Profile picture
ريمااوXI @RimauXI
, 21 tweets, 7 min read Read on Twitter
Kesalahan-kesalahan berunsurkan penipuan yang berkaitan 1MDB. Sumber: Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), 7 April 2016.

Ini adalah thread.
Penyokong-penyokong BN menyatakan bahawa laporan PAC membuktikan bahawa tiada apa-apa salahlaku telah dilakukan berkaitan 1MDB.

Adakah kenyataan ini benar?
A. Pinjaman Palsu USD700 Juta

28 September 2009: satu perjanjian usahasama telah ditandatangani antara 1MDB & PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd. Siapakah yang hadir untuk majlis menandatangani perjanjian usahasama ini?
1. Perjanjian ini ditandatangani di Kuala Lumpur, Malaysia, bukannya di Singapura, Switzerland atau Amerika Syarikat (bidang kuasa DoJ).
2. Dalam perjanjian tersebut, terdapat satu klausa aneh yg menyatakan PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd. telah memberikan pinjaman USD700 juta kepada syarikat usahasama dinamakan 1MDB PetroSaudi Ltd. yg ditubuhkan pada 18 September 2009, 10 hari sebelum perjanjian ditandatangani.
3. Apa yang lebih aneh ialah satu surat meminta pembayaran balik pinjaman telah dihantar menggunakan kepala surat PetroSaudi International Ltd., sedangkan pinjaman dikatakan diberi oleh PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd.
4. Penggunaan nama syarikat yang seakan-akan sama merupakan kaedah yang sering digunakan dalam penipuan. Untuk PetroSaudi, 3 syarikat lain telah didaftarkan menggunakan nama "PetroSaudi", selain syarikat yang ditubuhkan di Arab Saudi.
5. 30 September 2009: Bank Negara Malaysia telah meluluskan pindaan dana. USD700 juta telah dipindahkan untuk "membayar balik pinjaman" ke satu syarikat yang tidak terlibat dengan perjanjian usahasama.

Wahai penyokong BN, USD700 juta daripada Bank Negara Malaysia itu duit siapa?
6. Syarikat yang tidak terlibat dengan perjanjian usahama tetapi menerima dana USD700 juta ini, syarikat apa pula?

Ia adalah syarikat Good Star Ltd. PAC diberitahu bahawa Good Star Ltd. merupakan anak syarikat PetroSaudi. Adakah ini benar?
7. Jawapannya tidak. Good Star Ltd. ialah milik individu kesayangan BN: Jho Low.

Penyokong BN akan dimomokkan dengan maklumat bahawa Jho Low tidak bekerja dengan 1MDB. Namun adakah perompak perlu bekerja dengan sesebuah syarikat untuk merompaknya?
B. Sumbangan Aset Palsu USD1.5 Bilion

Dalam perjanjian usahasama 1MDB dengan PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd., 1MDB akan melabur USD1 bilion dalam bentuk tunai, manakala PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd. akan menyumbang dalam bentuk aset bernilai tidak kurang USD1.5 bilion.
8. Untuk menilai aset yang dikatakan bernilai USD1.5 bilion ini, jurunilai telah dilantik.

Apa yang aneh ialah jurunilai ini telah menilai aset milik PetroSaudi International Ltd., sedangkan perjanjian usahasama menyatakan aset dimiliki oleh PetroSaudi International Cayman.
9. Aset yang dinyatakan ialah hak penerokaan & pengeluaran minyak untuk blok di Argentina & Turkmenistan.

Lebih aneh apabila penilaian dibuat, didapati bahawa blok tersebut dimiliki oleh syarikat lain, bukan PetroSaudi International Ltd. mahupun PetroSaudi International Cayman.
10. Sudahlah PetroSaudi menyumbang dalam bentuk aset, berbanding 1MDB yang melabur USD1 bilion dalam bentuk tunai.

Aset yang disumbangkan pula bukanlah milik PetroSaudi.

Adakah penyokong BN masih menganggap tiada salahlaku dinyatakan dalam laporan PAC?
C. Penyelewengan Dana USD1.58 bilion

Menteri Kewangan dengan sokongan Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan surat sokongan penerbitan bon bernilai USD3 bilion.
11. Bon USD3 bilion ini dikatakan bertujuan sebagai pinjaman atau pelaburan dalam Abu Dhabi Malaysia Investment Company Ltd. (ADMIC), syarikat usahasama antara 1MDB & Aabar.
12. Namun penyata kewangan 1MDB menunjukkan sejumlah USD1.56 bilion daripada terbitan bon bernilai USD3 bilion itu telah "dilaburkan dalam portfolio pengurus dana di BSI Lugano, Switzerland".

Laporan PAC menyatakan "pelaburan di luar negara" ini bernilai USD1.58 bilion.
13. Siapakah "pengurus dana di BSI Lugano" yang dimaksudkan?
14. Apa pula terjadi kepada dana yang "dilaburkan dalam portfolio pengurus dana di BSI Lugano"?

Rujuk carta aliran berikut:
15. Jadi adakah penyokong BN masih mahu mengatakan bahawa laporan PAC tidak menyatakan apa-apa salahlaku berkaitan 1MDB?

Adakah penyokong BN lebih percaya kepada Arul Kanda berbanding Jabatan Audit Negara?
*pindahan
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to ريمااوXI
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!