Dia percayakan Tuhan. Tapi siapa Tuhan yang dia percaya?
Ini adalah thread!
Einstein percaya pada Tuhan yang ‘dibentuk’ oleh Spinoza. Bagi Einstein, kepercayaan kepada ‘personal God’ adalah terlalu naif.
Jadi, bagaimanakah Tuhan yang dipercayai oleh Spinoza dan juga Einstein? Siapakah Spinoza?
Spinoza adalah ahli falsafah Belanda.
Spinoza percayakan Tuhan dan percaya agama merupakan bentuk ‘hubungan’ dengan Tuhan. Tetapi Spinoza berasa skeptik dengan agama yang dianutinya.
Idea metafizik ini ditulis dalam karya agung Spinoza yang berjudul ‘Ethics’. Idea utama metafizik ini adalah berdasarkan monism.
‘Substance’ ini bersifat Maha (inifinity/tak terbatas) sebab kalau ia terbatas (finite), maka ‘substance’ ini dapat dibataskan dengan perkara lain.
‘Subtance’ ini adalah Tuhan.
Tuhan ini ekspreskan diri dan sifatnya melalui pelbagai cara (inifinite). Segala realiti yang terbentuk di dunia ini adalah hasil daripada ekspresi sifat-sifat Tuhan ini.
Tuhan ini adalah alam. Tuhan ini adalah segala hukum sains. Tuhan ini adalah kebenaran dan hakikat. Tuhan ini adalah sebuah bentuk taakulan (reason).
Tuhan ini tak mengazab perbuatan buruk dan tidak memberikan ganjaran pada perbuatan baik. Tiada kehidupan selepas mati. Tiada yang memberikan keajaiban dan tiada yang mendengar doa manusia.