My Authors
Read all threads
Kesian pelajar PEREMPUAN ni, menjadi MANGSA pada seorang LELAKI durjana tak guna, yang lebih memilih untuk ikut nafsu, berbanding wahyu.

Ini KISAH BENAR. Seorang perempuan meluahkan masalahnya di emel saya.

#AdninBERCERITA
#IniThreadADNIN
Sebelum saya mulakan cerita ni, saya nak bagitau, bukan tujuan saya untuk mengaibkan sesiapa. Saya akan rahsiakan nama, dan saya ajak korang semua untuk jadikan kisah ini sebagai pengajaran. Supaya kita tak terperangkap dan terjerat dalam situasi yang sama.

Ok, jom mulakan.
Satu hari, saya dapat emel yang sangat panjang. Kalau kalau copy paste emel tu dekat word, adala dalam 14 muka surat. Dan, serius, saya rasa sangat sebak dan sedih bila baca luahan pelajar perempuan ni.😭

Saya namakan beliau sebagai Farah(semestinya bukan nama sebenar).
Farah ni adalah seorang MPP di satu universiti ni. Dia kata, dulu time zaman sekolah dia baik, dibesarkan dlm keluarga yg baik, suasana sekolah yg baik, belajar semua ok. Tak pernahlah couple2 ni.

Cuma itulah, cabaran di universiti ni, faham2lah.Amat berbeza dengan sekolah. Huhu
Dia tutup aurat, jaga solat semua. Tapi bila masuk universiti, Dia ada la mula bergaul dan jatuh cinta dengan sorang LAKI ni, yang mana, laki ni pun seorang MPP jugak. MPP ni singkatan kepada “Majlis Perwakilan Pelajar”. Kira macam jawatan tinggi la dalam universiti.
Farah dan lelaki tu dua-dua ambil kos agama. &, bila dah tak jaga ikhtilat(pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi), mula la bercinta, tapi diorang bercouple ala-ala dan bajet-bajet islamik. Maknanya tak pegang-pegang tangan, ke apa. Just mesej-mesej, video call, & sebagainya.
Sampai la satu hari, lelaki tu ajak farah tengok wayang sama-sama, sebab time tu cuti.

Awal-awal Farah tolak, tapi selepas di ajak & di pujuk, akhirnya, di sebabkan takut laki tu terasa, dan akibat takut kehilangan laki tu, maka Farah pun bersetuju untuk pergi wayang sama-sama.
Mereka berdua pergi ke wayang dengan menaiki kereta lelaki tersebut. Ye. Berdua-duaan dalam kereta. Walaupun diorang tak berpegangan tangan, tetapi, berdua-duaan dalam kereta dengan bukan mahram itu juga satu dosa.

Lalu, mereka pun tengok wayang pada malam itu.
Macam biasa, lepas tengok wayang, dah tengah malam, time nak balik tu, lelaki tu mula la pujuk Farah supaya tidur hotel.

Farah terkejut, dan beliau menolak ajakan laki tu. Farah kata:

"Mana boleh tidur hotel. Haram!"
* Sedangkan naik kereta berdua-duaan dengan bukan mahram pun haram jugak. huhu. Tapi tu la, kadang kita ni, dah buat dosa besar baru rasa berdosa😭

Ampunkan kami ya Allah😢

Ok jom sambung..
Selepas Farah menolak ajakan lelaki tu utk tidur di hotel pada mlm tu, laki tu cakap:

"Ish awak ni.Kita nk tidur hotel je. Bukan nk buat benda tak elokpun. Lagipun ni dh tgh malam.Gate universiti pun dh tutup. Ala, awk jgn risaula. Kita kn bljr agama.Tau mana halal mana haram.."
Akhirnya setelah di pujuk, dan setelah lelaki tu bagi jaminan keselamatan dan takkan lakukan perkara-perkara yang tak sepatutnya, akhirnya Farah pun bersetuju untuk tidur hotel dengan laki tu. Termasuk perangkap🥺
Seperti yang korang maklum, iblis syaitan ni licik. Dia nak goda seseorang untuk buat dosa besar, dia akan goda step by step dengan dosa yang nampak macam kecik.

Akhirnya apa terjadi pada malam tu di hotel?

Farah dan lelaki tu TERLANJUR...
Wahai sahabatku..

Kalau korang nak tahu, DOSA ni sifatnya ketagih. Dan dosa ni takkan puas, kita akan rasa nak lagi dan nak lagi.

Macam tu jugak dalam kes ni. Semenjak hari tu, mereka berdua KETAGIH.

Dan hampir tiap minggu Farah dan laki tu berzina!
Sehinggalah satu hari tu, Farah rasa macam sakit, dan dia risau kalau dia HIV. Dia pun call lelaki dia tu, dan bagitau laki tu yang dia takut HIV.
Tapi, laki tu rileks je jawab:

Ala.. Awak jangan takut. Mustahil la awak HIV. Kalau awak HIV, mestilah saya pun HIV. Awak jangan risau. Takde apa tu…”
Dia agak terkilan bila laki tu jawab macam selamba je. Lalu, untuk menghilangkan kerisauan, Farah buat ujian test HIV, dan alhamdulillah negative. Farah rasa sangat lega.

