My Authors
Read all threads
Malam kejadian, mereka berdua turun dari kereta. Kawasan sunyi dan bersebelahan hutan. Tiada sesiapa di situ. Selang 45 minit, sebab berasa tidak sedap hati, pemandu kereta berpatah balik. Kalini hanya seorang daripada mereka kelihatan.

Ke mana perginya sorang lagi?
Setelah pemandu kereta itu tiba di lokasi di mana dia menurunkan mereka berdua, hanya seorang yang berdiri di tepi jalan. Seorang lagi yang hilang itu sebenarnya sudah mati dibunuh. Apa yang terjadi sebenarnya?
Semasa tiba di lokasi kejadian itu, suspek yang disyaki membunuh itu memberikan jawapan 'kita balik biarkanlah dia'. Ayat ini bermaksud suspek tau di mana mangsa yang hilang itu berada. Pemandu kereta itu kemudian bertanya lagi, di mana mangsa?
Tetapi, suspek terus berdiam diri dan termenung di dalam kereta. Kehilangan mangsa kemudian terus tersebar di media massa. Ketika suspek ditanya pemandu itu, suspek kemudian menjawab 'apa-apa hal biar dia yang bertanggungjawab'.
Disebabkan ada saksi yang nampak suspek adalah orang terakhir bersama mangsa, suspek ditangkap polis 10 hari selepas kehilangan mangsa. Ketika suspek itangkap, mangsa belum ditemui berada di mana.
Keluarga mangsa kemudian menerima panggilan telefon daripada orang yang tidak dikenali. Mereka meminta wang tebusan dan mengatakan mangsa telah diculik. Penculik meminta wang tebusan sebanyak 500 ribu sebelum mangsa dilepaskan.
Siasatan polis kemudian mengesahkan tiada kes mangsa diculik. Penculik itu hanya menyamar dan mahukan duit. Mangsa bukan diculik, sebaliknya sudah dibunuh. Pasukan penyiasat kemudian menyoal siasat suspek. Mangsa perlu dicari.
Twiiter down ke? Nak tulis thread terus stuck
Semasa disoal siasat, suspek memberikan satu kenyataan 'mayat dia, saya isikan dalam guni telah saya campakkan di tepi jalan dan saya setuju untuk tunjukkan tempat itu'. Suspek kemudian membawa polis ke lokasi kejadian.
Sepasukan SMART, Pulapol menyertai polis untuk mencari mangsa. Mangsa kemudian dijumpai telah mati. Mayat mangsa sudah reput diikat dalam sebuah guni. Ketika ditemui, mayat berada berkedudukan seperti posisi janin dalam rahim.
Hasil pemeriksaan dan bedah siasat dari pakar forensik mendapati kematian mayat ialah akibat jerutan pada leher. Tetapi, adakah benar mangsa mati keran dibunuh suspek? Atau ada kelibat orang ketiga?
Disebabkan tiada saksi yang melihat mangsa dibunuh, pihak pendakwa raya bergantung pada keterangan ikut keadaan ('circumstantial evidence'). Apakah motif mangsa dibunuh?
Semasa hari kejadian, mangsa dikatakan naik kereta bersama suspek. Mereka berdua duduk di seat belakang. Ketika itulah, suspek bertanyakan mangsa adakah mangsa mempunya apa-apa hubungan dengan isteri suspek?
Suspek mengesyaki mangsa memang mempunyai hubungan sulit dengan isterinya. Jadi, mangsa ditanya berkali-kali. Mangsa menafikannya. Suspek kemudian bagitau mangsa, dia nampak mangsa berdua dengan isterinya dalam kereta.
Suspek geram dengan mangsa dan berkali-kali mengetuk kepala mangsa di dalam kereta. Pemandu kereta kemudian menyuruh suspek supaya jangan cederakan mangsa. Ketika inilah, suspek arahkan kereta supaya berhenti. Nak terkencing katanya.
Tetapi, mangsa juga ditarik keluar dari kereta. Suspek bagitau kepada pemandu agar pergi balik rumah. Suspek dan mangsa kemudian ditinggalkan di tepi jalan. Berdua. Ketika inilah berkemungkinan besar segala-galanya berlaku.
Mangsa kemudian hilang tanpa khabar berita dan suspek ditangkap sebab dialah orang terakhir kelihatan bersama mangsa. Pemandu kereta menjadi saksi pendakwaan ketika kes dibicarakan.
Mahkamah Tinggi telah memutuskan suspek bersalah membunuh mangsa. Keterangan mengikut keadaan membuktikan suspek mempunyai motif yang kuat untuk membunuh mangsa. Suspek dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.
'To establish a case of murder, motive is not an element to be proven. But, it would if shown to support the case against the accused' (kes Dato Mokhtar Hashim v PP).
Keputusan Mahkamah Tinggi dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan pada 2008 dan Mahkamah Persekutuan pada 2010. Suspek yang merupakan seorang anggota polis didapati bersalah membunuh mangsa. Hukuman gantung sampai mati dikekalkan.
Fakta mangsa diculik dan dibunuh oleh orang lain telah ditolak dan tidak diterima mahkamah. Tiada bukti konklusif adanya penculikan. Panggilan telefon meminta wang tebusan hanyalah palsu dan satu helah memandangkan mangsa dikenali ramai sebagai anggota kumpulan muzik 'spoon'.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Sir kamarul

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!