, 17 tweets, 7 min read
So imagine kau duduk dekat rumah baru, dan after a while kau rasa rumah tu berhantu. Banyak gangguan dah la kau duduk dengan anak dan orang gaji je, suami pula pergi berperang.

Dan selepas itu, baru kau tahu yang sebenarnye kau lah HANTU di rumah itu.

Ini adalah THREAD.
The Others adalah cerita seram tahun 2001 dan dibintangi oleh Nicole Kidman.

Kisah ini adalah plot twist paling smooth yang abang pernah tengok untuk era zaman itu.

The Others berjaya mengutip hampir 210 Juta worldwide.

Baik, mari abang cerita tentang cerita ini.
Grace Stewart tinggal di Country house area Channel Islands dan waktu itu adalah tahun 1945 dimana perang dunia kedua baru berlaku.

Grace tinggal bersama Anne dan Nicholas dimana mereka berdua mempunyai penyakit yang agak aneh iaitu tidak boleh terkena cahaya matahari.
Untuk meringankan kerja kerja rumah dan penjagaan anak anaknya, Grace mengupah Mrs.Bertha, Edmund The Gardener dan Lydia si gadis bisu.

Mrs.Bertha memberitahu Grace yang sebelum ini pon dia pernah berkhidmat di rumah yang sama.

Kehidupan berlangsung normal.
Satu hari, Anne memberitahu Grace yang dia terlihat ada sekumpulan manusia yang tidak dikenali dirumah mereka.

Ada seorang lelaki, perempuan, perempuan tua dan seorang budak kecil bernama Victor.

Peliknya, Grace tidak pernah melihat dan bertembung dengan mereka.

Grace kaget.
Hanya selepas mendengar tapak kaki dan suara yang tidak dikenali barulah Grace meminta orang gajinya untuk mencari punca bunyi tersebut dirumah.

Kemudian, Grace terjumpa “Book of dead” dimana beberapa helaian kertas didalam itu sudah dikoyakkan.

Grace menjadi semakin pelik.
Pada malam itu, Grace terdengar bunyi orang bermain piano dan Grace yakin rumah itu memang berhantu.

Grace pon bersiap dan cuba untuk mencari Paderi bagi membantu mengusir hantu yang mengganggu mereka.

Sambil itu Grace menyuruh Edmund untuk mencari jika ada kubur lama di situ.
Ketika sedang keluar menuju ke rumah paderi, Grace terjumpa suaminya yang disangkanya mati ketika berperang.

Grace menjadi sangat gembira. Well siapa yang tak happy jumpa orang yang disayangi ye tak?

Grace membawa suaminya bertemu anak anak.
Selepas itu, Grace ternampak wanita tua ada didalam bilik dirumahnya dan terus menyerang wanita tersebut.

Sebenarnye, Wanita itu hanya “Bayangan” sahaja dan Grace telah menyakiti anaknya sendiri iaitu Anne.

Keadaan semakin merungsingkan. Grace kini tidak terkawal.
Malam yang sama, Charles memberitahu Grace yang dia tidak boleh lama disitu dan terpaksa pergi.

Besoknya, Charles pon tiada.

Namun kecoh dirumah bila langsir dirumah tibe tibe tiada. Anne dan Nicholas mempunyai rare disease dimana mereka tidak boleh terdedah dengan matahari.
Grace menuduh pembantu rumahnya yang membuka semua langsir dan mengusir mereka semua keluar dari rumah.

Malam itu, Anne dan Nicholas menyelinap ke keluar rumah dan terjumpa kubur lama di belakang rumah.

Rupa rupanya kubur itu adalah kubur pembantu rumah mereka oh no!
Pembantu rumah tersebut kemudian mendekati Anne dan Nicholas dan ofkos la diorang panik kau baru tengok kubur diorang kot.

Dan pada waktu yang sama, Grace terjumpa helaian Book of dead yang hilang dimana gambar Mrs.Bertha, Edmund dan Lydia ada disitu.

Grace menjadi cemas.
Mrs.Bertha kemudian masuk ke rumah dan meminta Grace untuk bercakap dengan penceroboh dirumah mereka.

Grace kemudiannya tahu yang perempuan tua itu adalah “Medium” untuk bercakap dengan Grace dimana keluarga Victor meminta pertolongan dari beliau.

Grace menjadi kelu.
Keluarga Victor terjumpa nota terakhir Grace dimana Grace telah membunuh kedua dua anaknya dengan melemaskan mereka dengan bantal sebelum membunuh diri.

Dan Grace baru sedar yang The Others itu adalah penghuni yang hidup, dan mereka sebenarnya..

Adalah HANTU.
Ini menjelaskan situasi kenape Anne & Nicholas tidak boleh terkena cahaya.

Gais, korang boleh tengok cerita ni sebab cerita dia lebih intense dalam Movie. Plot & narrative lebih padu. Nicole kidman pulak.

Okay itu je Thread kalini, ada ape ape cadangan review bagitahu lah.
Disclaimer.

Hai. Abang nak minta tolong jangan jadi bodoh sebab katanya ada Spoiler alert dalam thread ni.

First, cerita ni dah 17 tahun dah, Scary movies siap buat parody so ape ke bangangnya logik untuk takde spoiler alert ni?

Second, kenape kau wujud? Okay itu sahaja 🥰
FURBY AND SUGAR MINI BAGPACK.

Material: Ballistic Nylon.
Measurement: Height (20CM) Width (11CM) Length (16CM).
Normal Price: RM 250.
Promo Price: RM 190.
Status: Ready Stock.

For Purchase kindly click the link below and we will assist you.

furbyandsugar.wasap.my

Please RT
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Januar Haikal

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!