Dan diapun bagitahu benda tu kat laki tu.

Tapi, tahu tak apa laki tu jawab??
Sekali lagi laki tu jawab dengan jawapan yang cukup menyakitkan hati dia. Laki tu cakap:

“Haaa.. Kan saya dah cakap, takde apa. Mustahil HIV. So, jomla kita berzina lagi. Hehe…”

🤦‍♂️
Dan, malangnya, Farah jugak masih tak ambil pengajaran. Terpedaya dengan ajakan lelaki itu, dan takut kehilangan cinta hatinya itu, mereka teruskan projek zina mereka tiap minggu seperti biasa.

Huh..
Satu hari tu, sekali lagi Farah rasa sakit, & bila check,dia telahpun pregnant!

Ketika tulah perasaan myesal tu hadir. Laki tu awl2 ckp tk nk jaga baby tu & suruh Farah gugurkan. Bnda ni membuatkan hidup Farah serabut & dia mula sedar bhw dia telah di PERGUNAKAN oleh lelaki tu!
Dan, Farah tekad nak berubah, nak tinggalkan semua dosa tu, tak nak berzina lagi, dan nak clash! Dah tak tahan hidup dalam kegelapan yang menyeksakan.

Tapi, korang tahu, apa laki tu cakap?
Ini jawapan laki tu:

“Kalau kau nak tinggalkan aku, aku akan sebarkan video lucah kau yang aku rakam ketika bersetubuh dengan kau kat hotel. Kalau kau nak aku sebarkan video, kau teruskanlah dengan keputusan kau…”

Tak guna punya laki.
Ketika tu, Farah rasa TERPERANGKAP dengan 2 pilihan.

1) Kalau dia berubah, aib dia akan di sebarkan.

2) Kalau dia terus berzina, dia tahu dia akan terus di pergunakan oleh lelaki tu, & lelaki tu tak jujur. & dia takut terjebak dengan dosa membunuh pulak jika dia gugurkan anak.
Farah menangis, buntu, tak tahu nak buat apa. Lalu, di emel tersebut, beliau tulis:

"Ustaz, tolong saya ustaz. Apa yang saya perlu buat sekarang?? Kalau ustaz TAK JAWAB soalan saya malam ni, saya akan BUNUH DIRI!😢🥺"
Alhamdulillah kami sempat baca dan menjawab soalannya ketika itu, dan memberi beliau pesanan dan bimbingan.

Ye la. Kalau saya jadi dia pun, saya takut.

Nak tinggalkan laki tu, nanti laki tu sebarkan video lucahnya. Tak tinggalkan, akan berterusan buat dosa zina.

Kesian😭😭
Antara 2 pilihan. Kedua2nya amat memeritkan. Akhirnya, Farah tekad. Dia nak berubah! Dia dh tak tahan hidup dalam keadaan bermaksiat!

Dia dah tak tahan hidup menjadi perempuan pemuas nafsu kepada lelaki bertopengkan syaitan! Dia tak tahan hidup dlm keadaan berjauhan dari tuhan!
“Maaf. Aku dah tekad, aku nak berubah!!”

Itulah kata-katanya pada lelaki tersebut.

Tahu apa jadi selepas itu?

Jom sambung baca...
Laki tu amat marah dengan keputusan Farah.

Lalu, laki tu telah SEBARKAN video lucah Farah dekat group MPP universiti tersebut!!

Dan, video tersebut telah viral dan tersebar dekat laman-lama web lucah, dan jugak di whatsapp.

Ya rabb😭😭
Dia tertekan. Dia malu. Aibnya tersebar. Kawan-kawan sekelining semua hina dia. "Kau munafiq!" "Pelacur!"

Semua tu dia kena hadap. Ditambah dengan mak ayahnya marah dan malu.

Farah mula depress, menangis, menangis, dan terpaksa berhenti belajar.

Sangat berat ujiannya🥺😢
Dia luah kat saya:

“Ustaz.. Saya setiap hari menangis ustaz. Ustaz bayangkan, video saya dah tersebar. Sekarang, hampir tiap malam ada lelaki mesej nombor saya dan ajak saya berzina dengan mereka. Mereka anggap saya ni macam pelacur murahan. Saya tak tahan ustaz....
.... Saya hanya mampu menangis dan bertaubat. Setiap hari saya menangis.. Mungkin ini semua kafarah atas dosa-dosa saya…”

Saya sebak bila baca luahan beliau. Wallahi, hati saya rasa bagai dicucuk-cucuk dengan pisau. Sebak, sedih, saya cuba rasa apa yang dia rasa.
Saya tahu, itu bukan keputusan yg mudah. Nak berubah dalam keadaan dia tahu apa risikonya, bukanlah pilihan yang mudah.

