, 24 tweets, 3 min read
My Authors
Read all threads
Sebuah kereta berhenti parkir di luar rumah. Mahu minta derma katanya. Yang peliknya nombor plat belakang kereta telah dicabut. Tuan rumah pun keluar setelah ucapan salam diberikan. Tanpa diketahui, pembunuh upahan sebenarnya ada dalam kereta tu.

Apa yang jadi? Sambung malam ni
Setelah menyedari ada tetamu yang datang, tuan rumah telah keluar dari rumah dan pergi buka pintu pagar. Tetamu itu ditanya sama ada mahu singgah dahulu ke rumah. Tetamu itu terus jawab 'tak pa sekejap sahaja'. Beberapa saat kemudian, seseorang keluar dari kereta yang diparkir.
Tanpa disangka, tiga das tembakan dilepaskan ke arah tuan rumah. Tembakan mengenai dada mangsa. Anak mangsa yang melihat kejadian itu dapat melihat kedua-dua lelaki yang berada di luar rumah masuk semula ke dalam kereta dan terus beredar dari situ.
Mangsa yang rebah berlumuran darah telah meninggal dunia. Bedah siasat dijalankan di hospital mendapati terdapat beberapa luka tembakan masuk dan keluar pada tubuh mangsa. Punca kematian disahkan akibat dari kecederaan dan pendarahan di dada hasil tembakan di dada.
Kenapa mangsa dibunuh? Siasatan polis mendapati terdapat satu konspirasi telah dirancang untuk membunuh mangsa. Mangsa yang merupakan seorang pegawai agama dikatakan kerap kali mengganggu aktiviti sebuah kumpulan ajaran sesat. Kelibat mangsa amat tidak disenangi.
Ini kerana mangsa banyak kali menyebarkan keburukan ajaran sesat tersebut. Ketua ajaran sesat itu kemudian merancang satu konspirasi bagi 'melenyapkan' mangsa dari muka bumi. Kumpulan tersebut mengatakan 'Tuhan arahkan kamu untuk melenyapkan mangsa kerana tidak jalankan tugas
dengan adil di sisi Tuhan'. Pelbagai cara pada awalnya dirancang seperti melanggar lari mangsa, menculik mangsa dan meletakkan racun dalam makanan. Tetapi melihatkan lokasi yang tidak sesuai, suspek menegaskan 'perintah Tuhan kalau boleh disegerakan'.
Suspek kemudian diberi 'kebenaran' untuk membunuh mangsa dan arahan 'shot to kill' diberikan supaya mangsa dibunuh. Kelibat mangsa kemudian diintai oleh 3 orang rakan suspek. Ketiga-tiga orang rakan suspek ini memantau pengerakan mangsa di rumahnya di Kuantan.
Ketiga-tiga rakan suspek ini menaiki kereta yang berlainan dengan kereta yang berhenti di depan pintu pagar mangsa. Mereka ini hanya memerhati dari jauh mangsa ditembak. Polis berjaya menahan ketiga-tiga rakan suspek ini dan mereka dijadikan saksi penting bagi pihak pendakwaan.
Ketiga-tiga mereka merupakan saksi-saksi yang diberikan perlindungan di bawah Akta Perlindungan Saksi 2009. Kedua-dua suspek yang datang ke rumah mangsa pada hari kejadian ditangkap dan didakwa atas kesalahan membunuh mangsa.
Hakim Mahkamah Tinggi menegaskan 'keterangan dari rakan sejenayah tidak semestinya tidak boleh diterima'. Penilaian yang teliti dibuat oleh Mahkamah supaya keterangan mereka tidak prejudiskan tertuduh.
Mahkamah Tinggi telah memutuskan kedua-dua suspek bersalah dan dihukum gantung sampai mati di bawah s 302 KK.
Ketua ajaran sesat bersama isteri dan orang kanannya turut didakwa atas kesalahan konspirasi jenayah di bawah s 120B (1) KK, namun telah dilepas dan dibebaskan diakhir perbicaraan di Mahkamah Tinggi. Ini kerana ada keraguan mengenai wujudnya arahan untuk membunuh.
Suspek dikatakan mendapat arahan membunuh dari ketua ajaran sesat tersebut sedangkan suspek dikatakan banyak kali berkomunikasi dengan isteri ketua ajaran sesat itu. Ketua mereka sebenarnya berada dalam keadaan uzur dan ini memungkinkan wujud kesukaran untuk berkomunikasi.
Disebabkan adanya percanggahan siapakah yang memberi arahan supaya membunuh mangsa, kesalahan konspirasi jenayah tidak dapat dibuktikan.
Pada April 2018, panel hakim Mahkamah Rayuan YAA Zawawi Salleh, Kamardin Hashim dan Rhodzariah Bujang memutuskan suspek bersalah atas kesalahan membunuh. Keputusan Mahkamah Tinggi dikekalkan.
Suspek cuba menafikan penglibatan dengan mengatakan mereka tiada di tempat kejadian semasa pembunuhan berlaku. Tetapi hujahan suspek hanyalah penafian dan rekaan semata-mata. Anak mangsa dengan jelas nampak kelibat dua orang suspek ketika tembakan berlaku.
Suspek juga cuba menafikan mereka mempunyai niat bersama untuk melakukan pembunuhan. Tetapi, hujahan suspek ditolak hakim. Perancangan sudah diatur rapi oleh suspek untuk membunuh mangsa. Keterangan dari rakan suspek dan perbualan telefon dijadikan bukti penglibatan.
'When a criminal act is done by several persons, in furtherance of common intention of all, each of such person is liable for that act in the same manner as if the act were done by him alone' (seksyen 34 KK).
Pada November 2018, panel 5 hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara ketika itu, YAA Richard Malanjum telah memutuskan suspek bersalah membunuh mangsa. Tuduhan berlakunya konspirasi jenayah digugurkan disebabkan ketua jaran sesat telah meninggal dunia.
Kedua-dua suspek kekal bersalah dan hukuman gantung sampai mati dikekalkan. Dalam kes ini, sebenarnya ada tiga orang suspek yang berada dalam kereta yang berhenti di depan rumah mangsa. Suspek yang memberi salam semasa tiba di di depan pintu pagar dipercayai masih bebas.
Kejadian menyayat hati ini berlaku pada November 2013 di kawasan perumahan di Indera Mahkota 2, Kuantan Pahang.
Sehari sebelum kejadian, kerana curiga kereta suspek parkir di sebelah rumah, jiran mangsa sempat mengetuk cermin kereta suspek. Suspek ditanya 'tengah tunggu siapa?'. Suspek menjawab 'nak tunggu kawan'. Ketika inilah, muka suspek termasuklah pembunuh upahan dapat dilihat jelas.
Ketika sesi kawad cam tidak sampai sebulan selepas kejadian, saksi dapat mengecam wajah suspek dengan cepat. Peguam bela berhujah,sepatutnya suspek tidak dapat dicam dengan sebegitu pantas kerana dikatakan memakai topi sudu ketika menembak mangsa. Hujahan tersebut ditolak hakim.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Sir kamarul

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!