, 27 tweets, 4 min read
My Authors
Read all threads
"Perjanjian Anglo-Dutch: Perjanjian Yang Memisahkan Alam Melayu"

Si Bodoh yang dok ratip Melayu asal Indonesia kena baca thread ni. Biar celik sikit dan tak panggil Melayu ni pendatang.

Oleh: Ayman Rashdan Wong
Kalau Timur Tengah ada Sykes-Picot, kita pula ada Perjanjian Anglo-Dutch (Inggeris-Belanda) tahun 1824 yang telah menggariskan sempadan negara di Nusantara seperti yang ada pada hari ini.
Ceritanya bermula 201 tahun yg lalu. Pada 19 Januari 1819, Stamford Raffles bertolak dari Bengkulu, Sumatera menuju ke kawasan perairan di selatan Johor untuk mencari pulau yang boleh dijadikan sebagai pelabuhan UK, bagi memecahkan monopoli perdagangan Belanda di Nusantara.
Survey punya survey, akhirnya Raffles mendarat di Singapura pada 29 Januari 1819. Cantik tempat Singapura, lokasinya strategik, cuma ia dah bertuan: ia berada di bawah kawalan Kesultanan Johor lama yang juga dikenali sebagai Empayar Johor-Riau.
Kesultanan Johor-Riau merupakan pewaris kepada Kesultanan Melaka (jatuh pada tahun 1511). Sultan pertama, Alauddin Riayat Shah merupakan anakanda Sultan Mahmud Shah Melaka.
Seperti Srivijaya dan Melaka sebelumnya, wilayah Kesultanan Johor-Riau merangkumi kawasan Semenanjung dan juga Sumatera, meliputi Johor, Pahang, Singapura, Kepulauan Riau (Bintan, Batam, Karimun, termasuk Natuna), Lingga, dan sebahagian timur Sumatera.
Kedua-dua Semenanjung dan Sumatera dilihat sebagai satu "Alam Melayu" (Malay World). Adalah normal bagi orang di Semenanjung cross ke Sumatera, dan dari Sumatera cross ke Semenanjung.
Balik kepada Raffles. Dia fikir macam manalah aku nak mengambil alih Singapura ini. Dia buat sedikit research, oh rupanya Johor-Riau ni decentralized, jajahan dikuasai oleh pembesar.
Pahang oleh Raja Bendahara, Johor dan Singapura oleh Temenggong, Muar oleh Raja Temenggong dan Kepulauan Riau oleh Yamtuan Muda. Sultan bersemayam di Lingga.
So, Singapura ini kawasan Temenggong. Macam mana aku nak pujuk Temenggong, fikir Raffles. Ah, rupanya Johor dalam krisis pewarisan takhta: Tengku Hussain dan Tengku Abdul Rahman masing-masing berebut menjadi sultan mewarisi Sultan Mahmud III yang mangkat pada 1812.
Sebenarnya bukan mereka yang rebut, pembesar yang nak rebut: Yamtuan Muda sokong Tengku Abdul Rahman, Temenggong sokong Tengku Hussain. Belanda juga memihak kepada Tengku Abdul Rahman. Perfect, fikir Raffles.
Maka pada 6 Februari 1819, Raffles menandatangani perjanjian dengan Temenggong Abdul Rahman, memberi sokongan kepada Tengku Hussain. Sebagai pulangan, Singapura disewakan kepada Raffles.
Langkah Temenggong sebenarnya langkah pengimbangan kuasa (balance of power) untuk menidakkan hegemoni Belanda. Tengku Abdul Rahman basically ialah boneka Belanda, jadi fair lah kalau Temenggong nak counter Belanda melalui UK.
Cuma, game pengimbangan kuasa ini akan rosak apabila dua musuh yang kita cuba lagakan, berbaik. Tiba-tiba pula UK dan Belanda nak geng selepas UK "Brexit" daripada Concert of Europe pada tahun 1822.
Concert of Europe merupakan pakatan lima kuasa utama Eropah (UK, Perancis, Austria, Prussia, Rusia). Dengan "Brexit" tersebut, UK hilang ramai kawan, maka ia perlu berbaik dengan Belanda.
Maka dengan itu, Perjanjian Anglo-Dutch dimeterai pada 1824, menggariskan zon pengaruh UK dan Belanda masing-masing. Semenanjung dan Singapura jadi hak UK, Belanda tak campur. Sumatera dan Kepulauan Riau, itu hak Belanda, UK tak campur.
Iklan: Kami sedang mengadakan promosi untuk dua buku terbaru kami. Beli dua dapat pos percuma dan bookmark berbentuk tiket TITANIC.
Pembaca yang nak dapatkan buku ini juga boleh berbuat demikian.

Beli terus di portal kami:

KOMBO - bit.ly/kombo2020
TITANIC- bit.ly/titanic2020
CHOLA - bit.ly/mencabarteoric…

Pembelian sama seperti pembelian di Lazada/Shopee dan seumpama dengannya.
Dengan perjanjian tersebut, Kesultanan Johor-Riau dipecahkan kepada dua: Sultan Hussain memerintah di Kampong Glam, Singapura; manakala Sultan Abdul Rahman memerintah di Lingga.

Dengan itu, Alam Melayu turut berpecah kepada dua.
Kesultanan Johor yang berpusat di Singapura tamat apabila Sultan Ali melepaskan hak memerintah kepada Temenggong Ibrahim (anakanda Temenggong Abdul Rahman) pada tahun 1855. Anakanda Temenggong Ibrahim, Temenggong Abu Bakar mendirikan Kesultanan Johor moden pada tahun 1886.
Sementara itu, Pahang di bawah kuasa Raja Bendahara juga mendirikan Kesultanan Pahang pada 1881. Kedua-dua Pahang dan Johor bergabung ke dalam Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Kesultanan Johor yang berpusat di Riau-Lingga pula berada di bawah pengaruh Belanda sehingga 1911, apabila Belanda menamatkan kedaulatannya dan menjadikan Riau-Lingga sebahagian dari Dutch East Indies.
Selepas kemerdekaan Dutch East Indies sebagai Indonesia pada tahun 1949, Kepulauan Riau kekal dalamnya sehingga kini.
Singapura? Mula-mula UK kata nak sewa, kemudian nak beli, pusing punya pusing, last-last jadi hak diorang sebagai "crown colony" sehingga tahun 1963. Selepas 2 tahun berada dalam persekutuan Malaysia, Singapura jadi negara berdaulat pada tahun 1965.
Orang Singapura akan menyambut 29 Januari sebagai ulang tahun ke-201 ketibaan Raffles yang bagi mereka menandakan "founding of Singapore". Tapi tarikh tersebut lebih tepat dilihat sebagai titik permulaan "disintegration of the Malay World" atau "fall of the Malay thalassocracy".
Sehingga hari ini, minda orang kita masih terperangkap dengan sempadan buatan UK-Belanda. Orang yang tak faham sejarah inilah yang selalu bawa keluar kenyataan "Melayu pendatang Indonesia".
Bukan nak suruh korang pergi memperjuangkan Melayu Raya untuk mengembalikan kegemilangan Melayu, tapi sekurang-kurangnya, kau mengiktiraf sejarah dan mengambil pengajaran darinya.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with The Patriots

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!