, 20 tweets, 3 min read
My Authors
Read all threads
Suasana tenang di pagi hari berubah apabila sesuatu yang aneh berlaku. Satu beg berisi dua biji limau bali diletakkan di luar lif sebuah apartmen. Ingatkan ianya hadiah daripada seseorang, tetapi limau bali itu tiba-tiba meletup. Apa yang terjadi?

Nantikan thread malam ni.
Jam 8 pagi, mangsa keluar dari rumahnya di Aparment Desa Tun Razak, Cheras dan menuju ke lif. Sebelum masuk ke dalam lif, mangsa nampak satu beg ditinggalkan di koridor. Mangsa kemudian membuka beg tersebut dan melihat 2 biji limau bali ada di dalam beg.
Inginkan kepastian siapa yang memberi limau itu, mangsa kemudian mencari sesuatu di dalam beg itu. Malangnya, limau bali kemudian meletup dengan kuat dan menyebabkan mangsa terbakar. Mangsa meraung kesakitan.
Seorang saksi melihat mangsa berada dalam kesakitan akibat terbakar dan letupan itu menyebakan mangsa meninggal dunia.
Siasatan menunjukkan limau bali tersebut telah diubahsuai menjadi bom. 2 paket bungkusan mercun bola digunakan untuk meletupkan limau bali tersebut. Persoalannya, siapa yang sanggup melakukan tindakan sebegitu hingga mangsa mati?
Rakaman cctv digunapakai bagi menjejaki suspek. Video rakaman jelas menunjukkan pengerakan suspek membawa beg berwarna biru memasuki lif dan naik ke tingkat 12 apartmen. Ketika suspek turun dari lif yang sama, beg tersebut tiada bersamanya. Ianya ditinggalkan di koridor.
Sehari selepas kejadian, suspek berjumpa dengan kawannya untuk menumpang tido di ofis kawannya. Suspek dikatakan sedang mempunyai masalah dengan isterinya. Disebabkan tiada bekalan air, suspek tinggal di rumah kawannya yang lain.
Semasa bertemu dengan kedua-dua kawannya itu, suspek mengakui dia sudah melakukan sesuatu kepada mangsa. Suspek mengaku dia bertanggungjawab membuat bom untuk membalas dendam.
Suspek geram dengan mangsa kerana suspek kalah judi. Akibat kalah judi, dia mengalami kerugian yang terlalu besar. Suspek cuba meminta pertolongan mangsa untuk memberi pinjaman sebanyak RM20 ribu. Tetapi, mangsa enggan memberikan duit tersebut. Suspek bertambah geram.
Suspek kemudian diburu polis dan akhirnya ditangkap hampir sebulan selepas insiden letupan bom limau bali itu. Polis dapat mengesan sebuah kereta di parking lot Hospital Sg Buloh dan menjumpai satu bungkusan plastik mengandungi kabel berwarna putih.
Kabel ini disyaki digunakan suspek untuk membuat bom sendiri. Polis kemudian membuat serbuan di rumah suspek. Satu bilah gergaji kecil, beberapa kotak mancis dan penutup elektrik dijumpai.
Suspek kemudian didakwa di Mahkamah Tinggi KL atas kesalahan membunuh mangsa. Hakim telah memutuskan suspek bersalah dan dikenakan hukuman gantung sampai mati.
Suspek kemudian didakwa di Mahkamah Tinggi KL atas kesalahan membunuh mangsa. Hakim telah memutuskan suspek bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung smpai mati.
Peguam bela suspek kemudian membuat rayuan sabitan dan hukuman yang dikenakan di Mahkamah Rayuan Putrajaya. Peguam bela mengatakan suspek sebenarnya tidak berniat untuk membunuh mangsa.
Suspek hanya bersalah menyebakan mangsa mati. Tindakan suspek menggunakan bahan letupan tidak disangka mampu menyebabkan mangsa mati. Laporan pakar patologi juga tidak menunjukkan mangsa akan meninggal dunia sekiranya bom buatan sendiri itu meletup.
Hujahan peguam bela ditolak panel hakim Mahkamah Rayuan. Walaupun laporan pakar patologi tidak menunjukkan mangsa akan mati setelah terkena letupan bom tersebut, bukti-bukti keadaan (circumstantial evidence) berjaya mengaitkan suspek dengan niat membunuh.
Suspek sudah mengaku pada kawannya dia yang membuat bom limau bali tersebut untuk mambalas dendam. Jadi, suspek mempunyai motif membunuh mangsa.
'Motive of an accused may be essential if it is a case where the prosecution relies on circumstantial evidence' (kes Mahkamah Rayuan Aung Tun v PP).
'It is well established that a person can be convicted for murder purely on circumstantial evidence that too without the body of victim being found and merely through documentary evidence' (Sunny Ang v PP).
Panel hakim Mahkamah Rayuan YAA Hamid Sultan, Tengku Maimun dan Mah Weng Kwai pada Mei 2014 memutuskan suspek bersalah atas kesalahan membunuh mangsa di bawah s 300 KK dan dihukum gantung sampai mati.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Sir kamarul

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!