, 130 tweets, 18 min read
Perigi Misteri.

Pada waktu malam ada makhluk yang menjenguk dari dalam perigi. Perlahan-lahan dia akan merangkak keluar.

Rt guys, jangan biarkan korang sorang je yang rasa seram dengan cerita ini.

Adaptasi dari kisah benar.

Ini adalah thread.
Aku akan start 11.30 malam ni, jadi korang boleh layan thread aku yang lain dulu kat sini.
Tolong Rt walaupun tak nak beli sebab mungkin dalam rezeki saya,akan ada rezeki anda semua jugak.

PROMOSI Deepavali.
Converse Rm50 sahaja(stok terhad)
Free postage😱
ready stock🏂
kualiti tip top😎

nak order,cepat tekan link ni wasap.my/601126179748

or ws je +601126179748
Fahmi seorang pegawai psikiatri.
Dia sedang menyusun fail yang ada di pejabatnya.

Kelihatan masuk seorang perempuan di dalam pejabatnya.
"Fahmi, kau boleh tolong aku tak?"
Fahmi memandang ke arah perempuan itu.

Orang itu ialah Ina, kawan baiknya.

"Eh Ina, kau nak aku tolong apa?"

Wajah Ina seperti dalam keresahan.
"Anak saudara aku, Syahir. Dia cakap dia boleh nampak hantu."
Fahmi mula ketawa.
"Hahahaha, mana ada hantu dalam dunia ni, manusia perangai hantu ramai la."

"Sebabtu aku nak minta tolong kau, sebab kau tak percaya hantu, tolong bantu anak saudara aku supaya dia boleh hidup normal macam orang lain." Jelas Ina memberi cadangan.
"Boleh je aku tolong, tapi nanti kau jangan lupa belanja aku, Hahaha." Kata Fahmi inginkan habuan.

"Ah tu kau jangan risau la, aku letak alamat atas meja kau tau." Kata Ina mula menulis alamat di atas kertas.

"Bereh." Kata Fahmi sambung menyusun fail.
Jam menunjukkan pukul 5 petang.
Fahmi melihat jadualnya di dalam telefon bimbitnya.

"Aduh jadual aku pack esok, bila aku nak pergi rumah anak saudara Ina ni."

Fahmi memegang alamat yang ditulis Ina.

"Dekat je ni, aku pergi sekarang je la."
Fahmi masuk di dalam kenderaannya dan memulakan perjalanan ke Rumah anak saudara Ina.

Perjalanannya itu amat meragukan dirinya kerana harus melalui hutan yang tebal sebelum menjumpai destinasinya.

Akhirnya dia sampai di sebuah rumah banglo.
Fahmi melihat kertas yang tertulis alamat.

"Betul dah alamat ni." Kata Fahmi di dalam hati lalu keluar dari kereta menghampiri pintu rumah banglo itu.

Dia menekan loceng menunggu untuk disambut sebagai tetamu.
Pintu dibuka. Muncul seorang nenek tua.
"Cari siapa ye?"

"Saya pegawai psikiatri, saya datang nak cari Syahir." Fahmi memperkenalkan dirinya.

"Oh sila kan masuk." Nenek itu mempelawa masuk.
Nenek itu berjalan di hadapan Fahmi, rambutnya kusut masai, berjalan menggunakan tongkat.

Fahmi duduk di ruang tamu.

"Oi!! Kau siapa??!" Tengking seseorang.
Fahmi memandang ke arah suara itu.

Kelihatan seorang lelaki sedang berjalan ke arahnya.

"Saya Fahmi, pegawai psikiatri. Saya datang nak jumpa Syahir."
"Habis tu kau masuk macamtu je rumah aku!!" Tengking lelaki itu lagi.

"Eh mana ada saya masuk macamtu je, saya dipelawa masuk oleh seorang nenek tadi."
"Nenek apa, nenek kebayan! Mana ada orang tua tinggal dalam rumah ni." Jelas lelaki itu membuatkan Fahmi terkejut.

Seorang perempuan datang menenangkan lelaki itu.

"Abang, jangan marah dia, Ina ada call saya, dia beritahu ada pegawai psikiatri datang nak jumpa dengan Syahir."
"Nama aku Karim, kenapa kau nak jumpa anak aku, kau ingat dia gila ke?" Soal Karim.

"Bukan macamtu Encik, saya hanya ingin melihat keadaannya sahaja."

Isteri Karim membawa Fahmi ke bilik Syahir.

"Nama saya Puan Hamidah, ini bilik Syahir, masuklah."

"Terima kasih Puan."
Fahmi membuka pintu Bilik Syahir.

Kelihatan Syahir sedang berbual dengan seseorang.

