Profile picture
The Patriots @thepatriotsasia
, 24 tweets, 6 min read Read on Twitter
"Ulasan Pembunuhan Ahli Kanan Hamas Di Malaysia"
Ditulis oleh: Ayman Rashdan Wong
(Ini adalah untaian)
#Isusemasa #Mossad #Malaysia #Palestine #Hamas #MarcapadaDunia #DrFadiAlbatsh #Islam #Israel #Gombak

Silakan retweet dan like
Isu yang paling hangat ketika ini ialah kes pembunuhan Dr. Fadi M. Al-Batsh, pensyarah UniKL dan juga ahli kanan kumpulan Hamas ketika beliau ingin mengimamkan solat subuh.

Tenggelam berita-berita tentang PRU.
Sisi-sisi positifnya: kita masih berprihatin dengan isu yang lebih besar yang menimpa umat seakidah. Kita masih mempunyai perasaan "outrage" terhadap pembunuhan pejuang pembebasan tanah suci Islam.
Tapi sisi negatifnya: netizen kita masih tak dapat buang sikap "Blame Government First". Habis diungkit semula kes Kim Jong-nam dan pihak berkuasa kita dimaki hamun, dikatakan tak buat kerja dan sebagainya.
Ada yang siap buat teori kata ini merupakan akibat kita membenarkan Yahudi masuk (rujuk pada kes UN-Habitat pada bulan Februari) dan sebagainya.
Kata mereka, kes pembunuhan macam ini dah banyak berlaku, itu menunjukkan kelemahan penguatkuasaan kita. OK lah, tuan-puan kata banyak kes, cuba namakan satu kes lagi selain kes Kim Jong-nam?
Selama ini pihak berkuasa berjaya melindungi Malaysia daripada ancaman Al-Qaeda dan ISIS, tak nampak pula tuan-puan mengucapkan terima kasih atau memuji pihak berkuasa? Satu dua kes berprofail tinggi terus penguatkuasa kita dilabel macam-macam?
Tuan-tuan dan puan-puan, pertama sekali, kalau kes ini benar Mossad (badan perisikan Israel) yang rancang, samada diorang akan mengupah orang asing (tak kira orang Arab ke, orang Pakistan ke, orang Nigeria ke dan sebagainya), atau menyamar sebagai pemegang pasport negara lain.
Mana ada diorang nak bunuh terang-terang sebagai "ejen Mossad". Itu modus operandi yang asas.
Kes kali ini sama dengan kes pembunuhan Mahmoud al-Mahbouh pada 19 Januari 2010 di Dubai, UAE. Sama seperti Dr. Al-Batsh, Al-Mahmoud juga merupakan orang kanan dalam Hamas.
Al-Mahmoud merupakan antara pengasas Briged Al-Qassam. Selepas sebulan siasatan, polis Dubai mengatakan bahawa Mossad merupakan suspek utama.
Kepada sesiapa yang nak baca dalam bentuk artikel, tekan link ini:

thepatriots.asia/ulasan-pembunu…
Apa yang pasti, pihak Israel menafikan keterlibatan Mossad. Yang lebih menakjubkan, hasil siasatan menunjukkan skuad pembunuh seramai 26 orang semua memasuki Dubai atas pasport palsu. Ada yang meniru pasport UK, ada meniru Ireland, ada yang meniru Jerman, meniru Australia.
Itu Mossad tuan-puan. Kalau nak buat passport palsu mereka buat sampai negara-negara paling maju ni pun tak mampu nak kesan.
Tuan-puan, kes pembunuhan bersasar ("targeted killing") ini bukan senang nak halang. Orang yang masuk tu takkan bagitau pegawai di KLIA "saya masuk nak bunuh orang". Pembunuh yang masuk tu mestilah jenis yang rekod clean punya.
Itu common sense kalau nak melakukan jenayah, apatah lagi pembunuh level Mossad?

Itu harganya kita menjadi sebuah negara terbuka. Kalau nak kes sebegini langsung tidak berlaku senang je, kita tutup negara jadi macam Korea Utara.
Kalau jadi seperti Korea Utara, tiada sesiapa boleh masuk. Tiada orang masuk maka tak berlaku drama sebegini. Tapi adakah itu yang kita mahu?
Benarkah negara kita jadi sasaran kerana sistem kita lemah? Jangan lupa perkara yang sama juga berlaku di UK. Diorang lagi banyak kes pembunuhan bersasar berprofail tinggi berbanding kita, walaupun diorang kuasa besar yang jauh lebih maju.
Selain kes Georgi Markov (tahun 1978) yang terkenal, dalam beberapa tahun kebelakangan ini juga berlaku kes pembunuhan Alexander Litvinenko (2006), Alexander Perepilichnyy (2012), Boris Berezovsky (2013), Scot Young (2014) dan baru-baru ini Sergei Skripal.
Semua pembunuhan itu disyaki dirancang oleh KGB/FSB Rusia.

So nak kata UK punya penguatkuasa lembap? Atau perkara sebegini di luar jangkaan dan berlaku secara kebetulan? Dr. Al-Batsh based di Malaysia, kalau Mossad tak bunuh beliau di Malaysia, nak bunuh di mana?
Dalam kes Mahbouh ada 2 orang ahli kumpulan Fatah yang terlibat. Untuk kes Al-Batsh kali ini, tidak ditolak ada kemungkinan yang sama memandangkan hubungan kedua-dua kumpulan menjadi semakin teruk susuli kejadian cubaan membunuh pada bulan lepas ke atas Perdana Menteri Palestin
Tapi saya lebih rela hasil siasatan menunjukkan Mossad yang merancang semua. Lagi menyayat hati melihat Muslim berbalah sesama Muslim. Kalau berlaku musibah sebegini, kita doa-doakan jelah asy-syahid ditempatkan di kalangan para solihin, dan semoga PDRM berjaya menangkap suspek.
Yang selebihnya itu, samada mencaci pihak berkuasa atau memburuk-burukkan nama negara, hanya menyimpang dari ciri seorang mukmin. Memaki hamun kerajaan tak akan menyucikan dosa anda.
(sebenarnya tak nak komen kes sensitif macam ini. Kes jenayah biar polis je lah yang siasat. Tapi kang orang hairan kenapa kes Korea Utara dulu cepat je den bersuara, tapi kes Mossad tak kata apa-apa)

-Tamat-

Silakan retweet dan like

#DrFadiAlbatsh #Mossad #Israel #Malaysia
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to The Patriots
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!