Hahaha
Dia tidak mempunyai ramai kawan tapi dia tidaklah kesunyian.
Kalau dia sunyi pun, zaman dah moden. Simsimi kan ada. huhu
Saiful digambarkan sebagai seorang lelaki yang tinggi, kacak, wajah pan asia gitu.
Digilai ramai perempuan di dalam sekolah. Bukan perempuan je, lelaki pun ada yang minat dekat dia. 😭😭😭😭
Nak cakap cantik? hmm biasa je.
Nak cakap manis? hmm kurang gula sikit.
Nak cakap baik? hmm ada lah jahat sikit.
Sebab itu, Ana hanya pendam perasaan dia.
Peminat Saiful terlalu ramai, bagi dia. Dia rasa dia level debu je. Kena tiup ngan kucing, berterbangan terbang ke tasik chini.
Dia akan ambil tahu pasal Saiful. Walaupun dia tak pernah tegur pun Saiful tu.
Entah-entah Saiful tu tak sedar pun kewujudan dia.
Akhirnya dia menjadi gadis sendu yang amat hebat di zaman sekolah.
Kalau ada anugerah sendu, dia mungkin dapat nombor satu.
Akhirnya ada satu saat dia berdoa di dalam hati.
"Tuhan. Suatu hari nanti, kalau ada orang suka dengan aku, aku akan hargai dia sampai bila-bila. Aku takkan sia-siakan dia"
Tapi dalam sudut hatinya yang dalam masih memendam perasaan pada Saiful.
Semoga zaman sendunya akan berakhir.
Semasa kelas pertama, Ana datang awal ke kelasnya.
Dia berjalan masuk tanpa segan silu dan duduk bermain phone.
Zaman tu takda pubg lagi, mungkin dia sedang bermain game ular.
Seorang lelaki masuk ke dalam kelas tu dan tanpa rasa malu, dia duduk sebelah Ana.
Ana masih leka bermain game ular.
Anaconda punya ana, leka betul bermain game.
baru dia sedar kehadiran lelaki itu di sebelahnya.
Dia mula malu. Dia sebenarnya jarang bergaul dengan lelaki serta dia malu dengan orang yang dia baru kenal.
"Hai nama saya Nurman, nama awak?" Soal Nurman memecahkan kesunyian.
Bau pun wangi. (eh kena sebut ke ni?)
Nurman memandang tepat ke arah mata Ana.
"Nama saya Ana."
Mereka mula berbual dan mula bergurau sesama mereka.
Kelihatan mereka berdua selesa antara satu sama lain.
Nurman mula mengeluarkan telefon bimbitnya untuk melihat jadual. Rupanya diorang salah kelas 🙊
"Entah-entah kita jodoh, sama-sama salah kelas." Kata Nurman sambil ketawa.
Ana hanya tersenyum mendengar kata-kata Nurman.
Sejak itu, mereka menjadi rapat.
Di mana ada Nurman di situ ada Ana. Di mana ada Ana di situ ada Nurman.
Tapi sebenarnya diorang ni macam lagu je, lagu "Teman tapi mesra."
Kehadiran Nurman membuatkan kehidupan Ana tidak lagi sendu.
Begitulah perumpamaan perubahan yang berlaku dalam kehidupan Ana.
Nurman secara tak sengaja telah meluahkan perasaan cintanya pada Ana. (sebenarnya sengaja tapi nak bagi saspens.)
Ana terkejut mendengar luahan cinta dari Nurman.
Ana minta diberikan masa untuk dia buat keputusan.
Menjadi buntu
Arah yang ingin ku tuju
Rasa resahku kian celaru
Dengan ilham ku tempuh." Dengar macam lagu tapi itu sebenarnya luahan hati Ana bermain di mindanya pada masa tu.
Terima baik buruk dia, setuju dengan semua keputusan yang dia buat.
Nurman terima Ana dengan seadanya.
Mereka berhubungan dan Nurman tidak sia-siakan perhubungan mereka.
Nurman sentiasa berusaha membahagiakan Ana.
Jadi mereka terpaksa berjauhan yang akan memberi ujian dalam perhubungan mereka.
Ana terkejut beruk kerana Saiful yang menjadi Fasi.