Tapi hanya dia yang ada di dalam bilik itu.

"Syahir buat apa tu?" Tegur Fahmi.
Syahir terkejut melihat Fahmi.
"Saya tengah borak dengan kawan saya."

Fahmi melihat sekelilingnya.
"Mana kawan?"

"Tadi dia ada, abang masuk je, dia lari masuk bawah katil."
Fahmi melihat di bawah katil, tapi tiada apa-apa. Dia menggelengkan kepalanya.

"Boleh abang nak borak sikit dengan Syahir?"

"Boleh je abang Fahmi."

Fahmi terkejut.
"Mana Syahir tahu nama abang?"
"Kawan saya yang bagitahu, dia ada belakang abang sekarang."

Riak wajah Fahmi mula berubah.
Dia cuba berpaling ke belakang, tapi tiada apa-apa.

"Abang dapat tahu yang Syahir boleh nampak hantu?" Soal Fahmi.

"Mereka bukan hantu, mereka kawan saya." Jelas Syahir.
"Bila pertama kali, Syahir nampak kawan-kawan Syahir?" Soal Fahmi.

"Saya pernah terjatuh dalam perigi belakang rumah, sejak itu saya ada kawan baru." Kata Syahir sambil tersenyum.

"Syahir pasti ke tu manusia atau itu hanya ilusi?"

"Abang nak cakap Syahir ni gila ke?"
"Bukan macamtu, abang tanya sebab abang nak tahu situasi Syahir yang sebenar. Berapa banyak kawan yang Syahir ada?" Soal Fahmi lagi.

"Ada tiga."

"Diorang ada kat mana?"
"Satu perempuan ada kat dalam perigi belakang rumah tu, satu perempuan lagi kat ruang tamu tergantung atas kipas, satu lagi nenek tua tengah tersenyum kat belakang abang."
Fahmi terkejut, bulu romanya mula naik. Dia mula teringat yang tadi dia dipelawa oleh seorang nenek tua.

Fahmi melihat jam tangannya sudah menunjukkan pukul 6.45 petang.
"Abang balik dulu la, dah lambat ni." Kata Fahmi meminta izin pulang.

Sampai sahaja di dalam kereta, dia cuba menghidupkan keretanya tapi tidak berjaya.

"Aduh meragam pulak kereta ni."

Fahmi keluar dari kereta.
"Ada apa masalah tu?" Tanya Puan Hamidah yang sedang berdiri di hadapan pintu rumah.

"Tak tahu lah Puan, kereta ni rosak pulak."

"Hari dah nak gelap, jalan keluar dari sini jauh lagi, tinggal lah dulu satu malam kat sini, boleh tengok-tengokkan Syahir."
"Baik, terima kasih Puan." Kata Fahmi bersetuju.

Fahmi berjalan menuju masuk ke dalam rumah.

Matanya sempat memandang ke dalam tingkat atas rumah itu.

Ada seorang nenek tua sedang tersenyum ke arahnya di tingkap.
Fahmi terkejut tapi dia tiada pilihan.

Dia masuk ke dalam rumah banglo itu dan Puan Hamidah menunjukkan biliknya.

Pada Jam 9 malam, Fahmi datang semula ke bilik Syahir.

Mereka berbual.

Soalan terakhir dari Fahmi.
"Dekat mana Syahir selalu nampak kawan Syahir dalam bilik ni?"

"Dia ada di mana-mana, almari, kiri dan kanan abang tapi jangan tengok atas."

"Kenapa?"

"Sebab dia tidak mahu dilihat, hehe." Kata Syahir sambil tersenyum.
Fahmi menghentikan sesi temubualnya dan mengarahkan Syahir untuk tidur.

"Syahir kena tidur awal, baik untuk otak." Nasihat Fahmi.
Syahir mula berkeras tidak mahu tidur. "Asal nak paksa saya tidur, budak perempuan tu tak nak suruh dia tidur pulak." Kata Fahmi sambil menuding jari ke arah satu sudut di dalam bilik itu.
Fahmi melihat ke arah tudingan jari Syahir itu tapi tiada apa-apa.

Fahmi menggelengkan kepala, lalu menutup lampu di bilik Syahir dan berjalan masuk ke biliknya.

Bilik Fahmi di tingkat atas, Fahmi mengeluarkan fail dari begnya.
Dia mula membuat kerjanya di atas meja berhadapan dengan tingkap.

Fahmi nampak pantulan wajahnya di cermin tingkap dan kegelapan malam di luar rumah.

Hujan mula turun, Fahmi mula rasa pelik.
Air hujan terkena wajahnya.
Fahmi pandang semula ke tingkap, rupanya tingkap itu tidak ditutup.

