My Authors
Read all threads
Bangsa pendiri sebuah kerajaan-kerajaan purba tak diukur pada agama mereka. Dalam sejarah, pengganut Hindu itu banyak bangsa. Buddha juga. Bukan Cina atau India sahaja anut dua agama ni. Orang Melayu pernah anut dua agama ini.

Oleh: Helmi Effendy
Tapi tak menjadikan orang Cina atau India pembuka kerajaan tersebut.

Orang Melayu masa beragama Hindu bernama Sanskrit.

Bila peluk Islam. ramai-ramai tukar nama Arab.

Ada nama cina yang merupakan dalam rekod Cina sebab mereka susah nak sebut nama Sanskrit atau Nusantara.
Nama Sultan Muzaffar Shah dalam rekod China ialah Sulutan Wudafona Sha atau Sultan Mahmud Shah dalam rekod Cina ialah Ma-He-Mosa. Tapi apakah menjadikan mereka sebagai Cina?
Jadi, bagaimana kerajaan-kerajaan purba ni ditentukan pada kebangsaan mereka? Pada bahasa, kebudayaan, dan juga catatan-catatan luar.

Misalnya sebuah Empayar Melayu purba bernama Srivijaya yang beragama Buddha. Sejarawan yakin ia milik Melayu adalah pada batu bersuratnya.
Batu Bersurat Kedukan Bukit yang ditemui pada 29 November 1920 oleh seorang lelaki Belanda bernama Dutchman M. Batenburg adalah bukti kukuh bahawa orang Melayulah pemilik kerajaan-kerajaan purba silam ini.
Batu Bersurat ini milik Srivijaya, dijangka dipahat pada sekitar 683 Masihi dulu, lebih kurang sezaman Rasulullah S.A.W dan para sahabat. Dalam batu bersurat itu, ia jelas rekod Bahasa Melayu Kuno, sejenis nenek moyang kepada Bahasa Melayu moden hari ni.
Dalam batu bersurat Bahasa Melayu Kuno ini, dengan jelas ada perkataan-perkataan Bahasa Melayu yang dapat dijejak seperti dua ratus, benua, melepas, cara dan banyak kali.
Selain itu, Srivijaya juga dikenali sebagai Melayu dalam banyak catatan-catatan asing contohnya orang Khmer memanggil Srivijaya sebagai Malayu.
Sebab itu kerajaan-kerajaan purba di Asia Tenggara ini dipanggil sebagai Indianisasi kerana mereka menerima dan menyerap kebudayaan India ke dalam ketamadunan mereka, sambil mengekalkan imej lokal-lokal mereka.
Fasa ini tidak terhad kepada tamadun Melayu sahaja, ia merangkumi ketamadunan lain seperti Khmer, Thai, Burma, dan jugak Jawa. Kalau anda membaca sejarah mereka, anda akan jumpa mereka barangkali pengganut Buddha atau Hindu, memakai nama Sanskrit pada nama.
Tapi cuba pergi ke orang Khmer dan cakap yang Jayavarman II yang merupakan pemerintah agung Empayar Khmer bahawa dia seorang Tamil, mesti anda akan disembelih depan Angkor Wat sebab mengkhianati sejarah bangsa mereka.
Tapi cuba ke orang Jawa di Yogjakarta tu dan katakan kepada mereka bahawa Tribhuwana Wijayatunggadewi salah seorang pemaisuri terhebat Majapahit seorang Tamil, mesti dia akan gantungkan tubuh anda terbalik di keraton-keraton Jawa mereka.
Kalau ada kedatangan orang Tamil ketika itu di kerajaan-kerajaan purba ini, kedatangan mereka sebagai salah seorang pedagang di antara ratusan pedagang di Alam Melayu. Dan pertembungan antara mereka adalah pinjaman kata-kata Tamil dalam Bahasa Melayu macam Kedai, Kapal etc.
Kesultanan Kedah yang datangnya berasal daripada 1136 tu Sultan yang berketurunan daripada pengasasnya masih hidup memerintah Kedah tau. Kenapa hari ini mereka mendakwa mereka raja Melayu kalau dakwaan anda bahawa mereka Tamil?
Kenapa naskah-naskah yang bercerita mengenai raja-raja Purba Kedah zaman Hindu-Buddha macam Hikayat Merong Mahawangsa dan juga Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah Darul Aman? Kenapa raja-raja Melayu tak menulisnya dalam Bahasa Tamil atau Cina?
Bahkan dalam Hikayat Merong Mahawangsa dengan jelas menyebut bahawa ketika Sultan Muazam Shah (1179 – 1201) mengarahkan penulisan hikayat tersebut, dengan jelas disebut nama MELAYU:
"Bahawa hamba pinta perbuatkan hikayat pada tuan, peri
peraturan segala raja-raja Melayu dengan istiadatnya istiadatnyasekali, supaya boleh diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita ini, serta dikurniai dengansejarahnya.”
Padahal, Sultan Muazzam Shah (1179 – 1201) ini anak kepada Seri Paduka Sultan Mudzazar Shah I (1136 – 1179), raja Hinduterakhir dan sultan Islam pertama negeri Kedah. Seri Paduka Sultan Mudzafar Shah I, raja Hinduterakhir dan sultan1 Islam pertama negeri Kedah.
Dengan jelas, HHM menyebut bahawa raja-raja Melayu purba Hindu dulu berbangsa Melayu. Jadi, berhenti mendakwa-dakwi sana sini kononnya raja-raja Purba ini berbangsa Tamil atau Cina hanya kerana pada agamanya.
Jadi, berhentilah membuat dakwa-dakwi yang bukan-bukan yang merosakkan sejarah BANGSA MELAYU. Sejarah kami suci, dan kami agak terasa bila bangsa asing cuba mencemarkan sejarah kami dengan pseudo-sejarah yang agak bangsat.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with The Patriots

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!