, 49 tweets, 8 min read Read on Twitter
Memandangkan ramai orang sembang pasal women power women kerjaya x kahwin gitu, aku ingat nak tunggang sat, nak cerita pasal perempuan Melayu paling badass di muka bumi.

Memperkenalkan, Adruja Wijayamala Singha a.k.a Cik Siti Wan Kembang Pertama, Ratu Kelantan-Jembal.
Nama baginda ni panjang, tapi nama sebenar cuma Wijyamala sahaja. Adruja merujuk kepada raja besar dan singha merujuk kepada ‘singa’. Wijayamala ni pulak nama Sanskrit bagi bunga seroja. Jadi, dalam bahasa Melayu moden bermaksud ‘puteri Wijayamala sang singa.’
Dari sudut sejarah keluarga, baginda merupakan anak kepada Raja Sang Tawal yang merupakan keturunan Maharaja Srivijaya. Raja Tawal merupakan raja bagi empayar Malayur beribu kotakan Kota Grahi.
Adik beradik Adruja merangkumi Puteri Cendana yang berkahwin dengan Raja Samudera Pasai dan Puteri Lindungan Cahaya berkahwin dengan Sayyid Jamadil Kubro. Dari Puteri Lindungan Cahaya berkahwin dengan Sayyid ni lah datangnya Wali Songo dan keturunannya.
Kalau korang pergi Kampung Laut, Tumpat, Kelantan, korang akan jumpa masjid lama abad ke 16 ni yang sebijik macam Masjid Agung Demak, masjid Wali Songo. Katanya sebelum pergi ke Jawa, mereka singgah di Kelantan dahulu, kawasan saudara mereka.
Sekitar abad ke-14, empayar Malayur (pecahan empayar Langaksuka) yang meliputi kawasan dari Segenting Kra hingga Terengganu telah diserang oleh kerajaan Siam Sukhotai.
Adruja yang membesar pada zaman berperang telah diajar ilmu perang sejak kecil dan dikenali sebagai pahlawan handal yang mahir dalam menunggang kuda, memanah dan bermacam lagi senjata. In fact, Adruja ni dikenali sebagai ‘tomboy’ waktu zaman kecil.
Melalui pengalaman baginda semasa berperang bersama Raja Tawal, hati Adruja menjadi berang bila melihat keganasan Siam. Pada masa yang sama, tentera kerajaannya sudah runtuh semangat sebab selalu kalah.
Itu tak masuk lagi tindakan tentera Siam yang menjarah dan merogol kaum Hawa di kampung-kampung yang dijajahi mereka. Melihatkan keadaan ini, Adruja terfikir untuk wujudkan tentera perempuan untuk melawan Siam.
Mendengarkan hal ini, Raja Tawal menolak cadangan tersebut kerana baginda tak merasakan perempuan sesuai untuk terlibat berperang. Namun, baginda berubah pandangan kerana terkenang Adruja yang sentiasa berperang bersamanya.
Walau bagaimanapun, Raja Tawal tetap tak selesa dengan idea anak kesayangannya tu. Jadi, Raja Tawal cuba untuk mengahwinkan Adruja. Serta merta Adruja menolak dan berkata,
"Ayahanda mahu kahwinkan anakanda? Tidak! Sesiapa yang mahukan anakanda, sila bertarung senjata satu lawan satu. Jika menang, boleh". Sudah tentu la takde siapa nak, sebab semua tahu Adruja ni pahlawan handal.
Selepas itu, Adruja cuba untuk mencari kaum wanita yang mahu masuk pasukan khas Adruja. Datang pulak dugaan kedua. Kumpulan pertama, anak anak dara taknak masuk. Kumpulan kedua, janda muda yang kematian suami di perang pun menolak. Alasannya sebab perang ni bukan kerja wanita.
Serentak Adruja naik berang dan menengking,
Selepas itu, janda-janda muda mula terinspirasi dan bersetuju untuk menyertai pasukan srikandi Adruja. Nama pasukan tersebut ialah Seri Wijayamala. Adruja mula mendidik rekrut berkenaan tentang ilmu perang dan melengkapkap mereka dengan senjata, dari busur hinggalah ke kuda.
Selepas beberapa ketika, Adruja berjumpa dengan ayahandanya yang tengah bermesyuarat dengan panglima perang. Seraya daripada itu, Adruja menunjukkan pasukan tenteranya di luar tingkap dan berkata,
“Itulah pasukan khas patik. Hanya 41 orang. Kebanyakannya janda dan hamba abdi serta budak suruhan, untuk berperang bersama ayahanda kelak”.
Para panglima perang waktu tu perlekehkan Adruja. Ada yang tersengih dan ketawa. Tentera perempuan macam tu nak angkat tombak pun lembik, gitu. Adruja bengang, jadi baginda tarik seorang panglima dan menyuruh Puspa, pengikut Adruja untuk memanah panglima berkenaan.
Anak panah tersebut melekat beberapa jengkal sahaja dari target. Kemudian, Adruja berkata, “Jika itu belum memuaskan kalian, silalah tunggu di tingkap itu untuk perintahku yang kedua”. Selepas daripada insiden ini, para panglima terdiam.
