, 20 tweets, 3 min read
My Authors
Read all threads
Dulu pernah ada kes duit hilang sebab boyfriend curi. Takut kena tangkap polis, boyfriend pun menyamar dan berlagak macam ustaz. Kononnya boleh rawat penyakit dan halau hantu pada duit yang hilang. Rawatan yang dibuat rupa-rupanya membawa satu kisah ngeri.

Nantikan malam ni.
Kes ini tercetus angkara kehilangan duit dan barang kemas kepunyaan mangsa dan ibu mangsa. Barang kemas dan duit tersebut sebenarnya telah dicuri oleh suspek. Suspek cuba menafikan dia yang mencuri dengan menyuruh mangsa menjalani rawatan tradisional.
Rawatan itu perlu bagi menghalau hantu yang dikatakan ada pada duit yang hilang. Suspek bersama 3 orang rakannya yang lain merupakan pelajar di sebuah kolej di ibu negara dan mangsa dipercayai merupakan pensyarah dan juga kekasih kepada suspek utama.
Ketika rawatan hendak dijalankan, barang kemas emak mangsa dikumpul dan diletakkan dalam satu bekas plastik. Barang kemas tersebut diberikan kepada suspek utama. Rawatan pertama kali yang sepatutnya dibuat di rumah mangsa telah dibatalkan tanpa alasan yang jelas diberikan.
2 hari kemudian, suspek bersama 3 rakannya berkumpul. Mereka ingin merancang sesuatu. Kali ini bukan rawatan tradisional yang mahu dibuat. Suspek utama yang merupakan kekasih mangsa tahu mangsa akan membuat laporan polis tentang kehilangan wang dan barang kemas.
Suspek pun gelabah. Dia mungkin akan dipenjara dan disebat atas kesalahan mencuri. Jadi, dia dan rakannya perlu bertindak pantas. Suspek memberikan sarung tangan dan tali kepada 3 rakannya. Mereka rancang nak bunuh mangsa dan ayah mangsa.
Pada hari kejadian, ibu mangsa tiada di rumah bersama mangsa dan ayahnya kerana telah pulang ke kampung halaman di Johor. Ketika itu, suspek dan 3 rakannya datang ke rumah mangsa. Mangsa ingatkan mereka ingin membuat rawatan seperti dijanjikan. Mangsa sebenarnya diperangkap.
Ketika tiba dirumah mangsa, suspek dan seorang kawannya keluar sekejap dari rumah mangsa untuk berjumpa dengan seseorang di tempat lain. Yang tinggal di rumah hanyalah ayah mangsa dan 2 orang rakan suspek.
Ayah mangsa dan 2 rakan suspek sama-sama menonton TV ketika itu. Salah seorang daripadanya bangun dan pergi ke tandas. Dia kembali dengan memakai sarung tangan. Rakan suspek itu terus tarik ayah mangsa dan mengikat tangan dan kaki. Hidung dan mulut ayah mangsa ditutup.
Ayah mangsa ditarik ke dalam bilik paling depan. Rakan suspek terus menutup mulut dan hidungnya sehingga tidak lagi bernafas. Setelah ayah mangsa tidak lagi bernafas, mereka semua duduk di ruang tamu. Menunggu mangsa dan suspek sampai.
Semasa mangsa tiba di rumahnya, mangsa ingin berjumpa dengan ayahnya. Tapi, dihalang oleh suspek. Mangsa dibawa ke bilik belakang dan di situ mangsa pula dikerjakan. Muka mangsa ditutup dengan bantal. Mangsa meronta-ronta. Mangsa kemudian terkulai dan meninggal.
Selepas kejadian itu, kesemua suspek melarikan diri ke utara tanah air. Kematian mangsa dan ayahnya dapat dihidu ibu mangsa yang berasa curiga. Dia sudah tidak dapat berhubung dengan anak dan suaminya beberapa hari sebelum kejadian. Firasatnya menjangkakan perkara buruk terjadi.
Laporan polis kemudian dibuat ibu mangsa. Suspek dan 3 rakannya ditahan dan didakwa atas kesalahan membunuh. Mahkamah Tinggi telah suspek dan 2 rakannya bersalah dan digantung sampai mati. Seorang rakan suspek dilepaskan dan dibebaskan.
Peguam bela suspek kemudian membuat rayuan di Mahkamah Rayuan Putrajaya. Suspek dikatakan tidak terlibat membunuh ayah mangsa. Suspek tiada di tempat kejadian ketika ayah mangsa dibunuh. Adakah hujahan ini diterima mahkamah?
Panel hakim Mahkamah Rayuan menolak hujahan peguam bela suspek. 'Presence is not necessary to consitute participation in every case. It is sufficient for the accused to have done an act with some nexus to the offence' (kes Mahkamah Persekutuan, Farose v PP)
'What took place in the accused's house is sufficient to show the existence of common intention amongst four accused persons to murder'. 'This is the pre-arranged plan that was hatched to commit the offence'.
Peguam bela suspek juga berhujah punca mangsa dan ayahnya meninggal tidak dibuktikan dengan jelas melalui bukti perubatan ianya mampu menyebabkan mereka mati. Mereka meninggal mungkin kerana lebihan dos paracetamol. Tetapi, hujahan peguam bela ditolak.
'The evidence had indeed revealed both deceased died on account of being smothered by accused person, both had died of asphyxiation'. Jadi punca kematian mangsa dan ayahnya memang telah dibuktikan dengan jelas.
Panel hakim Mahkamah Rayuan, YAA Aziah Ali, Rohana Yusuf dan Ahmadi Haji Hasnawi pada Mac 2017 telah menolak rayuan peguam bela suspek. Kesemua suspek kekal bersalah dan dihukum gantung sampai mati.
Keputusan Mahkamah Rayuan dirayu peguam bela suspek ke Mahkamah Persekutuan. Pada Mac 2018, panel 5 hakim diketuai Ketua Hakim Negara, YAA Tun Md Raus Sharif telah mengekalkan sabitan dan hukuman yang dikenakan. Semua suspek bersalah dan dihukum gantung sampai mati.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Sir kamarul

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!