Profile picture
Zamir Mohyedin @zamirmohyedin
, 50 tweets, 5 min read Read on Twitter
ADAKAH MAKHLUK ASING BENAR-BENAR WUJUD?

Ini adalah thread!
Pada bulan September 2015, ahli astronomi telah mengkaji pancaran cahaya sebuah bintang bernama KIC 8462852.

Dibandingkan dengan saiz KIC dan planet-planet sekitarnya, bintang tersebut mempunyai saiz yang jauh lebih besar.
Justeru, jika terdapat sebarang planet yang melintasi di depannya, gangguan pancaran cahaya yang tiba ke teleskop saintis sepatutnya amatlah kecil.

Bahkan jika planet Jupiter melintasi matahari sekalipun, gangguan cahaya hanya berlaku pada kadar 1%.
Namun, saintis dapati gangguan cahaya yang berlaku pada KIC sangat tinggi iaitu sebanyak 22%. Perkara ini tidak pernah berlaku sebelum ini.
Perkara ini mendapat liputan meluas dalam kalangan media-media Barat kerana terdapat saintis yang berpendapat, kemerosotan melampau ini mungkin disebabkan suatu tamadun asing yang wujud di luar sistem solar kita.
Iya, pastinya terdapat alasan lain yang kurang sensasi dari alasan makhluk asing. Terdapat saintis yang menyanggah idea tersebut, sebaliknya ia disebabkan oleh lintasan komet di angkasa raya.
Namun, ia tidak dipersetujui oleh Bradley Schaefer daripada University of Louisana State. Setelah membentangkan data-data, beliau mendakwa penurunan tersebut bukannya perkara yang abru sahaja berlaku, sebaliknya telah berlarutan sejak 100 tahun yang lepas.
Menurut kiraannya, sebanyak 650,000 komet diperlukan pada waktu ini bagi menyebabkan penurunan sebanyak 22%.
Kajian berkenaan makhluk asing bukan perkara baru dalam tamadun manusia. Sejak tahun 1960 lagi seorang ahli astronomi bernama Frank Drake telah melakukan eksperimen pertama di Search for Extraterrestrial Intelligence bagi menjejaki makhluk asing yang mungkin wujud selain manusia.
Namun, sejak daripada tahun tersebut hinggalah kini, tidak ada sebarang penemuan yang berjaya di temui oleh saintis-saintis di SETI.
Usaha menjejaki makhluk asing kini bakal berubah apabila pada 2016, seorang jutawan Russia, Yuri Milner telah melabur sebanyak 100 juta USD bagi membiyai projek-projek memburu makhluk asing sekaligus menjadikan ia sebuah pelaburan terbesar pernah berlaku dalam sejarah manusia.
Projek tersebut bernama Breakthrough Listen dan akan dijalankan selama 10 tahun dan mendapat kerjasama daripada seorang ahli kosmologi terkenal bernama Stephen Hawking.
Projek ini akan menggunakan dua teleskop radio terbesar di bumi iaitu Green Bank Telescope di Amerika Syarikar dan Parkes Telescope di Australia.
Teleskop-teleskop ini akan menjadi 50 kali ganda lebih sensitif daripada sebelumnya dan bakal mengawasi berjuta-juta bintang dan 100 galaksi terdekat dari sistem suria.
Sebarang pergerakan pesawat-pesawat asing yang mungkin berterbangan di sekitar 1,000 bintang terdekat dari bumi pasti akan dikesan oleh teleskop-teleskop ini kelak.
Mengetahui betapa besarnya pelaburan yang di buat oleh Milner membuatkan kita sedar, betapa jauhnya manusia telah pergi bagi menjejaki kehidupan asing selain manusia di alam ini.
Ia bukan pelaburan yang sia-sia kerana saintis telah pun pastikan terdapat 2,000 buah planet di luar galaksi bima sakti yang mempunyai tamadun asing padanya.
Di dalam galaksi bima sakti sendiri, kemungkinan terdapat 60 bilion planet yang sesuai di duduki hidupan di mana mungkin terdapat hidupan asing di planet-planet tersebut.
Namun, sebuah pertanyaan perlu dijawab, jika manusia benar-benar menjumpai tamadun asing ini apakah langkah kita yang seterusnya? Persoalan ini perlu dilihat dari mula iaitu jika isyarat pertama berjaya dikesan. Apa perlu dibuat?
Jika isyarat pertama dikesan, pertama sekali menolak kemungkinan ia adalah isyarat daripada makhluk asing. Selepas itu, adakah isyarat tersebut boleh diulang? Jika isyarat tersebut hanya terima sekali sahaja, maka susah untuk justifikasi dengan sebarang hidupan makhluk asing.
Perkara ini mungkin boleh mengingatkan kita kepada signal “WOW!” yang diterima oleh saintis pada bulan Ogos tahun 1977. Pada tahun tersebut, saintis menerima ledakan gelombang radio yang berkekalan selama 72 saat.
