, 30 tweets, 4 min read
My Authors
Read all threads
Hari kejadian pada bulan puasa, isteri masuk ke dalam bilik. Si suami berbuka puasa sorang diri. Kemudian, suami terdengar bunyi benda jatuh dari dalam bilik. Sebab dikunci, bilik dirempuh masuk. Isteri dijumpai tergantung di atas kipas siling.

Apa dah jadi? Sambung malam ni..
Pada hari kejadian, satu panggilan kecemasan 999 dibuat oleh si suami yang meminta ambulans dihantar ke rumahnya. Isterinya dijumpai tidak sedarkan diri di dalam bilik. Ketika dalam talian, suami disuruh melakukan CPR sementara menunggu ambulans.
Si suami memaklumkan penolong pegawai perubatan dalam talian, dia sudah melakukan CPR. Tetapi mangsa masih tidak sedarkan diri. Ketika itu, suara si suami dikatakan 'biasa, tenang dan tidak ada kelam kabut'. Paramedik kemudian terus bergegas ke lokasi kejadian.
Setelah tiba di lokasi kejadian iaitu di dalam bilik, si isteri (mangsa) telahpun meninggal dunia. Doktor dan polis kemudian dimaklumkan atas kematian yang berlaku. Polis yang kemudian tiba di tempat kejadian dimaklumkan suami, mangsa telah menggantung diri pada kipas siling.
Mangsa menggantung diri menggunakan kain cadar. Anggota polis kemudian melakukan siasatan awal di tempat kejadian. Polis mendapati pintu bilik terdapat kesan pecah, bilik dalam keadaan berselerak dan ada sebuah almari solek dalam keadaan terjatuh di tepi katil.
Tetapi, cermin almari solek tidak pecah. Dua helaian kain cadar berwarna coklat dalam keadaan telah dipotong menggunakan pisau, terletak atas tilam. Si suami menyatakan dia turunkan mayat isterinya dengan memotong kain cadar dengan pisau itu iaitu pisau pemotong daging.
Simpul pada kain cadar juga dibuka si suami. Anggota polis kemudian dapat melihat ada kesan lebam pada leher mangsa. Polis kemudian mengambil gambar di tempat kejadian. Mayat mangsa kemudian dihantar ke hospital Sg Buloh untuk dibedah siasat.
Pakar patologi forensik merumuskan mangsa mati akibat oeh 'asfiksia' iaitu udara tidak dapat masuk ke dalam paru-paru disebabkan ada halangan pada bahagian atas pernafasan ('asphyxia due to obstruction of upper airways'). Pakar forensik menyatakan sebab berlakunya ada dua
iaitu samaada i) berlakunya tekanan pads leher mangsa kerana menggantung diri atau ii) satu bentuk ligature dikenakan pada bahagian leher mangsa. Sehari selepas kejadian, pegawai forensik yang lain kemudian pergi ke lokasi kejadian. Siasatan perlu dibuat di lokasi kejadian.
Pegawai forensik tiba bersama 5 orang anggota pasukan. Si suami ada di lokasi kejadian sepanjang siasatan dibuat. Hasil siasatan mendapati, mangsa tidak dianggap mati menggantung diri sendiri pada kipas siling. Ini kerana 1) kipas siling berada dalam keadaan baik,
2) kesan habuk pada bahagian atas kipas siling tidak terusik, 3)tiada kesan simpulan pada kedua-dua hujung cadar yang digunakan, 4)kesan potongan cadar menggunakan pisau tidak selari kerana kesan potongan agak bersih, 5) cermin meja solek berada dalam keadaan baik dan
tidak pecah walaupun dikatakan suami digunakan mangsa untuk menggantung diri dan 6)tiada kesan tapak kaki pada atas meja solek itu.
Pegawai penyiasat merumuskan kes ini bertukar daripada 'sudden death report' kepada satu kes pembunuhan di bawah s 302 KK. Hasil siasatan pegawai forensik dan hasil bedah siasat oleh pakar patologi, pihak polis syak mangsa tidak menggantung diri. Sebaliknya, dia dibunuh.
Mangsa disyaki dibunuh suaminya. Polis kemudian menangkap suami mangsa. Suami (suspek) didakwa atas kesalahan membunuh mangsa dan berdepan hukuman gantung sampai mati jika bersalah. Persoalannya, adakah suspek betul-betul membunuh mangsa? Atau mangsa membunuh diri?