Dia mula rasa seram sebab tadi dia nampak wajahnya di tingkap.

Dari tingkap biliknya boleh nampak perigi di belakang rumah.
Dalam keadaan hujan lebat itu, Fahmi mula perasan yang Syahir ada di luar rumah sedang berjalan ke arah perigi.

Fahmi bertindak pantas berlari keluar rumah.

Fahmi lihat Syahir sedang berdiri di hadapan perigi.
"Bang, ada budak jatuh dalam perigi tu." Kata Syahir.

Fahmi melihat ke dalam perigi.

Fahmi terkejut sebab Syahir yang ada di dalam perigi.

"Bang Hati-hati ada yang tolak saya dari belakang tadi, dia ada kat atas lagi."
Kedengaran suara tangisan dari arah belakang Fahmi.

Bulu roma Fahmi mula naik.

Fahmi terdiam.

Dia cuba memberanikan diri untuk menoleh ke belakang perlahan-lahan.
Belum sempat pandangannya sampai ke arah belakang.

Dia ditolak dengan kuat hingga jatuh ke dalam perigi.

Fahmi yang jatuh di dalam perigi terkejut yang di dalam perigi tiada Syahir.
Dia cuba berusaha untuk naik ke atas tapi tidak berjaya.

Fahmi mula menjerit meminta tolong tapi tiada sahutan.

Dalam keadaan perigi yang sangat gelap. Fahmi dapat rasa kan yang kakinya seperti dipegang sesuatu.

Dia mula meronta-ronta.
Timbul kepala manusia dari air perigi itu.

Fahmi terperasan yang kepala itu ialah kepala ayah dan ibu Syahir serta Syahir.

Fahmi menjerit ketakutan.
Muncul suara seseorang dari atas perigi.

"Ada orang ke ?"

"Ye!!" Fahmi menjerit.

Orang itu menjatuhkan tali, Fahmi naik ke atas menggunakan tali itu.
Orang yang menyelamatkan Fahmi ialah seorang lelaki tua.

"Terima kasih Pak cik."

"Apa yang kamu buat dalam hutan ni malam-malam?" Soal Pak cik itu.

"Saya dari rumah tu." Sambil menuding jari ke sebuah rumah banglo.
Muka Pak cik tu berubah hairan.

Fahmi melihat ke arah tudingan jarinya.

Tiada rumah, hanya hutan yang tebal.

Pak cik itu menggelengkan kepalanya.
"12 tahun dulu memang ada rumah kat tempat yang kau tunjuk tu tapi ahli keluarga dalam rumah tu semuanya dibunuh dan mayat mereka dibuang dalam perigi ni." Jelas Pak cik itu.

"Saya tak faham, semua ni tak logik." Kata Fahmi yang mula keliru.
"Kamu pulang lah, tenangkan fikiran kamu dulu." Nasihat Pak cik itu.

Fahmi perasan keretanya. Dia mula berjalan menuju ke keretanya.

Semasa berjalan, dia terfikir sesuatu.
"Apa pak cik ni buat kat dalam hutan malam-malam."
Fahmi pusing ke belakang, Dia lihat Pak cik itu sedang memegang kayu dan tersenyum.

lalu dia memukul kepala Fahmi.

Fahmi jatuh pengsan ke tanah.
Fahmi sedar dia sudah ada di dalam kereta.

Keretanya terlanggar pokok.

"Aku kemalangan rupanya, jadi semua tu mimpi, betullah hantu tak wujud."

Fahmi cedera di kepala, dia menelefon ambulans.
Selepas 2 hari di hospital.
Doktor berjumpa dengan Fahmi.

"Luka di kepala kamu tu bukan di sebabkan oleh kemalangan kereta tapi di sebabkan oleh dipukul dengan objek keras."

Fahmi semakin keliru.
Muncul 2 orang pegawai polis.
"Encik Fahmi?"

Fahmi menganggukkan kepalanya.

"Kami terpaksa menahan Encik Fahmi."

"Eh apa yang saya dah buat?" Soal Fahmi yang sedang keliru.
"Kami jumpa tengkorak di dalam bonet kereta Encik Fahmi yang sudah berusia 12 tahun."

"Tengkorak siapa?"

"Setelah kami membuat kajian, tengkorak itu ialah milik Encik Karim, Puan Hamidah , Syahir, Puan Kalsom dan Ina yang dilaporkan hilang 12 tahun yang lalu."
"Tengkorak Ina??!! Mustahil!! " Kata Fahmi tidak mempercayai penerangan dari pihak polis.

Apa yang sebenarnya sudah berlaku?
Siapa Pak cik yang Fahmi jumpa malam itu?

