Keadaan persekitaran Shila amat menyeramkan.
Dia mula keliru, kenapa dia berjalan seorang diri di dalam hutan yang tebal itu.
Kedengaran suara haiwan yang dia tidak tahu mana asal usulnya.
Setiap langkah kakinya penuh dengan debaran.
Dia sedar ada sesuatu di atas pokok besar itu yang membuatkan banyak daun jatuh dari atas pokok.
Perlahan-lahan dia memandang ke atas pokok.
Shila terkejut dengan apa yang dia lihat.
Perempuan itu memegang seketul daging mentah yang penuh dengan darah, lalu dia makan daging mentah itu dengan rakus.
Darah yang jatuh itu ada yang masuk ke dalam mulut Shila yang sedang memandang ke arah perempuan itu.
Tanpa sengaja, Shila tertelan darah itu.
Dia cuba ingin menafikan apa yang dia rasa.
Tapi dia tidak dapat menipu dirinya.
Rasa darah itu sangat lazat.
Shila memandang ke arah suara itu.
kelihatan seorang nenek tua yang rambutnya putih berjalan memakai tongkat sedang menghampirinya.
"Apa yang masuk ke dalam tekak kau, sedap bukan?"
"Tak, aku tak suka rasanya, rasanya pelik."
"Kalau rasanya pelik, kenapa kau tersenyum selepas menelannya."
Nenek tua itu sudah berada di hadapannya.
"Kau suka darah manusia. itu lah diri kau."
"Siapa kau, kenapa aku ada kat sini?" Tanya Shila yang mula keliru.
"Kau insan yang terpilih, beranikan diri kau, aku telah memilih kau."
"Pilih aku, siapa kau?"
Shila terjaga dari tidur.
Rupanya apa yang dia lalui tadi itu mimpi.
Dia berada di dalam sebuah hotel.
Tidak terlintas lansung dalam dirinya untuk mengambil tahu tentang wanita itu.
Dia mempunyai kecantikan yang sangat luar biasa.
Kerana kecantikan yang dimilikinya, ramai lelaki yang tumpas di tangannya.
Pada suatu hari, ada satu berita yang menggemparkan negara.
Ada beberapa mayat yang dibunuh dalam keadaan kejam dijumpai di rumah Natifa Jurami.
Tapi hasil siasatan dan bukti sangat kukuh menunjukkan Pembunuhan itu memang dilakukan oleh Natifa Jurami.
Natifa Jurami dihukum gantung sampai mati.
Namanya hilang terbang sehingga lenyap tiada sisa.
Tapi video temubual terakhirnya sebelum dihukum gantung masih ada di internet.
Dia berjanji sekiranya dia dihukum bunuh, dia akan menghantui orang yang memerangkapnya.
Bulu romanya mula naik apabila membaca tentang Natifa.
Dia memejamkan matanya semula untuk tidur.
Dia bangun dari katil dengan segera ingin bersiap.
Selesai sahaja mandi, dia duduk dihadapan cermin ingin menyikat rambut.
Rambutnya seperti lebih panjang dari yang biasa.
Dia mula sedar, itu bukan rambutnya.
Ada orang dibelakangnya.
Tapi tiada apa-apa.
dia pandang kehadapan semula.
dia terkejut, ada perempuan yang mukanya sangat hodoh sedang tersenyum di dalam cermin.
Shila pengsan.
Dia ada di atas katil.
Jam menunjukkan pukul 6.30 pagi.
Dia lihat dirinya masih belum mandi.
"Tadi tu pun mimpi jugak ke?" Katanya di dalam hati
Dia mula risau ingin memandang ke arah cermin.
Tiba-tiba perasaan ingin tahu tentang Natifa Jurami mula membuak.
Dia mula mencari carian di internet lagi tentang Natifa Jurami.
Mungkin gangguannya ini ada kene mengena dengan Natifa Jurami.
Dia harus mencari punca.
Natifa Jurami mempunyai cermin sakti di dalam rumahnya.
Cermin sakti itu telah dijual kepada seorang lelaki cina bernama yo ah foo.
Menurut cerita, kecantikan Natifa Jurami itu ialah hasil dari kuasa dari cermin sakti itu.
Shila ialah seorang wanita yang berwajah biasa.
"Mulai harini kita putus?"
"Tapi kenapa?"
"Aku dah jumpa orang baru."
"Apa salah aku."
"Banyak salah, dia lagi cantik dari kau."
Dia ingin jadi cantik.
Dia ingin dihargai.
Dia ingin dicintai.
Seperti artis yang diurusnya, Ain Sofea.
Seorang perempuan yang sangat cantik, suaranya sangat merdu bak buluh perindu dan seorang yang baik hati.
Ain Sofea disayangi orang sekelilingnya.
