Profile picture
The Patriots @thepatriotsasia
, 17 tweets, 4 min read Read on Twitter
HSR: Keynesian vs. Fiscal Conservatives

Ditulis oleh Ayman Rashdan Wong
(Ini adalah untaian)
Silakan retweet dan like
#Keynesian #Japan #Malaysia #Shinkansen #Ekonomi #Sejarah #Jepun #bullettrain
Den perhati je orang debat pasal HSR di alam maya. Den tak ambil port sangat, sebab den tahu perdebatan ini tidak akan selesai dalam masa 2-3 hari.
Perdebatan ini sebenarnya melambangkan pertembungan dua fikrah ekonomi yang berbeza: satu mementingkan penggunaan perbelanjaan defisit (deficit spending) untuk merangsang ekonomi, satu lagi menekankan perbelanjaan berhemah (austerity) untuk tujuan kemapanan ekonomi.
Keynesian vs. Fiscal Conservatives. Bagi Keynesian, projek mega boleh memberi "spillover effect" kepada ekonomi, jadi "benefit" outweighs "cost". Fiscal Conservative pula berpendapat kos projek mega boleh digunakan secara lebih cekap di bidang lain.
Fiscal Conservative cenderung untuk mengurangkan hutang negara dan mewujudkan lebihan (surplus) bajet kerajaan atau bajet yang seimbang. Keynesian pula tak rasa terdesak untuk selesaikan masalah hutang negara.
Bukan kerana Keynesian tak sayang negara, tapi bagi Keynesian, pertumbuhan ekonomi akibat kerja-kerja awam mampu menyerap kesan sampingan hutang negara.
Dah berpuluh-puluh tahun mereka bergaduh. Tiada sesiapa pun yang terbukti "absolutely right" atau "absolutely wrong". Masing-masing ada point.
Di Jepun yang terkenal sebagai negara Shinkansen dan bullet train pun, bukan semua orang sokong projek Shinkansen.
Orang yang bertanggungjawab untuk memperluaskan rangkaian Shinkansen dari satu line kepada seluruh Jepun ialah Kakuei Tanaka (田中角栄), perdana menteri Jepun dari 1972-1974.
Sesiapa yang nak baca dalam bentuk artikel, tekan link ini:
thepatriots.asia/hsr-keynesian-…
Tanaka seorang yang bercita-cita besar. Beliau mempunyai pelan "Nihon Retto Kaizo" yang bertujuan untuk merapatkan jurang ekonomi antara kawasan bandar dan luar bandar, antara daerah maju dan daerah mundur melalui pembangunan infrastruktur. Ye macam mantan kita juga.
Namun bukan semua negarawan bersetuju dengan Tanaka, terutamanya seteru beliau dalam parti LDP sendiri, Takeo Fukuda (福田赳夫). Mereka seteru ketat. Persaingan mereka digelar sebagai "Kaku-Fuku Senso" atau "Kaku-Fuku War".
Fukuda rasa masalah yang lebih mendesak ialah harga barang yang melambung tinggi akibat Krisis Minyak tahun 1973-1974. Jadi sebaik saja Fukuda menjadi PM pada tahun 1976, banyak projek-projek Shinkasen telah diberhentikan.
Ada yang kena tunggu sampai 1980-an baru boleh sambung kerja. Tapi Tanaka telah membina asas kekuatan Jepun melalui visinya.
Perbezaan fikrah mereka masih diwarisi kepada ahli-ahli politik dalam LDP hari ini. Faction "Heisei Kenkyukai" berpegang kepada Keynesianism ala Tanaka, manakala faction "Seiwa Seisaku Kenkyukai" berpegang kepada pendirian fiscal conservatism ala Fukuda.
Shinzo Abe berasal dari faction Fukuda, atas sebab inilah beliau tidak gemar guna kerja-kerja awam untuk merangsang ekonomi (atau fiscal policy), disebaliknya beliau memilih dasar kewangan (monetarist policy) yang merupakan intipati "Abenomics".
Jadi benda ini debat 10 tahun lagi pun tak akan selesai. Ia bergantung kepada political will dan pilihan kerajaan semasa. Jadi tak perlulah maki-memaki, perli-memerli untuk memenangkan debat. Masing-masing betul, masing-masing hebat. Okay?

-Tamat-

Silakan retweet dan like
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to The Patriots
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!