Saya ada keluarkan buku berjudul "Dunia Plot Twist."
Setakat ni semua beri review positif.
Nak order boleh tekan link ni api.whatsapp.com/send?phone=+60…
atau ws sahaja ke no ini +601114476212
Sebuah rumah Apartment di tingkat 9.
Jam menunjukkan pukul 9.30 malam, dia sedang menonton televisyen.
dia memperlahankan suara tv.
"Siapa pulak datang rumah aku ni?" Soal Ammar di dalam hati.
Entah kenapa, dia rasa tidak sedap hati.
Di hadapan rumahnya dilengkapi kamera, dia dapat lihat individu yang berada di luar rumahnya.
Matanya terbelik dengan wajah yang menyeramkan berada di hadapan rumahnya.
Hanya penduduk di situ sahaja boleh sampai ke tingkat 9 menggunakan access card.
Ammar mula rasa meremang.
"Dekat depan rumah saya ni ada nenek tua, macammana dia boleh naik sampai sini, boleh tolong tengokkan tak?"
Security Guard itu naik ke tingkat 9.
Dia membuka pintu rumah.
"Mana nenek tu?" Soal Ammar pada security guard.
Ammar mula keliru, dia masuk ke dalam rumah dalam keadaan buntu.
Dia lihat nenek tua tadi yang berada di luar rumahnya. Dia menghubungi Security Guard dan seperti biasa, tiada orang di hadapan rumahnya.
"Khayalan aku ke ni?"
Selang beberapa minit, pintunya diketuk lagi.
Dia tahu itu ialah nenek tua tadi.
Di dalam bilik tidur, dia dapat dengar bunyi ketukan pintu.
Dia hanya tidur kerana kepenatan.
Dia terkejut kerana masih kedengaran bunyi ketukan pintu.
"Nenek tua ni tak reti penat ke?"
Ammar tidak mengendahkan dan sambung semula tidur.
Ammar bekerja sebagai seorang doktor di sebuah hospital.
Di tempat kerja, dia mengadu pada kawannya kerana sudah 4 malam semasa dia berada di rumah ada nenek tua mengetuk pintu rumahnya.
"Anjay la kau ni, aku takut dol." Balas Ammar.
"Kau takut apa? Nenek tu menggigit ke? Ke dia ada corona virus?"
Kelihatan wajah Ammar yang ketakutan.
"Kalau dia bukan manusia, bapak kau kan ada, hahaha." Kata Faliq.
Tapi tak sangka, Ammar ialah seorang yang penakut dan dia amat tidak berminat dengan pekerjaan ayahnya.
"Jadah kau slow talk, kau maki je nenek tu, biar dia faham bahasa." Kata Faliq memberi idea.
"hurm, I try bro."
Habis berlatih berdialog di hadapan cermin, dia mononton televisyen.
Jam menunjukkan pukul 10 malam. Pintu utama rumahnya, akhirnya diketuk.
Mula kedengaran suara nenek tua itu buat kali pertama dengan nada suara yang amat menyeramkan.
"Hehehe, Ammar, kau ada dalam rumah rupanya selama ni."
Dia yang pengecut berlari masuk ke dalam bilik.
Lalu, dia berselubung di dalam selimut.
Seperti nenek tua itu ingin masuk ke dalam rumah tapi tidak mampu.
Rumah itu telah dipagar oleh ayah Ammar.
Pagi itu, dia menghubungi ayahnya untuk datang ke rumah.
Semasa di tempat kerja, dia mengadu lagi pada kawannya.
"Adeih kau ni, kalau dia nak ngorat aku, bukan macamtu caranya."
"Aku rasa benda ni ada kena mengena dengan Fia."
"Kenapa dengan Fia?"
"Kau perasan tak, benda ni jadi lepas kau ambil kes Fia. Aku tengok kau rapat betul dengan dia." Ujar Faliq.
Fia seorang yang sangat cantik tapi mempunyai sakit misteri yang tidak diketahui.
Pelbagai ujian makmal telah dilakukan tapi masih tidak dapat diagnos sakit misterinya itu.
Maknya yang menghantarnya ke hospital.