Tapi Ain Sofea terlalu baik padanya membuatkan Shila tidak sampai hati ingin melepaskan rasa iri hati itu dari keluar dari perasaannya menjadi perbuatan.
Dia dapat rasa kan yang mimpi yang membelenggu tidur malamnya itu sebagai petanda yang dia ialah insan yang terpilih.
Dia mencari jawapan bagi segala persoalan tentang lokasi cermin sakti itu di internet.
Semakin lama, cariannya di internet berkaitan cermin sakti itu semakin dalam.
Yo Ah Foo ada membina sebuah hotel yang bernama hotel Galaxy.
Di dalam satu bilik di hotel tersebut sering berlaku gangguan.
Shila jamin di dalam bilik itu terdapat cermin sakti yang dia mahukan.
Dia terjaga dari tidur kerana ibu jari kakinya rasa sakit.
Pagi tadi, ibu jari kakinya luka kerana terjatuh.
Mulut makhluk itu penuh dengan darah.
Makhluk itu masih ada di kakinya.
Tiba-tiba muncul nenek tua yang mengaku dirinya Natifa Jurami dari arah pintu tepi katil.
"Lalalalalalala
darah yang enak,
setiap titisnya ingin dirasa,
kuku tajamku ingin menerkamnya, hingga mati hilang arah."
"Kau ialah insan yang terpilih!!!" Jerit nenek tua itu dengan matanya terbeliak berwarna merah.
Shila terjaga dari tidurnya, apa yang berlaku tadi rupanya mimpi.
Dia mula rasa lega.
Shila merancang untuk tinggal di hotel itu.
Dia tidak tahu cermin itu ada di dalam bilik yang mana, cuma maklumat yang dia tahu, bilik yang sering mendapat gangguan itu berada di tingkat 4.
"Shila, hotel apa yang awak booking ni, seram semacam je, kita cari hotel lain la ." Kata Ain Sofea pada Shila.
"Hotel ni dekat dengan tempat show tu cik Ain, jadi kita takyah lah rushing nanti."
"hmm." Ain Sofea menunjukkan rasa tidak puas hati.
Bilik Ana sofea di tingkat 3 manakala biliknya di tingkat 4.
Semasa di dalam lif menuju ke tingkat 3.
Shila mula rasa seram sejuk, bulu romanya mula naik.
Semasa berjalan di aras tingkat 4. Shila rasa makin seram.
Selepas itu dia berjalan seorang diri ke biliknya yang terletak di hujung sekali.
Dia mula baring di atas katil, dia lihat cermin yang ada di dalam bilik hotelnya.
"Cermin yang ni ke?" Tanya dirinya di dalam hati.
Kerana penat, Shila tertidur di atas katil.
Dia terkejut yang dia ada di dalam bilik lain di dalam hotel itu.
Pintu bilik itu diketuk-ketuk dengan sangat kuat seperti ingin roboh.
Shila cuba melihat siapa yang mengetuk dari lubang di pintu bilik.
Dia mahu menyorok di tandas, tapi pintu tandas kunci.
Semasa di dalam almari, dia dapat dengar dengan jelas pintu bilik itu jatuh dan musnah.
Badannya mula menggigil ketakutan.
"Lalalalalalala aku menyanyi lagu untuk orang mati,
darahnya enak sedap sekali,
ya dia ada di dalam almari."
Muka Shila mula merah padam.
Makhluk itu cuba membuka pintu almari itu tapi gagal.
Shila mula mahu menjerit tapi dia menekan mulutnya dengan tangan, risau keadaan menjadi semakin rumit.
Shila mula rasa lega.
Dia dapat dengar tapak kaki makhluk itu keluar dari bilik.
"Kenapa aku!!" Jerit makhluk itu dengan sangat kuat.
Rupanya itu mimpi.
Shila terkejut mulutnya penuh dengan darah.
Pintu biliknya diketuk.
Shila rasa berdebar untuk membuka pintu.
Dia melangkah perlahan-lahan ke pintu biliknya dan melihat ke lubang pintu.
Shila mula rasa lega.
Shila bergegas menukar baju dan membasuh mulutnya.
"Cik ni siapa, ada yang boleh saya bantu?" Tanya Shila.
"Saya inspektor Hadi, saya nak temubual cik secara rahsia." Kata lelaki itu memperkenalkan diri.
"Kenapa cik inspektor nak temubual saya?"
"Ada berlaku pembunuhan di salah satu bilik di tingkat 4 hotel ini."
Riak wajah Shila berubah.
Shila menggelengkan kepala.
"Saya terpaksa melakukan temubual secara rahsia supaya keadaan tidak menjadi huru-hara." Tambah Inspektor itu.
"Di tingkat 4 ini hanya ada 3 orang sahaja yang menyewa pada malam semalam termasuk mangsa. Seorang lagi saya akan menemu bualnya selepas ini, jadi suspek hanya ada dua orang." Jelas inspektor itu.