Semuanya bermula pada 12 tahun yang lalu.
Ina dan tunangnya iaitu Hamidi dalam perjalanan ke rumah banglo milik arwah ayahnya yang terletak jauh di dalam hutan.

Arwah ayah Ina meninggal sebulan yang lalu, peninggalan harta yang tinggal hanyalah sebuah rumah banglo yang di katakan kalau dijual boleh mencecah RM5 juta.
Setelah sebulan ayahnya meninggal, pembacaan wasiat akan dibacakan di rumah banglo tersebut.

Rumah itu didiami maknya, kakaknya Hamidah dan abang iparnya, Karim serta anak saudaranya Syahir.
Sampai sahaja di hadapan pintu rumah banglo itu, Ina dan Hamidi di jemput masuk oleh orang gaji rumah itu iaitu Nek Jah.

Kelihatan di ruang tamu, ada peguam, Mak ina, abang Ina, kakak Ina dan keluarga kakak Ina.

"Maaf lambat, saya ada urusan tadi." Jelas Ina.
"Takpe-takpe, jadi smua waris dah cukup, bole la saya bacakan wasiat." Semua bersetuju.

Peguam itu membacakan wasiat. Mengikut wasiat, banglo tersebut akan diwariskan kepada kakak ina iaitu Hamidah kerana Hamidah ialah anak sulung.
Abang Ina iaitu Majid bangun dari kerusinya dan membantah. "Encik ini tidak adil!!"

"Saya hanya mengikut arahan." Kata peguam itu berlalu pergi.

"Kak, jual rumah ni, hasil jualan rumah ni kita bagi sama rata, baru adil." Kata Majid pada Hamidah.
"Aku takkan jual rumah ni, ni rumah peninggalan ayah."

Majid menjadi marah. "Kak, aku ada masalah kewangan sekarang, tolong lah faham!!"

"Aku tetap takkan jual."

"Mak, tolong nasihatkan si Hamidah ni, semua ni tak adil." Kata Majid pada maknya.
"Sekarang mak tahu kenapa ayah kau bagi rumah ini pada Hamidah, sebab ayah kau sangat sayangkan rumah ni, dia nak rumah ini tetap ada dengan keluarga dia, sebab itu dia bagi pada Hamidah, dia tahu Hamidah takkan jual rumah ni." Jelas maknya.
"Ina kau setuju ke semua ni?" Tanya Majid pada Ina.

"Saya tak kesah, saya ikut je." Jawab Ina.

Majid menjadi marah. "Korang semua memang tak berhati perut. Hey Hamidah, kau tahu lah nnti apa nasib kau, kau takkan hidup senang!" Majid berlalu keluar dari rumah.
Jam menunjukkan pukul 5 petang.
"Alang-alang dah sampai sini, duduk lah sini untuk 2-3 hari, Ina bukan selalu datang sini." Ajak Hamidah pada Ina.

"Tapi saya bawak Hamidi ni kak?"

Karim iaitu suami Hamidah berkata. "Rumah ni banyak bilik kosong, jangan lah risau."
Ina bersetuju, malam itu semasa Ina sedang duduk di ruang tamu, anak saudaranya datang kepadanya.
"Mak su, Syahir mimpi pelik-pelik la."

"Mimpi apa?"

"Ada hantu nak culik Syahir."

Ina terkejut.
"Syahir, mimpi itu hanya permainan tidur saje." Nasihat Ina.
Ina berjalan masuk ke biliknya dan tidur, malam itu Ina terbangun dari tidurnya kerana dia terdengar suara perempuan menangis, dalam hatinya. "Siapa pulak yang menangis malam-malam ni?"

Dalam keadaan rumah yang gelap.
Ina cuba cari dari mana suara menangis itu, rupanya suara menangis itu datang dari luar rumah, ina cuba melihat ke luar tingkap rumah itu, ina mula rasa seram kerana ina lihat ada seorang perempuan berbaju putih berambut panjang.

Ina disentuh dari belakang, rupanya Syahir.
"Mak usu, Syahir takut, teman Syahir pergi tandas."

"okey jom."

Ina sempat menoleh ke belakang sebelum keluar dari biliknya, Ina terkejut yang perempuan yang ada jauh di luar rumah tadi, sekarang dah ada di tepi tingkap.
Setelah selesai Syahir menggunakan tandas, dia keluar dari tandas dan memegang tangan Ina.

Sampai di hadapan pintu bilik Syahir,
Ina membuka pintu bilik Syahir.

Ina terkejut yang Syahir sedang tidur di atas katil.

"Kalau Syahir tengah tidur, tangan siapa yang aku pimpin ni."
Tiba-tiba makhluk yang Ina pimpin mula menangis, Ina mula rasa seram.

