, 18 tweets, 5 min read
My Authors
Read all threads
Korang tahu tak yang sebenarnya tamadun di negara kita sebenarnya dah disahkan lebih tua daripada Tamadun Rom. Perkenalkan kepada kalian, Tamadun Melayu Sungai Batu yang dapat dijejak seawal 788 SM.

Oleh: Helmi Effendy
Kepada yang skeptik dengan info terbaru ini boleh tatap kertas kerja yang dipersembahkan oleh Prof Moktar Saidin yang merupakan ketua arkeologis yang bertanggungjawab di Sungai Batu.
Yang skeptik mengenai info bahawa tamadun ini dibangunkan oleh orang Melayu, boleh tatap foto ini pula yang merupakan pembentangan Prof Mokhtar Saidin suatu masa dahulu. Jadi, berbalik kepada topik asal kita, seberapa tua Sungai Batu?
Tamadun Rom dikatakan didirikan pada sekitar 753 SM. Ini bermaksud Tamadun Melayu Sungai Batu adalah 36 tahun lebih tua daripada Rom diasaskan oleh adik beradik Remulus dan Romulus.
Sungai Batu adalah 12 tahun lebih tua daripada Sukan Olimpik pertama yang dimainkan dalam sejarah pada tahun 776 SM.
Sungai Batu adalah 18 tahun lebih tua daripada permulaan zaman Dinasti Zhou Timur ( 770-221 SM), dan 17 tahun lebih tua daripada permulaan Zaman Musim Bunga Dan Luruh yang baru bermula di China menandakan China kembali tercampak ke kancah Perang Saudara.
Sungai Batu adalah 66 tahun lebih tua daripada era pemerintahan Raja Sargon (722-705 SM), raja Empayar Assyria yang telah menakluk kerajaan Bani Israel, Babylon dan menyatukan meluaskan jajahan takluk Assyria.
187 tahun lebih tua daripada lahirnya Cyrus The Great, pengasas Empayar Parsi yang lahir pada 601 SM dan memerintah Parsi pada
559–530 SM.
Dipercayai bahawa usia Tamadun Batu ini adalah sezaman dengan garis masa Nabi Yunus A.S diutuskan untuk berdakwah kepada penduduk Nineveh.
187 tahun lebih awal dari kelahiran pengasas ajaran Taoism iaitu Lao Tzu (601 SM) dan juga 237 tahun lebih tua daripada era kelahiran Confucius (551 SM), pengasas. Sungai Batu juga wujud 225 tahun lebih tua daripada kelahiran Gautama Buddha (563 SM).
Ketika Sungai Batu berdiri, di Mesir Purba sedang dalam fasa Dinasti Ke-22. Firaun yang memerintah Mesir Purba ketika itu bernama Shoshenq V (778–740 SM).
188 tahun lebih tua daripada era Mahajanapadas (600 - 300 SM) yang dimana menyaksikan India memiliki 16 kerajaan yang baru lahir. Ini juga menyaksikan Sungai Batu adalah 488 Tahun lebih tua dari era Sanggam (sekitar 300 SM), era tertua tamadun Tamil di selatan India.
128 tahun lebih tua daripada era pemerintahan Maharaja Pertama Jepun iaitu Jimmu (660-585 SM).
Sungai Batu berdiri sezaman dengan Kerajaan Judah Bani Israel di Palestine pada hari ini. Raja Amaziah memerintah Judah ketika itu. Orang Yahudi percaya bahawa pengasas kerajaan ini merupakan Nabi Daud A.S.
400 ratus tahun lebih awal daripada Kerajaan Arab Nabatea ( 300 SM - 106 Masihi) yang membina Petra Jordan yang terkenal itu.
800 ratus tahun lebih awal daripada kelahiran Nabi Isa A.S dan 1400 tahun lebih awal daripada kelahiran Rasulullah S.A.W.
Dan ini membuktikan bahawa Bangsa Melayu telah membina peradaban yang hebat pada zamannya sezaman dengan bangsa hebat lain dan lebih awal daripada kebanyakan bangsa di dunia.
Foto yang tertinggal untuk dinaikkan bagi yang mencari mengenai buku yang menempatkan kertas kerja usia 788 SM Sungai Batu.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with The Patriots

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!