, 57 tweets, 9 min read
Bunian suku kaum yang tersembunyi.

Meh rt guys, jangan biarkan korang je yang rasa seram layan cerita ni.

ini adalah thread.
Aku akan start 11.30 malam ni, jadi korang boleh layan thread aku yang lain kat sini.

Tolong Rt ye, mungkin dalam rezeki saya, ada rezeki anda semua.

Setakat ni semua yang dah baca buku Hikayat bagi review yang sangat positif.

Jualan online sahaja, masih tiada di kedai buku.

Jadi kalau ada yang masih berminat
boleh tekan link ni wasap.my/601114476212/n…
Ataupun korang boleh ws +601114476212

Selagi masih ada stok.

Stok limited.
Lutfi yang berumur 6 tahun dipanggil oleh seorang wanita di dapur untuk makan.

"Lutfi, makan banyak-banyak, biar cepat besar." Kata wanita itu.

Lutfi makan dengan penuh selera.

Wanita itu bangun dan masuk ke dalam biliknya.
Selesai makan, dia bangun berjalan di persekitaran rumah itu.

Sebuah rumah papan yang agak usang.

Dia cuba mengendap di balik pintu di sebuah bilik, wanita itu sedang menari.
Wanita itu menari mengikut rentak lagu.

Tarian wanita itu agak pelik dan menyeramkan.

Lutfi berjalan perlahan-lahan hendak keluar dari rumah itu.
Belum sempat keluar dari pintu utama rumah.

Bahunya di sentuh.

Langkahnya terhenti.

"Lutfi, nak pergi mana?" Suara wanita itu seperti membisik yang agak menyeramkan.
Lutfi menoleh ke belakang, dia menjerit ketakutan.

Wajah wanita itu bertukar menjadi sangat hodoh.

Wanita itu tersenyum.

"Aku lapar." Kata wanita itu.
Lutfi terjaga dari tidur.

Semua yang berlaku tadi hanya mimpi.

Dia lihat isterinya sedang tidur di sebelahnya.

Jam menunjukkan pukul 4 pagi.
"Abang, mimpi ngeri lagi ke?" Soal isterinya yang juga terjaga dari tidur.

"Aah, mimpi yang sama. takpelah, tidur balik." Kata Lutfi tidak mahu memanjangkan cerita.

Pagi itu, Semasa Lutfi bersiap hendak pergi ke pejabat. Dia terperasan ada lebam di tangannya.
Isterinya muncul.
"Bang, saya dah siapkan sarapan, abang makan lah. Saya nak hantar anak-anak pergi sekolah."

"Baik hati-hati" Kata lutfi sedang mengemaskan tienya.
Lutfi seorang yang bekerjaya. Dalam usia yang muda, dia sudah mempunyai syarikatnya sendiri dan mempunyai keluarga yang bahagia.

Tapi dalam hidupnya, dia sering diganggu mimpi buruk yang banyak menimbulkan tanda tanya.
Di dalam mimpi itu, dia masih kecil.

Di dalam sebuah kampung, dia tinggal di dalam sebuah rumah papan.

Dia dapat rasa kan seperti dia berasal dari kampung itu.

Lokasinya tidak diketahui.
"Aku rasa kau kena jumpa pakar psikiatri la, hampir setiap malam, kau mimpi benda sama." Kata Nan, rakan sekerja Lutfi.
"Kalau aku jumpa pakar psikiatri, mesti dia cakap mimpi tu mainan tidur la." Kata lutfi sambil meneguk air di dalam botol air mineral di tangannya.

"Kau pernah pergi ke kampung tu?"
"Tak pernah, tapi tak tahu kenapa, aku rasa macam aku nak pergi sana dan firasat aku rasa macam aku pernah tinggal kat situ." Jelas Lutfi.

"Fi, cuba kau tanya ayah kau, aku rasa mesti dia tahu kalau mungkin kau pernah pergi ke kampung tu masa kau kecil." Cadangan Nan.
Balik sahaja dari kerja, Lutfi memandu kereta ke rumah ayahnya.

Maknya meninggal dunia, semasa dia berumur satu tahun.

"Eh Lutfi, kenapa kau tiba-tiba datang sini, ada apa-apa ke?" Soal ayahnya yang sedang membaca surat khabar.
Lutfi memberitahu ayahnya tentang mimpi buruk yang dialaminya.

Riak muka ayahnya menjadi pucat.

"Lutfi, ayah pesan kau jangan ikutkan perasaan. Jangan ikut apa yang ada dalam mimpi tu." Kata ayahnya dengan nada ketakutan.

