"Pelanduk dua serupa kot."
Farid mula berjalan ke bilik isterinya.
Kelihatan samar-samar, mak mertuanya sedang tidur di dalam kelambu.
Dia tidak dapat melihat jelas wajah mak mertuanya.
Dia meneruskan langkahnya.
Dia bertanya. "Abang ada nampak gambar kat dinding tu, yang sebelah ayah awak dalam gambar tu, mak awak la kan?"
"Aah mak kandung saya, kenapa?"
Dia mengambil tuala ingin mandi.
"Takkan orang yang sama dengan orang yang aku bagi tumpang tadi, tapi muka diorang memang sebijik."
Selepas rambut di shampoo, dia membuka paip untuk membasuh rambutnya. Jadi dia memejamkan mata.
Farid terkejut dan dalam keadaan cemas, dia membuka matanya tapi tidak jelas dan agak terganggu kerana air buih dari shampoo sedang melalui wajahnya.
Dia cepat-cepat membasuh wajahnya dengan air untuk memastikan betul ke apa yang dia lihat.
Tapi bila semuanya sudah jelas, tiada sesiapa di dalam bilik air.
Selepas mandi, dia baring di atas katil.
Sambil bermain telefon bimbit.
"Tidur da, mesti penat sangat ni."
Farid sambung bermain telefon.
Farid terkejut, dia melihat di sebelahnya, tiada orang.
"Eh tadi bukan isteri aku baring kat sebelah aku ke?"
"Aah, kenapa?"
"Awak takda baring sebelah saya?"
"Saya tak baring lagi atas katil tu bang."
Farid terdiam.
Entah pukul berapa, Farid terjaga dari tidur kerana kehausan.
Keadaan rumah sudah gelap gelita tanpa cahaya.
Dia berjalan ke dapur dan langkahnya terhenti, dia lihat mak mertuanya ada di dapur tidak menghadapnya sedang duduk di kerusi.
"Kamu ni siapa?" Tanya Mak mertuanya.
"Saya suami Syiha."
"Owh suami Syiha."
"Tak pernah."
Farid hanya tersenyum dan dia keliru. Dia ambil air dan mereka mula berbual.
Seperti ada rambut lain di belakang kepala mak mertuanya.
Mata Farid disepetkan mengfokuskan ke arah rambut itu.
Farid tersentak, ada kepala lain di belakang mak mertuanya.
"Takdepape, saya gerak ke bilik tidur dulu la." Kata Farid yang jantungnya masih berdebar.
Semasa dia bangun dan berjalan ke bilik tidur, dia tidak berani untuk memandang ke arah mak mertuanya.
Dia lihat gambar ayah dan mak mertuanya. Dia yakin yang wajah mak mertuanya memang serupa dengan mak cik yang dia bagi tumpang sebelum ni.
Tiba-tiba dia terperasan sesuatu.
Bulu romanya mula naik, dia mula bergerak ingin masuk ke bilik tidur.
"Habis siapa yang kat dapur tadi?"
Matanya melihat ke arah dapur.
Ada makhluk yang kurus kering, rupa yang sangat hodoh sedang merenung tepat ke arahnya.
Lalu dia baring di atas katil.
Pintu biliknya diketuk-ketuk dengan sangat kuat.
Farid hanya berdiam diri.
"Dia tak dengar ke bunyi pintu tu."
Akhirnya kerana kepenatan, Farid tertidur.
Dia lihat isterinya tiada di sebelahnya.
lalu dia bergegas bangun untuk mencari isterinya. Dia memanggil-manggil isterinya.
Dia lihat di dalam bilik itu ada Syiha dan ayah mertuanya.
Lalu dia berjalan masuk ke dalam mak mertuanya.
"Ni siapa? Bukan gambar yang kat dinding tu ke mak awak?"
Farid terkejut seperti tidak dapat menerima kenyataan.
"Tapi malam tadi.."
Farid semakin keliru, dia hanya mengikuti ayah mertuanya.
"Apa maksud ayah?"
10 tahun yang lalu sebelum mak kandung Syiha meninggal dunia, dia dirasuk oleh sesuatu.
Dan Mak Syiha memberitahu ."Aku akan cari Syiha!!"
lalu dia meninggal dunia.
Keadaan makin menjadi pelik, ada makhluk aneh sering datang mengganggu rumah mereka.
Makhluk itu ingin mencari Syiha.
Semasa gangguan itu berlaku, Syiha sudah berkerja di bandar.
Lalu ustaz itu telah menghalau benda itu dari rumah. Ustaz itu memberitahu yang Mak kandung Syiha sebenarnya ada saka, saka itu sedang mencari Syiha.
Selama 5 tahun Syiha kena berjauhan dari rumah.
Oleh itu, Ayah Syiha berpura-pura memaksa Syiha supaya berkahwin dengan orang yang dia tidak mahu. Sedangkan masa itu Syiha sudah memilih Farid.
Jadi Syiha melarikan diri dengan Farid.
Sebab dia rasa jin itu sudah tidak mempunyai ikatan yang kuat dengan Syiha.
Syiha harus menerima jin itu sebelum ia mengandung, tapi jin itu sudah terlambat jadi dia ingin mendekati anak Syiha pula.
Sebab itu dia masih ada di situ.
"Baiklah saya faham."
Pada petang itu, Farid membawa isterinya pulang.
Sejak itu mereka tidak pernah menjejakkan kaki ke rumah itu lagi.
Tamat.