Ina memberanikan diri untuk melihat tangan siapakah yang dia sedang pimpin, apabila ina pandang di sebelahnya, Terselah wajah seorang perempuan yang sangat hodoh, lalu Ina terkejut dan menjerit.
Ina tersedar dari tidur, hari dah siang, rupanya itu hanya mimpi sahaja, ina rasa lega.

Tiba-tiba ada suara orang menjerit, suara itu ialah suara kakaknya Hamidah.

Ina cuba mendapatkan kakaknya.

"Ada apa ni kak?"

"Syahir!"

"Kenapa dengan Syahir??"

"Syahir dah hilang."
"Kita kena report polis." kata Ina.

"Selagi belum 24 jam hilang, tak boleh report polis, entah-entah Majid yang culik anak aku, sebab dia berdendam dengan isteri aku kerana tak nak jual rumah ni." Kata Karim.
"Jangan buat apa-apa kesimpulan lagi, kita cari dulu Syahir." Jelas Ina.

Diorang mula mencari Syahir di sekitar kawasan rumah.

Jam menunjukkan pukul 5 petang, tapi Syahir masih tidak dijumpai.
"Jom lah kita balik, saya rasa tempat ni macam ada yang tak kena la." kata tunang ina iaitu Hamidi.

"Kenapa?"

"Semalam saya mimpi ada perempuan rambut panjang pakai baju putih kacau saya." Kata Hamidi

Ina terkejut kerana dia mimpi benda yang sama.
Kedengaran ada orang memberi salam dari luar rumah, orang itu berbaju hitam.

"Siapa kau?" Tanya Ina.

"Saya dukun, ada kanak-kanak yang hilang kan dalam rumah ni?"

Hamidi cuba halau dukun itu tapi dihalang Karim.
"Dukun ni kami kenal, dia duduk berdekatan sini, mungkin dia boleh bantu kita." kata Karim.

Dukun itu masuk ke dalam rumah.

"Aku dapat rasa kan ada roh jahat dalam rumah ini, korang semua ada jumpa perempuan berbaju putih tak dalam rumah ni?"

Mereka semua terkejut.
Dukun itu pandang ke mata mereka semua.

"Korang semua mimpi benda yang sama kan?" Riak wajah mereka semua berubah.

"Macammana dukun bole tahu?" Tanya Ina.
"Aku dapat rasakan ada roh jahat dalam rumah ni, maksudnya ada petanda tak baik akan berlaku dalam rumah ni, berhati-hati lah." Lalu dukun itu berlalu pergi.

Waktu malam tiba, Semasa Ina sedang duduk di ruang tamu, kedengaran ada jeritan di salah satu bilik.
Ina berlari ke suara jeritan tersebut, Ina terkejut dan menangis melihat ada mayat maknya yang dibunuh dengan kejam di atas katil.

"Siapa yang buat semua ni!!" Ina mula marah.

"Cepat hubungi polis."
Semua cuba call polis tapi tiada liputan rangkaian.
"Takpe, biar saya pergi drive ke balai polis." Kata Hamidi ingin membantu.

Hamidi keluar dari rumah, Hamidi tidak bergerak kaku.

"Oi kenapa kau tak gerak lagi??" Tanya Karim.
"Mana semua kereta??" Tanya Hamidi.
Karim terkejut, semua kereta dah tiada.

"Ini mesti kerja si Majid tu!!" Karim mula marah.

"Tak pelah saya jalan je ke balai polis." Kata Hamidi.

"Kau dah giler ke, balai polis 60 km dari rumah ni."

Hamidi terdiam.
Karim meminta semua berkumpul.

"Kereta dah hilang, phone takde line, Majid dah rancang supaya kita tak boleh lari dari sini, kita tak boleh duduk jauh-jauh, Majid mungkin ada rancang sesuatu malam ni."
Mereka semua berkumpul bersama-sama di ruang tamu dan kerana penat mereka semua tertidur.

Tepat jam 12 tengah malam,
Ina terbangun dari tidur kerana ingin pergi ke tandas, dia masuk ke dalam tandas untuk melepaskan hajatnya.
Tiba-tiba Ina terdengar suara orang menjerit di ruang tamu.

Ina bergegas ke ruang tamu, apabila Ina sampai,
Ina terkejut kerana semua orang dah tiada di situ,
Ina terdengar suara jeritan di luar rumah.

Ina berjalan keluar,
Suara itu datang dari belakang rumah.
Ina perasan ada perigi dan Ina dengar ada orang menangis dalam perigi itu.

ina tengok kedalam perigi itu tapi tiada orang, tiba-tiba Ina ditolak oleh seseorang, Ina jatuh ke dalam perigi.
Di dalam perigi yang gelap, Ina nampak Syahir sedang menangis. Lalu Ina memeluk anak saudaranya.

