Adeih..
Jadi korang boleh layan thread cerita aku yang lain dulu kat sini.
"Buku dah tak jual ke?"
Bagi jawapan dari soalan kat atas yang ramai ada pm aku.
Aku ada keluarkan buku bertajuk Hikayat.
Minggu depan korang boleh dapatkan buku Hikayat di kedai buku MPH.
#hikayatabstrakim
CONVERSE RM50 SAHAJA
KUALITI TERBAIK
TIPTOP
READY STOK
Cepat2 tekan link ni untuk order api.whatsapp.com/send?phone=+60…
Aku akan cuba habiskan malam ni jugak.
Mereka berpindah ke rumah baru.
Mata Mila ditutup dengan kain.
"Awak dah sedia?" Soal Hadi.
"Dah! Cepatlah bang."
Hadi berdiri di belakang Mila, membuka ikatan kain perlahan-lahan.
"Wah ini ke rumah baru kita." Kata Mila pada Hadi dengan wajah teruja.
"Ye ini lah."
Hadi memeluk Mila dari belakang.
"Dah rezeki kita."
Hadi menggunakan duit warisan dari arwah ayahnya untuk membeli rumah itu secara tunai.
Rumah teres dua tingkat berwarna putih.
Kelihatan masih suci seperti tiada orang pernah tinggal di situ.
"Abang angkat call jap." Kata Hadi menjarakkan diri dari Mila.
Mila berjalan hendak melihat kawasan di dalam rumah itu.
Dari lirikan matanya, dia dapat rasa seperti ada orang sedang berjalan di dapur.
Lantas dengan pantas, dia memandang ke arah dapur tapi tiada kelibat orang.
Belum sempat dia sampai ke dapur, bahunya disentuh oleh seseorang dan dia terkejut.
Rupanya itu suaminya.
"Ada orang lain ke? Selain kita dalam rumah ni?" Soal Mila kembali.
"Mana ada sesiapa, apa awak cakap ni?"
Mila hanya senyum. "Hmm takde papela."
Mereka mula mengemas barang.
Petang itu, Hadi dapat satu panggilan telefon.
Dia harus ke pejabatnya kerana ada urusan.
"Nanti saya balik awal, awak jangan risau."
Malam tiba,
Malam pertama dia akan bermalam di rumah itu.
Dia menonton television sambil menunggu suaminya pulang.
Jam menunjukkan pukul 9 malam tapi masih tiada tanda yang suaminya akan pulang.
"Hmm bila lah suami aku ni nak balik." Rungut Mila sambil naik ke atas tangga
Tiba-tiba kedengaran bunyi tv dibuka.
"Eh suami aku dah balik ke?" Soal Mila di dalam hati.
"Abang dah balik ke?"
Tiada sahutan. Mila turun ke bawah. Lalu dia menutup tv.
"Asal tv ni terbuka sendiri?"
Dia mula berpaling dari tv ingin naik ke tingkat atas semula.
Lagi sekali, tv terbuka dengan sendiri.
Langkahnya terhenti.
Perlahan-lahan dia berpaling memandang ke arah tv semula.
Tv sedang menyala.
Dia pergi ke arah tv, jarinya yang menggigil cuba menutup tv.
Mila tersentak di balik skrin tv yang sudah gelap itu.
Ada bayangan seorang perempuan berambut panjang di belakangnya sedang tersenyum.
Nafasnya mula laju.
Perlahan-lahan dia memandang ke skrin tv semula.
Bayangan tadi hilang.
Plug tv tidak dipasang.
Dia berlari ketakutan naik ke tingkat atas, lalu masuk ke dalam biliknya.
Biliknya gelap, lampu tertutup.
"Aku turun tadi, aku tutup lampu bilik ke?" Soal Mila keliru.
Dalam keadaan bilik yang gelap, dia ternampak sesuatu.
Mila mula menarik nafas laju.
"Siapa kau?" Sambil tangan Mila meraba-raba mencari suiz lampu.
Mila dengan pantas membuka suiz lampu.
Apabila lampu terbuka dan menerang kan keseluruhan bilik. Makhluk itu hilang.
Dia ingin menghubungi suaminya tapi dia mula sedar yang telefon bimbitnya tertinggal di ruang tamu.
Kedengaran pintu biliknya diketuk.
Tiada sahutan.
"Abang dah balik ke?"
Tiada sahutan.
Mila menarik nafas dan bertanya lagi.
"Kau siapa?"
Mila yang mendengar suara itu, bulu romanya mula naik.
Mila yang ketakutan mula berdoa agar suara ketawa itu hilang.
"Rumah apa ni?"
Mila yang bersembunyi dalam selimut mula menggigil ketakutan.
Kerana terlalu penat, dia tertidur.
Dia lihat suaminya sedang tidur disebelahnya.
Dia bangun ingin menunaikan solat subuh.
Selesai sahaja solat, dia mula tenang.
Kelihatan ada mesej dari suaminya.