"Jangan risau, kalau cik tak bersalah, cik tak perlu takut.
lagi satu pembunuhan ini amat lah rumit."
"Rumit?"
Shila terkejut mendengar kenyataan itu, dia mula teringat yang dia bangun dalam keadaan mulutnya penuh darah.
Selepas mendapatkan maklumat Shila, Inspektor itu meminta diri untuk beredar.
"Aku ke yang buat semua tu?" Tanya dirinya sambil memandang wajahnya di cermin.
Petang itu dia menghantar Ain Sofea ke bandar untuk mengadakan persembahan nyanyian.
"Saya rasa macam hotel tu berhantu la, boleh tak kita pindah hotel lain?" Pinta Ain Sofea.
"Hantu apa?"
"Semalam masa saya nak tidur, saya macam dengar ada bunyi orang cakar-cakar kat pintu bilik."
"Perasaan cik Ain je tu kot."
Ain Sofea hanya mendiamkan diri dengan wajahnya tampak jelas kerisauan.
Hanya tinggal 3 malam lagi untuk Shila mencari cermin sakti itu.
mereka berdua masuk ke bilik masing-masing.
Shila mula terfikir tentang suspek yang lagi satu.
Dia mengetuk setiap pintu bilik di tingkat 4 untuk mencari suspek yang lagi satu.
Apabila Shila melihat wajah lelaki itu.
"Rudin."
"Macammana kau tahu nama aku?" Tanya lelaki itu.
Rudin menjemput Shila masuk ke biliknya.
"Kenapa kau tahu banyak tentang Natifa Jurami?"
"Aku peminat dia." Jelas Shila.
Riak wajah Shila mula berubah.
"Mimpi apa?" Shila berpura-pura tidak tahu.
"Jadi apa tujuan kau?"
"Aku tahu apa yang kau nak cari, lebih baik kau tinggalkan tempat ni." Nasihat Rudin pada Shila.
Shila tidak mempedulikan nasihat Rudin berlalu keluar lalu pergi ke biliknya.
Kenapa Rudin ada di hotel tu juga dan tinggal di tingkat 4?
Kenapa dia juga mimpi Natifa Jurami?
Selesai sahaja mandi, Shila baring di atas katil. Dia tertidur sambil dalam fikirannya masih memikirkan tentang kehadiran Rudin.
Apabila matanya dibuka, dia lihat tingkap biliknya tidak ditutup.
Dia terkejut kerana kelihatan ada tali tebal berwarna merah dari luar tingkap sampai ke atas katilnya.
Semakin lama, tarikannya semakin perlahan kerana tali itu semakin berat.
Shila menjerit ketakutan, rupanya yang dia tarik bukan tali berwarna merah, tapi lidah manusia.
Kelihatan kepala Rudin yang sudah terputus muncul di tingkap bilik.
Hari sudah pagi,
sama seperti semalam, mulutnya penuh dengan darah.
Dia berlari pergi ke tandas lalu mencuci mulutnya.
Apabila dia membuka pintu, kelihatan Inspektor Hadi.
"Izinkan saya masuk sebentar."
Shila membenarkannya masuk.
"Ada apa ni encik?"
Mayatnya juga dijumpai seperti baru lepas dimakan." Jelas Inspektor Hadi.
"Jadi Encik nak tahan saya?"
Kami risau lepas ini, cik Shila pula akan menjadi mangsa." Jelas Inspektor Hadi lagi.
Inspektor Hadi berjalan keluar dari bilik Shila.
"Aku kena cari cermin sakti itu malam ni juga walau apa pun caranya." Kata Shila di dalam hati dengan tegas.
Mereka berdua balik ke hotel.
Shila secara senyap mencuri semua kunci hotel di tingkat 4 di reception hotel semasa penjaga reception hotel pergi ke tandas.
Ada satu bilik yang menimbulkan keraguan dalam diri Shila.
Ada bau aneh dari luar bilik itu, Shila mula rasa berdebar ingin membuka pintu bilik itu.
Shila membuka lampu, dia menjerit ketakutan.
2 mayat manusia tergantung di dalam bilik itu.
Shila berjalan melihat persekitaran dalam bilik itu.
Kelihatan banyak bahan bacaan tentang Natifa Jurami.
Apabila Shila pandang ke belakang, orang itu ialah Inspektor Hadi.
"Kau yang bunuh diorang berdua?" Kata Shila.
"Mayat ni ada dalam bilik kau, kenapa aku pulak yang bunuh?"
aku suruh kau keluar dari hotel ni, tapi tak sangka kau tak keluar, maksudnya kau lah yang telah bunuh mereka, aku kena hapuskan kau." Jelas Hadi dengan tegas.
"Jangan menipu lagi, aku tahu kau mimpi benda yang sama, kau dah makan diorang."
