These medical companies worked together with their government. Bukan duduk tepi diam-diam tak ambil tahu, tak nak bantu mahupun naikkan harga barang-barang keperluan untuk testing and screening COVID-19 OK? They helped their government! Tolong menolong amalan mulia.
Disebabkan mereka juga proactive, mereka tak buat lockdown or benda-benda macam tu, sebab mereka tahu punca COVID-19 di Daegu adalah dari cluster church. So mereka buat langkah seterusnya.
Cara kedua

Mass screening and testing. Kau sakit? Test! Kau tak sakit? Test! Bawa satu family untuk test. South Korea cepat-cepat buat mass screening and testing untuk isolate mereka yang dah infected, showed symptoms. Ini penting untuk elakkan mereka spread the virus.
Sebab itu kalau perasan, number of cases kat sana meningkat dengan sangat cepat. Why? Because they tested everyone. Sakit or tak sakit, mereka test. Dari situ mereka dapat detect those positive COVID-19 patients and terus isolate mereka.
Mass testing juga membantu mereka for early detection. 300,000 tests dibuat, untuk mengenal pasti siapa positive siapa negative. Dengan cara ini, wabak ini dapat dibendung dan mereka yang positive cepat-cepat dirawat agar tidak menjadi lebih buruk (masuk ICU).
Macam mana merek handle mass testing ini? Serbu hospital ke?

Tidak.

Sebanyak 600 tempat khas for testing and screening dibuka, untuk mengelakkan rakyat jelata membanjiri hospital.
Secara tidak langsung, hanya mereka yang perlukan rawatan sahaja akan dihantar ke hospital. Dengan cara ini, hospital mereka tak overcrowded. Exposure of frontliners pada wabak ini juga diminimumkan.

Macam mana cara nak test?
Ada 50 drive through stations untuk kita pergi for testing. Rakyat mereka tak perlu turun kereta pun untuk jalankan ujian. Mereka ditanya soalan berkaitan, ambil suhu badan dan throat swab. Within 10 minutes, mereka dah selesai. Tak payah bergocoh. Pantas dan efficient.
Keputusan dari throat swab and temperature akan keluar within hours.

Ada juga transparent booth untuk rakyat mereka masuk for testing. Ala-ala transparent phone booth. Throat swab akan diambil dan diuji untuk pastikan sama ada positive atau negative.
SMS dihantar oleh syarikat telco untuk menggalakkan rakyat mereka pergi testing, atau kenal sesiapa yang tunjuk symptoms. Ada app yang perlu dimuat turun oleh foreigners untuk maklumkan kesihatan mereka, check for the symptoms.
Pejabat, hotel dan bangunan-bangunan yang menjadi tumpuan menggunakan thermal image untuk detect Koreans yang demam atau bersuhu tinggi. Even restaurants akan check customer's body temperature sebelum terima mereka masuk ke dalam restaurant.
Semua orang, semua bahagian, semua pihak berganding bahu untuk detect and isolate, and prevent the virus from spreading.
Cara ketiga

Lepas buat testing, those yang positive, staff kesihatan akan track back balik pergerakan pesakit tersebut. Pergi mana, dengan siapa, jumpa siapa, di mana, berapa lama. Semua ini dipanggil contact tracing. Why? Untuk detect siapa lagi possible untuk kena COVID-19.
From there, mereka boleh buat macam jaringan labah-labah (network) untuk trace siapa lagi yang patient dah spread the disease tu.

Contoh diambil dari drama bersiri Perkataan L. Lebih kurang macam ini lah. Trace balik contact macam kau trace ex kau pernah bercinta dengan siapa.
Health officials would retrace patients’ movements using security camera footage, credit card records, even GPS data from their cars and cellphones.

