, 47 tweets, 16 min read Read on Twitter
The solo backpacker.
I never imagined i would able to do travel solo in 3 countries such as Thailand, Laos and Cambodia within 10 days / 1737km via overland.
Jap tengah siapkan thread perjalanan thailand, laos dan cambodia.
Okay aku mula cerita dari awal perjalanan. Plan asal solo trip, Thailand, Laos, Vietnam dan Laos dalam masa 10 hari. Tapi ada cerita kenape aku terpaksa tarik keluar Vietnam dari plan asal.
Hari pertama, flight dari kuala lumpur ke chiang rai, Thailand. Sebab apa flight disini, lebih dekat sempadan Thailand dan Laos.
Aku cuma ada masa 3 hari di chiang rai, Thailand. Matlamat hanya tempat-tempat menarik seperti White temple, Blue temple dan Wat huay pla kang.
Tempat tinggal aku di chiang rai, Thailand ialah Norn Nung Len, hostel ni strategik diantara temple tersebut cuma 10 minit dari sini. Harga hanya dalam RM25 satu malam.
Secara jujur, hostel ini memang best gila sbb malam jumaat ada live band, kedai kopi dan tempat lepak (kalau nak baca buku). Ramai backpackers tinggal sini sbb best dan murah serta dekat dengan night market.
Kebiasaannya kedai halal dekat masjid disini. Ada jual nasi ayam dan masakan seperti di malaysia.
Hari ketiga, aku kena bergerak dari chiang rai,Thailand ke bokeo,Laos. Ada 2 cara masuk sempadan Laos, satu naik bas dan kedua naik boat cuma masa bus lebih singkat 3 jam tapi boat lebih sehari.
Selepas menaiki bas dari chiang rai, Thailand ke bokeo, Laos. Aku kena tukar bas dari bokeo ke luang prabang, Laos. Sbb hostel dan tempat2 menarik di bandar besar, Luang Prabang, Laos.
Selesai je pertukaran bas dan akhirnya sampai ke luang prabang, Laos. Cuma nak bagi tahu, bas tersebut ialah sleeper bus dan kena kongsi satu katil dengan sesiapa. Perjalanan hampir 14 jam sbb jalan tanah bukan jalan raya.
Kebiasaanya bila menaiki bas dan akan berhenti di terminal besar cuma 10 minit ke bandar utama. Jadi kena ambik tuktuk ke hostel.
Bagi aku, pemilihan hostel ini penting sebab harga, kedudukan tempat seperti temple, gunung dan kedai makan. Yang penting selesa dan ada wifi senang nak tukar plan atau cari maklumat mengenai laos.
Nama hostel ini aham backpackers hostel, murah sekitar RM35 termasuk sarapan pagi. Nak lagi mudah, hostel ini bole sediakan sewa motor dan booking bus ke hanoi atau dalam sekitar Laos.
Sampai je hostel, rehat dan mandi. Terus plan cari kedai halal sekitar hostel. Ada 2 kedai halal terdekat. Biasanya pemilik indian muslim dan hampir setiap hari makan sini. Haha
Tempat-tempat menarik di Luang Prabang, Laos. Gunung Phousi, Kuang si falls waterfall, Royal Palace, dewan teater, Wat May Souva nhnaphoumaham temple, morning market, night market dan Mekong river.
Gunung phousi (100m) ini terkenal sbb kedudukan ditengah-tengah bandar dan view sunset. Dari puncak mampu melihat permandangan sekitar Laos termasuk sungai terbesar diasia (Mekong river). Gunung ini untuk mudah untuk pelancong-pelancong.
Diantara sebab kenapa Mekong river terkenal. Kedudukan sungai terbesar bersambung diantara negara Thailand, Laos dan Myanmar.
*dan Cambodia*
Luang Prabang, Laos. Dibawah senarai world heritage town oleh UNESCO. Kalau perasan reka bentuk rumah disini tak ubah seperti rumah kampung di malaysia.
Habis je pusing satu bandar ini, terus plan nak bergerak ke hanoi, vietnam tapi diberitahu oleh orang tempatan yang bas dah penuh sbb perayaan CNY atau Tet.
Dan sangkut 2 hari kat sini. Dah sudah. Haha
Terpaksa tukar plan travel dari Laos ke Cambodia ikut jalan darat atau jalan dari selatan Laos. Dari Luang prabang ke Vientiane dan Pakse (sempadan laos).
Jadi aku kena beli tiket bas dari Luang prabang ke Vientiane menggunakan sleeper bus. Perjalanan hampir 12 jam ke sana. Dari jam 8pm - 8am
Sampai je Vientiane pagi itu, terus cari makanan dan masjid untuk rehat. Sebab kena ambik bas sekali untuk ke Pakse (sempadan Laos) dan masih sleeper bus. 14 jam.
