, 30 tweets, 4 min read
My Authors
Read all threads
"Melayu: Pembina Tamadun Pelaut Terhebat Dunia"

Korang tahu tak yang orang Melayu mengajar orang Cina cara berlayar berlautan? Tanpa orang Melayu, Cheng Ho tak mungkin wujud.

Oleh: Helmi Effendy
Sebenarnya laut dan orang-orang Melayu tidak boleh dipisahkan. Ia ibarat irama dan lagu, aur dengan tebing atau isi dengan kuku. Kehidupan orang-orang Melayu pada zaman dahulu adalah berkisar sekitar pantai ,pohon kelapa, pasir pantai, perahu dan kapal.
Ini kerana orang2 Melayu pada zaman dahulu adalah pengembara, pedagang dan ahli pelayaran. Siapa yang dicanangkan berjaya berlayar mengelilingi dunia?Ferdinand Magellan. Anehnya mengapa beliau mengambil seorang anak kapal berbangsa Melayu, Awang atau nama Sepanyolnya Enrique?
Mengapa Columbus gagal mengelilingi dunia? Kerana tiada navigator yang benar-benar tahu akan lautan Hindi tempat sebenar yang hendak dituju beliau. Bangsa Melayulah penguasa laut timur atau dalam bahasa Yunaninya Eritrean seas.
Oleh itu jika mahu menguasai lautan timur maka kuasailah orang Melayu atau berbaik dengan mereka. Inilah yang dibuat oleh para pelayar Arab dan Parsi tetapi tidak diendahkan Columbus.
Selain dari bangsa Phoenicia, Norseman atau Viking, terdapat satu bangsa lain di dunia yang mempunyai intuisi dan 'sixth sense' semulajadi tentang laut yakni bangsa Melayu Nusantara.
Jadi, jom tatap catatan sejarah mengenai kehebatan tamadun maritim dan pelaut Melayu di bawah. Kita hayati catatan hebat ini untuk menaikkan jati diri sebagai seoang Melayu.
1. “Jong Melayu dan Jong Jawa yang berpangkalan di Melaka kerap belayar untuk berdagang ke negeri China dan mengikut apa yang diketahuinya jong-jong Melayu dan Jawa ini patuh dengan kehendak pentadbir...
...pelabuhan Canton agar berlabuh jauh daripada pantai kerana orang Cina bimbang sebuah sahaja Jong Melayu ini boleh menewaskan 20 buah kapal Cina.”

(Anthony Reid, Southeast Asia In The Age Of Commerce mukasurat 59 merujuk Tome Pires, Suma Oriental mukasurat 122-123)
2. “Orang Cina juga tahu penduduk pulau ini sebagai pembina dan kru kapal laut serta akan terlibat perdagangan laut. Orang Cina sebenarnya telah banyak belajar daripada mereka. Orang Melayu mula membina kapal yang diperbuat dari....
tikar anyaman yang diperkukuhkan dengan buluh, sekurang-kurangnya beberapa beratus-ratus tahun SM dan ketika masa Dinasti Han (206 SM hingga 221 SM), orang Cina telah menggunakan layar itu.”

(Sumber: Maritime Souteast Asia To 1500: Lynda Shaffler)
3. Memetik Lynda Shaffer juga, beliau ada menyebut pelayar-pelayar Melayu merupakan pelayar-pelayar yang mempunyai ilmu laut yang tinggi, berlayar merentasi lautan beribu-ribu batu tanpa bantuan kompas atau carta-carta bertuli
Pelayar-pelayar melayu menggunakan angin, bintang, warna air laut, rupa bentuk gelombang laut untuk mengetahui lokasi. Mereka boleh tahu kedudukan sebuah pulau walaupun mereka masih...
...berjarak 30 batu dari pantainya hanya dengan melihat tabiat burung-burung tertentu, haiwan dan tumbuhan laut dan juga rupa bentuk gelombang pada permukaan laut.
5. “Memandangkan tiada bukti kukuh yang dapat mengesahkan kewujudan kapal besar dari rantau lain, dapatlah disimpulkan bahawa bangsa Melayu adalah yang pertama....
sekali membina kapal besar (1,000 tan ke atas) bermula dari kurun pertama masehi. Pada kurun ketiga pula kapal 7 tiang yang boleh dianggarkan melebihi 2,000 tan muncul dari dunia Melayu.”

