, 15 tweets, 2 min read
My Authors
Read all threads
"Hamka Mempertahankan Tulisan Jawi Bangsa Melayu"

Dahulu ketika Malaysia mahu menukarkan tulisan Jawi ke Rumi, antara orang yang lantang membantahnya ialah Buya Hamka. Ini ialah kisah Buya Hamka dan ucapannya.

Oleh: Helmi Effendy
Keputusan Kongres Bahasa Melayu kedua pada 1 dan 2 Januari 1954 yang menetapkan huruf Rumi sebagai huruf rasmi dengan tidak meninggalkan huruf Jawi telah mendapat tentangan yang hebat pada waktu itu.
Bahkan Buya Hamka juga pernah menyuarakan bantahannya seperti mana dipetik sebahagian dari majalah Qalam bilangan 19 (Februari 1952):
“Pengalaman di Indonesia selama 30 tahun dapatlah saya jadikan bukti bahawasanya huruf yang dipakai itu menunjukkan pula akan jalan berfikir bangsa yang memakainya. Huruf adalah lukisan daripada kalimat yang hendak dipakai dan kalimat adalah datang dari fikiran kita.
Dahulu seluruh bangsa Melayu dan juga disebut bangsa Jawi, memakai hanya satu tulisan huruf iaitu huruf Jawi. Huruf Jawi adalah huruf-huruf Arab yang telah dipilih oleh nenek moyang kita setelah agama Islam masuk ke tanahair kita...
....baik pulau-pulau Melayu yang sekarang bernama Indonesia atau Semenanjung Tanah Melayu. Mana-mana yang tidak lengkap telah dilengkapkan oleh beliau-beliau iaitu huruf ﭺ, ڠ, ﭪ, ݢ dan ڽ seumpama ini juga diperbuat oleh bangsa Parsi.”
“Masih adakah huruf Melayu-kata kami dan huruf Jawi-kata tuan, itu di Indonesia sekarang ini?”

“Masih dan belum hilang. Tetapi terletak di tempat yang gelap iaitu di dalam surau-surau dan pengajian pondok.”
“Janganlah dibenarkan huruf Jawi (Melayu) ini hilang. Kerana keadaan kita berbeza. Seluruh Melayu Semenanjung Islam semua. Kebangsaan tuan adalah bertulang belakang kepada Islam. Tidaklah menjadi suatu kehinaan jika tuan tetap memakai shi’ar kebangsaan dengan huruf itu.”
“Orang China bertahan dengan tulisan Kanji begitu juga Jepun. Russia begitu juga. Daulat Yahudi di Palestine yang hanya 700 ribu orang pun menghidupkan huruf Ibrani.
India dan Pakistan telah terbelah, menghidupkan huruf masing-masing, India huruf Hindi, Pakistan huruf Arab yang dipinjam sebagai kita juga. Kurangkah kebangsaannya? Hinakah dia? Tidak! Sebab mereka tidak merasa rendah diri tetapi megah dengan kekayaannya!”
“Kami terpengaruh oleh fikiran Islam di Jawa ingin mencari kembali “huruf Melayu” kerana terasa bertambah kaburnya pengaruh Islam pada hal di sini sedang dicuba hendak menghilangkan pula “huruf Jawi”.
“Pulanglah kembali ke jalan raya yang tebal. Kami telah kembali dari sana! Kami telah tahu di sana ada lubang. Kalau tuan lanjutkan juga, tuan akan jatuh. Percayalah kepada kami.”
“Pengalaman-pengalaman yang telah diderita oleh 90% umat Islam di Indonesia yang dahulu hurufnya yang berkuasa sehingga segala bangsa menulis dengan huruf itu....
sekarang hurufnya muram cahayanya dan nyaris padam kerana kesesiaan pada mulanya hendaklah jadi i’tibar bagi saudara-saudara di Semenanjung.”
Sungguh, membaca ucapan beliau pada suatu masa dahulu, mempertahankan Jawi sebagai identiti bangsa Melayu, sungguh meruntunkan jiwa sebagai seorang Melayu dan Islam... .
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with The Patriots

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!