Setelah bertahun-tahun, akhirnya dia berjumpa semula dengan crushnya semasa di zaman sekolah. Damn.
Tapi dia cuba ignore perasaannya. "Mungkin Saiful tak kenal aku."
Ana terkejut beruk sekali lagi. Ana hanya senyum dan angguk lalu berjalan pergi.
Serta dia rasa mustahil lah Saiful tu akan suka kat dia.
Entah-entah Saiful dah ada girlfriend.
Rupanya Saiful juga ada dalam kelab tu dan Saiful adalah presiden kelab tersebut. Damn.
Semakin dekat Saiful dengan dirinya.
Mungkin lain kali jangan lari, sebab lari penat. Jadi orderlah Grab.
Ana terkejut dan jadi tak tentu arah.
Tak guna punya Ana.
Rupanya Saiful suka kan dia.
Dia selalu keluar dengan Saiful sehingga ada yang mengadu pada Nurman.
Nurman terkejut mendengar berita itu.
"Jadi awak dah tahu la?" Soal Ana.
"Ye, tapi saya tahu dari kawan saya. bukan dari awak. Apa semua ni?" Soal Nurman tidak puas hati.
"Kita dulu pun kawan dan kawan apa keluar berdua ke hulu ke hilir. " Marah Nurman.
"Jadi kalau awak tak suka, kita putusla." Kata Ana
"Sanggup sebab lelaki tu, awak cakap macamtu. Awak kenal dia, awak lupa saya " Kata Nurman.
"Saya kenal dia dulu dari saya kenal awak, awak takkan faham, baik kita putus la." Kata Ana nekad.
"Saya selalu hormat semua keputusan yang awak buat tapi keputusan kali ni, saya tak boleh terima." Kata Nurman cuba merayu lagi.
Ana hanya berlalu pergi.
Ana dapat mesej dari Nurman. "If you need me,i will be always be there for you."
Ana just ignore mesej tu dan meneruskan kehidupannya seperti biasa.
Ana mula berhubungan dengan Saiful dan akhirnya hubungan mereka menjadi semakin liar.
Mereka akhirnya terlanjur.
Ana merayu dan menangis tapi Saiful tidak peduli.
Saifool betul perangai.
Kifarah tak salah alamat. Ana terciduk guys.
Ana mula teringat doanya masa zaman sekolah dulu.
"Tuhan. Suatu hari nanti, kalau ada orang suka dengan aku, aku akan hargai dia sampai bila-bila. Aku takkan sia-siakan dia"
Jadi dia teruskan kehidupannya seorang diri dan menjadi queen of sendu semula.
Saham Simsimi mula naik semula.
Yang mengejutkan, mereka tidak jadi berkahwin kerana ujian saringan Hiv Saiful tak lepas.
Lalu Ana membuat ujian Hiv. Dup dap dup dap jantung Ana. Tapi kali ni bukan dup dap dup dap sebab jatuh cinta.
Lagi ngeri dari jatuh cinta.
Ana juga Hiv positive.
Tu pentingnya sex education.
Ana memang seorang gadis yang selalu positive tapi positive yang ini, dia tidak boleh terima.
Dia pengsan di hospital semasa membaca keputusan itu.
Ana mula malu dan menarik selimut menutup wajahnya.
"Saya malu."
"Kenapa nak malu?"
"Tinggalkan saya. Saya dah jadi manusia dah tak berguna dah sekarang." Kata Ana dengan suaranya seperti sedang menangis.
Ana membuka selimut dari wajahnya. Kelihatan mata Ana sudah berkaca.
Nurman tersenyum pada Ana.
"Hiv?? awak eksiden koma 3 hari tak sedar ,apa kena mengena ngan hiv?"
Ana terkejut mendengar kata-kata Nurman, dia melihat ada kalendar di dinding wad.
Rupanya perkara yang berlaku tadi hanya mimpi dia di dalam koma.
"Tu la merempit je tahu." Gurau Nurman yang membuatkan Ana ketawa.
Akhirnya dia sangat mencintai nurman dan menghargainya.
Mereka hidup bahagia bersama dan Ana tidak pernah mengsia-sia kan Nurman lagi.
Tamat.