Bahkan, isyarat tersebut sangat hampir dengan frekuensi yang dipercayai oleh penyelidik SETI akan digunakan oleh makhluk asing untuk berkomunikasi dengan manusia. a
Apabila ahli astronomi bernama Jerry Ehman menerima versi cetakan daripada isyarat tersebut di Ohio, beliau menulis di tepinya perkataan “WOW!” menggunakan pen merah.
Namun, selepas daripada peristiwa tersebut, tidak ada lagi sebarang isyarat baru yang serupa diterima oleh ahli-ahli saintis. Sekali sahaja isyarat yang diterima tidak boleh dijadikan alasan ia datang daripada makhluk luar.
Justeru, isyarat tersebut boleh didedahkan kepada saintis lain untuk dianalisis. Namun, jika isyarat tersebut berulang dan berkemungkinan besar dihantar oleh hidupan asing, maka menurut SETI, maklumat tersebut perlu segera di laporkan kepada Setiausaha Agung PBB.
Isyarat tersebut akan dilindungi dan sebarang respon balas daripada saintis adalah dilarang melainkan konsensus di peringkat antarabangsa telah dijalankan bagi membenarkan sebarang respon isyarat di buat semula bagi pihak bumi.
Perincian mengenai penemuan tersebut akan segera dihebahkan kepada media-media perdana dan individu yang menemui isyarat tersebut dikehendaki memaklumkan sendiri secara langsung kepada penduduk bumi.
Namun, sama ada manusia perlu memberikan respon atau tidak, ahli astronomi telah bercanggah pendapat mengenainya. Sebahagiannya bersetuju, manakala sebahagian yang lain mebantahnya.
Malah, Stephen Hawking sendiri merupakan antara ahli kosmologi yang menentang sebarang mesej dihantar ke mahluk asing jika manusia menerima isyarat mereka kelak.
Persoalan seterusnya ialah, jika isyarat diterima bagaimana manusia di bumi dapat membuat interpretasi kandungannya? Makhluk asing tidak bercakap menggunakan bahasa Inggeris atau mana-mana pun bahasa yang di gunakan oleh manusia di bumi!
Yep, memang betul tidak munasabah makhluk di luar bumi boleh berkomunikasi menggunakan bahasa manusia di bumi. Oleh itu, simbol matematik mungkin adalah alternatif yang boleh dipakai untuk melakukan komunikasi di antara makhluk angkasa raya.
Respon pertama perlulah mengandungi maklumat berkenaan Prime Number ataupun Fibonacci Consequence yang digunakan manusia di bumi.
Apabila kedua-dua pihak sudah faham akan bahasa perantaraan yang perlu di gunakan untuk berkomunikasi, iaitu matematik, maka manusia boleh menggunakan mesej yang lebih terperinci seperti kod binari untuk menghantar mesej yang lebih terperinci.
Lagi persoalan, apakah kandungan mesej yang perlu dihantar manusia kelak?
Kita mungkin boleh menggunakan aspirasi daripada percubaan yang lepas apabila pesawat Voyager di lancarkan pada tahun 1977, ia membawa juga bersamanya sebuah plat emas beukuran 12 inci yang mengandungi bunyi dan gambar daripada bumi.
Bunyi tersebut mengandungi bunyi-bunyi burung, bunyi gelombang dan kilat. Malah ia juga mengandungi susunan muzik yang pernah di karang oleh Beethoven, Bach dan Chuck Berry.
Manakala gambar pula mengandungi gambaran mengenai sistem solar, DNA dan bagaimana manusia membiak. Plat tersebut mengandungi juga peta yang menunjukkan kedudukan bumi yang berada di galaksi bima sakti.
Voyager 1 mungkin telah meninggalkan sistem solar, namun ia mungkin mengambil masa selama 40, 000 tahun lagi untuk tiba ke sistem solar yang lain.
Selain menghantar mesej, faktor lain yang perlu diambil kira adalah masa diambil untuk menghantar mesej tersebut. Walaupun mesej tersebut akan menggunakan gelombang radio yang bergerak dengan pecutan cahaya, ia tetap mengambil masa yang lama untuk bergerak melintasi alam semesta.
Masa yang diperlukan untuk tiba di sistem solar terdekat dengan bumi pun bakal mengambil masa selama 4 tahun. Manakala bintang KIC 8462852 yang menjadi igauan akan kewujudan makluk asing pula berada pada kedudukan 1,480 tahun perjalanan cahaya. erit
Sebarang mesej yang cuba di hantar ke bintang tersebut pada waktu sekarang akan memakan masa yang lama untuk sampai iaitu selama 3,000 tahun!