"Jumpa jugak Syahir."

Ina terkejut, ada orang memanggilnya dari atas perigi, Ina pandang ke atas dan orang itu ialah Syahir.

"Mak usu peluk apa tu???" Ina terdiam.
Ina perlahan-lahan memandang apa yang di peluknya, kelihatan perempuan berambut panjang, muka yang sangat hodoh dengan matanya berwarna merah sedang tersenyum pada Ina.

Ina menjerit dan menangis ketakutan di dalam perigi.
Ina terjaga dari tidur, rupanya itu mimpi, dalam keadaan rumah yang gelap, Ina ternampak sesuatu, lalu Ina menjerit, semua yang tidur di situ terbangun dari tidur dan terkejut.

Kakaknya Hamidah telah mati tergantung di kipas berpusing-pusing.
Ina pandang ke sebelahnya,
Dia menjerit lagi,
kelihatan mayat orang gajinya telah dipotong kepalanya dalam keadaan yang mengerikan.

Kini tinggal hanya Ina, tunangnya Hamidi dan abang iparnya Karim yang masih hidup.

Serta Syahir yang masih hilang.
"Majid dah keterlaluan,
malam ini kita tak boleh tidur,
kita kena cari dia di sekitar rumah ni, mesti dia ada kat sini." Kata Karim dengan riak wajah serius, mereka bertiga berjalan bersama-sama untuk mencari Majid di sekitar rumah.
"Eh dah ada line." Kata Ina sambil melihat telefon bimbitnya, Ina dapat satu panggilan.

"Ini cik Ina kan, kami pihak polis, kami dah cuba hubungi berkali-kali tapi tak dapat tadi, kami nak bagitahu sesuatu."

"Bagitahu apa ye?"
"Kami jumpa mayat abang cik iaitu Encik Majid semalam, dia kemalangan." Ina terdiam.

Kalau Majid bukan pembunuh mereka semua, yang ada sekarang di rumah ini tinggal Karim dan Hamidi tapi tidak mungkin tunangnya adalah pembunuh kerana tiada motif.
"Siapa yang call?" Tanya Karim.

Ina tidak menjawab, Ina teringat mimpinya tentang perigi itu.

Ina bergegas keluar dari rumah untuk pergi ke perigi tersebut.
Sampai sahaja di perigi, Ina cuba lihat ke dalam perigi tapi tidak nampak apa-apa.

Ina menjerit nama Syahir tapi tiada sahutan.

Tiba-tiba muka Ina dicekup dengan kain dari belakang.

Ina tahu kain itu ada bahan kimia yang boleh menyebabkan dirinya pengsan.
Sebelum Ina pengsan, Ina cuba melihat siapa yang cuba membuatkan dirinya pengsan, Ina terkejut.

Orang itu ialah Hamidi.
Apabila Ina terjaga dari pengsan, Tangan Ina sudah diikat dan Ina lihat Karim ada di sebelahnya.

Mereka diikat di dalam stor.

Ina dapat satu panggilan dan Ina terkejut kerana panggilan itu ialah dari Hamidi.
Mujur ikatan tangan Ina tidak ketat, Ina berjaya melepaskan tangannya dari ikatan dan mengangkat panggilan tersebut.

ina mula memarahi Hamidi.

Tapi penjelasan Hamidi menjadikan keadaan menjadi bertambah rumit.
"Kalau ada orang muka macam saya, hati-hati, dia bukan saya." kata Hamidi pada Ina, Ina terkejut.

"Kalau bukan kau, siapa? Kau yang bunuh keluarga aku kan?"

"Apa Ina cakap ni? Saya tak bunuh keluarga Ina, sekarang saya berada dalam sebuah gudang, saya diculik tadi."
"Hamidi, tolonglah jangan merepek."

"Tolong percaya saya, tadi saya diculik masa kita semua tidur di ruang tamu, saya sedar-sedar, saya sudah ada di dalam gudang diikat.

ini baru saya dapat lepas dan dapat hubungi ina.
Masa saya diculik, saya perasan ada perempuan memakai baju putih dan matanya berwarna merah memegang tangan saya, selepas dia memegang tangan saya, muka nya berubah jadi macam saya dan keluar dari gudang ni.
Sebabtu saya cakap, kalau ada orang muka macam saya.
Hati-hati tu bukan saya." Jelas Hamidi.

