, 14 tweets, 3 min read
My Authors
Read all threads
“Doktor , Partner baru beritahu saya dia HIV positive. Macam mana ni?”

Harap2 benda ini tidak berlaku , tapi kadang kala berlaku situasi di mana seks tanpa perlindungan dibuat dengan pasangan yang kita tidak tahu status HIV dia. Sama macam screenshot dalam tweet di bawah tu.
Sekiranya situasi ini berlaku, anda harus pergi segera ke Hospital , Klinik ID , atau Klinik Kesihatan terdekat.

Tujuan ia adalah untuk memeriksa sama ada anda layak untuk nPEP (non occupational Post Exposure Prophylaxis)
- Pil hiv yang bertujuan untuk membunuh virus. Pil tersebut secara optimum harus dimulakan dalam tempoh 24 jam daripada seks tanpa perlindungan, dan boleh dipertimbangkan sehingga tempoh 72 jam daripada seks tanpa perlindungan tersebut.
nPEP akan diberi untuk tempoh sebulan dan harus dimakan setiap hari. Anda juga harus melalui pemeriksaan yang berkala di klinik.

Situasi apa yang memerlukan nPEP?
- Seks tanpa perlindungan
- Kondom Bocor
- Perkongsian jarum yang tidak selamat
- Pendedahan “mucous membrane” atau luka kepada darah yang dijangkiti hiv.

nPEP biasanya tidak diperlukan sekiranya seks (tidak kira jenis apa ) dilakukan dgn PLHIV yang sudah on ubat dan mempunyai Viral Load yang tidak dapat dikesan (<200c/ml) untuk sekurang kurangnya 6 bulan.
Risiko transmisi HIV daripada penghidap hiv positif? (From CDC)

(Transfusi Darah (sekiranya darah penghidap hiv positif digunakan) : 9,250 /10,000 kes
- Perkongsian jarum dengan penghidap hiv (semasa mengambil dadah ) : 63 / 10,000 kes
- Needle stick injury (tercucuk dengan pesakit hiv) - 23/ 10,000 kes

- Bottom (anal sex - Top dia positif) : 138/ 10,000 kes
- Bottom (vaginal sex - Laki dia positif) : 8/ 10,000 kes
- Top (anal sex - Bottom dia positif) : 11 / 10,000 kes
- Top (Vaginal sex - Partner perempuan dia positif) : 4/10,000 kes

Untuk oral sex - risiko amat rendah

* Risiko ni berbeza berdasarkan faktor faktor tertentu, kerana PLHIV yang makan ubat dan virus sudah suppress - risiko transmisi amat rendah sekali )
U=U (Undetectable = Untransmittable )
Selain menawarkan nPEP, Ujian HIV harus dibuat dalam tempoh 3 hari daripada seks tanpa perlindungan tersebut, hari yang sama sebelum nPEP dimulakan. Tidak perlu tunggu result hiv untuk memulakan nPEP.
Sekiranya ujian hiv positif , nPEP harus disambung sehingga ujian hiv (confirmatory assay) tu confirmkan jangkitan hiv.

Sekiranya negatif, ujian HIV harus direpeat 4-6 minggu dan 3 bulan daripada tarikh seks tanpa perlindungan tersebut.
Ujian STD digalakkan, begitu juga dengan ujian Hepatitis B dan hepatitis C

Selain itu untuk kaum wanita, Ujian Pregnancy Test dan Kaedah Kontrasepsi Kecemasan juga harus dibincangkan.
Untuk golongan yang berisiko tinggi seperti MSM, Health Sex worker, tolong berbincang dengan mereka tentang PrEP (Pre Exposure Prophylaxis).

Untuk penagih dadah, please offer needle exchange, dan metadon (kalau dalam kategori layak).
Jangan takut. Biar kami membantu anda.

#NoStigma

Dr Nimelesh

Reference : Malaysian Consensus Guidelines in Antiretroviral Therapy 2017
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Nimelesh

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!