, 14 tweets, 6 min read
My Authors
Read all threads
Cukai Perkhidmatan Digital & kesannya kepada rakyat Malaysia.

Bermula 1 Januari 2020, Kerajaan 🇲🇾 akan melaksanakan satu cukai baru yang dikenali sebagai Cukai Perkhidmatan Digital atau #DigitalTax. Adakah #DigitalTax ini bakal menjadi beban baru rakyat 🇲🇾 pada tahun 2020?
#DigitalTax ini adalah salah satu daripada cukai baru yang diperkenalkan oleh Kerajaan 🇲🇾 pasca pemansuhan GST. Sebelum ini, Kerajaan telah memperkenalkan semula Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) bagi menggantikan GST.
Hasil kutipan SST gagal menghasilkan pulangan sekitar RM40 Billion seperti GST. SST hanya memberi pulangan sekitar RM20 Billion sekaligus memaksa Kerajaan memperkenalkan beberapa cukai - cukai lain seperti #DigitalTax ini bagi menampung kekurangan hasil dari SST.
Selepas Cukai Gula yang dikenakan terhadap minuman manis (RM0.40 / Liter) yang dilaksanakan pada 1 Julai 2019 dan Cukai Pelepasan Penerbangan (RM8 - RM150 mengikut kelas & destinasi) yang dilaksanakan pada 1 September 2019, kini tiba pula giliran #DigitalTax untuk dilaksanakan.
#DigitalTax wajib dikutip oleh mana-mana pemberi perkhidmatan asing yg memberikan apa-apa perkhidmatan digital kepada pengguna di 🇲🇾. Maka nama besar seperti Google, Amazon, FB, Spotify & Netflix Inc wajib kutip cukai ini dari pengguna di 🇲🇾 & membayarnya kepada Kerajaan 🇲🇾.
"Pengguna" termasuklah individu & para syarikat. Digital Start - up company yang kini menjadi bidang popular diceburi oleh anak muda akan menerima kesan besar. Ini kerana mereka memerlukan banyak perkhidmatan digital dari syarikat asing bagi fasa permulaan perniagaan mereka.
Satu perkara yang rakyat Malaysia perlu bersedia adalah kos tambahan yang bakal ditanggung oleh para syarikat Malaysia yang berurusan dengan syarikat pemberi perkhidmatan asing (Business-To-Business). #DigitalTax 6% ini akan meningkatkan kos operasi perniagaan syarikat ini.
Lumrah dunia perniagaan, syarikat mahukan keuntungan, maka kos tambahan 6% #DigitalTax ini akan dialihkan kepada pengguna menerusi kenaikan harga produk & perkhidmatan mereka.
Tahun 2020 adalah tahun mencabar buat para syarikat & pengguna Malaysia. Subsidi petrol yang bakal dimansuhkan pada 2020 pasti akan menaikan kos operasi perniagaan, ditambah pula dengan #DigitalTax yang akan membuatkan kos operasi perniagaan naik berganda.
Tekanan kenaikkan kos operasi berganda para syarikat ini seterusnya akan diserahkan kpd pengguna & rakyat 🇲🇾. Rakyat selain B40 yg subsidi petrol mereka masih dalam perbincangan kerajaan pasti antara golongan yg paling terasa akan pelbagai kenaikan harga barang pada tahun 2020.
Selepas Cukai Gula, Cukai Pelepasan & #DigitalTax apa seterusnya? Dikhabarkan Cukai Vape / Cukai Rokok Elektronik kini dalam pertimbangan kerajaan untuk diperkenalkan.
Bahkan bermula 2021, semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas, tidak kira layak membayar cukai pendapatan atau tidak, akan dibekalkan oleh kerajaan dengan nombor pengenalan cukai, Tax Identification Number (TIN).
Selepas pengenalan TIN kepada setiap rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas ini, tidak pasti apa lagi jenis cukai yang bakal kerajaan perkenalkan bagi menampung kekurangan hasil negara selepas pemansuhan GST. Semoga kita semua bersedia menjelang tahun 2020 hendaknya.
Infografik daripada @bernamadotcom menunjukkan bagaimana #DigitalTax mencukai. Sumber dari @KastamMalaysia 🇲🇾.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Isamuddin Isa

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!