, 32 tweets, 5 min read
My Authors
Read all threads
"Melayu Sebagai Etnik, Rumpun Dan Bangsa."

Melayu dengan Jawa tu satu bangsa ke? Melayu perlu beragama Islam ke? Habis, macam mana dengan Melayu yang tak beragama Islam sebelum kedatangan Islam? Persoalan ni akan dibahas dalam thread ini.

Oleh: Helmi Effendy Image
Kalau nak cakap pasal Melayu, kena faham konteks seseorang itu bercakap pasal apa.

i. Melayu sebelum dan selepas Islam
ii. Austronesia dan bangsa Melayu
iii. Melayu sebagai sebuah etnik
Contohnya bila kita bercakap pasal Melayu selepas kedatangan Islam terutama di Malaysia, maka kita kena bercakap dalam konteks ethnoreligious.
Sesebuah kumpulan etnik yang diikat dan disatukan oleh kepercayaan dan agama yang sama boleh dikatakan sebagai etnik atau bangsa yang ethnoreligious. Jika mereka tidak memeluk agama tersebut, maka terlucutlah nama bangsa yang asalnya dipegang di sudut undang-undang.
Bangsa Melayu di Malaysia boleh dianggap sebagai kumpulan ethnoreligious. Andai seseorang itu tidak beragama Islam, maka terlucutlah kelayakannya untuk bergelar ‘Melayu’ di Malaysia. Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana halnya dengan Melayu Kristian misalnya.
Sebagai sebuah kumpulan ethnoreligious, golongan yang bukan Islam tidak lagi bergelar sebagai Melayu sekalipun mereka Melayu secara genetiknya. Faktor ethnoreligious inilah yang mewujudkan frasa ‘masuk Melayu’ apabila seseorang itu masuk Islam.
Untuk bergelar bangsa Serbia, seseorang bukan sahaja perlu berbahasa Serbia tetapi juga perlu mengamalkan mazhab Ortodoks Timur Serbia, dan memperakui sebuah detik di mana Serbia berjaya mengalahkan Turki dalam Pertempuran Kosovo 1389 yang dikenali sebagai Kosovo Myth.
Ciri ethnoreligious tidak terhad pada bangsa Melayu sahaja. Fenomena serupa juga turut berlaku pada saudara Slavik Serbia iaitu Croat (etnik Luka Modrić ) yang menuntut seseorang menjadi penganut ajaran Katolik Rom (Roman Catholic) untuk bergelar bangsa Croat.
Orang Bosnia pula ialah rumpun Slavik yang terikat pada agama Islam. Seseorang harus menjadi orang Islam sebelum memenuhi kriteria sebagai orang Bosnia yang sejati. Ini jugalah yang menimbulkan tragedi perpecahan Yugoslavia dahulu
Di Malaysia, pemeliharaan agama Islam dilakukan dengan lebih teliti. Keislaman orang Islam di Malaysia dikhususkan dengan penetapan mazhab Syafie dan manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah (al-Asy’ariyah dan al-Maturidiah) sebagai pegangan.
Negara ini diasaskan dengan mazhab Syafie dan kekal dalam manhaj al-Asy’ariyah dan al-Maturidiah serta mengikut tassawuf Imam al-Ghazali.
Dalam masa yang sama, di Malaysia, Melayu diikat dengan perlembagaan. Menurut Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, orang Melayu itu mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu.
Terdapat satu puisi karya Usman Awang yang melakarkan konsep Melayu menurut perundangan Malaysia yang berbunyi: Image
Aku juga cenderung kepada konsep Melayu yang dicatat oleh Hamka, ‘Melayu itu ialah mereka yang – berfikir, merasa, menangis dan ketawa, tidur dan bangun dalam bahasa Melayu.’ Image
Tetapi apabila bercakap mengenai sejarah sebelum kedatangan Islam, maka kata aku konteksnya membenarkan untuk kau bercakap mengenai bangsa mereka sebagai bangsa Melayu. Kerana pada zaman tersebut, belum wujud konteks ethnoreligious yang aku cakapkan.
Dalam masa yang sama, janganlah kita menyerang mereka bercakap Melayu dalam konteks kebangsaan "MALAY RACE" yang pernah dipeluk oleh orang Melayu atau masih lagi dipeluk di bahagian lain di Asia Tenggara seperti Filipina.