Mereka menggunakan apa-apa medium yang ada untuk kesan balik pergerakan patient, untuk narrow down next possible victims.
Syarikat telco akan hantar SMS kalau ada kawasan yang ada kes terbaru. Info dikongsi seperti bus apa patient naik, patient pergi mana, bila. Why? So that orang kawasan berkenaan berjaga-jaga dan pergi test if ada contact or just nak tahu positive or negative.
Mereka yang disuruh untuk quarantine perlu download a different app and app ini akan notify the government if they violate the quarantine rules. Denda? Boleh cecah $2500.
Dengan cara mass testing, kemudian isolate, mereka berjaya merawat pesakit COVID-19 dengan cepat way before they became critical and worse. Early detection = Save lives = Fatality rate drops
Cara keempat

Bantuan orang ramai dan dari semua pihak. Ini sangat penting sebab mereka tetap tak cukup manpower untuk buat hebahan, spread awareness. So macam mana rakyat nak tolong? Subway station dan TV sentiasa paparkan info COVID-19, social distancing, wear masks.
Sesama rakyat akan saling mengingati tentang perkara ini. Pergi testing sama-sama, bawa ahli keluarga, kawan-kawan pergi testing. Pakai mask, cuci tangan, duduk rumah, social distancing. They did their best to help their government to combat the spread of the virus.
Nampak tak bentuk loceng dalam graph ini? At one point, kes di South Korea mencanak, after that mula menurun dan terus menurun.

Like I've explained earlier, awal-awal meningkat sebab mass screening and testing. That's why makin hari makin bertambah.
But after dah reached the peak, turun dan terus menurun. Ini bermaksud 4 cara yang South Korea buat, berjaya dan menunjukkan hasil sangat positive!
Patient 31 mungkin menjadi super spreader, tapi kerajaan South Korea cepat-cepat buat tindakan untuk membendung virus ini dari terus merebak dan menular ke serata negara.

1. Mass testing
2. Contact tracing, isolate

Dua langkah ini terbukti sangat berkesan.
Kalau ingat balik kes di Italy, Conte refused to do mass testing sebab dia cakap membazir, nanti habis resources mereka.

Unlike Conte, menteri kesihatan South Korea menggesa kerajaan untuk buat mass testing. Biar keluar duit, daripada biarkan rakyat menderita.
So, Malaysia dah buat apa setakat ini?

1. Mass testing?

PM @MuhyiddinYassin dah cakap petang tadi, @KKMPutrajaya akan mulakan mass testing untuk detect siapa positive siapa negative. Tunjuk symptoms atau tak, tetap akan diuji. Ini sangat penting. Ingat apa South Korea buat?
2. Contact tracing, isolate

@KKMPutrajaya dah buat part ini secara berperingkat. Sebab itu mereka menyeru, merayu jemaah tabligh untuk tampil dan pergi buat COVID-19 testing. Jangan sembunyi. Dari situ, mereka turut uji ahli keluarga terdekat. KKM buat contact tracing.
That's why ada juga ahli masjid, penumpang bas, penumpang KTM, penumpang kapal terbang mahupun orang-orang pejabat yang dalam kalangan mereka, disahkan positive COVID-19, diseru untuk buat testing juga.
Perasan tak kita dapat SMS dari KKM (MHO), RMO MKN? Ini semua adalah initiative kerajaan untuk pastikan kita semua dapat info terkini. Kenapa tak WhatsApp? Tak blast di internet?