Sejak Ammar merawatnya, Ammar diganggu oleh nenek tua itu.
"Mana ada."
"Ah jangan tipu la, aku tengok kau semacam je kalau pasal dia."
"Tak lah, aku cuma interested dengan penyakit yang dia alami tu, entah penyakit apa, penyakit misteri kot."
"Sihir. Mungkin." Kata Ammar ragu-ragu.
Semasa di rumah.
"Kau sembahyang tak? Dalam rumah ni?" Soal Ayah Ammar.
"Dah tu kau takut apa? Rumah ni pun aku dah pagar. Makhluk tu tak bole masuk." Jelas Ayahnya.
"Tapi ayah, dia ganggu saya dari luar. Acane ni yah?"
"Saya takde buat pape pun."
"Mungkin ada yang nak hantar sihir." Jelas Ayah Ammar.
"Kau pasti?"
Ammar terdiam dan dia mula berfikir.
Dia mula teringat sesuatu.
Mak Fia memarahinya. Mak Fia seperti tidak suka Fia rapat dengan Ammar.
"Saya rasa ada, tapi saya tak pasti." Kata Ammar.
"La ayah tak nak bermalam ke dalam rumah ni?"
"Eleh takut lah tu. Hahaha. Kalau nenek tu datang, kirim salam. Hahaha." Kata Ayah Ammar berlalu pergi.
Malam tiba dan waktu berlalu pantas.
Pintu utama rumahnya tidak diketuk lagi. Mungkin ayahnya sudah membuat sesuatu.
Dia memejamkan matanya.
Tiba-tiba tingkap biliknya diketuk-ketuk.
Mula kedengaran suara nyaring yang amat menyeramkan memanggil-manggil namanya.
"Ammar, Ammar, Ammar, bagi lah aku masuk."
Suara itu berlanjutan memanggil Ammar.
Apabila Ammar buka selimut, Ammar dapat lihat ada bayang-bayang nenek tua terapung di tingkap biliknya yang tertutup dengan langsir.
"Ammar, aku tahu kau ada kat dalam, hehehehe." Kata suara itu dengan nada suara yang amat menyeramkan.
Ammar mula menggigil.
"Aku takkan kacau kau. Kalau kau tak kacau dia." Kata Makhluk di luar tingkap itu.
"Siapa?"
Bayang-bayang makhluk itu jelas kelihatan terbang meninggalkan tingkap bilik Ammar.
Adakah makhluk itu maksudkan ialah Fia?
"Ada sesuatu yang tak kena ni."
Fia sudah mengalami penyakit misteri dari umurnya 9 tahun.
Sejak itu, dia sudah dapat pelbagai bantuan dari pelbagai pihak.
"Aku rasa aku dah tahu." Kata Ammar di dalam hati.
Dia bertemu dengan Faliq untuk meminta pendapat.
"Selamatkan dia dari apa?"
"Mak dia."
"Apa kau cakap ni?" Soal Faliq mula keliru.
Mak dia tak bekerja pun, aku syak mak dia sihir dia supaya dia ada penyakit misteri. So dia boleh dapatkan bantuan kewangan."
"Sebabtu aku kena ganggu dengan nenek tua tu, nenek tua tu sihir dari mak dia, sebab mak dia nak halang aku selamatkan anak dia. Dia risau aku dapat tahu segalanya." Kata Ammar dengan yakin.
"Tak lah sebab dia cantik je, aku memang nak tolong."
"Eleh ye la tu, kau suka dia kan?" Soal Faliq.
Petang itu, dia datang ke rumah Fia.
Selepas memberi salam, mak Fia keluar dari dalam rumah.
"Eh doktor, ada apa datang rumah saya?"
"Bincang apa? Boleh saya tahu?" Soal mak Fia.
"ianya berkaitan dengan tahap kesihatan Fia."
"Boleh saya masuk tak?" Soal Ammar.
"Sekejap ja."
Apabila Ammar masuk, dia rasa bulu romanya tiba-tiba naik.
Dia duduk di ruang tamu menunggu Fia muncul.
Dia berpaling ke belakang.
Belum sempat dia dapat melihat ke arah belakang, kepalanya dipukul kuat oleh objek keras.
