My Authors
Read all threads
Misteri jam 3 pagi.

#bilalamputerpadamdengansendiri
#newthread
Ambil mood menulis balik

Dan akan sambung habiskan kisah2 yang tak habis ditulis

Ini thread satu kisah yang tak ada part2 or bersambung ibarat satu nafas sahaja
Kisah ini antara aku dan perawat yang lain.

Kami kebiasaan ada habit bila habis merawat klinik akan ditutup pada jam 12.

Selepas santai2 pekena suria 16 perawat mula balik kerumah masing2
Tapi aku dengan beberapa jemaah yang lain akan standby di klinik

Mana la tau ada kecemasan kami ada dekat klinik (alasan tido kat klinik)

Seperti kebiasaan selepas mendarat dekat atas toto mula la kami berlawan dengkur berirama
Tapi hampir dua minggu kami akan serentak terjaga pada jam 3 pagi.

Seperti ada yang mengejut kami dari tidur.

Dan kami akan berjaga sampai lepas subuh.

Nak dijadikan cerita. Aku dah tak tahan.. Dah sampai waktu aku tahan mata tak nak tidur.
Nak tgk benda apa yg mengejutkan kami dari tidur.

Tapi sampai la pada jam 2.15 macam tu aku dah tewas terlelap.

Malam tu lain sedikit.. Sebab kebiasaan kami terjaga serentak kali ini aku terjaga paling lewat itu pun lepas terdengar orang menjerit ditepi telinga
Seperti ada yang sergah aku dari tidur.

Terkejut beruk aku bangun.

Terus buka langkah silat meloncat umpama harimau hendak menerkam mangsa.

(lantak la sumbang ke apa. Yang penting bersiap sedia) mana la tau ada orang nak samun ke apa
Jemaah yang tidur sekali dekat klinik dah hairan bin ajaib.

Dah apahal aku ni..

Rupa2nya dorang terjaga sebab ada seorang jemaah yang meracau kerasukan dalam tidur
So dorang memang dah terjaga awal.

Aku yang dah terkejut dengar tempikan td tunduk malu sorang2 ya la dah la meloncat dari tempat tidur dengan tak semena2.

Dorang tanya aku "asal bang? Dah buang tabiat ke apa"
"err saya dengar orang tempik kat telinga td. Terkejut tu yang terkeluar langkah sumbang td. Ni apa kes ni? Terpekik pagi2 buta"

"hmm entah la bang. Dah 20 minit dah si haris ni meracau, kami kejut tak nak pula bangun. Nak penyepak kesian pula"
Hmm ate kome.. Kejut le aku lain kali.. Dah aku terkejut beruk..

Baru aku ingat.

Yang aku kan paksa diri tak nak tidur.

Aku tengok jam dah pukul 3.15 maknanya aku dah terlepas dari waktu yg aku nak lihat benda apa yg ganggu kami pada jam 3 pagi
Dan waktu sebelum aku tidur. Aku tgk si haris ni sibuk ralit lagi main hp dia.

Main coc ada nak polo war clan.

Tengah sibuk tggu pekka siap nak join war katanya.
Entah2 dia kena rasuk sebab tak tidur kut.

So aku tanya jemaah lain
"korang terjaga pukul brapa td?"

"Kami terjaga macam biasa bang pukul 3 tapi waktu terjaga tu dah dengar haris meracau"
Hmm sah dan sohih la..

Haris ni sampai pukul 3 tak tidur so dia je la mangsa yang berjaga dan kena gangguan depan mata.

Aku ambil wudhuk. Dan mulakan merawat.

Aku malas nak ruqyah panjang2 guna shortcut
Guna lam jallalah dan kaf.

Selesai aku suruh si haris duduk tegak alif lantas aku syifakan terus.

Alhamdulilah haris terjaga. Aku suruh haris ceritakan apa yg belaku
"saya tgh main hp bang. Tengah elok saya duk ralit main hp.. Almari simpan barang tu macam bergegar"

-dalam almari tu mmg kami ada simpan barang2 pesakit yg pesakit suruh buang. Kami mmg buang barang sebulan sekali since malas nak ke laut hari2 (jauh gile)
"Lepas je saya bangun nak ke almari tetiba bahu saya kena tepuk dan saya dengar orang cakap kat belakang saya.."

"Hihihihi hari ni ada seorang tak tidur lagi.."

Lepas tu saya tak sedar dah bang
Baru aku teringat yang 3minggu lepas ada satu family datang berubat nak buang saka.

Dan dorang ada serahkan beberapa barang utk dihanyutkan

Katanya barang peninggalan tok nenek moyang dorang
Barang2 tu aku letak dalam almari tu.
Hmm tak pernah lagi jadi isu kena ganggu dengan khadam barang ni.

Sebab selalunya kami akan pasak terlebih dahulu baru letak dalam almari.

"siapa hari tu last letak barang dalam almari?"
"err abang sendiri la yang letak"

"aduh aku ingat korang dah lock barang tu. So aku main letak je la."
Sekali aku sendiri yang cuai

So aku setelkan apa yang patut dan aku minta jemaah2 rahsiakan dari bg tau guru.

Hahaha mampuih aku kena ceramah mau 44 hari kena bebel
Sebagai tanda maaf aku belanja dorang breakfast lepas subuh.

Ok tamat sudah thread simple.

Maaf sebab lama menyendiri.

Maklum la sibuk sikit.

In sha ALLAH thread lama akan bersambung balik.

Assalamualaikum
Salam rindu buat semua pembaca

#toksidangbercerita
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with AKU SANG PENDOSA (SIJAHAT)

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!