Ada juga Malaysians yang guna phone yang hanya boleh terima SMS, bukan semua orang ada smartphone.
Dari sini, kerajaan Malaysia sangat active dalam membuat hebahan. Twitter, FB, Instagram, radio, TV, surat khabar, semua medium kita boleh dapat info terkini tentang COVID-19. Ini semua ikhtiar kerajaan supaya kita semua tahu dan ambil tahu. Bukan buat bodoh, jadi ignorant.
Penat menaip. Rasa jari jemari ini dah ada very toned muscles ala-ala biceps Sead Kolasinac.
Setiap hari @KKMPutrajaya akan update kes terkini, dari cluster mana. @DrDzul pun turut sama membantu untuk hebahan, menjawab soalan-soalan lazim berkenaan COVID-19. @DGHisham hari-hari buat conference tentang COVID-19.
Secara tidak langsung, rakyat faham dan bukan in the dark, tak tahu apa-apa, sebarang berita terkini tentang apa yang terjadi di Malaysia. Semua pihak telus. Semua pihak bekerjasama. In fact pihak polis dan tentera turut sama membantu.
Frontliners? Ini adalah mereka yang bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa-nyawa rakyat Malaysia. Mereka yang berada di bahagian hadapan untuk mengesan, merawat, membendung COVID-19. Bukan setakat doktor dan jururawat, tapi bahagian pembersihan, machinery, front desk. Whole team!
Sebab itu penting untuk kita bantu mereka. Jangan susahkan mereka lagi. South Koreans sama-sama membantu kerajaan mereka, bukan makin susahkan. Mereka patuh pada arahan dan saranan kerajaan.
Kita semua bertanggungjawab untuk sama-sama membantu dan meringankan beban medical frontliners, our government.

Duduk rumah? ☑️
Basuh tangan guna sabun? ☑️
Social distancing? ☑️
Pakai mask jika tak sihat? ☑️
Cover your mouth masa bersin dan batuk? ☑️
Pada pendapat aku, kerajaan Malaysia sedang implement apa yang kerajaan South Korea buat untuk mengekang penularan wabak COVID-19.

Bukti? Lihat apa @Khairykj cakap

Perlukan bukti lagi? Sambung lagi tengok apa @Khairykj cakap



Ini semua sama macam apa South Korea buat. Semua ini membantu kita dan kerajaan untuk mengekang penularan wabak ini.
Maka ini membuktikan bahawa kerajaan kita sedang aktif mencari solusi untuk melawan virus ini. Kita guna pakai kaedah yang dah terbukti berkesan. What could go wrong? South Koreans dah buktikan it worked, so kita cuba buat di sini, with whatever resources that we have.
Masih ada sinar kemenangan bagi pihak umat manusia dalam krisis ini. We can do this Malaysians. Ingat, mass testing, contact tracing, and isolation sangat penting! Jangan lari, jangan tipu, jangan cuba mengelat. Nak mati ke nak hidup? Nak sakit ke nak sembuh?
Be vigilant. Be informative. Kalau kenal sesiapa datang dari cluster yang dah positive, bawa mereka or yakinkan mereka untuk pergi check. Kita tolong kerajaan, kerajaan tolong kita, kita sama-sama survive dan teruskan kemandirian spesies kita.
Kalau rajin nak baca full articles, ini aku lampirkan semuanya. Have fun reading.

1 . google.com/amp/s/www.nyti…

2. google.com/amp/s/www.nyti…
Alamak sorry, terselit sekali article pasal kes COVID-19 di Italy. Salah copy. Tapi boleh lah kalau nak baca sekali.
Akhir kata, kita kena faham kenapa PM @MuhyiddinYassin kerap pesan duduk rumah, kita kena faham kenapa @DGHisham @DrDzul @KKMPutrajaya merayu jemaah tabligh tampil ke depan dan check. Ini semua untuk contact tracing and isolation.
Sebab cluster jemaah tabligh sama macam cluster penganut pergi church di South Korea. Macam copycat, copy and paste. South Koreans berjaya tangani kes yang datang dari cluster itu dengan segera. Kita tahu pun lepas Brunei notify kita.
Tenang OK? Kita perlu terus berharap dan berdoa yang kita tak akan jadi macam Italy. Biar kita jadi macam South Korea. Banyak kes, tapi cepat kesan dan rawat, jumlah kematian berjaya diturunkan. Ada peluang dan harapan. We must not lose our faith.

Kita boleh!
Kalau semalam or 2 hari lepas aku buat thread yang menakutkan walaupun itu adalah realiti, hari ini aku bawa sinar harapan supaya kita percaya bahawa harapan untuk sembuh masih ada. TAPI KITA SEMUA KENA BEKERJASAMA! Faham? Bagus. Sebarkan info ini!
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with The Comedian

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!