Profile picture
, 23 tweets, 3 min read Read on Twitter
[KES PEGUAM SYARIE BUKAN ISLAM] Pernah terjadi satu ketika dahulu, kes seorang yang bukan beragama Islam memohon untuk dilantik sebagai peguam syarie. Adakah permohonannya dibenarkan?
1. Kes ini berlaku di Ogos 2009 apabila Victoria Jayaseele Martin, seorang peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya memohon untuk dilantik sebagai peguam syarie di Kuala Lumpur. Permohonan Victoria ditolak Majlis Agama Islam Kuala Lumpur kerana dia beragama Kristian.
2. Victoria kemudian membawa kesnya ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mencabar keputusan Majlis Agama yang tidak membenarkan permohonannya sedangkan dia mempunyai lulusan Diploma Lepasan Ijazah Syariah dan Amalan (DLSA) dari UIAM. Adakah patut permohonnya ditolak?
3. Peguam Victoria berhujah hanya yang beragama Islam boleh dilantik peguam Syarie dianggap melanggari hak kesamarataan (equality) di bawah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan. Peguamnya berhujah perbezaan agama tidak sepatutnya jadi halangan.
4. Peguam Victoria berhujah lagi sesiapa pun yang mempunyai ilmu perundangan syariah boleh menjadi peguam syarie kerana seksyen 59(1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) membenarkannya. Perkataan 'sesiapa pun' ditulis dengan jelas dalam seksyen 59(1).
5. Seksyen itu ditulis 'the Majlis may admit any person having sufficient knowledge of islamic law to be Peguam Syarie to represent parties in Syariah Court'.
6. Seksyen 59(1) dianggap membenarkan Victoria dilantik sebagai peguam syarie kerana perkataan 'sesiapapun' membawa maksud tidak semestinya mereka yang beragama Islam. Adakah benar?
7. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur walaubagaimanapun telah menolak permohon Victoria untuk dilantik sebagai peguam syarie. Dia mesti beragama Islam.
8. Peguam Victoria membuat rayuan atas keputusan Mahkamah Tinggi tersebut di Mahkamah Rayuan. Panel hakim Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Victoria. Ini bermaksud dia boleh dilantik sebagai peguam syarie. Kes kemudiannya terus ke mahkamah tertinggi iaitu Mahkamah Persekutuan.
9. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan KL kemudian membuat rayuan atas keputusan tersebut di Mahkamah Persekutuan. Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan kini mendengar hujahan dari kedua-dua pihak.Adakah peguam syarie boleh dilantik pada orang bukan beragama Islam?
10. Majoriti panel hakim Mahkamah Persekutuan (3 hakim) bersetuju bahawa untuk dilantik menjadi peguam syarie, pemohon mestilah beragama Islam. Beragama Islam adalah salah satu syarat untuk dilantik sebagai peguam syarie di Kuala Lumpur. Mana buktinya?
10. Mahkamah Persekutuan menegaskan syarat untuk menjadi peguam syarie adalah dalam bidangkuasa Jawatankuasa Peguam Syarie Majlis Agama Islam (seksyen 59(2). Ini bermaksud sesiapapun boleh menjadi peguam syarie jika dipersetujui oleh Jawatankuasa Peguam Syarie Majlis Agama Islam.
11. Jawatankuasa tersebut menetapkan syarat beragama Islam mestilah dipenuhi sebelum sesiapapun ingin dilantik menjadi peguam syarie (peraturan 10 Peraturan Peguam Syarie).
12. Panel hakim Mahkamah Persekutuan YAA Raus Sharif, Suriyadi Halim Omar dan Azahar Mohamed bersetuju syarat beragama Islam mestilah dipenuhi sebelum sesiapun ingin menjadi peguam syarie.
13. Panel hakim Mahkamah Persekutuan menegaskan perkataan 'sesiapapun' dalam seksyen 59(1) tidak bermaksud semua orang boleh menjadi peguam syarie. Syarat mesti beragama Islam perlu dipenuhi.
14. Seksyen 59(1) tersebut dimulai dengan frasa 'Bergantung pada seksyen 59(2)'. Ini bermaksud kedua-dua seksyen ini mesti dibaca bersama dan syarat beragama Islam adalah mesti dipatuhi.
15. Syarat beragama Islam tidak melanggari kesamarataan (equality) Perkara 8 Perlembagaan kerana undang-undang yang ada unsur diskriminasi adalah dibenarkan sekiranya undang-undang tersebut berdasarkan klasifikasi yang dibenarkan dan munasabah (kes Datuk Harun Idris v PP).
16. Mahkamah Persekutuan menegaskan bahawa adalah munasabah untuk meletakkan syarat beragama Islam bagi perlantikan peguam syarie kerana kepercayaan pada ajaran Islam berkait dengan akidah penganut agama Islam.
17. Dalam penghakiman, majoriti panel hakim bersetuju 'one of the important duties of a peguam syarie is to assist Syariah Court in upholding Syariah Law. The profession is based on the concept of Islamic belief in Allah'.
18. Perlu diingatkan bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan ini adalah berdasarkan keputusan majoriti panel hakim (3 hakim bersetuju). Dua lagi panel hakim Mahkamah Persekutuan, YAA Azahar Mohamed dan Zaharah Ibrahim tidak bersetuju dengan keputusan majoriti.
19. Keputusan majoriti hakim Mahkamah Persekutuan telah menetapkan seseorang mesti beragama Islam sebelum dia layak dilantik sebagai peguam syarie. Walaupun seseorang itu ada ilmu perundangan Islam yang tinggi, hajat menjadi peguam syarie akan tersekat jika tidak beragama islam.
20. Hajat Victoria Jayaseele untuk dilantik sebagai peguam syarie akhirnya tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan yang menetapkan keputusan tersebut pada Mac 2016.
*12. Panel hakim YAA Raus Sharif, Ahmad Maarop dan Azahar Mohamed.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Kamarul
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!