Tak lama selepas itu, sebuah kampung di bawah pengaruh Malayur telah diserang Siam. Adruja menggerakkan pasukan khasnya, menggempur tentera Siam dan beroleh kemenangan. Bermula dari sini, nama Adruja mula terkenal.
Raja Siam Sukhotai waktu tu panas telinga dengar tentang Adruja. Dah la takde siapa selamt, kalah dengan tentera perempuan pulak tu. Jadi, baginda mengerahkan tenteranya untuk melanggar Malayur sekali lagi, dan kali ini baginda sendiri turun berperang.
Bala tentera Siam membawa pasukan tentera bergajah bersama mereka. Habis infrantri dan tentera berkuda Malayur habis hancur diserang tentera bergajah. Ada yang dirempuh, ada yang dibelit dan ada yang dirodok gading.
Skuad Sri Wijayamala waktu tu mencari-cari Raja Siam dan Puspa terlihat kelibat musuh abadi mereka bersama dengan pasukan bergajah. Adruja yang mendapat mesej berkenaan mula memecut kudanya terus ke arah Raja Siam.
Pasukan berkuda Sri Wijayamala melindungi Adruja dengan memanah tentera di sekeliling Raja Siam. Setelah tiada lagi tentera yang melindungi Raja Siam, tombak-tombak menghujani Raja Siam di atas arahan Adruja.
Adruja, dengan penuh rasa amuk dan marah terus merodok Raja Siam yang terjatuh dari gajahnya dengan pedang kelewang. Habis terburai isi perut Raja Siam. Adruja kemudiannya memancung kepala Raja Siam dan badannya dicampak ke laut. Adruja akhirnya berkata,
“Dengan tertebasnya kepala si celaka ini (Raja Siam), maka ku harap bangsa ini (Siam atau Thai) akan tersekat dan tidak melanda tanah bangsa Melayu seterusnya, agar kekallah bangsaku dan agamaku (Islam) zaman-berzaman.”
Pasukan Siam yang melihatkan raja mereka mangkat menjadi tergamam dan terus menyerah kalah. Selepas perang ini tamat, Raja Siam baru telah diangkat. Demi membalas dendam ke atas ayahandanya. Malayur sekali lagi dilanggar dan kali ini, Malayur kalah.
Kota Grahi telah dijajah dan keluarga diraja Malayur berundur ke selatan. Setelah mengasaskan kita pentadbiran baru,Raja Tawal menganugerahkan negeri Kisaran Payung demi menghargai jasa Adruja. Bermula dari sini, Adruja dikenali sebagai Cik Siti Wan Kembang. Ni gambaran waktu tu.
Tahukah anda, kisah Adruja ni juga tersemat dalam catatan Ibn Batutta? Semasa Ibn Batutta mengembara ke Tawalisi, beliau berlabuh di pelabuhan Kailukari (Kuala Krai). Ibn Batutta menceritakan bahawa beliau disambut oleh kerajaan yang dipimpin raja perempuan bernama Urduja.
Menurutnya, penduduk negeri tersebut merupaka penyembah berhala (Hindu-Buddha) tapi puteri Urduja ni fasih dalam bahasa Turki dan Arab dan tahu mengenai Islam.
Hal ini identitik dengan kerajaan Malayur yang baru menerima Islam dan mempunyai hubungan dengan empayar Yuan Mongol-China. Bahasa Turki sama keluarga dengan bahasa Mongol. Beliau juga menceritakan sejarah puteri berkenaan yang menewaskan raja musuhnya (perang Adruja-Siam
Walaupun baginda Adruja ni keras dan tegas, itu tidak membuang sifat keperempuanannya. Adruja amat menyukai wangian, terutamanya campuran kayu cendana dengan minyak bunga melur. Baginda juga merasa sepi kerana membujang walaupun sering menerima pinangan dari putera-putera raja.
Namun disebabkan syarat Adruja berkenaan tewaskannya dalam perlawanan, takde siapa yang berani buat. Oleh itu, Adruja meminta pembesarnya mencarikan putera raja yang sesuai buatnya.
Baginda kemudiannya jatuh hati kepada Raja Abdul Muda Jalil, anak Raja Samudera Pasai setelah melihat potretnya. Mereka sepatutnya berkahwin, namun akibat perang tercetus kembali, Adruja terpaksa melupakan hasratnya demi membela tanah air, bangsa dan agamanya dari dijajah musuh.
Maka, kekallah Adruja menjadi bujang hingga ke akhir hayat. Jadi, apa yang kita boleh belajar dari kisah srikandi agung ni?
Aku selalu dengar pasal perempuan ni kena lembut semua tu, dan ini membimbangkan aku. Trope gadis ideal macam Perempuan Melayu Terakhir, Yamato Nadeshiko (Jepun), English Rose (UK), Eshet Khayil (Yahudi) semua cerita pasal perempuan kena lembut,
tapi orang ramai selalu tahu pasal tu je. Padahal trope gadis ideal dalam semua bangsa juga menyebut mereka ni kuat. Kita ambil contoh Siti Khadijah. Beliau ni lembut, tapi businesswoman power. Boudecca ni cantik, tapi dia selamba badak je isytihar perang ke atas empayar Rom
-lepas anak dia kena bunuh.

