My Authors
Read all threads
Diabetes, Hipertensi dan Penyakit Jantung, dan COVID-19

Semua orang boleh dijangkiti dengan virus COVID-19. Bagi kebanyakan orang, jangkitan COVID-19 adalah ringan, namun dalam kalangan 15% kes, COVID-19 boleh menjadi serius.

Bebenang penting
Data terkini menunjukkan bahawa golongan warga emas dan orang yang menghidap penyakit diabetes, hipertensi dan penyakit jantung adalah lebih berisiko mendapat jangkitan COVID-19 yang serius; iaitu mengalami gejala dan komplikasi yang teruk.
Sebagai contoh, apabila pesakit diabetes mendapat jangkitan virus, ia adalah lebih sukar untuk dirawat oleh kerana paras glukosa darah yang tidak menentu dan juga akibat komplikasi berkaitan diabetes.

Diabetes yang tidak dikawal dengan baik juga merendahkan sistem immuniti.
Oleh itu, adalah penting bagi pesakit diabetes, hipertensi dan penyakit jantung untuk mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan COVID-19.

Nasihat-nasihat kesihatan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada orang awam, untuk mengekalkan....
tahap kebersihan diri yang tinggi, kerap mencuci tangan dan mengelakkan menyentuh muka, mengelakkan tempat awam yang sesak, adalah lebih penting untuk dipatuhi oleh pesakit diabetes, hipertensi dan penyakit jantung, dan semua yang tinggal bersama atau kontak rapat dengan pesakit
tersebut.
Jika anda mempunyai penyakit-penyakit kronik, khususnya diabetes, anda juga harus:
1. Beri lebih perhatian kepada tahap glukosa darah anda.
2. Jika anda mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan(seperti demam, batuk, kesukaran bernafas), sila dapatkan rawatan segera
3. Sebarang jangkitan boleh menyebabkan dehidrasi, jadi pastikan anda minum air yang mencukupi sambil menunggu waktu untuk berjumpa doktor.
4. Pastikan anda mempunyai bekalan ubat yang mencukupi, terutamanya jika anda diletakkan di bawah home surveillance (pengawasan di rumah) selama 14 hari.
5. Pastikan anda mempunyai nama dan nombor telefon doktor, klinik, farmasi, ahli keluarga dan orang-orang yang berkaitan, supaya mudah dihubungi bila perlu.
6.Jika anda tinggal bersendirian, sila kenal pasti seseorang individu yang mengetahui tentang penyakit anda yang boleh membantu jika anda menjadi tidak sihat.
Sehingga kini, sifat jangkitan COVID-19 masih lagi tidak difahami sepenuhnya. Oleh yang demikian, kami menggalakkan semua pesakit diabetes, hipertensi dan penyakit jantung untuk mengikuti perkembangan terkini dari laman web KKM dan dari sumber rasmi atau yang boleh dipercayai.
Dr Feisul Mustapha
Pakar Perunding Perubatan Kesihatan Awam & Timbalan Pengarah (NCD),Bahagian Kawalan Penyakit,KKM
Dr Mastura Ismail
Pakar Perunding Perubatan Keluarga, KK Seremban 2, NS
Dr Zanariah Hussin
Pakar Perunding Endokrinologi dan Perubatan Dalaman, Hospital Putrajaya
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Dr. Rafidah Abdullah

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!