Profile picture
The Patriots @thepatriotsasia
, 13 tweets, 3 min read Read on Twitter
Heboh pasal logo VMY 2020, tak boleh tidak teringat pada 2 logo ikonik Starbucks dan MAS.

Apa yang buat 2 logo ini ikonik dan sangat unik pada pandangan mata adalah dari aspek ketelitian dan perincian logo tersebut.

(Ini adalah untaian)
Logo Starbucks adalah gambaran 2 tailed-mermaid atau 'siren' yang amat ditakuti para kelasi. Lagunya dapat menarik kelasi serta kapal ke sebuah pengkahiran yang "mengasyikkan".
Apa yang menarik mengenai logo Starbucks adalah muka siren yang asimetrikal. Cuba perhatikan pada hidung di bahagian kiri mata siren tersebut. Nampak tak perbezaan ia dengan sebelah kanan?

Kecil kan perbezaannya.. Tapi itulah yang menjadikan logo Starbucks 'power'.
Logo MAS pula adalah berkonsepkan wau, permainan tradisional masyarakat Kelantan dan salah satu permainan tradisional ikonik negara. Wau adalah satu perlambangan yang cukup indah untuk sebuah syarikat pernerbangan nasional.
Tapi tahukah kita sebenarnya pada awal penciptaan logo MAS, logo itu adalah "statik". 'Slanting' yang anda nampak pada logo MAS hari ini dulu tak wujud.

Tegak dan kaku.
Lalu pereka buat keputusan untuk menyengetkan sedikit logo tersebut supaya wau MAS nampak 'bergerak' dan menuju ke depan.

Benda kecil je, tapi impak besar.
Logo, bendera, jata, lambang, motif, warna, maskot, serta semua yang bersangkut-paut dengannya bukan benda main-main. Bukan benda pakai taram. Bukan benda asbol (asal boleh).
Setiap dari ia membawa mesej, makna, perlambangan, inspirasi, aspirasi, prinsip, jati diri, identiti, tahap profesionalisma dan banyak lagi.

Semua itu membawa kepada 1st impression yang betul-betul bermakna.
"Kalau logo pun pakai taram, tangkap muat, apatah lagi perkara-perkara yang lebih penting dan besar."
Ya, logo yang kemas, cantik, bersih, profesional dan sebagainya tidak semestinya yang membawa logo itu bersikap sama. Tak semestinya kualiti dan kelas kerjanya sama cantik sama padan dengan logo.
Tapi percayalah, sedikit sebanyak logo yang cantik akan membawa satu bentuk kebanggaan, semangat dan kecintaan untuk mendukung aspirasi dan perlambangan yang disemat ke dalam permaknaan.
Jangan ambil mudah benda-benda gini.

Kita nak wujudkan 'a sense of belonging and responsibility' kepada sesuatu.

Jika logo pun gagal bangkitkan citra sebegini, apatah lago isi kandungan dan objektif yang berjela-jela itu.

-Tamat-
Diambil daripada tulisan asal admin -JB- di Facebook.
facebook.com/jamalee.bashah…

Tulisan admin -JB- tidak semestinya mewakili semua admin-admin The Patriots. Ini merupakan pendapat peribadinya.

Silakan RT dan like

#VisitMalaysia2020 #Malaysia #logodesign #tourismmalaysia
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to The Patriots
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!