Apabila bercakap mengenai soal ini, kita sedang bercakap mengenai Melayu dalam konteks yang JAUHHH lebih besar iaitu sebagai semangat NASIONALISME, yang menyatukan seluruh rumpun-rumpun Austronesia seperti mana semangat INDIA menyatukan DRAVIDIA dan ARYAN bawah satu bangsa.
Konsep the Malay race yang diperkenalkan oleh ahli antropologi Jerman bernama Johann Friedrich Blumenbach pula adalah konsep yang lebih ringkas untuk merujuk kepada orang-orang Austronesia. Image
Sudah tentu kredit harus diberikan juga kepada Stamford Raffles – antara orang yang mengangkat bangsa Melayu melebihi taraf etnik; bangsa Melayu membentuk sebuah negara bangsa yang bertulangkan bahasa Melayu.
Idea yang dikemukakan oleh dua orang tokoh yang disebutkan di atas disambut oleh beberapa tokoh di Asia Tenggara dan dalam rumpun Austronesia sendiri.
Seorang intelektual Filipina, Wenceslao Vinzons, menubuhkan organisasi Pan-Malayan Union atau Perhempoenan Orang Mellayoe pada tahun 1930-an untuk menggalakkan pengajian sejarah, tamadun, dan kebudayaan bangsa Melayu.
Pan-Malayan Union atau Perhempoenan Orang Mellayoe oleh Wenceslao Vinzons ini turut melibatkan Presiden Filipina iaitu Diosdado Macapagal (1961-1965) dan juga Senator Ahmad Domocao Alonto.
Jose Rizal, antara pencetus semangat nasionalisme Filipina, dicatatkan pernah menggerakkan sebuah gerakan yang berteraskan Melayu. Jose Rizal telah mengumpulkan seluruh anak ‘Melayu’ dari Filipina, Hindia Timur Belanda (Dutch East Indies), Semenanjung, Borneo di Paris.
Revolusi pimpinan Jose Rizal ini sebenarnya mahu membebaskan seluruh bangsa Melayu daripada belenggu penjajah dan menubuhkan sebuah negara berpaksikan tamadun Melayu. Image
Raja Kalakaua dari Hawaii ketika bertemu dengan Raja Chulalongkorn dari Thailand pada lewat bulan Mac tahun 1881 dengan bangganya mengatakan bahawa sesungguhnya orang Polinesia ini ada darah Melayu. Raja Thailand itu membalas, orang Thailand juga ada darah Melayu.
Kemudian, ketika Raja Kalakaua sampai di Johor dan bertemu dengan Maharaja Abu Bakar, mereka saling menggambarkan diri mereka sebagai adik beradik Melayu yang terpisah. Pada kesempatan itu, Maharaja Abu Bakar menghadiahkan senaskah al-Quran kepada Raja Kalakaua.
Aku kira, penjelasan mengenai konsep Melayu dari beberapa sudut setakat ini mampu meleraikan kekeliruan yang melanda sekiranya ada. Konsep Melayu itu berubah-ubah mengikut konteks.
Sebagai seseorang yang percaya bahawa bangsa merupakan sebuah idea yang tidak pegun sebagaimana yang dibahaskan oleh sejarawan Nell Irvin Painter (race is a social construct)...
Maka aku memilih untuk memandang bahawa tiada masalah dengan mana-mana takrif Melayu yang ingin dipegang. Bangsa itu ialah sebuah idea, bukannya fakta.
Sebagai contoh, orang Amerika hari ini adalah gabungan pelbagai keturunan seperti orang Ireland, Inggeris, Jerman, dan pelbagai bangsa yang datang dari Eropah.
Namun, seiring dengan perubahan zaman, istilah bangsa asal masing-masing digantikan dengan bangsa baru yang wujud atas Amerika.
Jadi, terma dan definisi Melayu itu berbeza mengikut skop dan konteks perbincangan. Janganlah kita menuduh mereka yang berpegang pada konsep berbeza ini dengan pelbagai cemuhan kerana pada setiap kerangka sejarah, ia pernah menjadi realiti dan bukanlah sebuah ilusi.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with The Patriots

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!