Seandainya manusia benar-benar menerima isyarat makhluk asing ini, maka apakah kesannya kepada manusia secara psikologi pula?
Adakah akan menimbulkan keresahan, kerisauan atau gangguan psikologi yang lain? Kerana segalanya boleh berlaku.
Boleh jadi makhluk asing ini merupakan spesis penjajah yang bersifat ganas dan zalim. Atau mungkin boleh jadi sebaliknya juga. Samada makhluk asing ini bersifat zalim ataupun berdiplomasi, tiada siapa pun yang tahu dan kedua-duanya mempunyai kebarangkalian yang seimbang.
Untuk mengetahui perkara ini, pada tahun 1999 sebuah bancian telah dilakukan oleh The Roper Organisation hasil kerjasama dengan National Institute for Discovery Science (NIDS).
Hasil kajian mereka mendapati sebanyak 32% responden menjawab, mereka bersedia menghadapinya dan 17% lagi menjawab memikirkan tempat mereka di alam ini.

Apabila soalan ditanya, “How you thought others would respond?”
Sebanyak 25% menjawab kebanyakan orang akan panik, terkejut. Mungkin kita boleh belajar sesuatu daripada sebuah peristiwa pada tahun 1938 dahulu, di mana Orson Welles telah membuat sebuah siaran radio bertajuk “War Of The Worlds” memaklumkan makhluk asing bakal menyerang bumi.
Siaran tersebut begitu realistik sehinggakan ramai orang benar-benar mempercayai makhluk asing benar-benar akan menyerang manusia. Laporan-laporan serangan histeria banyak dilaporkan pada waktu itu.
Apabila versi Sepanyol telah disiarkan di Ecuador pada tahun 1949, ramai orang menjadi gila dan memenuhi jalanan-jalanan sehingga menyebabkan 6 orang telah mati.
Apakah agaknya sifat tamadun asing ini? Adakah mereka bersifat aggresif seperti kaum saiya? Atau bersifat kawan seperti ET? Hasil daripada kajian yang dilakukan pada tahun 1997 mendapati, sebanyak 84% responden yakin, makhluk asing akan bersifat baik dan diplomasi.
Thread paling panjang aku pernah buat. Mesti orang malas dah baca. Aku pun malas dah nak taip. I am done.

Thread tamat.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Zamir Mohyedin
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!