, 23 tweets, 3 min read Read on Twitter
Tentang memupuk budaya membaca di Malaysia....

(Ini bebenang. Serius. Panjang.)

#MalaysiaMembaca
(1) Rakyat Malaysia bukan tak membaca.

Baca. Cuma cara baca semakin berbeza.

Ada yang suka baca buku. Ada yang tak baca buku, tapi rajin baca posting di media sosial, artikel di blog, dll.

Ada pula yang suka baca tajuk sahaja. Baca jugalah, kan. 💁‍♀️
(2) Bezakan budaya membaca dengan sifat menghargai buku.

Kita tidak boleh hukum rakyat Malaysia tidak suka membaca, hanya berdasarkan statistik jualan buku (yang ada tak ada saja tu), dan rekod pinjaman perpustakaan. Dan NILAM.
(3) Kajian interim pada 2014, secara purata rakyat Malaysia membaca 15 buku setahun.

Alhamdulillah. Soalan seterusnya. Buku apa yang dibaca?

Buku apa pula yang diterbit?
(4) Buku apa yang patut diterbit supaya dibaca oleh rakyat Malaysia tidak kira dalam bentuk cetak ataupun digital?

Saya bersetuju pada Prof Emeritus Abdullah Hassan. Mahu banyakkan judul terbitan ikut kiraan UNESCO - nanti dulu. Banyakkan judul bidang dulu.
Banyakkan terjemahan buku dalam pelbagai bidang.

Terimalah hakikat, bukan semua rakyat Malaysia fasih membaca Bahasa Inggeris seperti kita, keluarga kita, dan rakan sealumni kita. Malaysia ini luas, ada 32 juta penduduk. Yang ada dalam lingkungan kita hari2, 5k pun tak sampai.
Ilmu lebih laju disebarkan menggunakan bahasa yang difahami oleh pembacanya.
Alamak, encik. Encik yang fasih berhabuk Bahasa Inggeris pun tak baca My Name Is Red edisi Bahasa Turki kan? I believe you yourself won't enrol in Turkish class just to read Orhan Pamuk's novels, or Japanese class to read Murakami's. Or Portuguese for Coelho's.
(5) Penerbit dan penulis perlu lebih berani menerbit buku yang berbeza.

Perlu berhenti beri alasan 'orang Malaysia tak nak baca buku macam ini.'

Yang mana wujud dulu - genre ataupun pembaca?

Pembaca tidak mencipta genre. Pembaca hanya baca genre yang dihadapkan kepada dia.
Teknologi POD membolehkan kita bereksperimen terbit buku berbeza. Perkenalkan genre asing, genre baru. Boleh mula sedikit demi sedikit. Jika takut rugi kos cetak, guna sahajalah media sosial dan laman penulisan seperti Wattpad untuk uji pasaran. Keluarkan kos kerajinan sahaja.
(6) Rakyat Malaysia tak suka buku ataupun tak suka buku yang ada?

Ada cerita sedap, kulit nan hado. Tak bergaya nak dibimbit ke sana sini. Ada yang cerita bagus, lucah pula. Cerita yang sopan, bosan ya ampun.

Ada cerita bagus, kulit lawa, sopan, tak dipasarkan betul2. Haih.
Buku adalah aksesori. Buku yang dibimbit ke mana-mana, menambah markah imej orang yang membawanya.

"Wow, dia baca buku sekian sekianlah!"
(7) Dari mata turun ke hati.

Memaksa-maksa rakyat membaca buku, hanya menimbulkan kemenyampahan.
Pertama, perlu bawa buku dekat kepada rakyat. Letak buku di sana sini di tempat awam. Macam Korea buat. Eropah buat. Malaysia sudah mula buat juga, gerakan sendiri-sendiri. Tabik hormat kepada kumpulan-kumpulan aktivis buku jenis tak sembang kencang ini.
Kedua, apabila makin banyak buku didekatkan pada mata rakyat, setiap hari lihat buku, maka lama-lama mereka akan jadi familiar pada buku.

Ketiga, setelah otak mereka familiar pada buku, maka buku dan aktiviti berkaitan buku tidak akan dirasakan asing lagi. Tidak 'nerd' lagi. 🤓
Keempat, apabila telah mesra dengan buku, maka mudah untuk buat mereka jatuh sayang pada buku. Mesra mesra memang boleh jadi sayang. 😘
Kelima, apabila sudah sayang pada buku, maka wujudlah bibit-bibit cinta, penghargaan, dan penghormatan kepada buku. Cetak rompak, copy paste konten buku ke media sosial, dapat dikurangkan. Dan rasa untuk tidak berkira membeli buku akan muncul.
(8) Penulis, perlu buat apa?

Sebar sebanyak mungkin ilmu baru dalam buku dengan cara segar. Jika menulis novel ataupun buku cerita, selitkan ilmu tanpa terlampau mengajar-ajar. Perlu belajar cara menyelitkan ilmu dalam cerita tanpa menulis teks ceramah yang skema.
If you need to add illustrations, go find and hire an illustrator. Want to add photos? Learn to take amazing photographs or hire a photographer.

Nak tambah unsur AR? Letak QR code? Silakan, silakan. Berani berkreatif!
Penulis jangan melawan ataupun menafikan teknologi. Teknologi bukan musuh buku bercetak. Jadikan teknologi rakan kerjasama kita.

Matlamat kita, mahu lebih ramai rakyat Malaysia suka membaca buku. Maka, manipulasikan teknologi yang mereka suka untuk tarik minat mereka.
(9) Kita perlu buat semuanya serentak. Bukan buat satu, tangguh satu. Buat satu, tinggal satu.

Dalam pada kita mahu aktifkan lebih banyak program buku untuk peminat buku sedia ada, buat juga usaha merapatkan buku dengan rakyat yang masih belum familiar pada buku.
Dalam kita mahu banyakkan buku untuk dewasa muda, banyakkan juga buku untuk kanak-kanak. Santuni semua golongan serentak. Jangan ada satu pun keciciran.

Terbitkan judul daripada pelbagai bidang, sambil-sambil akan banyaklah judul yang terbit.
(10) Jadi, siapa yang sepatutnya bertanggungjawab untuk buat semua ni?

Kitalah. Siapa lagi.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Azzah AR
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!