Orang kita terlupa yang bahawa menjadi perempuan bagus bukan terletak pada kelembutan dan kecantikan, malah juga pada kekuatan. Dalam kelembutan ada kekerasan, Dalam kekerasan ada kelembutan. Wanita yang bagus ibarat sepohon pokok sakura.
Asalnya kecil dan lemah, tapi bila dah besar pohonnya menaungi pelbagai kehidupan.

So, bila ada orang kata perempuan kena duduk rumah semua tu, hiraukan. Teruskan belajar, atau buat duit, atau apa-apa yang boleh empower korang.
Tapi pada masa yang sama, kekal pada akar masing-masing. Kena pandai balance. Masakan pokok ribuan tahun mampu hidup kalau akarnya reput dan lemah?

Disebabkan itulah, aku lebih takutkan dan hormat perempuan yang power kalau nak banding lelaki yang power.
Aku boleh predict Trump menang, aku boleh predict pergerakan Arab Spring, tapi mampus nokharrom aku nak predict wanita macam Adruja. Wanita besi punya kepala otak ni lagi gila tau kalau nak banding lelaki besi tapi sekali depa lahir, bangsa tu akan untung 100 tahun.
Korang bawaklah satu team gabungan Bismarck, Alexander, Tun Perak, Gajah Mada, masih tak boleh kalahkan satu Khadijah, atau Dyah Gitarja, atau Tommyrod.
Rujukan:
P/S 1: Cik Siti Wan Kembang Kedua a.k.a Puteri Saadong. Bandingkan beza pemakaian mereka. Satu waktu Islam baru nak masuk, satu lagi lepas dah bertapak.

Gambar-gambar semua kredit pada Persatuan Pecinta Sejarah Kelantan.
P/S 2: Mungkin ramai yang akan pening bila kaji sejarah Cik Siti ni, ada kata dia memerintah abad ke 14, ada yang kata 16. Sekali bila aku buat crossmatch dari catatan ibn batutta dengan kajian tempatan, baru perasan cik siti ni ada 3 orang.
Yang first adruja yang lawan siam (abad 14, ibn batutta), yang kedua anak raja ahmad (yang ni abad 16), yang ketiga puteri saadong.

Dalam catatan Jose Rizal, dia tersalah tafsir catatan Ibn Batutta pasal adruja ni merujuk kepada puteri kawasan filipina.
Urduja of Tawalisi near Kaylukari. Benda ni ramai sejarawan dah discredit tapi karakter urduja ni tetap terkenal di sana. Jawa pulak kata Urduja ni Dyah Gitarja. Pun tak logik sebab Dyah tak join turun berperang dan dia ada suami, dan ibn Batutta cakap Urduja ni tak kahwin.
Jadi Urduja yang paling tepat ialah Adruja Cik Siti sebab:

-Nama Adruja lagi dekat dengan Urduja.
-Adruja tak berkahwin dan memang pahlawan perang handal.
-Dyah ni Hindu, Adruja pulak dah masuk Islam, dan Ibn Batutta sebut Urduja ni tahu pasal Islam dan boleh berbahasa Arab.
-Tawalisi ni tak wujud dekat filipina, tapi kalau kita tengok ayah adruja, namanya ialah Raja Tawal. Tawalisi mungkin bermaksud ‘tanah Tawal’ dan Kaylukari ni memang obvious merujuk kepada Kuala Krai.
-Ibn Batutta sebut Urduja ni pergi perang dan berjaya membunuh raja.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Ammar Akmal
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!