"Siapa yang culik awak?" Tanya Ina tapi tiada jawapan, talian terputus, ina periksa telefon bimbitnya, line sudah tiada.
Hamidi yang ada di dalam gudang, berlari keluar dari gudang cuba mendapat kan bantuan. Semasa berlari, Hamidi nampak satu rumah, dia masuk ke dalam rumah itu untuk mendapatkan bantuan.
hamidi nampak seorang perempuan, belum sempat Hamidi hendak menghampiri perempuan itu, perempuan itu menjerit ketakutan.

Hamidi terkejut melihat perempuan itu menjerit melihatnya, lantas dia mahu keluar dari rumah itu tapi dihalang oleh seseorang yang sedang memegang senapang.
Orang itu menembak Hamidi.

Hamidi jatuh terbaring di lantai kerana ditembak, Hamidi perasan ada cermin di hadapannya, Hamidi terkejut, dia nampak wajahnya ialah wajah perempuan hodoh bermata merah yang menyentuhnya tadi.
Baru hamidi faham, perempuan dalam rumah itu menjerit melihatnya kerana wajahnya.

Perempuan berambut panjang, muka hodoh, bermata merah itu menyentuh badannya untuk bertukar rupa.

Hamidi mati kerana berlaku banyak pendarahan.
Ina masih di dalam stor bersama Karim.

Karim mula menangis.

"Kenapa abang Karim menangis?" Tanya Ina.

"Sebenarnya aku yang rancang semua ni." Kata Karim pada Ina.
"Apa yang abang Karim cakap ni?"

Karim mula bercerita.

"Aku ada hutang Ahlong, aku tak dapat nak bayar, Ahlong tu ugut nak bunuh aku, aku dah tahu lama dah kakak kau akan dapat banglo ni sebelum pembacaan wasiat lagi.

Aku ada suruh dia jual rumah tu, tapi dia tak nak.
Dah banyak kali aku pujuk, tapi dia tak nak, jadi aku kena cari jalan lain, aku jumpa Dukun yang kau nampak petang tadi.

Aku cuma nak mintak nombor ekor je tapi dia bagi aku satu cadangan supaya aku bole dapat rumah banglo ni dan jual."

"Cadangan apa?" Tanya Ina
"untuk bunuh korang semua tapi untuk elak aku ditangkap.

Dukun tu kata dia akan arahkan jin yang boleh bertukar rupa untuk bunuh semua orang dalam rumah ni dan jin itu akan bertukar rupa seperti wajah tunang kau, jadi tunang kau yang akan dituduh.
Tapi kereta Majid, aku yang rosakkan break kereta dia sampai dia kemalangan."

"Anak kau mana? Kau bunuh dia jugak ke?"

"Dukun tu memberitahu aku yang aku harus mengorbankan anak aku untuk hidupkan jin itu." Jelas Karim.
"Kau memang tak guna, kenapa kau bagitahu aku semua ni sekarang!!?" Ina memarahi Karim.

"Sebab jin itu diarahkan untuk bunuh orang tertentu je tapi dia bunuh orang gaji rumah ini dan dia cuba bunuh aku.

Maksudnya dia akan bunuh semua orang dalam rumah ni." Jelas Karim.
"Habis macammana sekarang ni?" Tanya Ina.

"Aku ada satu rancangan." Kata Karim cuba memberi idea.

Setelah setengah jam, lelaki yang berupa Hamidi itu masuk ke dalam stor dan terkejut sebab hanya ada Karim je di dalam stor.
Rupanya Ina menyorok di balik pintu, Ina memukul kepala lelaki berupa Hamidi itu dari belakang, lelaki berupa Hamidi tu terjatuh terbaring.

Tapi pukulan itu tidak memberi kesan, lelaki itu bangun semula hendak menyerang Ina tapi Karim datang dan memeluk lelaki itu dari belakang.
"Ina lari cepat!!" Ina dengan pantas berlari keluar dari bilik stor.

ina berlari keluar dari rumah itu dan bersembunyi di balik pokok besar.

Dari balik pokok itu, ina dapat lihat lelaki berupa Hamidi itu mencarinya di sekitar rumah tersebut.
Setelah penat dia mencari, dia masuk ke dalam rumah.

Lelaki itu keluar masuk rumah membawa mayat yang ada di dalam rumah banglo itu dan membawa mayat-mayat tersebut ke belakang rumah dan mayat terakhir yang dibawanya ialah mayat Karim.
Ina mengekori lelaki itu dari belakang dan ina nampak lelaki itu mencampakkan mayat Karim di dalam perigi.

"Mesti mayat yang lain juga dicampakkan dalam perigi itu." Kata Ina di dalam hati.
Lelaki itu membaca satu mentera, wajahnya bertukar ke rupanya yang asal, ina terkejut melihat rupa lelaki itu.