Selepas menaiki bas dari Vientiane ke Pakse. Akhirnya syukur sampai ke Pakse (sempadan Laos-Cambodia). Perjalanan 14 jam dan tapi Pakse ke Siem Reap, Cambodia ambik masa 10 jam ke sana. Penat gila. Aduh mampus 😂
Kalau ikut kiraan aku dari Luang Prabang - Vientiane - Pakse - Siem Reap hampir 2 hari atas bas sahaja. Masalah nya kt Laos ini, hampir kesemua transaksi guna USD dari matawang LAO kip. Mahal gila kalau tinggal lama area sini. 😂🤦‍♂️
Okay sambung cerita, masa perjalanan sampai di Pakse. Dari Pakse, kena ambik bus ke Siem Reap, Cambodia tapi ada 3 kali pertukaran bas disempadan Laos dan Cambodia. Pastikan tiket bas itu simpan sbb ada urusan dengan orang yang berbeza di 2 negara.
Bagi aku, perjalanan bas ini memang penat tapi dengan cara nak jimat tempat tinggal. Kalau ambik sleeper bus waktu malam.
Selepas pertukaran bas di sempadan Cambodia. Kena lalu 2 pejabat imigresen di Laos dan Cambodia. Cuma isu disini, ada amalan rasuah dan pegawai meminta 35usd untuk melepasi sempadan negara.
Cara nak elak, pastikan dalam satu kumpulan dan cuba berkawan dengan sesiapa untuk cari maklumat isu disini.
Kalau bole cuba lawan dan jangan bayar duit tepi sebab passport malaysia tak perlu visa dan bayaran di sempadan. Worst to worst, pasti ada duit nak lepas sempadan kalau isu meleret.
Alhamdulillah selesai dan selamat sampai di sempadan Cambodia. Ada lgi 2 kali pertukaran bas dari sini ke Siem Reap dan masa perjalanan lebih kurang 10 jam ke bandar besar.
Satu aplikasi penting semasa trip ini ialah MAPS.ME. Offline maps untuk tahu kedudukan semasa dan tempat-tempat di bandar. Tak perlu ada data cuma download maps dari Wifi dan simpan dalam apps. Semua pin itu lokasi hala tuju trip ini
Hostel di Siem Reap, Boutique dormitory Kochi-ke. Kedudukan hostel ini strategik diantara kedai makan, masjid dan night market. Ramai backpackers atau pelancong jepun tinggal disini sbb pemilik orang jepun.
Kedudukan hostel sangat dekat dengan kedai halal, masjid dan night market. Cuma Angkor Wat perlukan tuktuk sebab terlalu jauh untuk melawat satu temple ke satu temple.
Hampir 2 hari tinggal di hostel ini. Aku plan nak ke Angkor Wat temple, antara tempat wajib di Siem Reap, Cambodia. Tiket harga ialah 37USD satu hari. Terpulang kalau nk beli 2 hari atau 3 hari.
Sebenarnya kuil Angkor Wat diantara terbesar didunia dengan keluasaan 162.6 hektar. Satu hari tak cukup nak melawat lebih dari 10 kuil dan perlukan tuktuk untuk melawat kuil tersebut.
Hanya ada tiga kuil terbesar, Angkor Wat temple, Bayon temple dan Ta Phrom temple. Kalau tengok movie Tomb Raider, lakonan Angelina jolie. Ta Phrom ialah kuil tersebut.
Okay sebagai contoh anggaran masa, 3 jam untuk setiap satu kuil sebab keluasaan, cantik dan mengambil gambar dari satu angle ke satu angle. Haha
Ada satu je kedai halal dalam sekitar Angkor Wat. Terletak di depan pintu masuk dan sekali je keluar dari pintu gerbang, terus dikenakan denda atau tak bole masuk lagi.
Selesai je melawat tempat-tempat menarik di Siem Reap, Cambodia. Kena kejar flight di bandar Phnom Penh esok petang nya. Jadi kena ambik bas dan hampir masa 6 jam ke sana.
Bandar Phnom Penh, tiada tempat yang menarik cuma ada kuil dan masjid sekitar bandar. Tiket flight lebih murah berbanding di Siem Reap sebab bandar besar dan terkenal dengan Angkor Wat temple.
Dan akhirnya sampai disini cerita perjalanan dari Thailand, Laos dan Cambodia dalam 10 hari. Cerita sebenarnya panjang untuk dikongsi tapi bersyukur selamat pulang. Alhamdulillah :)
Eh lupa satu lagi. Cara mudah nak naik tuktuk, booking guna apps (PassApp cambodia) sebab cara ini lebih jimat untuk dapatkan taxi atau tuktuk. Bayaran hanya terima cash dari USD atau Riel.
Untuk gambar-gambar landscape gunung malaysia, indonesia dan solo trip asia. instagram.com/azreenyunus10
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to azreen yunus
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!