"Kenapa ayah?"
"Apa yang kau mimpi tu kampung bunian."
Lutfi terkejut.
"Kampung bunian! Kenapa lutfi mimpi kampung tu?"

"Dulu masa kau berumur 5 tahun, kau pernah hilang masa kita sekeluarga berkelah. Selepas sebulan baru kau ditemui. Kau hilang ingatan dan kami syak kau disembunyikan bunian."
"Kenapa Lutfi mimpi kampung tu setiap malam?"

"Mungkin mereka cuba ingin memperdayakan kau, supaya kau kembali ke alam bunian." Jelas ayahnya.

Lutfi mula paham dan pulang ke rumahnya.
Semasa di dalam rumah, dia lihat di surat khabar ada iklan trip pendakian di gunung Jelutung.

Apabila membaca nama gunung itu, hatinya mula merasakan yang kampung itu ada di kawasan gunung itu.

Tapi dia teringat pesanan ayahnya.

"Ah lupakan lah."
Seminggu berlalu, hampir setiap malam Lutfi masih mimpi buruk.

"Aku dah tak tahan, aku kena pergi ke gunung itu juga." Kata Lutfi merungut di dalam hati.

Dia mendaftar untuk menyertai ekspedisi pendakian gunung Jelutung pada minggu hadapan.
Hari pendakian tiba.

"Abang, janganlah pergi, saya risau la."

"Abang janji, lepas semua ni selesai, abang akan balik." Kata Lutfi memegang tangan isterinya.
Ekspedisi pendakian gunung Jelutung bermula.

Semuanya berjalan dengan lancar.

Seramai 20 orang menyertai ekspedisi itu.
Setelah beberapa jam mendaki,
mereka berkhemah di sebuah kem.

Mereka berkhemah dalam open tent yang hanya ada bumbung tapi tiada pintu dan dinding.

Kalau baring, memang akan nampak jelas persekitaran luar.
Jam menunjukkan pukul 1 pagi.
Lutfi terjaga dari tidurnya kerana terdengar bunyi siulan.

"Siapa yang bersiul, malam-malam dalam hutan tebal ni?" Soal Lutfi di dalam hati.

Lutfi menoleh di persekitaran di sebelah kiri.
Lutfi terkejut, ada seorang lelaki tua berserban putih dan berjubah putih tengah tersenyum ke arahnya.

Lelaki tua itu mula berpaling dan berjalan perlahan-lahan masuk ke dalam hutan yang tebal.
Lutfi mula teringat tujuannya datang ke gunung itu.

Mungkin lelaki tua itu ada jawapan yang dia cari selama ini.

Dia mula bangun dan berjalan ke arah tempat lelaki tua itu berjalan tadi.
Lutfi lihat lelaki tua itu berjalan di hadapannya.

Dia mula berlari untuk mendapatkan lelaki tua itu.

Tapi dia masih tidak dapat mendekati lelaki tua itu, sedangkan lelaki tua itu hanya berjalan.
Tiba-tiba langkahnya terhenti kerana terdengar suara memangilnya dari arah belakang.

Lutfi menoleh ke belakang.

Kelihatan seorang nenek tua berambut putih, memakai tongkat dan memakai baju hitam sedang tersenyum ke arahnya.
Dalam keadaan gelap gelita,

"Nenek nak apa?"

"Nenek sesat, boleh kamu pimpin tangan nenek, nenek takut hilang arah."
Lutfi mula rasa seram, dia tidak berani tapi dia juga tidak sanggup meninggalkan nenek tua itu berjalan seorang diri di dalam hutan yang tebal.

Tanpa berfikir panjang, dia memimpin tangan nenek tua itu.

Mereka berjalan perlahan-lahan ke arah hadapan.
"Apa nenek buat kat dalam hutan ni malam-malam?"

"Nenek cari suami nenek." Jelas nenek tua itu.

Lutfi mula teringat tentang lelaki tua tadi. Mungkin itu ialah suaminya.
"Saya ada nampak lelaki tua berjubah putih tadi, itu ke suami nenek?" Soal Lutfi ingin tahu.

"Hehehe." Nenek itu tidak menjawab tapi ketawa dengan nada yang menyeramkan.
Lutfi mula rasa seram dan bulu romanya mula naik apabila dia sedar tangan nenek tua itu sangat sejuk seperti mayat.
"Sampai dah rumah nenek." Kata nenek tua itu.

Dalam keadaan gelap, Lutfi mula pelik.

"Mana ada rumah kat sini?" Soal Lutfi.
"Hehe, yang kau pijak tu."