Ahli kimia mengesahkan sampel darah mangsa tidak mengandungi alkohol tetapi ada paracetamol iaitu sejenis dadah analgesic yang digunakan untuk mengurangkan kesakitan. Kesan darah mangsa ada pada baju T, seluar pendek, seluar dalam, pisau dan keratan kuku tangan kiri dan kanan
mangsa. Tiada kesan DNA pada putik kapas calitan habuk pada kipas siling dan pada kain cadar yang dikatakan digunakan oleh mangsa untuk membunuh diri.
Ahli kimia menegaskan tiada kesan debu atau kotoran penting pada cadar dan cadar dipotong konsisten menggunakan objek tajam. Tiada sebarang ciri unik pada kesan atau corak potongan pada cadar.
Semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi, pihak peguam bela berjaya timbulkan keraguan. Mangsa sebenarnya bukan dibunuh. Antaranya ialah suspek tidak mempunyai motif membunuh mangsa. Walaupun suspek dikatakan ada hubungan sulit, insiden itu sudah 2 tahun berlaku sebelum kejadian.
Dalam kes ini, polis gagal siasat isu kemurungam mangsa yang tersebar pada media massa. Status BBM mangsa 'sabarlah duhai hati' dan 'kehidupan dengan papa adalah kehidupan memenatkan' menunjukkan ada kemungkinan mangsa boleh membunuh diri.
Pihak polis juga gagal menyiasat kesan kehijauan dan kesan lebam pada kaki mangsa. Peguam bela juga berhujah keterangan rakan sekerja mangsa dan ibu bapa mangsa memgesahkan mangsa mengalami kemurungan.
Kemungkinan ianya menjadi punca sebenar mangsa telah menggantung diri. Disebabkan aspek siasatan tidak lengkap dan adanya unsur keraguan berlakunya pembunuhan, suspek dilepaskan dan dibebaskan.
Fakta suspek dilihat orang terakhir bersama mangsa tidak mencukupi untuk mensabitkan suspek dengan pertuduhan membunuh tanpa keterangan kukuh menjurus pada inferen yanf satu, bahawa suspeklah orsng yang telah membunuh mangsa.
Hakim Mahkamah Rayuan pada Mac 2016 memutuskan bahawa tiada unsur jenayah dilakukan suspek kepada mangsa. Panel hakim YAA Tengku Maimun, Zakaria Sam dan Kamardin Hashim mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa suspek dilepaskan dan dibebaskan.
Ini kerana siasatan pakar patologi tidak secara konklusif menyatakan mangsa telah dijerut di leher dari arah belakang. Sebaliknya, pakar menyatakan ada kemungkinan mangsa menggantung diri.
Pakar forensik juga menyatakan mangsa boleh membunuh diri kerana ketiadaan tapak kaki mangsa pada meja solek. Mangsa sebaliknya menggunakan kerusi kecil yang dijumpai patah di atas lantai. Kerusi kecil ini tidak disiasat pihak polis ketika berada di tempat kejadian.
Pendakwa raya kemudian membuat rayuan di mahkamah tertinggi, Mahkamah Persekutuan. Panel 5 hakim diketuai YAA Raus Sharif pada April 2017 telah memutuskan rayuan kes ditolak kerana notis rayuan tidak disampaikan kepada suspek. Jadi, suspek dibebaskan dan dilepaskan.
Pendakwa raya menegaskan ada unsur jenayah kerana suspek mengambil masa lebih 1 jam sebelum membuat panggilan kecemasan. Hakim menolak hujahan itu kerana suspek sebenarnya mengambil masa untuk selamatkan mangsa. Unsur jenayah tidak dapat dibuktikan.
Hakim bersetuju dan menerima keterangan rakan-rakan dan ibu bapa mangsa bahawa terdapat perubahan pada mangsa. Mangsa tidak ceria dan berada dalam keadaan sugul ketika pulang ke kampung. Mangsa ingin tenangkan fikiran. Ini membuktikan mangsa ada berasa murung sebelum kejadian.
Walaupun pendakwa raya pada awalnya dapat membuktikan adanya kes prima facie, tetapi disebabkan adanya keraguan yang munasabah yang dibuat oleh peguam bela, suspek tidak boleh disabitkan bersalah membunuh. Suspek wajar dibebaskan dan dilepaskan.
Bagi membuktikan suspek bersalah, pendakwa raya mesti membuktikan suspek bersalah tanpa ada sebarang keraguan yang munasabah (kes Mohamad Radhi bin Yaakob v PP).
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Sir kamarul

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!