Profile picture
Nik Nazmi @niknazmi
, 9 tweets, 2 min read Read on Twitter
Thread: Laporan terkini @BNM_official gambarkan krisis perumahan Msia  

Kaji selidik terkini Bank Negara berkenaan perumahan Malaysia amat merisaukan. Kita perlu terima hakikat kita ada masalah besar kemampuan kita dlm sesuatu perkara asas seperti perumahan
Menurut kajian itu, rumah di Malaysia di tahap tak mampu yg genting mengikut piawaian antarabangsa. Ini kerana harga rumah median di Malaysia adalah RM313,000 manakala harga rumah mampu milik maksima sepatutnya hanyalah RM282,000 dengan pendapatan isi rumah median RM5,228
Bank Negara menggariskan beberapa faktor utama yang menyebabkan berlakunya hal ini iaitu; bekalan dan permintaan tidak sepadan, lebih banyak rumah dibina pada tahap tidak mampu, dan pendapatan isi rumah yang meningkat pada kadar yang lebih perlahan daripada harga rumah
Bank Negara juga bangkitkan tentang masalah begitu banyak agensi perumahan Kerajaan Persekutuan & Kerajaan2 Negeri.

Pakatan Harapan seringkali mengingatkan kerajaan bahawa perkara ini harus ditangani dengan serius
Semakin banyak keluarga yang tidak mampu memiliki rumah sendiri, dan generasi muda pula perlu bergelut dengan kenaikan kos hidup dan hutang yang banyak, apatah lagi untuk memiliki rumah sendiri
Pada PRU lalu, Kerajaan UMNO-Barisan Nasional janjikan sejuta rumah mampu milik dalam sepenggal & 5 tahun kemudian kita nampak kesan yang sebaliknya, dengan lebih banyak rumah yang dibina pada harga lebih mahal
Pentadbiran @NajibRazak jelas gagal menunaikan janji, dan pada masa yang sama telah membenarkan kos sara hidup untuk meningkat, gaji mendatar dan anak muda sekarang semakin sukar untuk mencari pekerjaan dengan gaji yang setimpal
. #TawaranHarapanAnakMuda oleh #PemudaHARAPAN kini janjikan sejuta rumah mampumilik dlm 2 penggal. Elemen sewa beli juga akan diperluaskan.

Kami juga menggariskan penghasilan kerja baru & peningkatan gaji minima ke RM1,500
Jika negara ini terus di jalan ini, percayalah majoriti rakyat di negara ini tidak akan mampu memiliki rumah sendiri dan ini bukanlah masa depan yang kita mahukan. Ini harus diubah, dan ia hanya akan boleh diubah sekiranya kita menukar Kerajaan Persekutuan sedia ada
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Nik Nazmi
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!