"Maaf, urgent sangat ni, Abang ada kerja penting kena siapkan ni, pukul 8 pagi baru abang sampai rumah."
"Habis siapa yang kat atas katil tadi?"
Badan Mila mula menggigil dengan sendirinya.
Dari lirikan matanya, dia dapat rasa kan ada seseorang sedang melihatnya dari arah dapur.
Dia pandang ke dapur, ada kepala sedang menjenguknya.
Mila pengsan.
"Dah tengah hari ni."
"Eh bila abang balik?"
"Pukul 8 pagi tadi, abang tengok awak terbaring kat ruang tamu pagi tadi, abang angkat naik sampai atas katil, kenapa ni?"
"Benda apa yang tak kena?" Soal Hadi.
"Saya kena ganggu malam tadi."
"Haish perasaan awak je tu, mana ada apa-apa. "
"Takde tapi-tapi, awak nak masak ke tak ni? kalau tak, kita makan luar je." Ajak Hadi.
"Kita makan luar je la, bahu saya rasa macam sakit la." Kata Mila sambil mula memicit-micit bahunya.
Semasa di kedai makan.
"Abang simpan lagi tak nombor Kak Idah?" soal Mila
"Ada je, kenapa?"
"Bahu saya ni rasa sakit dia semacam lah, ingat malam ni nak suruh dia urut sikit."
Mila sedang menunggu Kak Idah datang untuk mengurutnya.
Dia menonton tv.
Mila keluar dari rumah, lalu membuka pintu pagar.
Mila menjemput Kak Idah untuk masuk ke dalam rumahnya.
Tiba-tiba anak perempuan Kak Idah menangis.
"TAKNAK MASUK!!"
Mila yang sedang berdiri di hadapan rumahnya mula hairan.
Riak wajahnya berubah.
Kak Idah memberitahu Mila yang dia ingin pulang dulu ke rumah ada urusan.
Mila mula rasa pelik, dia akur.
Masa laju berlalu, dia dapat mesej dari Kak Idah.
Setelah itu dia mula trauma ingin mengurut orang yang ada kena mengena dengan makhluk ghaib.
Dia mula rasa seperti diperhatikan.
Hadi masih sibuk di pejabat.
Dia berhenti menaip di papan kekunci komputer.
"Hello."
"Abang bila nak balik, Mila takut ni."
"Dah nak siap ni, nanti abang balik, kenapa ni?"
Hadi mula marah.
"Apa Mila mengarut ni, tak habis-habis lah." Kata Hadi lalu menutup panggilan.
Hadi terus menutup komputernya dan ingin pulang ke rumah.
Dia lihat isterinya ada di dapur.
Dia yang kepenatan baring di atas sofa di ruang tamu.
"Mila, tolong buatkan air."
Tiba-tiba, telefon bimbitnya berdering.
Dia mengangkat panggilan itu tanpa melihat siapa yang cuba menghubunginya.
Hadi terkejut yang dalam panggilan telefon itu suara isterinya.
"Kenapa ni Mila?"
Hadi tergamam.
Tangan Hadi mula menggigil.
Dia yang sedang baring di atas sofa, jantungnya mula berdegup kencang.
Dia melihat ke arah dapur.
Ada seorang perempuan berambut panjang berbaju putih yang sangat buruk sedang tersenyum ke arahnya dengan senyuman yang menyeramkan.
Hadi yang ketakutan dengan pantas berlari keluar dari rumah.
Dia masuk ke dalam kereta hendak pergi ke rumah mak mertuanya.
Pintu utama rumahnya yang terbentang luas memaparkan.
3 jenis makhluk yang sedang berdiri melihatnya.
Seorang perempuan.
Seorang kanak-kanak perempuan.
Abang ipar Hadi sedang berdiri di hadapan rumah.
"Kenapa kau biarkan Mila duduk sorang-sorang dalam rumah?" Soal Abang ipar Hadi dengan riak wajah marah.
"Saya kerja."
"Aah tapi bukan malam ni, saya nak ajak abang datang sekali rumah saya."
"Kenapa?"
"Rumah saya ada gangguan."
Akhirnya Hadi percaya apa yang diperkatakan oleh isterinya.
Esok pagi mereka semua pergi semula ke rumah tersebut.
Langkahnya menjadi berat.
Mulutnya sibuk membaca sesuatu.
"Rumah ni dah teruk sangat, kau tak cek dulu ke sebelum beli."
"Saya tak tahu pulak bang." Jelas Hadi.
Abang Ipar Hadi melangkah masuk ke dalam rumah itu.
Dia terdiam duduk.
Dia memegang dadanya seperti kesakitan.
"Rumah kau ni dah teruk sangat, aku tak pernah hadapi benda macamni. Aku sarankan korang berpindah dari rumah ni." Cadangan Abang Mila.
"Kau tak faham apa yang ada dalam rumah ni, aku kena rancang strategi dulu untuk biarkan semuanya terlerai."
Mila dan Hadi saling berpandangan.