Shila terkejut.
Hadi menghalakan pistolnya pada Shila.
Pasu bunga itu terkena kepala Hadi.
Hadi pengsan dan kepalanya berdarah.
Dia mula rasa menyesal datang ke situ.
Perasaannya mula tidak tenteram.
Dia keliru apa yang patut dia buat.
Shila pengsan.
Apabila dia sedar, dia berada di sebuah lokasi yang amat menyeramkan.
Perempuan itu mula sedar yang Shila sudah terjaga dari pengsan, dia bangun dan menunjukkan wajahnya pada Shila
Perempuan itu ialah Ain Sofea.
Dia disukai ramai orang tapi dia menyimpan rahsia yang paling dalam.
Dia ialah seorang dukun, dia cantik kerana sihir yang dipelajarinya.
Caranya ialah setiap 20 tahun, dia harus makan 4 orang manusia.
Dengan itu, rohnya akan kekal abadi tapi badannya akan luput.
Percubaan pertamanya untuk makan manusia pada 20 tahun lepas, terbongkar.
Dia telah menggunakan ilmu sihirnya untuk menukar roh.
Rohnya di masukkan ke dalam badan anak jirannya.
Manakala roh anak jirannya di masukkan ke dalam badannya.
Anak jirannya itu bernama Ain Sofea.
Jadi selama ini, Ain Sofea ialah Natifa Jurami.
Jadi dia telah memerangkap beberapa orang dengan memasuki mimpi-mimpi mereka dengan mengatakan mereka ialah insan yang terpilih.
Terpilih untuk dimakan oleh Natifa Jurami.
Kecantikannya ialah kerana susuk yang dipakainya, tiada kena mengena dengan cermin sakti.
Dia mengarah Yoo Ah Foo untuk mengosongkan semua bilik di tingkat 4 untuk tujuan aktiviti sihirnya bagi setiap 20 tahun.
Tiada siapa yang menyedari kerjasama antara mereka berdua.
Mulut dan badannya penuh dengan darah.
Ain Sofea bangun memegang kapak dan berjalan menghampiri Shila.
"Kenapa?"
"Sebab aku nak orang yang terakhir aku makan rasa apa yang aku makan selama ni hehe." Kata Ain Sofea lalu menghayunkan kapak ke kepala Shila.
Rohnya kini masih kekal abadi.
Sambil memakan daging Shila, dia sedang berfikir strateginya untuk 20 tahun kemudian.
Tamat
Hanya yang pernah membaca semua thread aku dalam Horror Universe sahaja boleh membaca trivia ini.
Trivia 👇👇👇👇 Trivia
Dani berjalan masuk ke dalam Hotel Galaxy.
Di reception hotel.
"Boleh saya duduk di dalam bilik tingkat 4?" Tanya Dani.
"Maaf bilik tingkat 4 semua dah penuh."
"ZASS!!" "ZASS!!" "ZASS!!" Leher penjaga reception hotel itu dicantas. Kepalanya jatuh ke lantai.
Dani membersihkan darah yang ada di mata pedangnya dengan lengannya.
Dia campak kepala itu di dinding .
Dia berjalan masuk ke dalam lif untuk ke tingkat 4.
Dani berjalan keluar dari lif sambil menepuk tangan.
"Wow kau dah sedar kedatangan aku." Kata Dani sambil tersenyum sinis.
Dani ketawa terbahak-bahak.
Dia berlari dengan pantas menghalakan pedangnya ke arah Ain Sofea untuk menyerangnya.
Keluar pendiding mantera berwarna merah berbentuk segi empat menghalang laluan Dani untuk menyerangnya.
Mata Dani bertukar warna menjadi warna merah.
Pedang yang dipegangnya mengeluarkan elektrik berwarna merah.
"ZASS!!" "ZASS!!" "ZASS!!" Libasan pedang Dani memusnahkan pendinding mantera milik Ain Sofea.
Tapi tiada darah yang keluar.
Ain Sofea ketawa. "Hahahaha aku dah kekal abadi, aku takkan mati. aku kebal."
Tapi Dani hanya tersenyum.
Senyuman yang penuh dengan makna.
Ain Sofea mula merasakan badannya semakin lemah.
Ain Sofea mula menjerit kesakitan.
Ada aura kuasa seperti disedut masuk ke dalam pedang milik Dani.
Pedang Dani memiliki kuasa untuk menyedut kuasa sihir.
Dia mula merayu pada Dani.
"ZASS!!" Tanpa belas kasihan, kepala Ain Sofea dipenggalnya.
"Masih tak cukup lagi, aku kena dapatkan banyak lagi." Kata Dani lalu berjalan pergi.
Tamat Trivia.
ada yang perasan dan ada yang tak perasan.
Sorry tengah mengantuk masa menulis.
orang yang sama tu, pandai-pandai la. hahahaha