Profile picture
ريمااوXI @RimauXI
, 25 tweets, 7 min read Read on Twitter
Jawapan Kepada Video BN "APAKAH KESALAHAN JHO LOW":

"APA YANG ARUL KANDA TAK BERITAHU?"
Penerbitan video ini oleh saluran rasmi Barisan Nasional menimbulkan persoalan tentang pengaruh & kepentingan Jho Low kepada BN.
1. Video ini juga digunakan oleh cybertrooper untuk memberitahu penyokong BN bahawa isu 1MDB telah dijawab & ia adalah isu "recycle" serta "basi".

Penyokong BN perlu meneliti video tersebut sebelum menyebarkannya kerana kenyataan CEO 1MDB memberi kesan kepada maruah negara kita.
2. Arul beritahu: "Setakat hari ini, setahu saya, Jho Low tidak ada kesalahan yang dibuat dirinya."

Ini adalah half truth.
3. Perhatikan penggunaan frasa "setakat hari ini" & "setahu saya". Frasa-frasa ini berpotensi untuk mislead (memperdaya) orang ramai.

Apa yang Arul tak beritahu ialah full truth "setahu mahkamah Singapura", "setahu Switzerland", "setahu PAC", "setahu Jabatan Audit Negara".
4. Setahu mahkamah Singapura, Jho Low telah menulis draf surat sokongan palsu sebelum mengarahkan Yak Yew Chee untuk menandatanganinya kemudian menyiapkannya dengan menggunakan kepala surat BSI Bank.

5. Setahu mahkamah Singapura, kandungan surat Jho Low bertujuan untuk memperdaya bank bahawa wang USD110 juta datang daripada bapanya, sedangkan ia berpunca dari 1MDB & melalui akaun syarikat Good Star miliknya.

6. Setahu Switzerland, pemindahan wang ke akaun Jho Low ialah money laundering sekaligus mengarahkan ibu pejabat bank BSI AG diambil alih & keuntungan yang diperolehi secara haram sebanyak CHF 95 juta dipulangkan.

7. Setahu PAC, security deposit sebanyak RM4 bilion telah dimasukkan dari 1MDB ke akaun Aabar BVI (yang dikawal Jho Low).

8. Setahu Jabatan Audit Negara, Aabar BVI bukan anak syarikat IPIC yang menjamin bon 1MDB.

9. Setahu mahkamah Singapura, akaun Aabar BVI dikawal oleh Jho Low dengan menggunakan nama Tan Kim Loong.

10. Arul beritahu: "Singapura tidak pula tangkap Jho Low."
11. Apa yang Arul tak beritahu:
Pihak berkuasa Singapura telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka hanya bertindak ke atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan di Singapura.

12. Ketika Jho Low menulis & menghantar draf surat sokongan palsu melalui e-mel untuk ditandatangani Yak Yew Chee (yang kemudiannya dipenjarakan), di negara manakah Jho Low berada?
13. Arul beritahu: "Switzerland, dalam kes-kes di situ, tidak ada tangkap Jho Low."
14. Apa yang Arul tak beritahu:
Kesalahan menulis & menandatangani surat sokongan palsu tidak dilakukan di Switzerland.
15. Apa Arul beritahu: "Di Switzerland dan Singapura mereka ambil tindakan ke atas bank dan banker."
16. Apa yang Arul tak beritahu:
Bank & banker itu semuanya diambil tindakan kerana terbabit dalam pemindahan wang dari akaun 1MDB sehingga ke akaun Jho Low di bank Rothschild.

17. Apa yang Arul beritahu:
"Maka apa yang dikatakan dalam saman sivil (DoJ) itu hanyalah dakwaan semata-mata."
18. Apa yang Arul beritahu:
"belum ada perbicaraan, belum ada pembelaan, belum ada keputusan mahkamah."
19. Perhatikan bagaimana Arul mengalihkan perhatian daripada tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa Singapura & Switzerland kepada kes DoJ.

Mengapa? Kerana di Amerika Syarikat dilakukan pembelian aset, sedangkan kesalahan menulis surat sokongan palsu dilakukan di negara lain.
20. Apa yang Arul tak beritahu: Individu-individu yang terbabit dengan pemindahan wang 1MDB ke akaun Jho Low bukan sahaja telah dibicara, tetapi telah dihukum penjara oleh mahkamah & telah menjalani hukuman penjara.
21. Video itu kemudian diakhiri dengan kenyataan bahawa "Mahkamah Indonesia Pulangkan Equanimity Bukti Tiada Jenayah dan Tiada Kaitan dengan 1MDB."
22. Apa yang video berkenaan tidak beritahu:
Hakim mahkamah Indonesia hanya menyatakan bahawa polis Indonesia sekadar perlu membantu FBI sahaja dalam operasi gabungan kerana itu yang terkandung dalam surat dari atase FBI.
23. Arul beritahu:
"Pembangkang mengaburi mata rakyat"

Setelah melihat begitu banyak perkara-perkara yang tidak diberitahu oleh Arul Kanda, rakyat termasuk penyokong BN boleh menilai adakah benar CEO 1MDB tidak tahu, ataukah beliau yang sebenarnya hendak mengaburi mata rakyat?
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to ريمااوXI
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!