Profile picture
Abdul Hadi Awang @abdulhadiawang
, 10 tweets, 2 min read Read on Twitter
PEMBANGUNAN BANDAR BERMASYARAKAT MADANI

1. Saya tertarik dengan kenyataan YAB Perdana Menteri bahawa Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (PBT) tidak akan dilaksanakan di Malaysia kerana ia boleh mengundang konflik antara kaum dan melebarkan jurang antara bandar dan luar bandar.
2. Perkara ini pernah saya kemukakan di dalam sebuah rencana berjudul “Pembangunan Bandar Bermasyarakat Madani” yang ditulis pada 23 Januari 2015, dan ianya menjadi antara perkara yang menguji setiakawan DAP dan PKR yang ketika itu masih bersama PAS dalam Pakatan Rakyat.
3. Saya tekankan bahawa kita tidak seharusnya mengusulkan sesuatu yang boleh mencetuskan ketidakstabilan, melebarkan jurang bandar dan desa,
dan yang paling menakutkan ialah ketegangan seperti ini boleh menjadi ‘api dalam sekam’ untuk mengulangi peristiwa 13 Mei yang wajib dianggap titik hitam dalam sejarah negara.
4. Semua pihak perlu sedar bahawa bandar perlu dibangunkan seiring dengan luar bandar, manakala kestabilan ekonomi dan politik di bandar perlu dijaga bagi mengelak timbulnya jurang perbezaan dan ketegangan kaum dalam negara.
Inilah asas pembangunan seimbang di antara bandar dan luar bandar yang diperjuangkan oleh PAS sejak kemerdekaan negara.
5. Jangan dilihat penguasaan ekonomi peniaga dan penduduk bandar daripada kaum tertentu sahaja, tetapi perlu juga diambil kira golongan pekerja, pemandu teksi dan peniaga jalanan serta pembekal dan petani di luar bandar yang turut mempunyai peranan membangunkan bandar.
6. Semua pihak wajib menerima hakikat masyarakat majmuk yang mesti dijalin dengan baik.
Kita perlu melihat semua kalangan dan keadaan, termasuk Melayu di kampung, India di estet, orang asal di pedalaman serta kaum peribumi di Sabah dan Sarawak juga mempunyai peranan untuk memakmurkan bandar.
7. Kemajmukan ini wajib disatukan dalam titik persamaan, saling mengerti dan melengkapi, bertolak ansur dalam perkara yang berbeza, dan berlaku adil terhadap semua.

“Islam Memimpin”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 1 Rabiul Akhir 1440 / 10 Disember 2018
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Abdul Hadi Awang
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!