"Kau bukan jin, kau manusia rupanya." Kata Ina.

lelaki itu memandang ke arah Ina.
"Ye aku manusia."

lelaki itu ialah Dukun.
"Kenapa kau buat semua ni, sebab harta ke?"

"Tak semuanya sebab harta tapi sebab dendam!!"

"Dendam! Dendam apa??" Tanya Ina.
"Dulu isteri aku pernah jadi orang gaji di dalam rumah ini dan ayah kau telah rogol isteri aku lalu dia butakan isteri aku.

Selepas itu dia bunuh isteri aku dan buang dalam perigi ini, hantu yang korang nampak dalam mimpi itu ialah hantu isteri aku.
Dia kaya, dia boleh bayar peguam yang hebat dengan harga yang mahal untuk bela dia dan menang kes itu, dia tidak disabitkan kesalahan undang-undang.

Sejak itu aku berdendam dengan dia, aku cuba bunuh dia tapi dia ada banyak bodyguard, aku tiada kekuatan untuk melawan.
Jadi aku belajar sihir.

Tapi ayah kau lebih cekap, mungkin dia ada banyak musuh.

Ayah kau sendiri ada pelindungnya dari sihir, jadi aku tidak boleh nak sihir dia.

Aku tunggu dia mati lalu aku akan bunuh semua ahli keluarga dia dan ambil harta dia." Jelas Dukun itu.
"Mustahil, kau tak mungkin dapat harta keluarga aku."

Dukun itu ketawa. "Karim korbankan anaknya tanpa tahu sebenarnya itu ialah untuk keperluan peribadi aku supaya aku boleh bertukar rupa sebanyak dua kali.
Mayat anak Karim ialah syarat untuk aku dapat kuasa sihir bertukar rupa, Karim ingat jin yang akan bertukar rupa tapi sebenarnya aku.

pada awal kuasa itu aku akan jadi makhluk hodoh dan seram.
Cara untuk menukar rupa ialah dengan menyentuh orang yang aku nak tukar rupa, orang itu akan dapat muka makhluk hodoh itu dan aku akan dapat wajahnya.

Kali kedua iaitu kali yang terakhir, aku hanya perlu membaca mentera untuk bertukar wajah dan aku akan bertukar menjadi kau
dan semua harta ayah kau akan jatuh ke tangan aku, hahahah."

Tanpa berfikir panjang, dengan pantas Ina berlari masuk ke dalam rumah, dukun itu mengangkat parangnya "Mana kau nak lari??!!"
Dukun masuk ke dalam rumah, bau minyak tanah, Ina muncul dan berkata. "Harta yang tinggal hanya rumah ini, kalau rumah ini terbakar, tiada guna kau bertukar jadi aku."
Sebenarnya masa dukun itu pergi kebelakang rumah untuk membuang mayat-mayat ke dalam perigi, Ina masuk ke dalam rumah untuk menuangkan minyak tanah di sekitar rumahnya.

ina mengeluarkan lighter dan mencampaknya ke kawasan dicurah minyak tanah.
"Tidak!!!!" Dukun itu cuba menghalang tapi terlambat.
Rumah itu terbakar.

Dukun itu terus membunuh Ina, mayatnya dicampakkan ke dalam perigi.
Dukun itu meletakkan mayat-mayat ke dalam perigi itu kerana perigi itu sudah dibacakan mantera sihir supaya tiada siapa boleh nampak perigi itu kecuali dia tapi mantera itu hanya bertahan selama 9 tahun.
Rumah itu terbakar hangus, tiada harta yang tinggal, dukun itu hanya melarikan diri dari kawasan itu. Pihak polis cuba mencari mayat mereka selama setahun tapi tidak berjaya dan menutup kes tersebut.
Setelah 9 tahun, Dukun itu kembali kerana sihirnya ke atas perigi itu sudah habis, dia mula menjaga perigi itu supaya tiada siapa yang lalu di kawasan itu dan menjumpai mayat di dalam perigi itu.
Tapi dukun itu mula bosan, dukun itu mula merancang untuk bebas dari jenayah yang dia dah buat beberapa yang tahun lalu.

Dukun itu teringat yang dia masih tinggal satu lagi kuasa sihir bertukar rupa, dukun itu bertukar rupa menjadi Ina.
Dia cuba berkawan dengan seorang pegawai psikiatri yang bernama Fahmi selama setahun untuk menyempurnakan rancangannya.

Fahmi dipilih kerana Fahmi tidak percayakan hantu.
Akhirnya Fahmi diperangkap untuk pergi ke kawasan rumah banglo tersebut dan membuatkan fahmi di rasuk sehingga berhalusinasi.

Sekarang fahmi yang disoal siasat oleh pihak polis.

Dukun itu terlepas dari kes tersebut.

Tamat.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with ハキム

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!