(Sumber: depts.washington.edu/silkroad/texts…)
6. “Dinding Jong Melayu begitu tinggi sekali sehinggakan orang Portugis tidak mampu memanjatnya (apabila menyerang jong), dan dinding jong setebal empat lapis tidak rosak sedikitpun oleh peluru meriam”

(Portuguese Documents On Malacca mukasurat 213)
7. “Flor De La Mar mempunyai geladak haluan dan geladak buritan yang tertinggi antara galleon milik Portugis, dan ini cuma sekadar hampir menyamai geladak Jong Melayu sahaja…”

(Portuguese Documents On Malacca mukasurat 213)
8. "Dinding Jong Melayu begitu tinggi sekali sehinggakan orang Portugis tidak mampu memanjatnya (apabila menyerang jong), dan dinding jong setebal empat lapis tidak rosak sedikitpun oleh peluru meriam”

(Portuguese Documents On Malacca mukasurat 213)
9. Catatan China menyatakan ketika berlakunya aktiviti perdagangan komoditi bahan makanan dan rempah, bangsa India, Arab, Parsi dan Turki belajar tentang kemahiran-kemahiran dalam bidang pelayaran dari orang-orang Melayu.
Bangsa Melayu mengajar kepada bangsa-bangsa besar di dunia tentang cara-cara menggunakan angin monsun, besi berani atau magnet dan juga bintang dalam pelayaran.

Ernest Small, 2006. Culinary Herbs. Ottawa. Hlm. 9
10. Michael Adas seterusnya menyatakan bahawa pelayar Melayu telah tiba di pantai timur Afrika selewat-lewatnya pada abad pertama sebelum Masihi.
Terdapat bukti yang menunjukkan pelayar-pelayar Melayu telah menetap di pesisir Laut Merah. Dari Nusantara mereka membawa cengkih ke Afrika Timur dan Laut Merah. Pada sekitar tahun 400 Masihi, pelayar-pelayar Melayu telah menerokai jalan laut dengan mengelilingi dua...
....pertiga (2/3) keluasan dunia bermula dari Pulau Easter hingga ke Afrika Timur.

Lynda N. Shaffer. 2001. Southernization. Dlm Michael Adas (pnyt.) Agricultural and Pastoral Societies in Ancient and Classical History. Hlm 310.
11. Lebih mengejutkan, ada sejarawan yang mengatakan bahawa orang Melayu merupakan bangsa petama meneroka lautan luas.
” Orang-orang Melayu dan Melayu-Polinesia adalah bangsa pertama di dunia yang belayar di lautan luas, dan mereka berlayar jauh sebelum kompas dicipta.
Mereka mampu belayar di Lautan Pasifik yang sangat luas dengan melakukan penelitian secara cermat terhadap bintang-bintang, ombak-ombak dan gelombang lautan, bentuk-bentuk awan, pergerakan-pergerakan burung dan ikan serta tumbuhan-tumbuhan yang hidup dalam laut.
Mereka juga mampu untuk mengesan pulau-pulau sejauh 30 batu dari kedudukan mereka, mereka telah menghuni pulau-pulau dari persisiran Asia Tenggara hingga ke Pulau Paskah (Easter Island). Sebahagian dari mereka belayar ke Lautan Hindi hingga ke pesisir pantai Afrika Timur….
Pelayar-pelayar Melayu juga telah menghubungkan produk-produk dari timur Afrika dan rempah-rempah dari kepulauan Nusantara ke dalam perdagangan di lautan India.”

(Kevin Reilly. 2012. The Human Journey: A Concise Introduction to World History. Hlm 115)
Kesimpulannya, TAMADUN MELAYU merupakan sebuah tamadun agung yang harus dibanggakan oleh setiap anak muda bernama Melayu. Kita mampu mengulangi kehebatan dan keagungan nenek moyang Melayu kita.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with The Patriots

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!