Apabila dia sedar, dia berada di dalam sebuah bilik yang gelap.
Dia sedang duduk di atas kerusi sambil tangannya diikat.
Ammar meronta-ronta untuk melepaskan diri.
Masuk cahaya dari luar bilik ke dalam bilik yang gelap itu.
Ammar terkejut yang sekelilingnya ada banyak mayat.
Perempuan itu menghampiri Ammar.
Perempuan itu ketawa.
"Fia, apa semua ni?" Soal Ammar.
Fia ketawa terbahak-bahak.
Ammar terkejut melihat Fia.
Fia terdiam, matanya merenung tepat ke mata Ammar dengan renungan yang menyeramkan.
"Kau nak tahu ke? Semua ni salah siapa?" Soal Fia
"Semua ni salah ayah aku." Balas Fia.
"Ayah Fia?"
Ayah tinggalkan kami.
Aku dihantar di hospital dan kami berdua dapat banyak ganjaran dan bantuan dari orang ramai.
Setelah aku sembuh, bantuan mula hilang.
Jadi aku belajar sihir supaya aku kelihatan sakit dan boleh mendapatkan rawatan di hospital.
Jadi bantuan terus dapat disalurkan keluarga aku.
Hahahaha."
"Diorang semua ni mangsa sihir aku. Belajar sihir ni, ada harga yang harus dibayar. Kau akan jadi harga yang baru untuk aku bayar pada jin-jin yang bekerja dengan aku. Hahaha."
Fia memegang kepala Ammar.
Ammar rasa kepalanya sangat sakit.
Dia terjaga dari pengsan, dia sedar dia sudah ada di atas katil hospital.
Dia lihat ayahnya ada di sebelahnya sedang tidur.
Kepalanya rasa sakit. Dia lihat kepalanya berbalut.
"Apa yang berlaku ni Yah?"
"Polis dah tahan Fia dan maknya. Dalam rumah tu ada banyak mayat. Diorang tu pengamal sihir. Selamat kau berjaya diselamatkan."
"Kenapa kau rasa macam tu?"
"Ayahkan ustaz, selalu ubatkan orang berkaitan sihir."
"Bukan ayah, tapi mak kau." Jelas ayah Ammar yang membuatkan Ammar terkejut.
"Ye, dia dah meninggal tapi baru setahun bukan dari kau kecil. Ada sebab kenapa aku terpaksa tipu"
"Kenapa?" Soal Ammar.
"Tu permintaan Mak kau sendiri."
Ayah Ammar memandang ke tempat lain. Wajahnya kelihatan sayu.
"Mak kau seorang dukun."
"Ye, masa ayah kahwin dengan dia. Ayah tak tahu yang dia datang dari keluarga dukun. Tapi lepas kau lahir, semua tu terbongkar. Dia tinggalkan ayah dan kau untuk tingkatkan ilmu sihirnya.
Dia pun tak mahu kau ikut dia sebenarnya. Sebab sihir ni, ada harga yang perlu dibayar. Dia minta untuk rahsiakan tentang dirinya. Aku bagitahu kau sekarang sebab aku rasa kau ada hak untuk tahu.
Nenek tua yang datang ke rumah tempoh hari ialah antara kuasa yang ada. dia datang untuk menghalang dan memberi amaran pada kau dari bermain api dengan Fia.
Nenek tua itu yang hapuskan sihir Fia dan bantu kau dari terkena sihir dari si Fia tu.
Mak kau seorang dukun yang sangat hebat. Fia tu level semut je bagi dia." Jelas ayah Ammar panjang lebar
"Kawan kau, Faliq. Dia cakap kau lama sangat pergi rumah tu. Jadi dia tahu, ada sesuatu yang tak kena."
Ammar terdiam kaku seperti tidak dapat menerima kenyataan.
Semuanya ditangan kau sekarang. Kau dah matang, boleh fikir dengan baik. Buat keputusan dengan sebaik mungkin.
Pilih jalan keimanan bukan kemungkaran." Nasihat Ayah Ammar.
Tamat
semua jawapan itu akan ada di dalam buku Dunia Plot Twist dan buku-buku seterusnya.