Profile picture
MSB @MrSaifulBahari
, 25 tweets, 3 min read Read on Twitter
Kisah Budak Jujur Dan Balasan Tuhan

Masa makan ngan famili tetiba wife cakap hp dia hilang.

Bila call dering masih ada.

Yaa ini thread...
So abang pun pergilah cari hp tu.

Abang pun pusing lah keliling kereta ,mana tau hp jatuh kat kereta.

Tetiba datang budak muda tegur abang.

Dressing macam mat rempit,muka pecah rumah.
.
Dia tanya abang cari hp ke?

Abang cakaplah ye.

"Ni hp abang,saya jumpa kat atas jalan tepi kereta.Lama dah saya pegang hp ni.

Tadi masa abang call saya tak perasan sebab hp ni silent.
Saya plak nak call abang tak tau pasword nak buka hp ni.Sib baik lah abang datang,saya lama dah kat sini,nak balik dah.

Bla bla bla prum pram prum pram...

.
Kalau hp ni hilang meratap la abang nak kena kuar seseribu dua lagi beli hp baru untuk awek abang tu,tapi sebab jasa baik bro ni,selamat segala benda.
.
.
Dalam bersalam tu abang kautlah kat dia 3-4rat sebagai ucapan terima kasih.
Abang biasalah,time abang ada kemampuan abang tak suka orang tolong abang sia sia.Pada abang sekadar ucap terima kasih tak padan.Tapi kalau time takde tu lainlah cerita ye.

Jeng jeng jeng...
.
.
Ini baru bermula sebuah kisah,tadi tu mukadimah je.

Tiba tiba dia nangis dan peluk abang ucap terima kasih.

Tanjat la abang bila dia peluk,kalau Nasha Aziz takpelah gak ni type faiz roslan yang peluk,lutut abang dah terangkat angkat dah nak lutut perut dia.
.
.
"Bang,saya sebenarnya dari kl,keje despatch kat sana.Tadi dapat panggilan abang saya accident,sekarang ada kat hospital Temerloh tu.

Masa saya ambil emergency leave tadi,saya try pinjam duit kat company tapi tak dapat,saya balik dari kl ni berbekal rm20 je bang.

.
Ni pun berenti makan nasi bujang je.Mak cakap nak pakai duit sikit tanggung apa yang patut sebab abang accident ni,nak bayar kos hospital ke,makan minum ke.

.
Sepanjang perjalanan balik tadi saya pening sebenarnya bang mana nak cari duit.Saya tawakal je lah sambil tak berhenti berdoa minta Allah antalah 3-4 ratus duit kat saya jatuh dari langit.

.
Tetiba saya jumpa tepon abang ni.Memula saya ingat nak bla je dan jual hp abang ni, seseribu dapat kalau tolak ni.

Tapi bila fikir balik,takkanlah Allah tunaikan doa saya dengan cara macam ni,mesti Allah nak uji saya lagi ni.Tu yang saya tunggu je tuan tepon ni.

.
Tapi tak sangkalah,daripada rezeki mudah cara haram saya boleh dapat dia bertukar jadi rezeki halal sebab abang sendiri bagi tanpa saya meminta.

Maaflah bang kalau saya teremosional sampai menangis dan terpeluk abang.
.
.
Dah abang plak menangis bila keesaan dan kebesaran Allah tu berlaku depan mata abang.
.
.
Doa yang tak henti henti,tawakal yang berterusan,tak gunakan dan tunggang hukum Allah untuk buat duit mudah,wajah dan penampilan tak mencerminkan hati dan perilaku,dan banyak lagi abang dapat serta belajar dari perkara ni.
.
.
Macam biasa abang bila dah tersentuh hati abang kautlah lagi 3rat kat dia.
.
.
Abang pesan kat dia,bila minta tolong Allah maka yakinlah Allah akan tolong,abang ni asbab je dia dapat durian runtuh hari ni tapi semuanya sebab dia sendiri berhati baik sebab tu lah dia dapat lebih dari yang dia doa.
.
.
Abang pesan lagi kat dia dan kat diri abang sendiri juga,Allah dah tunjuk kat dia bahawa bila kita berserah padaNYA maka balasan dari DIA sangat cepat.
.
.
Jadi lepas ni jadikanlah ini iktibar supaya dekatkan lagi diri kepada Allah dengan Solat,zikir dan amalan amalan yang mendekatkan diri kepada Allah.
.
.
Dan la abang bagi personal coaching plak kat dia tentang keberkatan hidup dan amalan amalannya.
.
.
Jadi itu je lah abang nak share kisah yang abang baru alami tadi.
.
.
Sekarang abang tengah tengok senel main lawan west ham.

Harap harap lah senel menang malam ni.
.
.
Tetiba abang dapat call plak masa tengah tengok senel main ni,ada orang nak turun fund dan jadi funder untuk projek barang basah abang lebih kurang rm100k.
.
.
Allahu...maka pertolongan Allah pun berterusan tanpa henti bagi hamba hambaNYA yang sentiasa berdoa dan bergantung harap padaNYA.
.
.
Sebab abang tadi masa salam kaut budak tu abang pun ada minta ngan Allah gak.

Macam biasa amalan abang setiap kali sedekah abang akan niat

.
"Ya Allah,sahaja aku bersedekah kepada hambaMU ini,KAU padamkanlah api kemurkaan MU pada ku,KAU permudahkanlah setiap urusanku sepertimana aku permudah kan urusannya,kurniakanlah aku rezeki seperti air yang mengalir deras dan tidak berhenti henti..."
.
.
Mulanya abang malas nak up cerita ni,abang tau pembaris dan haters abang akan nampak abang nak menunjuk nunjuk bab sedekah dan abang ni banyak duit.
.
.
Tapi sebab banyak sangat magik yang berlaku dalam satu kejadian ni,abang taknak pedulilah benda negatif,niat abang nak sampaikan dakwah dengan cara abang iaitu menulis apa yang real berlaku dalam hidup abang hasil amalan amalan kecil yang abang buat.
.
.
Lu pandang ngan mata lalat lu nampak najis,lu pandang ngan mata lebah,in shaa Allah lu akan nampak madu.
.
.
Selamat beramal.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to MSB
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!