Tapi, Farah sanggup memilih untuk di malukan, semata2 kerana dia nak berubah. Demi Allah, pengorbanan yang Farah lakukan sangat tinggi nilainya disisi Allah!
Betapa besarnya pahala yang beliau bakal dapat. Wallahi, disudut hati saya, saya amat kagu dengan beliau.

Dan saya akan sentiasa doakan agar Allah ampunkan segala dosanya, naikkan darjatnya, beri dia jalan keluar dari segala masalah, dan masuk syurga tanpa hisab🤲🤲
APA PENGAJARAN DARI KISAH INI?

1) Tipu daya iblis ni sangat dahsyat. Dia tak pernah jemu merosakkan kita dengan pelbagai cara. Antara cara iblis nak rosakkan kita adalah dengan menggoda kita untuk mendekati zina.

Tak jaga ikhtilat, mula bercinta sebelum nikah, bercouple dll.
2) Sebab tu dalam Alquran, Allah dah pesan agar kita menjauhi dan jangan mendekati zina.

Dalam surah Al-Isra' ayat 32, Allah berfirman:

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا
Maksudnya:

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.."
(Al-Isra' ayat 32)
3) Nasihat saya juga, berhati-hatilah dengan tipu daya iblis.

Jangan sampai dah terbuat dosa besar baru nak rasa bersalah. Jangan sampai aib dah tersebar, dah ditipu dan dikhianati baru kita rasa terpanggil untuk ikut apa yang Allah dan rasul suruh...
4) Wahai sahabat sekalian.. Sebenarnya setiap perintah dan larangan Allah, Allah bukan nak kongkong kita atau sekat kebebasan kita. Tak.

Tapi Allah nak selamatkan maruah kita, nak pelihara kemuliaan kita, nak jaga keturunan, akal, agama dan nyawa kita.

Allah sayang kita..
5) Allah tahu, sekiranya kita mendekati zina misalnya, impaknya akan sangat buruk. Ya, mungkin ada yang tak jaga ikhtilat dan bercouple, tapi tak sampai tahap zina.

Cuma macam saya cakap tadi, takkanlah nak tunggu dah buat dosa besar baru rasa dosa kecik tu kecik? Huhu..
6) Statistik kat Malaysia pun menyeramkan. Purata setiap tahun, 50,000 kes anak luar nikah yang didaftarkan. Maknanya setiap satu jam, lebih kurang 6 anak luar nikah lahir....
...Tu baru anak luar nikah yang didaftarkan. Belum campur yang tak didaftarkan. Belum campur yang buang bayi. Belum campur yang gugurkan anak. Belum campu yang berzina tapi tak mengandung. Belum campur yang tak berzina tapi couple je. Belum campur yang couple acah-acah islamik..
7) Betapa hari ini DOSA menjadi normal dalam masyarakat. Hatta golongan agama pun ada yang curang, main perempuan, blackmail perempuan dan sebagainya.

Ada pula yang bangga dengan dosa, bahkan bila ditegur, marah pula.
8) Sedangkan sebenarnya, Allah sayang kita. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Yang halal banyak, tapi ramai yang masih memilih yang haram.

Sedangkan, buat maksiat ni, wallahi tak bahgia bahkan serabut, resah gelisah, gundah gulana, takkan tenang. Bahgia yang palsu.
9) Kepada orang yang pernah mengalami kisah yang hampir sama dengan Farah, ingat, Allah sayang kamu. Allah uji kamu sebab Allah nak kamu kembali pada Dia, Allah nak naikkan darjat kamu, nak ampunkan dosa kamu, Allah nak beri kamu syurga.

Berubahlah dan terus kuat untuk berubah💪
10) Walau jalan nak menuju perubahan dan kembali pada Allah tu penuh dengan onak duri, orang kutuk, orang ungkit kisah silam, orang sebar aib & sebagainya, ingatlah, kamu ada ALLAH sbg tempat utk berpaut.

Allah takkan sia-siakan segala pengorbanan kamu untuk kembali padaNya❤️
Teruskan berdoa, jagalah solat 5 waktu, bergaullah dengan sahabat-sahabat yang support dan bimbing kamu, dekatkan diri dengan Allah, zikirlah padaNya, lazimilah istighfar.

Saya doakan agar kamu diberi kekuatan dan moga syurga buatmu wahai sahabatku!
Wallahua'lam.

Itulah kisah pada hari ni. Moga banyak pengajaran kita boleh ambil bersama insyaAllah.

Moga Allah beri hidayah pada diri saya dan korang semua, moga Allah ampunkan kita.

Nantikan kisah-kisah #AdninBERCERITA yang seterusnya insyaAllah☺️

Assalamualaikum❤️
Tambahan, sekiranya kalian menjadi mangsa-mangsa ugutan lelaki yang ingin sebarkan video dan aib kalian, pergilah buat laporan polis segera.

Gunakan undang-undang untuk melawan kesyaitanan puak-puak macam ni.

Moga Allah mudahkan segala urusan insyaAllah🤲
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with ADNIN ROSLAN

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!