Lutfi pandang ke bawah, dia sedang berdiri di atas kubur.

Sambil tangan masih memimpin tangan nenek tua itu, Lutfi melihat persekitarannya.

Dia berada di tanah perkuburan.
Dengan perlahan, dia memandang ke arah nenek tua itu.

Wajahnya sudah bertukar menjadi sangat hodoh.

Dalam keadaan ketakutan, dia melepaskan tangan nenek tua itu dan mula berlari.
Semasa berlari, Lutfi dapat dengar suara nenek tua itu ketawa.

Akhirnya dia terjatuh kerana terlanggar tunggul kayu.

Jatuh sahaja, kedengaran suara seorang perempuan menangis.
Tiba-tiba suara itu mula menyanyi sambil menangis dengan nada yang agak menyeramkan.

Lagu yang dinyanyikan perempuan itu seperti pernah didengari oleh Lutfi.

Dia cuba menghayati lirik lagu itu.
"Ulek mayang ku ulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Ulek mayang diulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya dua"
Bulu roma Lutfi mula naik, dia pandang ke arah belakang.

Perempuan itu rupanya ada di belakangnya.

Memakai baju kebaya merah dengan wajah yang sangat menakutkan sedang menari sambil menyanyi dengan kukunya yang tajam.
Lutfi hanya tergamam melihat tarian dan nyanyiannya.

Tiba-tiba perempuan itu berhenti menari dan menyanyi.

Kepalanya berpaling memandang ke arah Lutfi.

Apabila perempuan itu sedar yang lutfi melihatnya, dia tersenyum.
Perempuan itu lalu berlari laju ke arah Lutfi.

Lutfi terkejut dengan pantas mula bangun dan berlari.

Dari arah belakang, Lutfi dapat dengar suara perempuan itu.

"Nak lari mana tu?!!!!!!"
Dari jauh, Lutfi dapat lihat lelaki tua itu sedang berjalan di hadapannya.

Sama seperti tadi, Lutfi masih tidak dapat mendekati lelaki tua itu.

Tapi dia tidak putus asa, dia masih berlari.
Lutfi dapat rasa kan yang lelaki tua itu mungkin jawapan bagi persoalan yang timbul di balik mimpi buruk yang dilaluinya selama ini.
Semakin lama berlari, Lutfi dapat rasa kan yang dia seperti dikejar dari arah belakang.

Bukan seorang tapi ramai. Dia tidak berani menoleh ke belakang.
Lelaki tua di hadapannya itu berjalan masuk ke dalam sebuah gua yang ada cahaya yang sangat terang di dalam gua itu.

Lutfi tanpa berfikir panjang mengikuti langkah lelaki tua itu untuk masuk ke dalam gua itu.
Selepas Lutfi masuk ke dalam gua itu, dia terkejut yang tiada di dalam gua.

Tapi dia berada di sebuah kampung, kampung yang selalu muncul di dalam mimpinya.

Dia mula berjalan perlahan-lahan ke hadapan.
Akhirnya dia jumpa rumah yang selalu dia mimpi.

Dia menolak pintu utama rumah itu.

Kelihatan seorang wanita yang terkejut melihat dirinya.

Mata wanita itu mula berair. Dia berlari memeluk Lutfi.
"Mana Lutfi hilang selama ni?" Kata wanita itu.

Lutfi dapat lihat ada cermin di dalam rumah itu.

Dia masih seorang budak yang berumur 6 tahun.
Sebenarnya selama ini, Lutfi sesat di alam bunian.

Di alam bunian, dia diberi kejayaan dan keluarga yang bahagia sehingga dia lupa akan dunia yang sebenar.

Tubuh badannya mempunyai kesan lebam kerana darahnya sering di ambil.
Alam bunian memerlukan darah manusia untuk mengekalkan eko sistem mereka.

Oleh sebab itu, mereka akan memerangkap manusia untuk terus tinggal di alam bunian.
Mimpi buruk yang Lutfi selalu dapat semasa di alam bunian ialah berkat dari usaha doa ibu bapanya.

Supaya Lutfi dapat petunjuk tentang dunianya yang sebenar.
Lelaki tua berbaju putih itu ialah petunjuk bagi manusia yang tersesat di alam bunian untuk pulang ke dunia sebenar.

Manakala nenek tua dan perempuan berbaju merah itu ialah penghalang supaya manusia terus sesat.
Bertahun di sana tapi hanya sebentar sahaja masa di dunia sebenar,

Lutfi baru hilang selama 3 bulan tapi di alam bunian dia sudah hidup selama 21 tahun.

Tamat
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with ハキム

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!