, 23 tweets, 3 min read
My Authors
Read all threads
Tompokan darah di luar bilik hotel timbulkan tanda tanya. Aduan dibuat pada pengurus hotel supaya pintu bilik dibuka. Pintu tidak dapat dibuka. Sepasukan polis kemudian tiba. Kemudian terdengar suara 'kalau you masuk, saya akan bunuh ini orang'.

Apa yang jadi? Nantikan malam ni
Pada hampir jam 7 pagi pada 23 Februari 2005, suasana tenang di sebuah hotel di ibu negara kemudian bertukar kecoh. Seorang tetamu hotel ternampak tompokan air merah pekat di atas lantai di luar bilik hotel. Tetamu hotel tersebut berasa tidak sedap hati.
Ini kerana tompokan merah itu adalah darah manusia. Pintu bilik kemudian diketuk dari luar. Mungkin ada sesuatu yang berlaku di dalam bilik tersebut. Kerana ingin tahu kenapa ada tompokan darah, pintu bilik tersebut cuba dibuka namun gagal.
Kemudian, ada suara kedengaran dari dalam bilik. Penghuni bilik itu arahkan tetamu di luar bilik supaya beredar dan jangan ganggu dia. Curiga ada sesuatu yang buruk berlaku, kejadian ini terus dimaklumkan kepada pengurus hotel. Dengan pantas, pengurus hotel tiba.
Beliau kemudian menjerit dan arahkan penghuni bilik no 3022 tersebut supaya membuka pintu bilik. Penghuni bilik itu menjawab dari dalam bilik 'jika kamu buka pintu, ada seseorang akan pukul saya'. 'Lebih baik kamu panggil polis'.. Dengan segera, polis dipanggil.
Ketika polis tiba, polis arahkan penghuni bilik tersebut membuka pintu sebelum pintu bilik dirempuh masuk. Polis kemudian terdengar 'kalau you masuk, saya akan bunuh ini orang, lu balik, jangan kacau saya'. Polis kemudian bertindak pecahkan pintu bilik tersebut.
Pintu tersebut tidak dapat dibuka sepenuhnya kerana dihadang dengan katil dan rak tv. Melalui celahan pintu bilik yang terbuka, polis dapat melihat keadaan bilik yang agak bersepah. Yang lebih mengejutkan ialah kelihatan seorang lelaki berbogel.
Lelaki tersebut sedang memegang 'VCD player' di sebelah tangannya. Sebelah lagi memegang rambut seorang perempuan (mangsa). Tangan dan kaki mangsa tersebut telah diikat. Mangsa kemudian diheret ke dalam tandas. Polis ketika ini masih tidak dapat masuk ke dalam bilik.
Suspek yang mengheret mangsa ke tandas kemudian berdiri di atas mangkuk jamban. Sambil memegang botol kaca yang pecah, suspek menjerit 'saya bunuh dia orang, saya bunuh dia orang'. Polis kemudian terus merempuh masuk dan menangkap suspek.
Pakar patologi mengesahkan mangsa mati disebabkan kecederaan teruk di muka dan leher mangsa. Ahli kimia mengesahkan darah suspek mengandungi amphetamine dan methamphetamine dan memaklumkan 'seseorang di bawah pengaruh dadah jenis psycostimulant boleh pngaruhi fikiran kita'.
Suspek kemudian didakwa di Mahkamah Tinggi KL atas tuduhan membunuh mangsa. Hakim Mahkamah Tinggi menolak kesemua hujahan peguam bela suspek. Walaupun suspek positif dadah, suspek tidak berada dalam keadaan mabuk dan masih sedar dengan apa yang telah dilakukannya.
Hakim menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada suspek di bawah s 302 KK. Suspek bersalah membunuh mangsa. Keputusan hakim mahkamah tinggi ini kemudian disahkan oleh panel hakim Mahkamah Rayuan. Mahkamah Rayuan juga memutuskan suspek bersalah kerana membunuh mangsa.
Kes ini kemudian naik ke mahkamah paling tinggi, Mahkamah Persekutuan. Peguam bela suspek membuat rayuan di hadapan panel hakim tertinggi negara. Kes didengar 5 hakim diketuai Ketua Hakim Malaya ketika itu, Zulkefli CJ. Panel hakim juga terdiri daripada YAA Richard Malanjum,
Hashim Yusoff, Abdul Hamid Embong dan Sulong Matjeraie. Peguam bela berhujah suspek sebenarnya tidak berniat membunuh mangsa dan tidak patut dihukum gantung sampai mati.
Dalam hujahan tersebut, 'the injuries inflicted on the deceased were not sufficient in the ordinary course of nature to cause death'. Ini kerana laporan pakar patologi mengesahkan kecederaan teruk di bahagian muka dan leher mangsa adalah kerana suspek berulang kali memukulnya.
Secara semula jadinya, kecederaan tersebut tidak akan boleh membawa maut. Dengan itu, suspek seharusnya didakwa di bawah s 299 KK (menyebabkan kematian bukan kerana membunuh) dan bukannya di bawah s 300 KK (membunuh).
Sekiranya didakwa di bawah S 299, suspek didapati bersalah kerana 'with the knowledge that he is likely by such act to cause death'. Perbuatan suspek kemungkinan berlakunya kematian kepada mangsa adalah rendah. Ianya bukan dianggap membunuh mangsa dengan niat (Raja Azlan Shah J)
Panel hakim Mahkamah Persekutuan bersetuju bahawa 'no evidence led by the pathologist as to whether the injuries inflicted on the deceased were sufficient in the ordinary course of nature to cause death. Kecederaan pada muka dan leher mangsa tidak dianggap boleh membawa
maut secara semulajadi kepada mangsa. Jadi, suspek tidak boleh didakwa atas kesalahan membunuh mangsa di bawah s300 KK dan tidak patut digantung sampai mati.
Panel hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan suspek bersalah di bawah S299 KK dan dihukum di bawah s304(a) KK yang membawa hukuman penjara 20 tahun. Suspek terlepas hukuman gantung sampai mati.
Hakim menambah, kecederaan teruk yang dialami mangsa tidak boleh sebulat-bulatnya dijadikan asas untuk buktikan adanya niat untuk membunuh.
Penghakiman penuh boleh dirujuk dalam kes Cheong Kam Kuen v Public Prosecutor [2013] 1 MLJ 15 (Mahkamah Persekutuan, Putrajaya).
Mangsa merupakan kekasih suspek dikatakan mempunyai hubungan dengan orang lain. Peguam bela suspek berhujah, tindakan suspek membunuh mangsa adalah disebabkan provokasi dari mangsa yang menyebabkan hubungan cinta mereka musnah. Tetapi, hakim Mahkamah Tinggi menolak hujahan ini.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Sir kamarul

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!