"3."
Jawapan mereka serentak.
Rumah masih ada gangguan.
Seorang Bomoh datang ke rumah mereka ingin membantu menghalau 3 makhluk yang menginap di rumah mereka.
"Ada berapa makhluk yang ada dalam rumah ni?"
"Jangan risau, aku sangat handal. Aku ke orang pertama yang cuba merawat rumah ini?"
"Hahahahah, jangan risau, aku bomoh terhandal dalam dunia ni, biar aku periksa dalam rumah ni dulu." kata Bomoh itu bongkak.
"Makhluk itu cuba menghalang kerja aku, cuba kau buka pintu ni." Kata Bomoh itu.
Hadi membukanya dengan mudah.
"Bantu apa?"
Menurut bomoh itu, dirinya seperti dihalang membantu merawat rumah itu. Hadi dan Mila sebagai harapan.
Ada banyak peralatan tersedia di lantai ruang tamu.
Beberapa lukisan yang diminta sudah terhidang dilukis di lantai.
Dia ingin menyeru 3 makhluk itu.
"Apa pun yang terjadi, jangan buka mata."
Bomoh itu mula membaca sesuatu dalam bahasa jawa.
Bomoh itu masih membaca sesuatu dalam bahasa jawa.
Selang beberapa minit, Hadi dapat rasa kan tiupan angin yang kuat hilang.
"Kita berjaya." Suara bomoh itu kedengaran dari telinga Hadi.
3 Makhluk itu sudah ada di hadapan Hadi dengan senyuman yang amat menyeramkan.
Angin masih bertiupkan kencang.
Rupanya tadi hanya ilusinya, dia diperdaya 3 makhluk itu.
Hadi memejam matanya semula dan cuba menghilangkan rasa takut dalam diri.
3 Makhluk itu semakin lemah.
Bomoh itu membaca mantera terakhirnya yang paling kuat.
Dan merenjis sesuatu pada makhluk itu.
Mereka bertiga lenyap dari pandangan mata bomoh itu.
bomoh itu rasa lega, usahanya berjaya.
"Korang semua lari dari situ!!" Tengking Abang Ipar Hadi menghalakan tangannya ke arah bomoh itu dan membaca ayat-ayat suci Al-Quran.
"Siapa kau? Apa kau buat kat aku ni?" Soal bomoh itu.
Abang ipar Hadi tidak mengendahkannya dan terus membaca.
Kelihatan wajahnya sangat hodoh bukan seperti manusia.
Mila dan Hadi saling berpandangan.
"3."
Jawapan mereka serentak.
Yang satu tu paling kuat, dia menghalang 3 makhluk lagi tu untuk keluar dari rumah ni." Jelas Abang Ipar Hadi.
"Aku dah kaji rumah tu, aku dah tanya semua jiran-jiran dan aku ada rancangan."
"Kenapa rumah tu? Apa rancangannya?" Soal Mila
Bomoh tu dijemput untuk menghalau hantu yang ada di rumah itu oleh sepasang suami isteri yang menghuni rumah tu.
Belum sempat bomoh itu menghalau 3 jin itu, dia telah dibunuh dengan kejam bagi upacara ilmu hitam.
Tapi pembunuhan yang dilakukan suami isteri itu dapat dikesan oleh pihak polis dan mereka ditahan dihukum gantung sampai mati.
Kerana roh bomoh yang ada di dalam rumah itu masih tidak tenang .
Sebagai roh, dia tidak mampu menghalau 3 jin itu tanpa bantuan manusia."
Hadi dan Mila harus membantu roh bomoh itu menghalau 3 jin itu.
Lalu roh bomoh itu pula akan dihalau.
Rancangan mereka berjaya. Rumah itu kembali aman.
Mila sudah tidak takut tinggal seorang diri di rumah pada waktu malam.
Semasa sedang bersarapan.
"Ingat tak? Abang pernah cakap dulu yang arwah mak dan ayah abang dulu ada tinggalkan rumah untuk abang?"
"Kenapa tanya?"
"Tak lah, kenapa kita tak duduk rumah tu je? masa rumah ni ada gangguan dulu."
"Oh yeke?" Kata Mila sambung makan.
Hadi termenung, dia terpaksa menipu lagi.
Dia tidak beli rumah itu dengan harga 50k.
Pasangan suami isteri Pengamal ilmu hitam itu ialah ayah dan maknya.
Tapi kerana dia masih kanak-kanak.
Dia tidak ditahan, dibebaskan dan dihantar ke rumah anak yatim.
Di sana, dia belajar ilmu agama dan meninggalkan amalan ilmu hitam yang ada.
Jadi dia memusnahkan rumah itu dan membinanya semula.
Sebab itu rumah itu kelihatan baru dan bersih seperti tidak pernah ada yang duduk.
Dia Memanggil ustaz untuk memagar rumah itu.
Tapi dia silap.
Episod gangguan bermula dan berakhir.
Kini rumah itu sudah aman.
Tamat.